Last

19
FAKULTI FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN QSS 6034 KAEDAH TINJAUAN DALAM SAINS SUKAN TAJUK : FAKTOR–FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DI DAERAH HILIR PERAK NAMA PELAJAR NANTHINI A/P BALU NOMBOR MATRIK M20141000861 PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN) SEMESTER 2 PENSYARAH

description

proposal

Transcript of Last

Page 1: Last

FAKULTI

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

QSS 6034KAEDAH TINJAUAN DALAM SAINS SUKAN

TAJUK :

FAKTOR–FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DI

DAERAH HILIR PERAK

NAMA PELAJAR

NANTHINI A/P BALU

NOMBOR MATRIK

M20141000861

PROGRAM

SARJANA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN) SEMESTER 2

PENSYARAH

DR. SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ

Page 2: Last

FAKTOR–FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN MURID DALAM

KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN MURID SEKOLAH

RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DI DAERAH HILIR PERAK.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menghalang penglibatan murid-murid

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Daerah Hilir Perak dalam kegiatan kokurikulum

sukan. Kajian ini ingin melihat faktor-faktor yang menghalang…… dari segi faktor struktur

faktor interpersonal, dan faktor intrapersonal. Data yang dikumpul diproses menggunakan

program SPSS versi 20.0. Statistik deskriptif iaitu min, kekerapan dan peratusan telah

digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Ujian t pula digunakan untuk melihat perbezaan

di antara faktor penghalang struktur interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam

kegiatan kokurikulum sukan mengikut jantina. Seramai 80 responden yang terdiri daripada

murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Daerah Hilir Perak telah dipilih secara

rawak. Secara umumnya didapati bahawa faktor struktur merupakan faktor utama yang

menghalang penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sukan. Kajian berbentuk tinjauan

ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpulkan data kajian.

PENDAHULUAN

Menurut Falsafah Pendidikan Malaysia dalam usaha melahirkan murid -murid

menjadi insan yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat

membantu melahirkan murid yang seimbang dari semua aspek. Setiap murid perlu menyertai

badan beruniform, sukan atau permainan dan kelab atau persatuan di sekolah. Kegiatan

kokurikulum melibatkan kegiatan sukan seperti bola sepak, badminton, bola tampar, boling

dan sebagainya.

Kajian ini mengkaji sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan mempengaruhi

penglibatan murid dalam kegiatan sukan.. Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat

tiga faktor yang penghalang penglibatan murid dalam aktviti sukan. Antaranya ialah :

1. Faktor struktur merangkumi faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan, masa,

wang dan maklumat.

Page 3: Last

2. Faktor interpersonal merupakan faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan

antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam

sukan berpasangan seperti sukan badminton.

3. Faktor intrapersonal adalah faktor yang melibatkan keadaan psikologi individu yang

bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan,

kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan serta kemampuan dan kemahiran diri yang

dimiliki.

Dalam kajian ini pengkaji memberi penekanan kepada penglibatan murid yang

melibatkan kegiatan sukan. Model konsep yang digunakan oleh Crawford dan Godbey (1997)

menjelaskan mengapakah murid-murid kurang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

khusunya dalam aktiviti sukan. Pengkaji membuat kajian ini ke atas murid-murid tahap 2

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Daerah Hilir Perak. yang melibatkan diri dalam

kokurikulum khususnya aktiviti sukan.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian ini permasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti faktor

utama sebab-sebab yang diberikan oleh murid untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan

sukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Daerah Hilir Perak.

Kajian ini berfokuskan tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan

murid dalam kegiatan sukan. Terdapat kajian yang dilakukan oleh Mohd.Sofian (2003)

menyatakan bahawa faktor kekangan ibu bapa menyebabkan kurangnya penglibatan murid

dalam kegiatan sukan ketika kokurikulum.

Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum iaitu dalam aktiviti sukan dimestikan

kepada murid lelaki dan perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada murid-

murid untuk melibatkan diri dalam kokurikulum dan menimba pengetahuan melalui kegiatan

sukan. Pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan murid perempuan dan lelaki dalam

kegiatan sukan.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan antara faktor

penghalang yang diberikan oleh mereka ini berdasarkan jantina.

Page 4: Last

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk melihat faktor yang menghalang penglibatan murid dalam

kegiatan sukan.dan melihat perbezaan faktor penghalang yang diberikan oleh murid mengikut

murid lelaki dan perempuan.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajiannya adalah apakah jenis faktor yang menghalang murid daripada melibatkan

diri dalam kegiatan kokurikulum sukan? ; Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara

faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan sukan dengan jantina? ;

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor

interpersonal penglibatan dalam kegiatan sukan dengan jantina? dan adakah terdapat

perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan

dalam kegiatan sukan dengan jantina?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membantu mempertingkatkan lagi penglibatan murid dan kualiti

program sukan di sekolah agar lebih sistematik. Dapatan kajian ini juga diharap dapat

membantu menggalakkan penglibatan murid dalam kegiatan sukan seterusnya masyarakat

akan lebih prihatin terhadap kepentingan sukan demi masa depan murid.

DEFINISI ISTILAH

Pembolehubah kajian berfokus kepada perbincangan beberapa tinjauan yang berkaitan

dengan faktor-faktor yang menghalang penglibatan dalam kegiatan kokurikulum sukan.

1. Faktor-faktor Menghalang

Model yang dikonsepsualisasikan oleh Crawford dan Godbey (1987) telah digunakan untuk

mengetahui masalah yang menghalang guru pelatih melibatkan diri dalam kegiatan sukan.

McGuire (1984) pula menyatakan faktor penghalang sebagai masalah yang menghalang

penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan penggunaan kemudahan sukan yang strategic oleh

Page 5: Last

seseorang individu. Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga halangan besar sebab

seseorang kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan seperti struktur,

interpersonal dan intrapersonal.

2. Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum memainkan peranan dalam memupuk keseimbangan perkembangan

mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial murid. Aktiviti kokurikulum membantu

murid-murid menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah selepas waktu sekolah.

Melalui penceburan dalam kegiatan sukan diharapkan murid-murid dapat memmuridi

kemahiran-kemahiran yang boleh memupuk gaya hidup yang sihat.

3. Kegiatan Sukan

Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan penyertaan sebagai dalam satu

pasukan, atau dua peserta iaitu sukan berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan

individu. Sukan juga bermakna keseronokan (Janet B. Parks, 1990). Sementara itu, Snyder &

Spreitzer (1989) mendefinisikan sukan sebagai aktiviti persaingan fizikal manusia yang

dikawal oleh undang-undang permainan atau acara tersebut.

TINJAUAN LITERATUR

Kepentingan Penglibatan Sukan Dalam Kalangan Pelajar

Penyertaan dalam sukan yang kompetitif pada usia muda ini memberi peluang untuk

memahami aspek-aspek yang sihat dalam persekitaran yang mesra. Pelajar daripada semua

peringkat umur yang menyertai sukan didapati menghadapi lebih faedah dalam kehidupan

mereka (Ritchie, 2010). Sukan membantu menjamin kesejahteraan fizikal pelajar. Didapati

bahawa pelajar-pelajar yang terlibat secara aktif dalam sukan lebih cenderung untuk

menggambarkan diri mereka aktif dari segi kesihatan fizikal berbanding dengan pelajar-

pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam sukan. Selain ituif dalam sukan lebih

cenderung mengamalkan pemakanan yang sihat berbanding dengan pelajar yang tidak terlibat

secara aktif dalam sukan (Doyle, 2007). Kegiatan sukan yang menjadi aktivti selepas waktu

persekolahan melibatkan beberapa sukan yang popular dan efektif seperti bola sepak, bola

keranjang, besbol, tenis, trek dan padang dan bola sepak termasuk juga permainan lain seperti

permainan dalaman. Waktu yang sesuai untuk pelaksanaan aktiviti sukan ini ialah selepas

Page 6: Last

waktu persekolahan agar mudah bagi pelajar untuk mendapatkan latihan mereka (Gonca,

2012).

Sukan boleh memberi kesan kepada prestasi pelajar

Menurut Howell Wechsler (2012) Pengarah Bahagian Remaja dan Kesihatan Sekolah bagi

Pusat Kawalan Penyakit, terdapat 50 kajian yang menekankan bahawa aktivti fizikal

langsung tidak memjejaskan prestasi akedemik pelajar. Ini secara tidak langsung,

membuktikan bahawa penglibatan dalam aktiviti sukan tidak dapat dijadikan sebagai faktor

bagi pelajar ketinggalan dalam pelajaran seiring dengan pelaksanaan aktivti selepas waktu

persekolahan. Bagi sesetengah pelajar, sukan juga boleh memberikan motivasi untuk

peningkatan prestasi akademik. Tom Welter, seorang pengarah eksekutif Oregon Sekolah

Aktiviti Persatuan, mengakui bahawa tidak semua atlet adalah pelajar semula jadi.

Faktor Penghalang Penglibatan

Menurut Quek and Steven (1994) dalam kajiannya menyatakan bahawa kesan negatif

penglibatan dalam sukan menjadi unsur pengganggu kepada proses pembelajaran dengan

mengambil terlalu banyak masa dan tenaga.

Mustafa Kamal (2000) dalam kajiannya menyatakan dorongan ibu bapa adalah kurang dalam

menggalakkan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum. Keadaan ini menyukarkan

apabila peralatan, kelengakapan dan kemudahan sukan kurang diberi perhatian oleh pihak

sekolah.

METODOLOGI

REKABENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah kajian deskriptif. Kajian deskriptif adalah kajian yang

dilakukan untuk tujuan memberikan penerangan mengenai fakta dan ciri-ciri bidang yang

dikaji secara sistematik. Dapatan kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji sahaja dan

tidak boleh digeneralisasikan ke dalam populasi. Kajian secara deskriptif ini menggunakan

peratus dan min untuk menganalisis data kajian. Maklumat yang diperolehi dalam kajian

adalah berdasarkan jawapan soal selidik.

Page 7: Last

BATASAN KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada faktor yang mempengaruhi penglibatan murid dalam kegiatan

sukan. Responden kajian ini terdiri daripada murid-murid yang belajar di Sekolah Tamil

Daerah Hilir Perak yang berlainan latar belakang. Murid yang terpilih adalah murid-murid

dari Tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6. Seramai 80 orang murid terlibat dalam kajian ini. Sekolah-

sekolah ini merupakan sekolah harian biasa.

INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat

mengenai latar belakang responden kajian serta menjawab item-item soalan yang berkaitan

dengan kajian ini. Menurut Tuckman (1985) menyatakan bahawa soal selidik merupakan satu

cara berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada pemerhatian

terhadap tingkah laku. Idea yang sama telah diutarakan oleh Majid Konting (1993) dan Isaac

dan Micheal dalam Ghazali (2002) iaitu soal selidik digunakan untuk memperoleh maklumat

tentang fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Dalam kajian ini data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang dibentuk

oleh Raymore, Godbey, Crawford & Von Eye (1993). Borang soal selidik ini telah dialih

bahasa dan diubahsuai oleh Aminuddin Yusof (2002) melihat faktor-faktor yang menghalang

penglibatan murid dalam kegiatan sukan.

ANALISIS DATA

Hasil dapatan dianalisis menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS bagi mendapatkan

pengiraan yang tepat dan bebas daripada ralat. Sub program yang digunakan ialah ujian-t.

Statistik deskriptif juga digunakan seperti min, kekerapan dan peratusan. Aras signifikan

ialah p<0.05. Untuk mengukur tahap, menurut Chan Yuen Fook (1999) skala Likert diukur

melalui sistem tiga kuartil mengikut skor julat min (Ghazali Darusalam,2003) iaitu tahap

rendah (0 – 1.66), tahap sederhana (1.67 – 3.33), tahap tinggi (3.34 – 5.00).

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah faktor-faktor yang

menghalang murid daripada melibatkan diri dalam aktiviti sukan perbandingan min-min

digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, adakah terdapat perbezaan yang

signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan sukan

Page 8: Last

dengan jantina, ujian-t digunakan. Seterusnya untuk menjawab persoalan kajian ketiga iaitu

adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal

penglibatan dalam kegiatan sukan dengan jantina, ujian-t digunakan. Bagi menjawab

persoalan kajian yang keempat, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor

penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan sukan dengan jantina, ujian-

t digunakan.

LAPORAN KAJIAN

PENDAHULUAN

Tujuan kajian adalah untuk menentukan faktor-faktor yang menghalang penglibatan murid

kegiatan kokurikulum sukan. Bab ini meliputi keputusan analisis statistik untuk menjawab

persoalan kajian. Data yang dikumpul melalui soal selidik diproses menggunakan SPSS.

Sejumlah 80 soal selidik telah diedarkan dan kesemua soal selidik tersebut telah diterima

semula. Ini kerana soal selidik diedar dan dikumpul sendiri oleh pengkaji.

DAPATAN

Seramai 80 murid-murid sekolah rendah Daerah Hilir Perak dipilih bagi tujuan kajian.

Mereka terdiri daripada murid-murid sekolah rendah harian biasa.

Jadual 1 : Profil sampel mengikut jantina

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)

Lelaki 40 50Perempuan 40 50JUMLAH 80 100

Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan dari segi jantina murid lelaki adalah

seramai 40 orang iaitu 50%. Manakala, murid perempuan yang terlibat adalah seramain 40

orang iaitu 50%. Keseluruhan sampel kajian adalah seramai 80 orang.

Page 9: Last

Jadual 2 : Profil kekerapan bersukan.

Kekerapan bersukan Kekerapan (f) Peratus (%)

Kurang 1 jam 37 46.31 hingga 5 jam 32 40.05 hingga 9 jam 5 6.310 jam ke atas 6 7.5JUMLAH 80 100

Daripada jadual 2 didapati 37 orang sampel (46.3%) bersukan kurang 1 jam sehari, 32 orang

(40%) bersukan 1 hingga 5 jam sehari, 5 orang sampel (6.3%) bersukan 5 hingga 9 jam sehari

dan 6 orang sampel (7.5%) bersukan melebihi 10 jam sehari.

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu adakah terdapat perbezaan yang

signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan sukan

dengan jantina ujian t telah digunakan.

Jadual 3 : Ujian t faktor penghalang dengan jantina

Faktor Jantina Min SD t Df

Struktur L = 40 2.92 0.674 1.405 158P = 40 2.79 0.540

Interpersonal L = 40 2.36 0.692 -.731 158P = 40 2.44 0.663

Intrapersonal L = 40 2.59 0.750 1.834 158P = 40 2.40 0.551

Jadual 3 menunjukkan bahawa analisis ujian t antara faktor penglibatan murid dalam

kegiatan sukan dengan jantina. Hasil dapatan bagi persoalan kajian yang kedua menunjukkan

faktor struktur mempunyai perbezaan min antara murid lelaki (M = 2.92, sd = 0.674) dengan

murid perempuan (M = 2.79, sd = 0.540). Didapati min murid lelaki lebih tinggi daripada

min murid perempuan sebanyak 0.13. Kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan (t (158) = 1.405, p < 0.05) antara faktor struktur dengan jantina dalam penglibatan

murid dalam kegiatan kokurikulum sukan.

Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang

signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan

sukan dengan jantina ujian t telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat

Page 10: Last

perbezaan min antara murid lelaki (M = 2.36, sd = 0.692) dengan murid perempuan (M =

2.44, sd = 0.663). Ia menunjukkan min murid perempuan lebih tinggi daripada min murid

lelaki sebanyak 0.08. Kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (t (158)

= -731, p < 0.05) antara faktor interpersonal dengan jantina dengan penglibatan murid dalam

kegiatan kokurikulum sukan.

Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu adakah terdapat

perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan

dalam kegiatan sukan dengan jantina ujian t telah digunakan. Hasil dapatan menunjukkan

min murid lelaki (M = 2.59, sd = 0.750) dengan min murid perempuan (M = 2.40, sd =

0.551). telah menunjukkan min murid lelaki lebih tinggi berbanding min murid perempuan

sebanyak 0.19. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan (t (158)

= 1.834, p < 0.05).

Daripada ketiga-tiga faktor tersebut faktor interpersonal, min murid perempuan

melebihi min murid lelaki. Dapatan ujian t menunjukkan tiada faktor penghalang dengan

jantina yang menujukkan perbezaan signifikan. Dapatan kajian menunjukkan sebab murid

lelaki dan murid perempuan tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sukan iaitu

murid memberi penumpuan pada akedemik mereka agar dapat lulus peperiksaan awam. Oleh

demikian, tidak terdapat perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan sama ada dari

faktor struktur , faktor intrapersonal dan faktor interpersonal menghalang penglibatan murid

dalam kegiatan kokurikulum sukan.

PERBINCANGAN

Darling et al. (2005) dalam kajiannya tentang kegiatan kokurikulum dan kesannya

terhadap berbagai aspek pembangunan termasuk pencapaian akademik. Keputusan kajian

mereka mendapati pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum berasaskan sekolah

mempunyai nilai yang lebih tinggi, aspirasi dan sikap akademik yang tinggi daripada pelajar

yang tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kokurikulum. Kajian oleh Blomfield dan Barber

(2010) turut menyatakan bahawa penyertaan pelajar dalam kokurikulum memberikan kesan

positif terhadap peningkatan prestasi akademik. Pendapat ini bertentangan dengan dapatan

kajian yang menyatakan murid lelaki dan murid perempuan tidak melibatkan diri dalam

Page 11: Last

kegiatan kokurikulum sukan disebabkan penumpuan murid yang lebih berfokus pada

akedemik.

Menurut Jaflus (2008) dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor struktur adalah

faktor utama yang menghalang kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sukan

diikuti dengan faktor intrapersonal dan interpersonal murid. Faktor struktur dalam kajian

beliau merujuk kepada prasarana dan peralatan sukan di sekolah, masa pelaksanaan dan

peruntukan kewangan. Faktor intrapersonal pula merujuk kepada faktor dalaman murid

seperti interaksi atau hubungan sesama murid atau murid dengan guru. Faktor seterusnya

ialah interpersonal merujuk kepada faktor yang wujud dari luar mempengaruhi diri murid

seperti tekanan, budaya, kemampuan dan kemahiran. Ketiga-tiga faktor yang dinyatakan

mempengaruhi penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sukan di sekolah.

Kini, kokurikulum telah menjadi keutamaan dalam pendidikan. Kajian oleh Holland

dan Andre dalam Yusnizam (2008) mendapati, penglibatan dalam kokurikulum

menggalakkan perkembangan keseluruhan individu murid. Ia juga memudahkan pencapaian

matlamat akademik dan bukan akademik. Kokurikulum berupaya menghasilkan kesan positif

seperti membentuk keupayaan mengawal kehidupan sendiri, aspirasi pendidikan yang tinggi

dan mengurangkan masalah keciciran. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia

begitu serius berusaha dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah untuk melahirkan

generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul,

bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Dalam membantu perkembangan intelek, rohani, emosi serta jasmani yang sihat dan

cergas, aktiviti kokurikulum perlu diberi keutamaan kerana menggalakkan kecergasan fizikal

agar mempunyai kesihatan yang baik dan berupaya berdikari. Kajian Deborah (2007)

menyatakan bilangan program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah mempunyai hubungan

yang signifikan dengan gejala sosial yang tidak sihat. Oleh itu kepelbagaian dalam

pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah penting bagi memberi lebih peluang penglibatan

dalam kalangan murid dan seterusnya mendapatkan manfaatnya.

KESIMPULAN

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan pelaksanaan kokurikulum dalam

pendidikan. Oleh itu, pelaksanaannya perlulah dirancang dengan rapi dan dijalankan dengan

Page 12: Last

lebih serius oleh semua pihak. Segala kekangan dalam pelaksanaannya sama ada dari segi

kemudahan peralatan, infrastruktur, sokongan, kewangan, latihan guru dan sebagainya perlu

diatasi segera. Ini adalah penting supaya pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan dapat

mencapai objektifnya dan berjaya melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi serta

bersahsiah mulia dan sihat. Diharap kajian ini dapat menyumbang kepada dapatan informasi

agar proses penambahbaikan berterusan akan dapat dicadangkan dan dilakukan dari semasa

ke semasa bagi meningkatkan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum sukan.

BIBLIOGRAFI

Doyle, A. (2007). The beauty of exercising and working out those sweats. Retrieved from: http:// beautyofexercising3/rock those sweats-work-it-outgooglewhyweexeercise

Payne, C. Fogarty, K. (2008). Importance of youth involvement in sports. Retrieved from: http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/FY/FY100100.pdf

Ritchie, H. (2010). How your diet and exercise habits help build self confidence. Retrieved from: http://www.helenaritchie.com/blog/how-your-diet-and-exercise-habits-helpbuild self-

Aytan, K. Gonca. (2012). A study on university students’ leisure habits and interest in sports. Celal Bayar University,1(2) .Retrievedfrom:http://www.international journal of developmental sport management.com/resources/Gonca%confidence

Ghazali Darusalam. (2003). Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan Malaysia [Pengkhususan Pengajian Islam] Di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Chan Yuen Fook. (1999). Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Di Malaysia, Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki,Kementerian Pendidikan Malaysia, Jld. 8, Bil. 1. Kuala Lumpur

Isaac, S., & Micheal, W. B., (1984). Handbook in research and evaluation. San Deigo : Edits Publishers.

Mohd Majid Konting, (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raymore, L.. A, Gogbey, G. C, Crawford, D. W & Von Eye, A. (1993). A nature and process of leisure constraints : An empirical test. Leisure Sciences, 15, 104.

Tuckman Bruce W. 1985. Evaluating Instructional Program. Ed. Ke-2. Boston :Allyn and Bacon.

Page 13: Last

Crawford, D. & Godbey, G. (1987). Reconceptualizing barriers to family recreation. Leisure Sciences, 9 (3), 119-127.

Mohd Jaflus Bahari. 2008. Faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan daerah Seremban. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/jaflus.pdf [18 Januari 2011].

Darling, N., Caldwell, L.L. & Smith, R. 2005. Participation in school based extracurricular activities and adolescent adjustment. Journal of Leisure Research 37 (I): 51-76.

Blomfield, C. & Barber B. 2010. Australian adolescents’ extracurricular activity participation

and positive development: Is the relationship mediated by peer attributes?. Australian Journal of Educational & Developmental Psychology 10: 114-128.