Lay Yoon Fah_UMS

10
Pengaruh Kemahiran Proses Sains, Keupayaan Pemikiran Logik, Sikap Terhadap Sains Dan Lokus Kawalan Terhadap Pencapaian Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Bahagian Pedalaman Negeri Sabah Lay Yoon Fah [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan langsung dan tidak langsung bagi kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan terhadap pencapaian sains di kalangan pelajar Tingkatan 4 Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Seramai lebih kurang 600 orang pelajar Tingkatan 4 dari keempat-empat daerah di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah telah dipilih dengan kaedah pensampelan rawak kelompok dua-tahap. Saiz sampel kajian telah ditentukan berpandukan kepada formula yang disyorkan oleh Krejecie dan Morgan (1970) dan analisis kuasa. Kaedah tinjauan sampel telah digunakan untuk mengumpul data. Instrumen-instrumen yang telah digunakan untuk memungut data kuantitatif terdiri daripada Ujian Kemahiran Proses Sains Asas (UKPSA), Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB), Pentaksiran Berkumpulan Pemikiran Logik (PBPL), Pentaksiran Sikap Terhadap Sains Di Sekolah (PSTSS), Soal Selidik Tanggungjawab Pencapaian Intelektual (TPI), dan Ujian Pencapaian Sains (UPS). Analisis multivariat (analisis korelasi hasil darab momen Pearson, analisis regresi berganda dan analisis lintasan) telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis nol pada aras keertian, p = .05. Andaian-andaian penggunaan teknik parametrik seperti kenormalan, kelinearan, homoskedastisiti, dan ketaksandaran telah dipenuhi sebelum analisis data selanjutnya dilaksanakan. Pakej analisis statistik seperti ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS-PC) for Windows version 9.0’, dan perisian ‘Analysis of Moment Structures (AMOS) 4.0 SPSS for Windows version 10.0’ (Arbuckle, 1998) telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang dikumpul. Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujudnya korelasi positif yang rendah ke sederhana tetapi signifikan antara pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains bagi keseluruhan responden kajian kecuali hubungan antara keupayaan pemikiran logik dengan sikap terhadap sains dan lokus kawalan. Analisis regresi berganda langkah-demi-langkah mendapati bahawa keupayaan pemikiran logik dan sikap terhadap sains menyumbang secara signifikan sebanyak 26.4% daripada varians dalam pencapaian kemahiran proses sains bagi keseluruhan responden kajian. Di samping itu, kemahiran proses sains dan keupayaan pemikiran logik turut menyumbang secara signifikan sebanyak 34.7% daripada varians dalam pencapaian sains di kalangan responden kajian. Keputusan analisis lintasan menunjukkan bahawa keupayaan pemikiran logik dan sikap terhadap sains memberi kesan langsung kepada kemahiran proses sains, kemahiran proses sains dan keupayaan pemikiran logik pula memberi kesan langsung kepada pencapaian sains manakala keupayaan pemikiran Seminar Penyelidikan Maktab Perguruan Keningau Sabah (22– 23 September, 2005) 1

description

presentation

Transcript of Lay Yoon Fah_UMS

PENGARUH KEMAHIRAN PROSES SAINS, KEUPAYAAN PEMIKIRAN LOGIK, SIKAP TERHADAP SAINS DAN LOKUS KAWALAN TERHADAP PENCAPAIAN SAINS D

Pengaruh Kemahiran Proses Sains, Keupayaan Pemikiran Logik, Sikap Terhadap Sains Dan Lokus Kawalan Terhadap Pencapaian Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Bahagian Pedalaman Negeri SabahLay Yoon Fah

[email protected]

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk meninjau kesan langsung dan tidak langsung bagi kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan terhadap pencapaian sains di kalangan pelajar Tingkatan 4 Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Seramai lebih kurang 600 orang pelajar Tingkatan 4 dari keempat-empat daerah di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah telah dipilih dengan kaedah pensampelan rawak kelompok dua-tahap. Saiz sampel kajian telah ditentukan berpandukan kepada formula yang disyorkan oleh Krejecie dan Morgan (1970) dan analisis kuasa. Kaedah tinjauan sampel telah digunakan untuk mengumpul data. Instrumen-instrumen yang telah digunakan untuk memungut data kuantitatif terdiri daripada Ujian Kemahiran Proses Sains Asas (UKPSA), Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB), Pentaksiran Berkumpulan Pemikiran Logik (PBPL), Pentaksiran Sikap Terhadap Sains Di Sekolah (PSTSS), Soal Selidik Tanggungjawab Pencapaian Intelektual (TPI), dan Ujian Pencapaian Sains (UPS). Analisis multivariat (analisis korelasi hasil darab momen Pearson, analisis regresi berganda dan analisis lintasan) telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis nol pada aras keertian, p = .05. Andaian-andaian penggunaan teknik parametrik seperti kenormalan, kelinearan, homoskedastisiti, dan ketaksandaran telah dipenuhi sebelum analisis data selanjutnya dilaksanakan. Pakej analisis statistik seperti Statistical Packages for Social Sciences (SPSS-PC) for Windows version 9.0, dan perisian Analysis of Moment Structures (AMOS) 4.0 SPSS for Windows version 10.0 (Arbuckle, 1998) telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang dikumpul. Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujudnya korelasi positif yang rendah ke sederhana tetapi signifikan antara pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains bagi keseluruhan responden kajian kecuali hubungan antara keupayaan pemikiran logik dengan sikap terhadap sains dan lokus kawalan. Analisis regresi berganda langkah-demi-langkah mendapati bahawa keupayaan pemikiran logik dan sikap terhadap sains menyumbang secara signifikan sebanyak 26.4% daripada varians dalam pencapaian kemahiran proses sains bagi keseluruhan responden kajian. Di samping itu, kemahiran proses sains dan keupayaan pemikiran logik turut menyumbang secara signifikan sebanyak 34.7% daripada varians dalam pencapaian sains di kalangan responden kajian. Keputusan analisis lintasan menunjukkan bahawa keupayaan pemikiran logik dan sikap terhadap sains memberi kesan langsung kepada kemahiran proses sains, kemahiran proses sains dan keupayaan pemikiran logik pula memberi kesan langsung kepada pencapaian sains manakala keupayaan pemikiran logik dan sikap terhadap sains memberi kesan tidak langsung melalui kemahiran proses sains kepada pencapaian sains bagi keseluruhan responden kajian. Model struktur yang dijanakan dalam kajian ini mempunyai kebagusan penyuaian model yang baik dan memenuhi kriteria-kriteria pengukuran penyuaian model yang dicadangkan dalam ukuran penyuaian mutlak, ukuran penyuaian penambahan dan ukuran penyuaian parsimoni. Dapatan-dapatan kajian ini membawa implikasi kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyelidikan dan pembangunan pendidikan sains. Pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum sains perlu merancang program-program intervensi yang berkesan untuk meningkatkan keupayaan pemikiran logik dan memupuk sikap yang positif terhadap sains dalam usaha meningkatkan pencapaian kemahiran proses sains dan seterusnya pencapaian sains di kalangan pelajar. Tindakan-tindakan susulan tersebut adalah penting untuk memastikan wawasan negara menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan teknologi menjadi kenyataan.Latar belakang kajianKemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada penjanaan idea-idea baru yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Dalam usaha untuk mencapai status sebagai negara maju, kerajaan Malaysia telah merencanakan suatu wawasan yang dikenali sebagai Wawasan 2020. Daripada sembilan cabaran strategik yang telah dikenal pasti, cabaran keenam ialah menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif iaitu sebuah masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan (Wan Mohd. Zahid, 1993, h.74). Teras wawasan ini memerlukan rakyat Malaysia mempunyai kemahiran saintifik dan teknologi yang tinggi untuk membolehkan rakyat Malaysia melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti huluran dan hiliran sains dan teknologi.

Sumber manusia yang paling asas dan berkuasa adalah kecerdasan yang mana bukan sahaja otak yang baik tetapi mempunyai keupayaan menggunakannya dan memastikan ia berfungsi dengan berkesan. Dalam hal ini, sains telah menyediakan cara yang membolehkan manusia berfikir secara logik mengenai peristiwa harian dan penyelesaian masalah praktikal. Sains juga mewakili cara mengorganisasikan pengetahuan yang akan menyumbang kepada perkembangan kebudayaan dan intelektual. Untuk mencapai matlamat tersebut, konsep pendidikan melalui sains menjadi mustahak.

Dua bidang penyelidikan yang penting dalam pendidikan sains ialah kemahiran proses sains dan keupayaan pemikiran logik. Kemahiran proses sains mewakili mekanisme penyelesaian masalah yang terlibat dalam sebarang proses kognitif manakala keupayaan pemikiran logik pula adalah penting untuk pemerolehan dan pemahaman konsep-konsep sains. Pengetahuan sains dipercayai akan berkembang melalui penggunaan kemahiran proses sains dan keupayaan pemikiran logik. Selain itu, para penyelidik dalam bidang pendidikan sains juga telah menegaskan pentingnya sikap pelajar terhadap sains dan lokus kawalan pelajar sebagai pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi pencapaian sains di kalangan pelajar.

Pernyataan masalah

Malaysia telah mengambil bahagian dalam Kajian Antarabangsa Ketiga Matematik dan Sains Ulangan (Third International Mathematics and Science Study Repeat, TIMSS-R)(1997-2000) yang dianjurkan oleh The International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Sebanyak 38 buah negara di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Tujuan Malaysia melibatkan diri dalam kajian ini adalah untuk mengetahui kedudukan negara berbanding dengan negara-negara lain dalam pencapaian sains dan matematik. Dalam konteks Malaysia, kajian ini telah ditadbirkan pada bulan Oktober, 1998 dan melibatkan seramai 5713 orang pelajar Tingkatan 2 yang berumur purata 14.4 tahun sebagai sampel kajian. Antara dapatan kajian TIMSS-R (2000) yang penting termasuk: (i) Malaysia menduduki tempat ke-22 dalam sains dengan skor purata 492 dan skor purata ini tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding dengan skor purata antarabangsa (488);

(ii) Secara keseluruhannya, pencapaian pelajar Malaysia dalam sains adalah rendah bagi semua benchmark pencapaian berbanding dengan negara Singapura, Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan England;

(iii) Pelajar Malaysia menduduki tempat ke-19 untuk topik Isu alam sekitar dan sumber alam, tempat ke-21 untuk topik Inkuiri saintifik dan sifat semula jadi sains, tempat ke-22 untuk topik Sains bumi dan fizik, tempat ke-24 untuk topik Sains hayat dan kimia.

Berdasarkan dapatan kajian TIMSS-R (2000), tercetusnya beberapa persoalan yang perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Antara lain ialah: Mengapakah pencapaian sains pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS-R (2000) kurang memuaskan jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Chinese Taipei, Singapura, Jepun, Korea, Hong Kong dan Belgium sedangkan pelbagai pendekatan pengajaran-pembelajaran khususnya kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir yang dipercayai dapat membantu pelajar dalam pemerolehan ilmu pengetahuan sains telah diperkenalkan melalui kurikulum sains yang disemak dari masa ke masa?; Adakah pencapaian sains dipengaruhi pencapaian kemahiran proses sains dan keupayaan pemikiran logik di kalangan pelajar? dan Sejauh manakah pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan dapat menyumbang kepada pemerolehan / pembelajaran konsep-konsep sains di kalangan pelajar?.

Objektif kajian

(i) mengenal pasti hubungan antara pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains di kalangan pelajar;

(ii) menentukan sama ada keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan dapat meramal pencapaian kemahiran proses sains di kalangan pelajar;

(iii) menentukan sama ada pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan dapat meramal pencapaian sains di kalangan pelajar;

(iv) mencadangkan satu model struktur kesan langsung dan tidak langsung untuk meramal pencapaian sains di kalangan pelajar berdasarkan pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan pelajar.

Hipotesis kajian

Ho1:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains di kalangan pelajar;

Ho2:Semua pekali regresi bagi keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan adalah sifar apabila disandarkan kepada pencapaian kemahiran proses sains di kalangan pelajar.

Ho3:Semua pekali regresi bagi pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan adalah sifar apabila disandarkan kepada pencapaian sains di kalangan pelajar.

Ho4:Semua pekali lintasan bagi pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan adalah sifar apabila disandarkan kepada pencapaian sains di kalangan pelajar.

Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif bukan eksperimen yang akan dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan sampel.

Lokasi kajianKajian ini akan dijalankan di 18 buah kelas Tingkatan 4 daripada 9 buah sekolah menengah di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Sampel kajian dan kaedah pensampelan

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains KBSM Tingkatan 4 di 22 buah sekolah menengah kebangsaan Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Saiz populasi kajian adalah dianggarkan seramai 3500 orang pelajar (Pejabat Pelajaran Daerah Gabungan Keningau, 2004). Saiz sampel kajian akan ditentukan berpandukan kepada formula yang telah disyorkan oleh Krejecie dan Morgan (1970) dan analisis kuasa (Miles & Shevlin, 2001). Secara khusus, kaedah pensampelan rawak kelompok dua-tahap akan digunakan untuk mengenal pasti sekolah kajian dan kelas Tingkatan 4 yang akan dilibatkan dalam kajian ini.

Instrumentasi

(i) Ujian Kemahiran Proses Sains Asas (UKPSA);

(ii) Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB);

(iii) Pentaksiran Berkumpulan Pemikiran Logik (PBPL);

(iv) Pentaksiran Sikap Terhadap Sains Di Sekolah (PSTSS);

(v) Soal selidik Tanggungjawab Pencapaian Intelektual (TPI);

(vi) Ujian Pencapaian Sains (UPS).

Prosedur penganalisisan data

Untuk memastikan data-data yang dikumpul melalui instrumen kajian tertabur secara normal, kaedah grafik seperti histogram, plot batang-daun, plot kotak, Q-Q plot dan detrended Q-Q plot akan diplotkan bagi setiap pemboleh ubah yang dikaji. Selain itu, ukuran kepencongan dan kurtosis turut akan digunakan untuk mengesan sebarang penyimpangan daripada taburan normal (Hair, Anderson, Tatham, & Black, 1998; Miles & Shevlin, 2001). Setelah memenuhi andaian-andaian penggunaan teknik parametrik untuk menganalisis data kuantitatif yang diperoleh melalui instrumen kajian, analisis multivariat yang merangkumi analisis faktor, analisis korelasi Pearson, analisis regresi berganda dan analisis lintasan akan digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Dalam hal ini, aras keertian, p = .05 adalah ditetapkan bagi semua analisis data. Korelasi hasil darab momen Pearson

Korelasi akan digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran proses sains asas dan bersepadu, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains di kalangan pelajar. Pekali korelasi hasil darab momen Pearson (r) pula akan dihitung untuk menggambarkan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. Analisis regresi berganda

Prosedur analisis regresi berganda langkah-demi-langkah akan digunakan untuk menentukan sama ada pencapaian kemahiran proses sains (PROSES), keupayaan pemikiran logik (LOGIK), sikap terhadap sains (SIKAP) dan lokus kawalan (LOKUS) dapat membuat anggaran yang signifikan dalam pencapaian sains (SAINS) di kalangan pelajar.

Kaedah pemilihan pemboleh ubah jenis langkah-demi-langkah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan satu model parsimoni. Perlanggaran andaian-andaian penggunaan kaedah analisis regresi berganda seperti kenormalan, homoskedastisiti, kelinearan dan ketaksandaran akan diperiksa untuk memastikan taburan data kajian adalah sesuai untuk penggunaan kaedah analisis regresi berganda (Norusis, 1999). Di samping itu, statistik jarak (sukatan tuilan dan jarak Cook) dan statistik influence (DfBeta dan DfFit) juga akan digunakan untuk mengenal pasti data pencilan. Untuk mengesan multikekolinearan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah ramal yang terlibat dalam kajian ini, beberapa kaedah akan digunakan iaitu matriks korelasi, Tolerance (T) dan Variance Inflation Factor (VIF) (Hair et al., 1998).

Model persamaan struktur

Model persamaan struktur (Structural Equation Modeling, SEM) merupakan teknik multivariat yang menggabungkan aspek-aspek regresi berganda dengan analisis faktor untuk membuat anggaran secara serentak mengenai satu siri hubungan kesandaran yang saling berkait (Hair et al., 1998).

Analisis lintasan AMOS 4

Kajian ini akan menggunakan teknik analisis lintasan AMOS 4 untuk meninjau hubungan langsung dan tidak langsung antara pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains di kalangan pelajar. Dalam hal ini, keupayaan pemikiran logik (LOGIK), sikap terhadap sains (SIKAP) dan lokus kawalan (LOKUS) bertindak sebagai pemboleh ubah eksogen manakala pencapaian kemahiran proses sains (PROSES) dan pencapaian sains (SAINS) pula akan bertindak sebagai pemboleh ubah endogen. Dapatan kajian

Hubungan antara pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains

Bahagian ini menguji hipotesis nol pertama (Ho1) iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains di kalangan pelajar. Hipotesis nol ini telah diuji dengan menggunakan korelasi hasil darab momen Pearson (r) pada aras keertian p < .05.

Keputusan korelasi hasil darab momen Pearson menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang signifikan antara skor komposit pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains di kalangan pelajar. Pekali korelasi hasil darab momen Pearson antara pemboleh ubah kajian tersebut berada di dalam julat .125 - .582. Justeru, dapatan ini telah berjaya menolak hipotesis nol pertama (Ho1) yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains, lokus kawalan dan pencapaian sains di kalangan pelajar kecuali hubungan antara keupayaan pemikiran logik dengan sikap terhadap sains dan lokus kawalan.

Pengaruh keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan terhadap pencapaian kemahiran proses sains

Bahagian ini menguji hipotesis nol kedua (Ho2) iaitu semua pekali regresi bagi keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan adalah sifar apabila disandarkan kepada pencapaian kemahiran proses sains di kalangan pelajar. Pengujian hipotesis tersebut telah dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis regresi berganda langkah-demi-langkah.

Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa keupayaan pemikiran logik dan sikap terhadap sains menyumbang secara signifikan kepada pencapaian kemahiran proses sains di kalangan pelajar (F(2, 413) = 74.022, p < .0005). Berdasarkan nilai Beta, didapati keupayaan pemikiran logik merupakan pemboleh ubah ramal yang lebih banyak menyumbang kepada pencapaian kemahiran proses sains di kalangan pelajar (( = .470, t(416) = 11.137, p < .0005) berbanding dengan sikap terhadap sains (( = .215, t(416) = 5.095, p < .0005). Dalam hal ini, keupayaan pemikiran logik menyumbang sebanyak 21.8% daripada varians dalam pencapaian kemahiran proses sains. Ini diikuti dengan sumbangan sebanyak 4.6% oleh sikap terhadap sains. Nilai pekali penentuan, R2 (= .264) menunjukkan bahawa keupayaan pemikiran logik dan sikap terhadap sains dapat menjelaskan sebanyak 26.4% daripada varians dalam pencapaian kemahiran proses sains di kalangan pelajar.

Pengaruh pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan terhadap pencapaian sains

Bahagian ini menguji hipotesis nol ketiga (Ho3) yang menyatakan bahawa semua pekali regresi bagi pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan adalah sifar apabila disandarkan kepada pencapaian sains di kalangan pelajar. Pengujian hipotesis tersebut telah dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis regresi berganda langkah-demi-langkah.

Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa pencapaian kemahiran proses sains dan keupayaan pemikiran logik menyumbang secara signifikan kepada pencapaian sains di kalangan pelajar (F(2, 397) = 105.625, p < .0005). Berdasarkan nilai pekali penentuan (R2), kedua-dua pemboleh ubah ramal ini berupaya menjelaskan sebanyak 34.7% daripada varians dalam pencapaian sains di kalangan pelajar. Kemahiran proses sains memberi sumbangan yang lebih banyak terhadap pencapaian sains (R2 = 33.9%, ( = .534, t(400) = 11.609, p < .0005) jika dibandingkan dengan keupayaan pemikiran logik (R2 = 0.8%, ( = .103, t(400) = 2.235, p = .026)Keputusan analisis lintasan (path analysis) AMOS 4

Bahagian ini menguji hipotesis nol keempat (Ho4) iaitu semua pekali lintasan bagi pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan adalah sifar apabila disandarkan kepada pencapaian sains di kalangan pelajar. Pengujian hipotesis nol ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis lintasan. Pengukuran penyuaian model (model fit) bagi model struktur yang dijanakan dalam kajian ini telah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum hubungan kesan langsung, kesan tidak langsung dan jumlah kesan antara pemboleh ubah eksogen dan pemboleh ubah endogen yang terlibat dalam kajian ini dikaji dengan lebih terperinci. Keputusan analisis pengukuran kebagusan penyuaian model menunjukkan bahawa model struktur yang dijanakan dalam kajian ini mempunyai kebagusan penyuaian yang baik dan berpadanan dengan matriks varians-kovarians (korelasi) bagi set data sampel yang dikumpul dalam kajian ini. Dalam hal ini, keputusan analisis khi kuasa dua ((2 = 5.776, p = .329, df = 5) menunjukkan bahawa nilai khi kuasa dua yang kecil menggambarkan perbezaan antara kovarians bayangan (IC) dengan kovarians sampel (SC) adalah kecil iaitu varians populasi adalah menyamai varians sampel. Nilai p bagi khi kuasa dua yang melebihi aras keertian, p > .05 turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kovarians bayangan (IC) dengan kovarians sampel (SC) dan membuktikan bahawa model yang dijana dalam kajian ini mempunyai kebagusan penyuaian yang baik. Darjah kebebasan yang bernilai positif menunjukkan bahawa model struktur yang dijanakan dalam kajian ini adalah overidentified dan mempunyai ciri-ciri generalisasi (generalizability).

Di samping itu, indeks-indeks kebagusan penyuaian model yang lain turut memenuhi kriteria-kriteria pengukuran penyuaian model yang dicadangkan (Bentler, 1990; Bentler & Bonnett, 1980; Hair et al., 1998) dan seterusnya menguatkan lagi bukti bahawa model yang dijanakan dalam kajian ini mempunyai kebagusan penyuaian model yang baik berdasarkan set data yang diperoleh daripada sampel kajian: GFI (.994) (>.95); RMSR (.035) (.90) dan NFI (.983) (>.90). Selain itu, indeks-indeks seperti RFI (.965), IFI (.998), CFI (.998) turut menunjukkan nilai yang menghampiri satu manakala khi kuasa dua norma ((2 /df = 1.155) mempunyai nilai antara 1 dan 2.

Analisis selanjutnya bertujuan untuk mengenal pasti lintasan-lintasan yang signifikan dalam model struktur yang dijanakan dalam kajian ini. Empat daripada tujuh lintasan yang dihipotesiskan dalam model adalah signifikan pada aras keertian p = .05 iaitu lintasan dari PROSES ( SAINS (( = .535, p 1.96); LOGIK ( PROSES (( = .477, p < .05; CR > 1.96), SIKAP ( PROSES (( = .199, p < .05; CR > 1.96) dan LOGIK ( SAINS (( = .103, p < .05; CR > 1.96). Justeru, hipotesis nol keempat, Ho4 yang menyatakan bahawa semua pekali lintasan bagi pencapaian kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan adalah sifar apabila disandarkan kepada pencapaian sains di kalangan pelajar adalah ditolak pada tahap keyakinan 95%. Di samping itu, lintasan SIKAP LOKUS (r = .289, p < .05; CR > 1.96) didapati signifikan pada aras keertian p = .05.

Gambar rajah analisis lintasan

Rajah 1 : Model analisis lintasan mengenai pengaruh kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan terhadap pencapaian sains

Model analisis lintasan mengenai pengaruh kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan terhadap pencapaian sains (Rajah 1) menunjukkan bahawa gagasan sikap terhadap sains (SIKAP) (( = .199, p < .05), keupayaan pemikiran logik (LOGIK) (( = .477, p < .05) secara langsung menyumbang sebanyak 26.7% daripada varians dalam pencapaian kemahiran proses sains (PROSES) bagi keseluruhan responden kajian. Di samping itu, sikap terhadap sains (SIKAP), keupayaan pemikiran logik (LOGIK) (( = .103, p < .05) dan kemahiran proses sains (PROSES) (( = .535, p < .05) secara langsung dan tidak langsung menyumbang sebanyak 34.9% daripada varians dalam pencapaian sains (SAINS) bagi keseluruhan responden kajian. Walau bagaimanapun, lokus kawalan (LOKUS) hanya menunjukkan korelasi positif (r = .289, p < .05) dengan sikap terhadap sains (SIKAP) di kalangan responden kajian. Dapatan ini turut membawa implikasi bahawa semakin positif sikap terhadap sains dan semakin tinggi keupayaan pemikiran logik, semakin tinggi pencapaian kemahiran proses sains dan seterusnya semakin tinggi pencapaian sains di kalangan pelajar Tingkatan 4 di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Justeru, pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum sains perlu merancang program-program intervensi yang berkesan untuk meningkatkan keupayaan pemikiran logik dan memupuk sikap yang positif terhadap sains dalam usaha meningkatkan pencapaian kemahiran proses sains dan seterusnya pencapaian sains di kalangan pelajar.

PAGE 6Seminar Penyelidikan Maktab Perguruan Keningau Sabah (22 23 September, 2005)