Latihan komsas tingkatan 4

3
Latihan komsas Cerpen : Kaduk,Ayam dan Raja A) Nyatakan nilai yang bersesuaian dengan contoh yang diberi 1. Nilai __________________ - Hakim seorang anak muda lepasan universiti yang gigih untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden. 2. Nilai ____________________ - Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah. 3. Nilai ___________________ - Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain. 4. Nilai ____________________ - Hakim cuba dengan bersungguh-sunguh berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar. 5. Nilai ______________________ - Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank. 6. Nilai _______________________- Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula. B) Lengkapkan ayat bagi PENGAJARAN cerpen kaduk,ayam dan raja di bawah. 1. Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hak keluarganya yang ...................................................... oleh raja.

description

latih tubi pelajar tingkatan 4

Transcript of Latihan komsas tingkatan 4

Page 1: Latihan komsas tingkatan 4

Latihan komsas

Cerpen : Kaduk,Ayam dan Raja

A) Nyatakan nilai yang bersesuaian dengan contoh yang diberi

1. Nilai __________________ - Hakim seorang anak muda lepasan universiti yang gigih untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.

2. Nilai ____________________ - Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.

3. Nilai ___________________ - Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain.

4. Nilai ____________________ - Hakim cuba dengan bersungguh-sunguh berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar.

5. Nilai ______________________ - Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.

6. Nilai _______________________- Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula.

B) Lengkapkan ayat bagi PENGAJARAN cerpen kaduk,ayam dan raja di bawah.

1. Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hak keluarganya yang ...................................................... oleh raja.

2. Hakim ............................................................... bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada bank.

3. Hakim menunaikan ..................................................... dengan membersihkan nama dan maruah datuknya.

4. Hakim menggunakan ............................................................... untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja.

5. Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan ....................................................... datuknya di mahkamah.\

Latihan Pemahaman:

Page 2: Latihan komsas tingkatan 4

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itupun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung dan melambung naik. Namun dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, Aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain”.

“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu di dalam kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.

“Aku bergurau saja. Lagi pun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apa lagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan bebincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.

Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA.

i. Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya semula. [2 markah] ii. Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu megeluarkan makanan yang mencukupi? [KBAT] [3 markah]

iii.Selain persoalan kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandung dalam cerpen tersebut. [4 markah]