Latihan Imbuhan Tkt1 Okt m3

1
Latihan Imbuhan tkt1 okt m3 A Garisi jawapan yang betul dalam kurungan. 1 Ambulans itu (mengejarkan / mengerjakan) mangsa kemalangan yang cedera itu ke hospital. 2 Suresh (berucap / mengucap) dalam majlis itu. 3 Kami suka (berasa / merasa) nasi lemak yang dijual oleh Mak Minah. 4 Dia ingin (bertambah / menambah) wang simpanannya di dalam bank itu. 5 Sikap buruknya tidak pernah (berubah / mengubah). 6 Lututnya (berasa / terasa) sakit kerana terjatuh tadi. 7 Fauzi suka (bergaul / menggaul) dengan pelajar-pelajar yang pandai sahaja. 8 Encik Lim (menyewa / menyewakan) rumahnya kepada pasangan suami isteri itu. 9 Gopal (memasang / memasangkan) lampu apabila memasuki biliknya yang gelap itu. 10 Dompet adik (tertinggal / ketinggalan) di dalam bas sekolah yang dinaikinya pagi tadi. B Isikan kata berapitan meN_i atau meN_kan ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini. 1 Dia ____________ (beri) adiknya sebuah buku cerita. 2 Ayah ____________ (hadiah) sebuah komputer riba kepada kakak. 3 Beruk itu ____________ (turun) buah kelapa dari atas pokok itu. 4 Air mata ____________ (basah) pipi semasa dia menangis. 5 Saya ____________ (nama) kucing kesayanganku Si Comel. 6 Vasu ____________ (pinjam) buku ceritanya kepada anak jiran. 7 Sampah sarap yang dibuang oleh penduduk kampung itu ____________ (kotor) kawasan itu. 8 Gopal ____________ (serah) pekerja yang amanah itu kerja menerima wang daripada pelanggan. 9 Ibu ____________ (hidang) juadah yang sedap kepada para tetamu. 10 Penonton bola sepak ____________ (penuh) stadium itu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu. C Tandakan () bagi ayat yang betul dan tandakan () bagi ayat yang salah. 1 Dia membelikan majalah dari gerai itu setiap minggu. ( ) 2 Mereka menghubungi pihak bomba dengan segera apabila kebakaran itu berlaku. ( ) 3 Kami mendekati rumah yang berhantu itu dengan hati yang berdebar-debar. ( ) 4 Ibu memenuhkan almari itu dengan buku cerita adik. ( ) 5 Ayah memberikan adik sebuah kamus bahasa Melayu yang baik. ( ) 6 Johari menghadiahi kekasihnya sebentuk cincin emas. ( ) 7 Lina mengirimkan abangnya sepucuk surat sebulan sekali. ( ) 8 Sulatan itu menganugerahkan pemimpin itu pingat kebesaran. ( ) 9 Sudah dua minggu saya tidak mengunjungi ke perpustakaan itu. ( ) 10 Mereka akan membincangkan tentang hal ini nanti. ( )

description

Latihan imbuhan

Transcript of Latihan Imbuhan Tkt1 Okt m3

Page 1: Latihan Imbuhan Tkt1 Okt m3

Latihan Imbuhan tkt1 okt m3A Garisi jawapan yang betul dalam kurungan.1 Ambulans itu (mengejarkan / mengerjakan) mangsa kemalangan yang cedera itu ke

hospital.2 Suresh (berucap / mengucap) dalam majlis itu.3 Kami suka (berasa / merasa) nasi lemak yang dijual oleh Mak Minah.4 Dia ingin (bertambah / menambah) wang simpanannya di dalam bank itu.5 Sikap buruknya tidak pernah (berubah / mengubah).6 Lututnya (berasa / terasa) sakit kerana terjatuh tadi.7 Fauzi suka (bergaul / menggaul) dengan pelajar-pelajar yang pandai sahaja.8 Encik Lim (menyewa / menyewakan) rumahnya kepada pasangan suami isteri itu.9 Gopal (memasang / memasangkan) lampu apabila memasuki biliknya yang gelap itu.10 Dompet adik (tertinggal / ketinggalan) di dalam bas sekolah yang dinaikinya pagi

tadi.

B Isikan kata berapitan meN_i atau meN_kan ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.

1 Dia ____________ (beri) adiknya sebuah buku cerita.2 Ayah ____________ (hadiah) sebuah komputer riba kepada kakak.3 Beruk itu ____________ (turun) buah kelapa dari atas pokok itu.4 Air mata ____________ (basah) pipi semasa dia menangis.5 Saya ____________ (nama) kucing kesayanganku Si Comel.6 Vasu ____________ (pinjam) buku ceritanya kepada anak jiran.7 Sampah sarap yang dibuang oleh penduduk kampung itu ____________ (kotor)

kawasan itu.8 Gopal ____________ (serah) pekerja yang amanah itu kerja menerima wang daripada

pelanggan.9 Ibu ____________ (hidang) juadah yang sedap kepada para tetamu.10 Penonton bola sepak ____________ (penuh) stadium itu untuk menyaksikan

perlawanan bola sepak itu.

C Tandakan () bagi ayat yang betul dan tandakan () bagi ayat yang salah.1 Dia membelikan majalah dari gerai itu setiap minggu. ( )2 Mereka menghubungi pihak bomba dengan segera apabila kebakaran itu berlaku. ( )3 Kami mendekati rumah yang berhantu itu dengan hati yang berdebar-debar. ( )4 Ibu memenuhkan almari itu dengan buku cerita adik. ( )5 Ayah memberikan adik sebuah kamus bahasa Melayu yang baik. ( )6 Johari menghadiahi kekasihnya sebentuk cincin emas. ( )7 Lina mengirimkan abangnya sepucuk surat sebulan sekali. ( )8 Sulatan itu menganugerahkan pemimpin itu pingat kebesaran. ( )9 Sudah dua minggu saya tidak mengunjungi ke perpustakaan itu. ( )10 Mereka akan membincangkan tentang hal ini nanti. ( )