Lawatan Ke Dun

download Lawatan Ke Dun

of 5

Transcript of Lawatan Ke Dun

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI TINGKATAN ENAM ATAS 2011

1.0

TUJUAN

Teks ini disediakan untuk memohon P uan Pengetua SMK Bau menimbang dan meluluskan lawatan sambil belajar ke Dewan Undangan Negeri Sarawak ,Mahkamah Tinggi Kuching dan Swinburne University Of Technology. Kertas kerja antara lain menerangkan tujuan lawatan diadakan, rancangan lawatan serta kos perbelanjaan yang diperlukan.

2.0

PENGENALAN/LATAR BELAKANG

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Tingkatan 6 SMK Bau ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke tiga lokasi iaitu; DUN Sarawak,Mahkamah Tinggi Kuching dan Swinburne University Of Technology untuk sesi 2011. Program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mendekatkan diri serta mempelajari fungsi DUN dan Mahkamah Tinggi Kuching seiring dengan kandungan sukatan mata pelajaran Pengajian Am. Selain itu pelajar juga berpeluang mendekatkan diri dengan Kolej Swinburne seterusnya mengenali bagaimana sebuah IPTS berfungsi. Subjek Pengajian Am merupakan subjek yang wajiblulus penuh sebagai salah satu syarat untuk pelajar memohon kemasukan ke universiti awam. Sejajar dengan perkara tersebut, maka pihak HEM Tingkatan 6 berusaha untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini dengan mengadakan lawatan ke DUN dan Mahakamah Tinggi Kuching. Melalui lawatan ini, diharap pelajar akan lebih berminat untuk mengetahui mengenai sistem perundangan di peringkat negeri Sarawak. Selain itu pihak Hem juga berusaha untuk memupuk budaya menghargai peranan DUN serta badan kehakiman di negara ini agar suatu hari nanti pelajar kita dapatmenempatkan diri mereka sebagai kakitangan di dua badan tersebut. Melalui lawatan ke Swinburne, pelajar diberi peluang untuk melihat sendiriinfrastruktur serta aktiviti yang diadakan di sebuah IPTS. Lawatan seperti ini mampu meningkatkan minat pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi selepas menamatkan pengajian di tingkatan enam. Perkara ini sudah tentu akan memberikan motivasi kepada semua pelajar tingkatan enam untuk belajar dengan lebih tekun lagi agar berpeluang melanjut pengajian ke kan IPTA mahupun IPTS di negara kita.

1

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI TINGKATAN ENAM ATAS 2011 3.0 ASAS PERTIMBANGAN

Melalui lawatan ini pelajar akan didedahkan dengan dunia sebenar dan melihat dengan sendiri apa sebenarnya yang berlaku di DUN,Mahkamah Tinggi serta di UniversitySwinburne. Pelajar boleh mendapat pelbagai input daripada lawatan tentang fungsi DUN dan Mahkamah Tinggi. Pelajar juga berpeluang menyaksikan perbicaraan (jika dibenarkan) dan mengetahui secara tak langsung bagaimana prosedur perbicaraan dijalankan. Pelaj juga akan berpeluang untuk ar melihat sendiri program atau aktiviti yang sering diadakan di Swinburne seterusnya memupuk minat pelajar untuk belajar dengan lebih tekun lagi agar dapat masuk ke mana -mana IPT di negara ini. Selain itu, lawatan ini boleh mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru -guru Tingkatan Enam, memandangkan hubungan an tara guru dan pelajar terhad di kawasan sekolah sahaja. Melalui lawatan seperti ini,guru berpeluang untuk berkongsi pengalaman mereka semasa belajar di IPTA suatu ketika dahulu. Secara tak langsung pelajar dapat menimba ilmu tentang kehidupan di universiti seterusnya menjadi persediaan mereka apabila melanjutkan pengajian kelak.

4.0

MISI

Melahirkan generasi yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing.

5.0

MATLAMAT

5.1 Membentuk dan melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dapat menguasai ilmu dan kompetensi generik. 5.2 Melahirkan pelajar yang boleh menggarap pembelajaran sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu. 5.3 Melahirkan pelajar yang dapat mengadaptasi pengalaman kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara menyeluruh. 5.4 Melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat sekolah dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

2

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI TINGKATAN ENAM ATAS 2011 6.0 OBJEKTIF LAIN

6.1 Menambah pengetahuan dengan melihat dan mempelajari sistem perundangan di negara kita, khususnya di Sarawak. 6.2 Mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai fungsi mahkamah tinggi. 6.3 Mengetahui program yang ditawarkan oleh Swinburne. 6.4 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajaryang berbilang kaum.

7.0

TEMPAT,TARIKH DAN JUMLAH PESERTA

7.1 Tempat-tempat yang dilawati: a) Dewan Undangan Negeri Sarawak b) Mahkamah Tinggi Kuching c) Swinburne University

7.2 Tarikh lawatan 7.3 Hari 7.4 Peserta

: 07 Julai 2011 : Khamis : 106 pelajar dan 10 orang guru pengiring.

8.0

ATURCARA PROGRAM

MASA

AKTIVITI

6.30-7.00 PAGI

PELAJAR DAN GURU AKAN BERKUMPUL DI HADAPAN PAGAR UTAMA SEKOLAH

-Ambil kehadiran pelajar. - Mengambil Bungkusan Sarapan Di Dewan Makan sekolah untuk dibawa ke dalam bas

7.00 PAGI

BERTOLAK KE DUN

-

Pelajar menikmati sarapan di dalam bas.

8.30 PAGI

TIBA DI DUN SETERUSNYA MELAWAT BANGUNAN DUN

3

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI TINGKATAN ENAM ATAS 2011 BERTOLAK KE MAHKAMAH TINGGITIBA DI MAHKAMAH TINGGI SETERUSNYA MELAWAT MAHKAMAH TINGGI

10.30 PAGI 11.00 PAGI

1.00 PTG

MAKAN TENGAHARI DI THE SPRING KUCHING Pelajar Akan Mengeluarkan Belanja Sendiri

2.00 PTG 2.15 PTG 4.30 PTG 5.30 PTG

BERTOLAK KE SWINBURNE TIBA DI SWINBURNE BERTOLAK KE SEKOLAH TIBA DI SEKOLAH

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

RM

1. 2. 3.

Pengangkutan (3 buah bas) Sarapan pagi Air minuman (botol) JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

2100.00 4.10 x 116 org = 475.60 116 botol x 1 = 116 2691.00

10.0

PROSEDUR KESELAMATAN

10.1

Setiap pelajar wajib mendapatkan kebenaran ibu bapadengan mengisi Borang Deklarasi sebelum menyertai lawatan.

10.2 10.3 10.4 10.5

Setiap pelajar wajib membawa bersaman kad pengenalan asal sepanjang lawatan. Pelajar juga wajib berpakaian seragam sekolah yang lengkap. Pelajar wajib berjalan/bergerak dalam kumpulan dibawah pengawasan guru. Setiap pergerakan hendaklah diberitahu dan mendapatkan kebenaran daripada guru-guru pengiring.

10.6

Guru pengiring akan sentiasa memastikan keselam atan peserta sepanjang masa dan memeriksa peserta setiap kali berlaku pergerakan.

10.7

Sepanjang aktiviti, peraturan-peraturan sekolah adalah berkuatkuasa sepenuhnya. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada peserta yang mengingkari peraturan sekolah.

4

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI TINGKATAN ENAM ATAS 201111.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

a. Penaung b. Penasihat c. Pengerusi d. Timbalan Pengerusi e. Ahli Jawatankuasa lain

: Puan Fatimah Matair (Pengetua SMK Bau) : En. Anek Apok (Penyelaras Tingkatan 6) : Puan Catherina Nelson : En.Celestine Michael : (i) Pn.Sugianty Ak Angun (ii) En. Mohd Ali (iii) Puan Lucy (iv) Cik Lydia Ak Jakarta (v) Puan Adeline (vi) Puan Catherine Tong (vii) Puan Munah (viii) Puan Liew Li Li (viii) En. Sevalingam

12.0

PENUTUP

Kami berharap kertas kerja ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan dengan sewajarnya. Kami juga berharap agar bantuan kewangan diberikan untuk melancarkan lagi perjalanan program ini. Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

............................................... (En. CELESTINE MICHAEL) Timbalan Pengerusi Lawatan.

................................................ ( En. Anek Apok) Penyelaras Smk Bau. Tingkatan

................................................ (Puan Fatimah Matair)

Enam Pengetua SMK Bau

5