LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

download LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

of 16

Transcript of LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    1/16

    LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanyabernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidangSejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertamayang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnyayang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

    Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke UniversitiNauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminatiPsikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di UniversitiJeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for

    Psychologist."

    Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abadke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidangpsikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasanmental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapanbetul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-polaperlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapanyang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjukbagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangankanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan

    kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

    Soalan-soalan :

    1. Di mana dan bilakah Jean Piaget dilahirkan?

    a) Helsinki, Finland; 6 Ogos 1898b) Nauchatel, Swizerland; 9 Ogos 1896c) Rome, Italy; 3 February 1986

    d) Gothenburg, Sweeden; 26 Disember 1888

    2. Universiti yang pernah menjadi tempat Jean Piaget melanjutkan pelajaran adalah :

    a) University of Swizerlandb) Nauchatel Universityc) United Nation University

    http://teoripiaget.blogspot.com/2007/01/latar-belakang-jean-piaget.htmlhttp://bp2.blogger.com/_psXgNJ6a_Xc/Rb79pmq4PFI/AAAAAAAAAAk/MHazHNgf9S8/s1600-h/jean_piaget%28gambar%29.jpghttp://teoripiaget.blogspot.com/2007/01/latar-belakang-jean-piaget.html
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    2/16

    d) Oxford University

    3. Pada usia berapakah Jean Piaget menghembuskan nafas terakhir?

    a) 82 tahunb) 83 tahunc) 84 tahund) 85 tahun

    Posted by ba-e-yah at 11:12 PM0 comments

    Wednesday, February 28, 2007

    PENGENALAN

    Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulumengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :1. Skema-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatudengan cara tertentu.-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakanpantulanyang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai,merasa,memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidakmenyakitkan.-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkanseperticontoh, jari ibu.-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas denganpersekitarannya.

    2. Asimilasi-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehidengan

    http://teoripiaget.blogspot.com/2007/01/latar-belakang-jean-piaget.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=7492083440006784483http://teoripiaget.blogspot.com/2007/01/pengenalan_29.htmlhttp://bp1.blogger.com/_psXgNJ6a_Xc/RdNZdZl30TI/AAAAAAAAAB4/hbMC9IBMTP8/s1600-h/1_02.jpghttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=5858975404291864069&postID=7492083440006784483http://teoripiaget.blogspot.com/2007/01/latar-belakang-jean-piaget.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=7492083440006784483http://teoripiaget.blogspot.com/2007/01/pengenalan_29.html
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    3/16

    skema yang sedia ada.-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasiskemahasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu,

    kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dansekaligusmerasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang barubaginya berkenaan "sebiji epal".3. Akomodasi-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)persekitaranbaru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.

    -Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akanmenyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsepterhadapmagnet itu.4. Adaptasi-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi danasimilasiuntuk disesuaikan dengan persekitaran.-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungansejadiuntuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

    Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalamproses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satuperingkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanakmencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yangrelevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampumencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

    Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empattahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

    Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)

    Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

    Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)

    Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

    Soalan-soalan :

  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    4/16

    1. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi denganskema yang sedia ada". Hai ini menerangkan .........................

    a) skema

    b) asimilasic) akomodasid) adaptasi

    2. Terdapat ............... tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh JeanPiaget.

    a) 1b) 2c) 3

    d) 4

    3. Tahap sensori motor dikenali juga sebagai .......................

    a) tahap praoperasib) tahap deria motorc) tahap operasi konkritd) tahap operasi formal

    Posted by ba-e-yah at 2:59 AM0 comments

    Wednesday, February 14, 2007

    TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)

    http://teoripiaget.blogspot.com/2007/01/pengenalan_29.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=7387903025536286399http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-sensorimotor-0-2-tahun.htmlhttp://bp0.blogger.com/_psXgNJ6a_Xc/RdNShJl30NI/AAAAAAAAAAw/ofMGa_-dmEc/s1600-h/cows-milk-and-children.jpghttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=5858975404291864069&postID=7387903025536286399http://teoripiaget.blogspot.com/2007/01/pengenalan_29.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=7387903025536286399http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-sensorimotor-0-2-tahun.html
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    5/16

    Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebutmempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar disekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenalisebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan

    Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yangdikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yangtertentu.

    a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

    Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkanlahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dansebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini

    belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan inidilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

    b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

    Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayimula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap inipengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-

    kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. denganitu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaiansebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakansistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bilamendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arahpunca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkahlaku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akanmengulangi tingkah laku itu lagi.

  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    6/16

    c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

    Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatianyang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat ubarang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tangobjek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan kedalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

    d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

    Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnyadisesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudahdapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dankebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatukeadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akanberbunyi.

    e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

    Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayiberlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhanrangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayimemperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsepdan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalamiproses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akanmencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

    http://bp0.blogger.com/_psXgNJ6a_Xc/RdNVcJl30RI/AAAAAAAAABc/4rzcVMLyhhQ/s1600-h/children-trifficking.jpg
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    7/16

    f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

    Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untukmemahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat

    mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah lakupeniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang perananjantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

    soalan-soalan:

    1. Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan pembahagianmengikut umur?

    a. 2b. 4c. 6d. 8

    2. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yangdilihat?

    a. 4-8 bulanb. 8 bulan- 1 tahun

    c. 1-1.5 tahund. 1.5- 2 tahun

    3. Pernyataan manakah yang salah?

    a. Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala danmata padasumber bayi.b. Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah.c. Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan gerakan.d. Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan pada umur19 bulan.

    4. Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan?

    a. berlakunya proses peniruanb. mengalami proses cuba jaya yang mudah

  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    8/16

    c. hanya mampu melakukan genggamand. mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga.

    5. pada tahap deria motor apakah unsur-unsur yang ada?

    i pemahaman tentang akibat dan ruangii dapat membuat keputusaniii konsep tentang objekiv kebolehan mengira

    a. i, iib. ii, iiic. iii, ivd. i, iii

    (jawapan:1. c, 2. b, 3. d, 4. b, 5. d)

    Posted by lis_capri at 11:56 PM0 comments

    Monday, January 29, 2007

    TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

    http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-sensorimotor-0-2-tahun.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=2798205040637979089http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-praoperasi-2-7-tahun.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=5858975404291864069&postID=2798205040637979089http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-sensorimotor-0-2-tahun.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=2798205040637979089http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-praoperasi-2-7-tahun.html
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    9/16

    Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaanbahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalampermainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendahberbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalahegosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif merekasahaja.

    Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadilebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

    1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah lakuyang ketara seperti kebolehan mengira.

    2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dandigeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

    3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatupengukuhan tingkah laku.

    Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskanpada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh

    perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu prosespembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu.Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik,selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

    Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

    1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )

    http://bp2.blogger.com/_psXgNJ6a_Xc/RdNTYpl30OI/AAAAAAAAAA8/KGzy8XgJmbk/s1600-h/children-3.jpg
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    10/16

    2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

    Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahamidua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapatmenyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

    Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupanmembuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antaraperistiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitifdalamtahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehanbahasa'dan 'pembentukan identiti diri'.

    Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuanbahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikalsesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa

    jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan

    susunannya berubah.

    Soalan- soalan :

    1. Menurut Piaget, tahap praoperasional berlaku berasaskan 3 fenomena mental berikutkecuali

    a) persepsib) ingatanc) bayangand) pengamatan

    2. Kanak-kanak pada tahap praoperasi ......................

    a) Boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubahbentuk dan susunannyab) Tidak boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah

    bentuk dan susunannyac) Memahami bahawa kuantiti adalah berhubung kait dengan susunan keadaan fizikalsesuatu

    http://bp1.blogger.com/_psXgNJ6a_Xc/RdNTsZl30PI/AAAAAAAAABE/pS_DNaPjeZo/s1600-h/children1.jpg
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    11/16

    objekd) Mengatakan bahawa tanah liat yang tela diubah bentuk dari bulat ke segiempatadalahsama kuantitinya

    3. Proses kognitif pada tahap praoperasi ialah :

    a) pemikiran konkritb) egosentrikc) operasi formald) pemikiran kritis

    4. Perkembangan yang paling penting menurut Piaget pada tahap praoperasi ialah........................

    5. Pemikiran ............................... merupakan pemikiran kanak-kanak yang melihat duniasecarakeseluruhannya menurut perspektif mereka sendiri.

    6. Pada tahap ..............................., kanak-kanak belum lagi boleh memahami dua ataulebihdimensi pada masa yang sama.

