Lawatan Tapak 2 (Melepa)
-
Upload
siti-masrura -
Category
Documents
-
view
348 -
download
4
description
Transcript of Lawatan Tapak 2 (Melepa)
1.0 PENGENALAN
TAJUK : Lawatan Tapak 2 TARIKH : 13 Oktober 2015
LOKASI : Lorong Haji Rais, Johor MASA : 9.00am - 11.30am
AKTIVITI : Kerja-kerja melepa tembok
Projek pembinaan ini merupakan pembinaan tiga buah rumah teres
satu tingkat (20”X48”). Projek ini dibina sendiri oleh tuan rumah iaitu Encik
Misno bin Muhammad dengan bantuan 6 orang pekerja yang diupah. Pada
masa ini, projek pembinaan telah siap 50% di mana kerja-kerja melepa
tembok dan ‘rendering’ sedang dijalankan. Bagi kerja ‘rendering’ sudah hampir
70% dan kami diarah untuk menjalankan kerja melepa tembok luar rumah
tersebut.
2.0 TEORI
2.1 KERJA-KERJA LEPAAN
Pada umumnya, mortar digunakan dalam proses melepa untuk
meratakan dan mencantikkan permukaan bagi struktur bangunan. Jika
diperhatikan hampir semua pembinaan struktur (bangunan) perlu dilepa.
Namun begitu terdapat juga hal lain yang penting di dalam proses melepa ini.
Secra logiknya,apabila sesuatu struktur itu dilepa, ikatan diantara permukaan
sesuatu struktur akan lebih kukuh kerana melepa ini bolehlah dianggap
sebagai balutan yang menyepadukan sesuatu struktur.
Selain itu, melepa juga digunakan untuk menyeragamkan sesuatu
permukaan sebagai contoh untuk memperbaiki keretakan yang tidak terlalu
dalam. Dinding bata sebagai contoh selalunya ikatan di antara bata pada
dinding tidak seragam dan ini dapat dikemaskan dengan melepa pada
permukaan luar dan dalam dinding. Permukaan bata yang memerlukan kerja-
kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang
menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata
yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk
menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau
tembok yang dibina itu sendiri.
Rajah 2.1 (a) Menunjukkan aktiviti melepa yang dilakukan
2.2 TUJUAN LEPAAN
Seperti kerja-kerja pembinaan yang lain, kerja-kerja melepa tembok juga
mempunyai tujuan tersendiri. Antaranya adalah:-
a. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.
b. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.
c. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.
d. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan
lasak.
e. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
f. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.
3.0 PERALATAN
SUDIP SPIRIT LEVEL
BALDI DULANG BANCUHAN KONKRIT
SCOPE SCOPE PANJANG
4.0 BAHAN
PASIR
KAPUR
TANAH MERAH
5.0 LANGKAH KERJAi. Bancuhan mortar dibuat dengan mengikut nisbah 1:1:3
(simen:tanah:pasir). Mortas dibancuh dengan menggunakan tangan.
ii.
Sementara mortar dibancuh, Encik Misno menunjukkan kawasan tembok yang
akan dilepa. Lepaan perlu bermula dari bahgian atas namun tekniknya
harus dari bawah ke atas.
iii. Setelah memulakan teknik bawah ke atas, di akhirnya haruslah tekan
sedikit lama supaya lepaan terlekat di tembok.
iv. Seterusnya lepaan disambung di bahagian tepi dan bawah tembok
sehingga penuh.
v. Ketebalan mortar adalah setebal 0.5 inci.
vi. Setelah selesai melepa, lepaan harus diratakan dengan menggunakan
‘screed’.
vii. Dengan menggunakan ‘screed’, ia akan meratakan lepaan. Mana
bahagian yang terlebih akan dibuang manakala bahagian yang kurang
haus ditambah dengan mortar.
viii. Akhir sekali, lepaan haruslah diratakan seingga licin.
6.0 PERBINCANGAN
Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan.
Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut
tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir
yang dibancuhkan dengan air bersih. Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen
: 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti
kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm. Manakala,
nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada
bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam
dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm). Secara teorinya begitu, namun, di
tapak bina para pekerja menambah sedikit tanah merah untuk menambah
kejelekitan mortar menjadikan nisbah 1:1:3 (simen:tanah:pasir)
Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri.
Selain penggunaan mesin lepaan, ianya juga boleh dilakukan secara manual
iaitu lapisan demi lapisan. Namun begitu, pembaziran mortar juga boleh
berlaku sama ada dari penggunaan mesin atau secara manual. Hal ini kerana,
mortar harus dilekatkan pada tembok yang menegak. Ini amat sukar bagi
seseorang yang tidak tahu akan teknik-teknik melepa. Oleh itu, mortar untuk
melepa haruslah lebih ringan tetapi mendapat lekatan yang baik.
7.0 KESIMPULAN
Apa yang dapat disimpulkan disini ialah kita perlu bekerjasama, dan
kerja keras untuk melakukkan kerja melepa dinding. Kita berhati-hati daripada
lakukan kesilapan kerja-kerja yang tidak baloi. Kita perlu melakukan kerja
dengan baik supaya tidak melakukan kerja dua kali. Melepa dinding adalah
penting dengan tujuan halangan daripada cuaca dan boleh mudah kering
dengan cepat jikalau hujan. Tujuan untuk pelajar membuat lawatan ini adalah
untuk mempelajari dan memahami tanpa segan silu.
Selain itu, pekerja hendaklah bijak menguruskan bahan bahan binaan
supaya tidak membazir. Penggunaan bahan binaan hendaklah mengikut
sukatan kerja yang dikehendaki dan jangan melebihi had. Patuhilah peraturan
dan pastikan persekitaran tempat kerja bersih.