Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

13
PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG TINGKATAN 6 RENDAH LATIHAN PENYELESAIAN MASALAH Soalan 1 dan 2 berdasarkan maklumat di bawah. Ahmad membeli sebuah kereta pada tahun1995 dengan harga RM40 000. Lima tahun kemudian, nilai kereta itu telah jatuh sebanyak 20%. Namun, Ahmad berjaya menjual kereta itu dengan memperoleh keuntungan 10% daripada harga pasaran. 1. Berapakah harga jualan kereta itu? A RM25 200 B RM35 200 C RM35 290 C RM53 200 2. Berapakah peratus kerugian Ahmad semasa dia menjual keretanya itu? A 10% B 12% C 13% D 14% 3. Pada tahun 1991, umur T ialah 3 kali umur P. Umur R pula 25 tahun lebih muda daripada T. Pada tahun 1998, umur J adalah separuh daripada umur P. Pada tahun 2007, J berumur 21 tahun. Berapakah umur R ketka J dilahirkan? A 19 tahun B 21 tahun C 22 tahun D 26 tahun 4. . Barangan : TV Plasma . Harga : RM3 300.00 . Deposit : RM800

Transcript of Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

Page 1: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

PANITIA PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

TINGKATAN 6 RENDAH

LATIHAN PENYELESAIAN MASALAH

Soalan 1 dan 2 berdasarkan maklumat di bawah.

Ahmad membeli sebuah kereta pada tahun1995 dengan harga RM40 000. Lima tahun kemudian, nilai kereta itu telah jatuh sebanyak 20%. Namun, Ahmad berjaya menjual kereta itu dengan memperoleh keuntungan 10% daripada harga pasaran.

1. Berapakah harga jualan kereta itu?

A RM25 200 B RM35 200C RM35 290 C RM53 200

2. Berapakah peratus kerugian Ahmad semasa dia menjual keretanya itu?

A 10% B 12%C 13% D 14%

3. Pada tahun 1991, umur T ialah 3 kali umur P. Umur R pula 25 tahun lebih muda daripada T. Pada tahun 1998, umur J adalah separuh daripada umur P. Pada tahun 2007, J berumur 21 tahun.

Berapakah umur R ketka J dilahirkan?

A 19 tahun B 21 tahunC 22 tahun D 26 tahun

4. . Barangan : TV Plasma . Harga : RM3 300.00 . Deposit : RM800 . Tempoh : 2 tahun . Kadar Faedah : 7 % . Bayar secara ansuran

Hitungkan bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar.

A RM111.46 B RM113.75C RM165.70 D RM256.07

Page 2: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

Soalan 5 berdasarkan pernyataan di bawah.

. Waktu di London lewat 9 jam berbanding waktu di Malaysia

. Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London mengambil masa 12 jam.

Jika Encik Vijay menaiki penerbangan dari London pada jam 10.00 pagi, 31 Disember 2009, pada pukul berapakah beliau akan tiba di KLIA mengikut waktu tempatan di Malaysia?

A 10.00 malam, 31 Disember 2009 B 10.00 malam, 1 Januari 2010C 7.00 pagi, 1 Januari 2010 D 7.00 pagi, 2 Januari 2010

6. Puan Rokiah membeli baju dan selendang dengan membayar RM140 di kedai Pak Mat. Harga baju ialah 30% lebih mahal daripada harga selendang.

Berapakah harga baju tersebut?

A RM60.70 B RM79.13 C RM80.50 D RM100.00

7. Cherel dan Kanthan tinggal di Bukit Tengah. Mereka bekerja di kilang SANY yang sama. Jarak tempat kerja dari rumah mereka ialah kira-kira 20 km dan mereka bekerja pada waktu yang berlainan. Pada pukul enam petang, Cherel menunggang motosikal dari rumahnya ke tempat kerja dengan kelajuan 40 km sejam. Pada waktu yang sama, Kanthan bertolak dari tempat kerja ke rumahnya dengan kelajuan 50 km sejam.

Berdasarkan pernyataan di atas, didapati Kanthan tiba di rumah lebih awal daripada Cherel. Perbezaan masa tersebut ialah selama

A 300 saat B 350 saatC 360 saat D 400 saat

Soalan 8 dan 9 bersarkan jadual di bawah.

Jadual: Bilangan Kes kemalangan di lebuh raya dan kes kematian, 2000-2002 2000 2001 2002

Bilangan Kes

Kematian (orang)

Bilangan Kes

Bilangan Kematian (orang)

Bilangan Kes

Bilangan Kematian (orang)

16 000 8 320 9 000 5 945 8 453 3 931

8. Berapa orangkah yang mengalami kecederaan sepanjang tahun 2000 hingga 2002?

Page 3: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

A 15 257 orang B 15 367 orangC 16 257 orang D 16 467 orang9. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang kes kemalangan jalan raya dan kematian?I Bilangan kes kemalangan pada tahun 2001 telah menurun sebanyak 43.75% berbanding tahun 2000.II Jumlah kematian dalam kemalangan pada tahun 2002 ialah sebanyak 48% daripada bilangan kes kemalangan patahun tersebut.III Pada tahun 2002, bilangan mangsa yang cedera ialah sebanyak 60% daripada keseluruhan kes kemalangan.IV Bilangan kes kemalangan di lebuh raya adalah hampir 1.5 kali ganda kematian mangsa dalam kemalangan pada tahun 2002.

A 1 dan II B I dan IVC II dan III D III dan IV

10. Shakila ingin melukis sebatang jalan raya sepanjang 5 km menggunakan skala 1 : 10 000.

Hitungkan panjang lukisan jalan raya itu dalam cm di atas peta.

A 0.5 cm B 5 cmC 50 cm D 500 cm

Soalan 11 dan 12 berdasarkan pernyataan di bawah.Bandar X dan Bandar Y mempunyai penduduk sebanyak 564 780 orang. Penduduk Bandar X ialah 55% daripada penduduk Bandar Y.

11. Berapakah penduduk wanita di bandar Y jika nisbah penduduk lelaki kepada wanita ialah 1: 2.5 orang?A 109 961.78 orang B 135 420.45 orangC 158 201.68 orang D 541 680.64 orang

12. Hitung bilangan kanak-kanak di Bandar X jika 29% daripada penduduknya ialah golongan kanak-kanak.

A 27 402 orang B 41 230 orangC 91 149 orang D 99 556 orang

13. Tarmizi membeli sebuah motosikal terpakai pada tahun 2003 dengan harga RM5 600. Pada tahun 2008, nilai motosikal terpakai itu telah susut sebanyak 25%. Namun, Tarmizi dapat menjual motosikalny itu dengan keeuntungan sebanyak 20% daripada harga pasaran. Berapa peratuskah kerugian yang dialami semasa dia menjual motosikalnya?A 10% B 14%C 16% D 17%

Page 4: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

Terdapat 5 buah kedai, iaitu A,B,C,D dan E dalam sebaris mengikut susunan di Lorong Mastura.Pemilik kedai-kedai ini bernama Masyu,Ah Tan,Abdullah,Rajesh dan Ah Chong.. Kedai Ah Tan terletak di bahagian tepi. Kedai Rajesh dan Ah Chong terletak bersebelahan. Kedai Masyu,Ah Tan dan Abdullah terletak bersebelahan. Kedai Ah Chong bukan kedai tepi. Kedai Abdullah ditengah-tengah barisan. Kedai Ah Tan bukan kedai A

14. Berdarkan maklumat yang diberikan, siapakah pemilik kedai D?A Masyu B AbdullahC Rajesh D Ah Chong

15. Encik Jack ialah seorang peternak kambing dan lembu. 25% daripada kambingnya ialah kambing jantan. Peratusan lembu jantannya ialah 2 kali peratusan kambing jantannya dan jumlah lembunya ialah 3 kali ganda jumlah kambingnya.

Berapakah peratusan lembu jantan daripada jumlah ternakannya?A 31.5% B 37.0%C 37.5% D 38.0%

16. Pak Cik Bakar membela 200 ekor ayam. Nisbah ayam betina kepada ayam jantan ialah 5:4. Beberapa bulan kemudian, sebanyak 50 ekor ayam jantan tersebut dijual. Apakah nisbah baru ayam jantan dengan ayam betina?A (Ayam Jantan) 1 : 3 (Ayam Betina) B (Ayam Betina) 2 : 1 (Ayam Jantan)C (Ayam Jantan) 4 : 15 (Ayam Betina) D (Ayam Betina) 5 : 6 (Ayam Jantan)

17. Empat pasangan, iaiu Abdullah, Ah Cehng, Samy dan Mariam hendak mengambil tempat duduk di dalam sebuah dewan kuliah untuk mendengar ceramah.Setiap baris mempunyai 8 tempat duduk.Mereka duduk di baris yang sama tetapi pasangan Abdullah tidak mahu duduk bersebelahan dengan pasangan Ah Cheng. Pasangan Ah Cheng pula enggan duduk bersebelahan dengan pasangan Samy.Manakala pasangan Mariam enggan duduk bersebelahan dengan pasangan Abdullah.

Antara berikut, susunan yang manakah dapat menyelesaikan masalah di atas?A Abdullah,Ah Cheng,Samy ,Mariam B Abdullah,Mariam,Samy,Ah ChengC Abdullah,Samy,Ah Cheng,MariamD Abdullah,Samy,Mariam,Ah Cheng

Page 5: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

Kadar Pertukaran Mata Wang AsingMata Wang Belian Jualan

Dollar Singapura 2.3167 2.003Dollar Australia 5.808 5.4812Pound Sterling 1.6997 2.3500

Ahmad mempunyai £ 7 690Abu mempunyai S $778Atan mempunya S AUS347Belian : Duit asing yang akan ditukar kepada RMJualan : Duit RM yang ditukar kepada wang asing

18. Jumlah purata wang diterima oleh ketiga-tiga orang tersebut apabila dijual dalam RM ialahA RM5 629.5. B RM7 606.4.C RM7 780.7. D RM8 020.4.

19. Raju menjual sebuah komputer dengan harga RMX. Dia membeli komputer tersebut dengan harga RM1 500. Dengan harga jualan RMX itu, Raju memperoleh keuntungan sebanyak 20%.Berapakah harga komputer yang dijualnya?A RM1 700 B RM1 800C RM1 900 D RM2 000

20. Dalam keluarga Encik Roslan terdapat empat orang ahli. Seorang bapa, seorang ibu, anak lelaki dan anak perempuan. Purata umur empat orang ahli keluarga tersebut ialah 40 tahun. Umur ibu ialah 54 tahun. Purata umur dua orang anaknya ialah 27 tahun. Berapakah umur Encik Roslan?

A 45 tahun B 52 tahunC 58 tahun D 60 tahun

Page 6: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

SKEMA JAWAPAN

1. B Penyelesaian

20/100 x RM40 000 = RM8 000RM40 000 – RM8 000 = RM32 00010/100 X RM32 000 = RM3 200

Harga Jualan = RM32 000 + RM3 200 = RM35 200

2. B Penyelesaian

RM35 200 – RM40 000 = - RM 4 800RM4 800/RM40 000 X 100% = 12%

3. B Penyelesaian

Tahun 2007 : J berumur 21 tahunTahun 1998 : J berumur 21 – 9 = 12 tahun

Umur P ialah 2 x 12 = 24 tahunTahun 1991: P berumur 24 – 7 = 17 tahun

Umur T ialah 3 x 17 = 51 tahunUmur R ialah 51 – 25 = 26 tahun

J dilahirkan pada tahun 2007 – 21 = 1986

Pada tahun 1986, umur R ialah 26 – 5 = 21 tahun

4. A Penyelesaian

Baki bayaran = RM3 300.00 – RM800 = RM2 500

Faedah = (RM2 500 X 7/100) = RM175

Harga Barangan + Faedah = RM2 500 + RM175 = RM2 675

Bayaran Ansuran = RM2 675/24 = RM111.46

Page 7: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

5. C Penyelesaian

Waktu di London = 10.00 pagi,31 Disember 2009Bersamaan dengan waktu di Malaysia = 7.00 malam31 Disember 2009

Tempoh masa penerbangan = 12 jamWaktu Ketibaan di KLIA = 7.00 malam + 12 jam = 7.00 pagi, 1 Januari 2010

6. B Penyelesaian

Baju + Selendang = RM140Selendang (130/100 X Baju) = RM140100/100 + 130/100 X Baju =RM140230/100 X Baju = RM140

Baju = RM140 X 100/230 = RM60.70Baju + Selendang = RM140

RM60.70 + Baju = RM140Baju = RM140 – RM60.70 = RM79.13

7. C Penyelesaian

Cherel Kanthan40 km – 1 Jam 50 km - 1 Jam40 km – 3 600 s 50 km – 3 600s1 km – 90 s 1 km – 72 s20 km – 1 800 s 20 km – 1 440 s

Perbezaa = 1 800s - 1 440 s = 360 s

8. A Penyelesaian

(16 000 - 8 320 = 7 680) + (9 000 – 5 945 = 3 055) + (8 453 – 3 931 = 4 522)= 15 257 orang.

9. B Penyelesaian

I Betul - 9 000 – 16 000/16 000 x 100 = 43.75%

II Salah – 3 931/8 453 x 100 = 46.50%

III Salah – 4 522/8 453 x 100 = 53.5%

IV Betul – 9 000/5 945 = 1.5

Page 8: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

10. D Penyelesaian

Panjang dalam peta 5 km = 1/10 0001 km = 1 000 m1 m = 100 cm

1 km = 100 000 cm

Panjang dalam peta = 5/1000 x 100 000 = 500 cm

11. C Penyelesaian

Jumalah penduduk Bnadar X + Bandar Y = 564 780Bandar X : Bandar Y155% : 100%

Katakan 564 780 : 255% A : 100%

A = 564 780 X 100/255 = 221 482.3529Lelaki (L) : Perempuan (P) 1 : 25P = 221 482.3529 – L/L = 2.5221 482.3529 = 2.5 L + L221 582.3529 = 3.5 L

L = 63 280.67Penduduk Perempuan = Jumlah – Lelaki221 482.3529 orang – 63 280.67 orang= 158 201.68 orang

12. D PenyelesaianBandar X = Jumlah penduduk – Penduduk Bandar Y = 564 780 orang – 221 482.3529 orang = 343 297.6 orang343 297.6 x 29/100 = 99 556 orang

13. A Penyelesaian

Tahun 2003 = RM5 600

Page 9: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

Lima tahunkemudian, susut nilai menjadi -25%= RM5 600 – (RM5 600 X 25%)= RM5 600 – RM1 400=RM4 200

Harga Jualan = RM4 200 + (RM4 200 X 20%)=RM4 200 + RM840=RM5 040

Peratus Kerugian = RM5 040 – RM5 600/RM5 600 X 100%= -10%

14. A Penyelesaian

Kedai dalam satu baris :

A:Rajinish

B:Ah Chong

C:Abdullah

D:Masyu

E:Ah Tan

15. C Encik Jack

Kambing Lembu Kambing Jantan Lembu Jantan 100 x 25% 300 x 50% = 25 ekor = 150 ekor

Kambing Betina Lembu Betina 100 x 75% 300 x 50% = 75 ekor = 150 ekor

Peratus lembu Jantan = 150 x 100% 300 +100%

= 37.5%

16. B Penyelesaian

Ayam Betina dan ayam ayam jantan 5 : 4

Page 10: Latihan Penyelesaian Masalah PRA U1 2010.doc

5 x 20 =100 : 4 x 25 = 100 100 : 100 – 50 = 50100 ÷ 50 = 2 : 50 ÷ 50 = 1 = 2 : 1

17. D Penyelesaian

Mariam dan Abdullah mesti dipisahkan. Oleh itu, jawapan B adalah salah.Abdullah dan Ah Cheng mesti dipisahkan. Oleh itu, jawapan A juga salahAh Cheng dan Sayu mesti dipisahkan. Maka, jawapan C juga salah.

18. A Penyelesaian

(7 690 x 1.6997) + (778 x 2.3167) + (347 x 5.808)= RM16 888.4616

Purata wang =RM16 888.4616 ÷ 3=RM5 629.50

19. B Penyelesaian

RM1 500 X 20/100 = RM300

Keuntungan ialah sebanyak RM300.Komputer tersebut dijual dengan harga :

RM300 + RM1 500 = RM1 800

20. B Penyelesaian

Jumlah umur 4 orang ahli = 40 x 4 = 160 tahun Jumlah umur 2 orang anak = 27 x 2 = 54 tahun

Umur ibu = 54 tahun

Umur bapa = 160 – (54 + 54) = 160 – 108 = 52 tahun