    Posted by rezha at 11:50 PM0 comments

    TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

    http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-praoperasi-2-7-tahun.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=1537582581731596129http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-operasi-konkrit-7-11-tahun.htmlhttp://bp2.blogger.com/_gLRqgfWl7bU/RdQFMsTyaLI/AAAAAAAAAAM/ijXYDDVhgQU/s1600-h/owencarp04.jpghttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=5858975404291864069&postID=1537582581731596129http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-praoperasi-2-7-tahun.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=1537582581731596129http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-operasi-konkrit-7-11-tahun.html
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    12/16

    Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secaraegosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahumenjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yangmenarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat

    inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebayakerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

    Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mulamemahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor,berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatubenda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belummemahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsepkenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahamikonsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan

    sebagainya.

    Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahapini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak bolehberoperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

    Soalan Objektif

    1. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11 tahun,kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan ...........

    a) Operasi Formal

    b) Pra-Operasi

    c) Operasi Konkrit

    d) Operasi Motor

    2. ``Keupayaan kanak-kanak memanipulasi konsep dan idea adalah terhad, hanyamemahami pada objek yang dapat dilihat sahaja. ``

    Tahap manakah dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang sesuai untukmenggambarkan penyataan di atas.

    a) Deria Motor

    b) Operasi Konkrit

    c) Pra-Operasi

  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    13/16

    d) Operasi Formal

    3. Inhelder dan Piaget (1958) menerangkan bahawa kanak-kanak di tahap OperasiKonkrit;

    a) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu objek.

    b) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu yang abstrak.

    c) Mampu memahami sepenuhnya perkara-perkara abstrak seperti konsepketuhanan.keadilan dan makna hidup.

    d) Belum memahami konsep pengekalan dan unsur pemikiran logik.

    Soalan Subjektif

    Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit.

    Jawapan untuk soalan objektif

    1. c, 2.b, 3.a

    Posted by ain at 11:45 PM0 comments

    TAHAP OPERASI FORMAL (12 TAHUN - DEWASA)

    http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-operasi-konkrit-7-11-tahun.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=8817842505231329572http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-tahap-operasi-formal.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=5858975404291864069&postID=8817842505231329572http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-operasi-konkrit-7-11-tahun.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=8817842505231329572http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-tahap-operasi-formal.html
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    14/16

    Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusiatelah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga lima belastahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebihbaik dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapatmembuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untukmenyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

    Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati denganpendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan perananmereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan

    berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan normayang terdapat dalam masyarakat.

    Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan logik.Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa zaman remaja,pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988)

    Soalan -soalan :

    1. Tahap operasi formal melibatkan peringkat umur............

    a) 8-11 tahunb) 11-15 tahunc) 15-17 tahun

    2. Operasi formal merupakan tahap perkembangan kognitif ................

    http://bp1.blogger.com/_psXgNJ6a_Xc/RdNXjZl30SI/AAAAAAAAABs/1EDy6BVmtyw/s1600-h/annandren3.jpg
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    15/16

    a) permulaanb) pertengahanc) maksima

    3. Mereka mula memikirkan tentang diri dan peranan mereka dalam masyarakat. Tahapinidinamakan tahap ...........................

    a) tahap perkembanganb) tahap operasi formalc) tahap operasi konkrit

    4. Berikut merupakan ciri-ciri remaja pada tahap operasi formal kecuali ........................

    a) dapat membuat keputusan dan hipotesis melalui pemerhatianb) patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan peganganc) emosional dan memberontak

    5. Apakah ciri-ciri individu yang berada pada tahap operasi formal?

    a) tidak dapat memahami dua atau lebih dimensib) dapat menyelesaikan hal yang berhubung dengan "combinativity"c) menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih sistematik

    Posted by kuCayang at 11:44 PM0 comments

    ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET

    Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidangPsikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkatperkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembanganskema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan

    http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-tahap-operasi-formal.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=8186458529446271072http://teoripiaget.blogspot.com/2007/03/isu-isu-berkaitan-piaget.htmlhttp://bp2.blogger.com/_psXgNJ6a_Xc/Rh223Qo2SvI/AAAAAAAAACQ/_V7IyPt-uLY/s1600-h/Piaget-anim1.gifhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=5858975404291864069&postID=8186458529446271072http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-tahap-operasi-formal.htmlhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=5858975404291864069&postID=8186458529446271072http://teoripiaget.blogspot.com/2007/03/isu-isu-berkaitan-piaget.html
  • 8/14/2019 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

    16/16

    kelemahan teori dan metodologi yang digunakan.

    Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampumenerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yangmempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang

    disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranyakanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasiyang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasitertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yangmemerlukan set operasi yang sama.

    Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaituyang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, diasepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan beratpada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier danSipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa

    menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaanangka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget.

    Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakandalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Olehitu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuatgeneralisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepatipiawaian.