latihan bm2

download latihan bm2

of 5

Transcript of latihan bm2

1. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Bincangkan pernyataan di atas dari segi: (a) Bentuk ayat (b) Stuktur ayat (c) Binaan ayat

JAWAPAN:

2. Penanda tatabahasa yang terdapat dalam pembinaan ayat, termasuklah penanda kasus, penanda kala dan unsur keserasian. Dalam bahasa Inggeris, penanda kasus memainkan peranan penting dalam menentukan

kegramatisan sesuatu ayat, tetapi bahasa melayu tidak mempunyai unsur sedemikian. Bincangkan pernyataan di atas dari segi: (a) Maksud penanda kasus, penanda kala dan unsur keserasian dalam pembinaan ayat (b) Perbezaan kaedah pembinaan ayat antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam aspek tersebut.

JAWAPAN: (a) Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, kala, dan unsur keserasian. Dalam bahasa Inggeris, misalnya, penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukan kegramatisan sesuatu ayat. Contohnya, bagi bahasa Inggeris, ayat I kiched the ball yang membawa kasus nominative untuk subjek I, tidak boleh diubah atau ditukar menjadi Me kicked the ball, yang frasa nama subjeknys me membawa kasus akusatif, oleh sebab kasus akusatif hanyalah untuk merujuk objek langsung. Satu lagi penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang, atau sudah berlaku. Bahasa Inggeris dan bahasa Jerman merupakan contoh bahasa yang jelas menggunakan penanda kala. Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Dalam bahasa Inggeris dan Arab, misalnya unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, oleh sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis.

3. Dalam satu susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen kepada frasa itu sendiri. Bincangkan pernyataan di atas dari segi: (a) Maksud frasa dan klausa (b) Perbezaan antara frasa dengan klausa (c) Jenis-jenis frasa Bahasa Melayu

JAWAPAN: 3 (a) Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Contoh ayat ialah dia tidak datang.

3 (b) Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek dan predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Contohnya ialah burung merpati terbang melayang. Manakala

klausa pula, sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah kluasa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya ialah kamu pandai. Dalam ayat ini, klausa kamu pandai mengandungi subjek kamu dan predikat pandai dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap. 3 (c ) Jenis frasa boleh didapati beberapa jenis iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa nama ialah frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti juga disebut unsur utama, iaitu unsur yang wajib ada bagi membentuk sesuatu jenis frasa. Unsur inti frasa nama boleh wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut. Contohnya, abang menuntut di universiti. Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja

bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Contohnya, budak itu menjerit sekuat-kuat hatinya. Frasa adjektif pula ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur intinya. Frasa adjekitf bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Contohnya, murid itu bijak sungguh. Tambahan pula, frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu sendi nama yang diikuti oleh satu frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama. Contohnya, kerusi itu

daripada kayu jati.