Latar Belakang Imam Syafie

download Latar Belakang Imam Syafie

of 4

Transcript of Latar Belakang Imam Syafie

LATAR BELAKANG IMAM AS-SYAFIE RHM

LATAR BELAKANG IMAM AS-SYAFICI RHM1Imam As-Syafici adalah imam yang paling terkenal dan ramai pengikutnya berbanding dengan imam yang lain . Hal ini mungkin kerana beliau daripada keluarga Quraisy yang nasabnya berkait dengan keluarga Rasulullah .Beliau adalah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Uthman As-Syafici bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf . Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib dan telah meninggal dunia ketika Imam As-Syafici masih kecil lagi . Ada sestengah pendapat mengatakan bapanya meninggal ketika beliau masih dalam kandungan ibunya.

Manakala menurut Al-Hakim, nama ibu Imam As-Syafici adalah Fatimah binti Abdullah binti Al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Thalib . Tetapi terdapat pendapat yang paling popular mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal daripada kabilah Yaman dari suku Uzd.

Beliau dilahirkan di perkampungan Gaza, Bandar Asqalan yakni yang terletak di Palestin pada bulan akhir Rejab pada tahun 150 Hijrah . Beliau dilahirkan bertepatan dengan wafatnya Imam Abu Hanifah . Imam As-Syafici dibesarkan dalam serba kekurangan .

Pada akhir bulan Rejab pada tahun 204 Hijrah Imam As-Syafici telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam jumaat diakhir waktu Isyak. Jasad beliau telah dibawa dari Fustat dan dikebumikan di perkuburan Bani Zahrah , Mesir . Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan tentang punca kematian Imam As-Syafici adalah disebabkan penyakit buasir yang dialami oleh beliau ketika di Mesir . Riwayat ini adalah paling masyur dinyatakan oleh Ibnu Hajar didalam kitabnya Tawaali At-tacsis Maali Muhammad bin Idris . Beliau telah mula mnghafal Al-Quran sejak umur 7 tahun . Selama 10 Tahun beliau telah menghafal dan memahami kitab al-Muwattac yang ditulis Imam Malik . Selain seorang yang alim dalam hal agama, beliau juga mempunyai kepakaran dalam bersyair dan bersajak . Pada usia 15 tahun beliau telah diberikan kebenaran untuk mengeluarkan fatwa di Masjidil Haram . Dalam peroses pencarian ilmu, Imam As-Syafici telah merantau ke banyak tempat yakni Mesir, Iraq dan Yaman . Ketika di Madinah, Imam As-Syafici telah menuntut ilmu dengan Imam Malik dan mempelajari kitab al-muwatta serta meriwayatakan dari Imam Malik sehingga Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 hijrah . Beliau telah menjadi murid yang amat disayangi oleh Imam Malik sehinggakan sepanjang pengajiannnya bersama Imam Malik beliau telah disuruh untuk tetap menginap di rumah Imam Malik . Disebabkan keperibadian beliau seorang yang sangat pemurah dan memuliakan gurunya, beliau telah digelar tongkat Malik kerana selalu memimpin Imam Malik berjalan . Kemudian, Imam As-Syafici bermusafir pula ke Yaman dan berguru dengan Umar bin Abi Salamah yakni sahabat kepada Imam Al-Auzaciy .

Pada tahun 184 hijrah Imam As-Syafici dibawa ke Baghdad, Iraq bagi menghadapi tuduhan melakukan perbuatan menentang Kerajaan Abbasiyyah tetapi ternyata tuduhan itu tidak benar, lalu beliau dibebaskan . Kedatangan beliau telah menjadi sebab untuk bertemu dengan faqih al-Iraq, Muhammad bin al-Hassan al-Syaibani iaitu sahabat Imam Abu Hanifah dan terus berguru serta berbincang masalah fiqh dengannya . Menurut Abdul Shoni Ad-Daqur dalam kitab Al-Imam As-Syafici Faqih As-Sunnah Al-Akbar, tempoh Imam As-Syafici berada di Iraq adalah sangat lama kerana beliau bersungguh-sungguh mendalami fiqh penduduk Iraq . Berkemungkinan juga beliau berada di Iraq sehingga Imam As-Syaibani meninggal dunia pada tahun 189 hijrah dan kemudiannya pulang ke Makkah dengan membawa bersamanya kitab-kitab fiqh karangan ulama Iraq dan telah menetap disana selama 9 tahun mengajar, memberi fatwa dan bertemu dengan ulama setiap musim haji .

Kemudiannya beliau pergi pula ke Baghdad untuk kali kedua pada tahun 195 hijrah dan bermukim disana dalam 2 tahun dan telah mengajar di Al-Jamic Al-Ghorbi, dimana kelas perniagaan ini dihadiri oleh ulama-ulama besar seperti Imam Ahmad bin Hanbal rhm, Ishak bin Rohawih rhm, dan Husin bin Ali Al-Karobisi rhm . Kedatangan beliau memberi impak yang besar kepada ulama-ulama Iraq (ahli hadith dan ahli racyi) yang sebelum ini bertelingkah antara satu sama lain.

Setelah 2 tahun, beliau pulang ke Makkah kemudiannya kembali semua ke Iraq pada tahun 198 hijrah tetapi hanya selama tempoh 8 bulan sahaja . Kedatangan beliau kali itu kerana disebabkan cara pemerintahan Khalifah Al-Macmun yang lebih cenderung kepada mutazilah. Didalam tempoh itu, beliau telah mengijazahkan kepada Husin bin Ali Al-Karabisi untuk membaca kitab-kitab Zacfarani yang merupakan salah seorang murid yang melazimi beliau sebelum ini .

Pada akhir tahun 199 hijrah atau awal tahun 200 hijrah, beliau berangkat pula ke Mesir dan menetap di sana sambil mengajar, memberi fatwa, mengarang dan merencana kepada murid-muridnya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 204 hijrah . Semasa berada di Mesir, beliau telah menukar beberapa ijtihad dan pendapat yang mana melahirkan mazhab jadid . Ini kerana beliau telah meluaskan pemerintahan kepada hadis-hadis dan pendapat-pendapat fiqh yang baru dan yang lama . Tambahan pula, budaya dan keadaan di Mesir sangat berbeza . Beliau juga telah mengajar di Masjid Acmru bin Ash di Fustat dan telah meriwayatkan kitab Al-Umm yang dikenali sebagai pedapat beliau yang baru di sebut mazhab jadid . Beliau juga adalah orang yang pertama mengasas dan menyusunkan ilmu usul al-fiqh di dalam kitabnya ar-Risalah.Di samping itu,Imam As-Syafici telah mengumpulkan hadis dan athar dalam kitabnya yang berjudul Musnad Imam As-Syafie. Beliau sangat terkenal dengan ilmu hadis sehingga diberi gelaran Nasir al-Hadis . Oleh kerana ilmu beliau semakin memuncak maka telah berlaku perbincangan pendapat imam-imam sebelumnya seperti Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Al-Auza dan beberapa ulama yang lain . Orang ramai semakin terkesan dengan kekuatan hujah beliau . Imam As-Syafici terus menyebarkan ilmunya ke seluruh pelusuk Mesir dengan hujah dan keilmuan yang sangat tinggi .

Imam As-Syafici sangat menentang amalan bidacah . Katanya bidacah itu terbahagi kepada dua.Pertama bidacah yang terpuji dan kedua bidacah yang keji.Bidaah yang bersesuaian dengan sunnah adalah bidacah yang terpuji manakala yang bertentangan dengan sunnah adalah bidaah yang keji.

Katanya lagi semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulamak adalah bidacah yang sesat.Perkara kebaikan yang tidak menyalahi sedikitpun daripada semuanya itu adalah bidacah yang terpuji.

Kehebatan dan kesungguhan Imam As-Syafici dalam menuntut ilmu dan menyebarkam ilmu sangat luar biasa bagi masyarakat umum seperti kita pada hari ini . Ketajaman akalnya dan kepandaiannya dalam berhujah membuatkan semua orang memandang tinggi terhadapnya sama ada pada pihak kawan atau lawan . Seharusnya kita menjadikan beliau sebagai contoh dan ikutan dalam proses menuntut ilmu dan dalam beribadat kepada Allah s.w.t. kerana walaupun beliau sibuk dalam menuntut ilmu akan tetapi beliau tetap menjaga dan sentiasa mempertingkatkan amal ibadat kepada Allah . Sehingga dikatakan di dalam bulan ramadhan beliau mengkhatamkan Al-Quran sebanyak dua kali . Lantaran itu, sewajarnya Imam As-Syafici dijadikan satu ikon untuk dapat menaikkan semangat kita dalam menegakkan Islam dan menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia .