LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis...

16
TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG BERITA BERITA FEBRUARI 2017 PASIR GUDANG LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KALI KE-22 M/s 5 M/s 11 PROGRAM GREEN THUMB PERTANDINGAN ANTARA JKZ 22 - 26 FEBRUARI 2017 BUKIT LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG Perkongsian Bersama KOMUNITI www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera Tambang Bas Sekolah SUBSIDI

Transcript of LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis...

Page 1: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

BERSELAWAT

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

BERITABERITA

FEBRUARI 2017

PASIR GUDANG

LAYANG-LAYANG

SEDUNIAPASIR GUDANG

KALI KE-22

M/s5

M/s11

PROGRAM GREEN THUMB

PERTANDINGAN ANTARA JKZ

22 - 26 FEBRUARI 2017BUKIT LAYANG-LAYANGPASIR GUDANG

Perkongsian BersamaKOMUNITI“ “

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

Tambang Bas SekolahSUBSIDI

Page 2: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEn. Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Cik Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]...............................................................

Diterbitkan olehJABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

Kalam kata saya mulakan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim

dan semoga Allah SWT memberikan yang terbaik kepada seluruh warga Pasir Gudang, khususnya dan juga pengunjung Pasir Gudang secara umumnya. Saya berharap semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dapat meneruskan aktiviti seharian seperti biasa. Permulaan bulan kedua pada tahun yang baharu ini, didahului dengan program Green Thumb iaitu salah satu aktiviti yang mampu dilakukan oleh segolongan masyarakat bagi membuat penjimatan untuk mengharungi kos sara

hidup yang kian meningkat. Program ini menggalakkan masyarakat pada masa kini untuk bertani dengan menggunakan cara hidroponik dan menyahut seruan kerajaan ‘1 Taman, 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery Year’, Majlis Pelancaran Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah dengan kerjasama UMNO Cawangan Pasir Gudang, MPPG dan juga Yayasan Pasir Gudang merupakan tahun kedua penganjuran program ini bertujuan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibubapa untuk membayar kos pengangkutan anak-anak mereka untuk ke sekolah dengan menaiki Van Sekolah atau Bas Sekolah. Subsidi yang diberikan berjumlah RM99,000 bertujuan bagi pengangkutan untuk ke sekolah dengan menggunakan khidmat Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah dan bukan pengangkutan awam. Penglibatan MPPG & masyarakat di bidang sukan juga mengeratkan silaturahim dengan penganjuran Liga Perdana Pasir Gudang 2017 Piala YDP MPPG yang bermula pertengahan April sehingga hujung tahun ini. Penganjuran liga ini melibatkan penyertaan seluruh warga Pasir Gudang tidak mengira agama dan bangsa. Oleh itu, dapat kita lihat perpaduan penduduk bermula pertengahan April hingga hujung tahun ini. Penganjuran liga ini melibatkan penyertaan seluruh warga Pasir Gudang tidak mengira agama dan bangsa. Oleh itu, dapat kita lihat perpaduan penduduk Pasir Gudang bukan sahaja dalam pembangunan sosial, malah dalam bidang sukan juga dititikberatkan. Dalam pada itu, seminar COMBI iaitu ‘Communication for Behavioral

Impact’ atau komunikasi untuk perubahan tingkah Festival Layang-Layang Sedunia

Pasir Gudang Kali ke-22

Program Subsidi Tambang Bas Sekolah

Program Green Thumb

Seminar Combi Pasir Gudang

Memerangi Aedes Dalam Masa Hanya 10 Minit

Lensa MPPG Februari 2017

Community Engagement: Program ‘Walkabout’ MenyelamiPermasalahan Penduduk

Pertandingan Antara JKZ

Perhimpunan Pagi Bulan Februari

Majlis Pecah Tanah Pasar Muafakat Sabah@Johor

Ziarah dan SumbangKepada Yang Memerlukan

Info E-KasihYayasan Pasir Gudang

Kadar Sewa Dewan/ PadangMPPG

3

1213

4567 14

10

11

15

16

8&9

laku telah berlangsung di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang. Penubuhan COMBI merupakan satu inisiatif bagi melantik ejen-ejen di bawah COMBI bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang faktor kebersihan kawasan sekitar bagi mengelakkan pembiakkan nyamuk aedes. Secara tidak langsung, ianya dapat memberikan motivasi kepada ahli COMBI untuk sentiasa bergiat aktif membanteras pembiakkan serangga merbahaya tersebut. MPPG juga mengadakan sesi ziarah dan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan. Program tersebut telah diadakan oleh Yayasan Pasir Gudang dan Encik Hasrin Kamal bin Hashim merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pasir Gudang turut hadir serta ahli jawatankuasa yang lain. Sumbangan yang diberikan adalah berupa barang keperluan, ubat-ubatan dan lain-lain. Program-program komuniti seperti ini dapat memberi impak yang positif kepada komuniti Pasir Gudang. Kesan positif yang dimaksudkan ialah dapat dilihat prinsip berwawasan dan bersepadu dalam membantu kerajaan menyelesaikan permasalahan rakyat pada diri setiap komuniti di sekitar Pasir Gudang. Sebelum saya mengakhiri coretan kali ini, saya berharap agar semua warga kerja MPPG terus memberi komitmen seratus peratus terhadap tugasan dengan jayanya serta dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Semoga Pasir Gudang sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Sehingga bertemu lagi di edisi akan datang. Sekian.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

LAYANG-LAYANG SEDUNIAPASIR GUDANG KALI KE-

Page 3: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGBERITA PASIR GUDANG

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-22 (FLLSPG)

yang berlangsung di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang saban tahun diadakan berlangsung meriah apatah lagi perasmiannya pada waktu malam. Festival ini dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani selaku wakil rasmi D.Y.M.M Sultan Johor. Turut hadir Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, YB Dato’ Haji Abdul Rahim bin Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, YB Datuk Tee Siew Kiong, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Muhamad Fuad bin Haji Radzuan, dan Datuk Bandar, Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin serta Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

3

FLLSPG ini telah menjadi ‘ikon’ negeri Johor terutamanya kawasan Pasir Gudang yang dikenali sebagai kawasan industri mampu menarik pelancong dari seluruh dunia. Festival ini menjadi satu acara yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Kita dapat melihat bumi di Pasir Gudang diwarnai dengan pelbagai jenis wau, layang-layang dan rokaku.

Selain pertandingan menerbangkan layang-layang, festival yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 22-26 Februari dimeriahkan lagi dengan pelbagai program untuk semua kategori umur seperti mencipta wau, pameran dan bengkel layang-layang, mewarna, persembahan kebudayaan selain dari pesta jualan yang memberi peluang kepada peniaga-peniaga.

LAYANG-LAYANG SEDUNIAPASIR GUDANG KALI KE-22

FLLSPG berjaya memartabatkan permainan layang-layang ini sehingga menjadi satu festival yang popular di peringkat antarabangsa yang kini dilihat sebagai acara kesenian pameran dan bengkel. Festival ini berjaya menempatkan nama Johor dan Malaysia dalam penganjuran permainan tradisional di persada dunia agar tidak luput dek masa.

Antara faktor yang menjadikan FLLSPG menarik berbanding festival yang lain adalah suasananya yang meriah dan menggembirakan. Selain itu, kesemua peserta bergaul dengan baik dan pengunjung juga terhibur bersama-sama rakan dan juga keluarga yang datang untuk beriadah dan berekreasi bersama keluarga.

Page 4: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

BERITA PASIR GUDANG4

Pada 26 Februari yang lepas, satu program sumbangan telah dijalankan iaitu Majlis

Pelancaran Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah dengan kerjasama UMNO Cawangan Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan juga Yayasan Pasir Gudang. Program penyampaian bantuan berkenaan telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Cendana dan sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin kepada Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah di sekitar kawasan Taman Cendana. Program berkenaan bertujuan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibubapa untuk membayar kos pengangkutan anak-anak mereka untuk ke sekolah dengan menaiki Van Sekolah atau Bas Sekolah.

Subsidi yang telah diberikan berjumlah RM99,000 bagi pengangkutan untuk ke sekolah dengan menggunakan khidmat Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah dan bukan pengangkutan awam.

Turut hadir ADUN Tiram, YB Datuk Maulizan bin Bujang, Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Tuan Haji Jasni bin Omar dan Ahli Majlis MPPG serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Pasir Gudang.

TAMBANG BAS SEKOLAH

PROGRAM SUBSIDI

Page 5: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

5MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Pada masa kini, terdapat berbagai jenis aktiviti yang mampu dilakukan bagi membuat penjimatan untuk

mengharungi kos sara hidup yang kian meninggi. Dapat dilihat ramai tenaga muda melakukan berbagai jenis perniagaan tidak kira di atas talian mahupun membuka gerai bagi menampung perbelanjaan harian. Akan tetapi, bagaimana untuk golongan yang rendah keupayaan serta telah memasuki fasa warga emas untuk menampung kehidupan mereka?

Pada 19 Februari 2017, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menganjurkan Program Green Thumb bertempat di Aras 3, Menara Aqabah. Program ini menggalakkan masyarakat pada masa kini untuk bertani dengan menggunakan cara hidroponik. Program ini dianjurkan bertujuan bagi menggalakkan penduduk meraih pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik, bertani dengan cara yang betul dan berkesan dan menyahut seruan kerajaan ‘1 Taman, 1 Tanaman’. Seramai 96 orang mewakili 24 zon di bawah pentadbiran MPPG.

Program tersebut sangat mengalu-alukan penyertaan golongan warga emas bagi setiap zon di sekitar kawasan Pasir Gudang. Penyertaan untuk setiap kumpulan dianggotai 2 orang warga emas dan 2 orang wakil penduduk. Setiap kumpulan akan disediakan set penanaman hidroponik oleh Syarikat Kazz Aggro Valley. Sesi penerangan disampaikan oleh Encik Ahmad bin Yahya selaku Pengarah Eksekutif Kazz Aggro Valley Sdn Bhd. Program berkenaan turut dihadiri oleh Encik Saipol Rahman bin Haji Amat, Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi merasmikan program berkenaan.

ProgramGREENTHUMBProgram

Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Encik Saipol Rahman bin Haji Amat dan juga Encik Teh Kee Sin Timbalan

Ketua WHIP dan Puan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Para peserta fokus mendengar taklimat dari fasilitator.

Para peserta bergambar bersama Setiausaha MPPG, Ahli Majlis dan urusetia program.

Page 6: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

SEMINAR COMBIPASIR GUDANG

BERITA PASIR GUDANG6

COMBI atau nama singkatan bagi ‘Communication for Behavioural Impact’ atau komunikasi untuk

perubahan tingkah laku. Penubuhan COMBI merupakan satu inisiatif bagi melantik ejen-ejen di bawah COMBI bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang faktor kebersihan kawasan sekitar bagi mengelakkan pembiakkan nyamuk aedes. Masyarakat perlu dipupuk oleh ejen yang memaklumkan tentang kesentiasaan dalam berjaga-jaga dengan faktor kebersihan kawasan sekitar.

Pada 7 Februari yang lepas, bertempat di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang telah di adakan satu seminar COMBI bagi seluruh kawasan Pasir Gudang iaitu COMBI bagi setiap Zon Ahli Majlis dan COMBI dari daerah lain di negeri Johor. Seminar yang dianjurkan bertujuan memberi kesedaran terhadap ahli COMBI tentang

kawasan yang mempunyai pembiakan aktif serangga aedes. Selain itu, ianya bertujuan bagi memberi motivasi kepada ahli COMBI untuk sentiasa bergiat aktif membanteras pembiakkan serangga merbahaya tersebut.

Ahli COMBI juga dapat berkongsi pendapat bagi membincangkan hala tuju COMBI khususnya di sekitar kawasan Pasir Gudang serta memberi peluang kepada para ahli mengutarakan pendapat mereka. Seminar tersebut juga bagi memberi pengiktirafan kepada ahli COMBI yang memberi komitmen yang tinggi di dalam penglibatan kelab tersebut.

Seminar COMBI tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor. Turut hadir semasa perasmian tersebut ialah Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG, dan Dr. Badrul Hisham bin Abdul Samad, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Page 7: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

Dalam lingkungan masa 10 minit yang diluangkan, anda mampu menyelamatkan nyawa orang yang

tersayang dengan hanya membersihkan kawasan persekitaran di kawasan rumah anda. Di samping menikmati cuti hujung minggu di rumah, anda juga boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dengan melakukan aktiviti gotong-royong selain bersenam mahupun bersiar-siar.

Aktiviti seperti ini juga mampu dilakukan secara individu mahupun beramai-ramai. Namun, jika ianya dilakukan secara beramai-ramai, tali silaturrahim mampu diperkukuhkan lagi antara para penduduk sekitar. Satu aktiviti gotong-royong akan diadakan pada setiap minggu di sesetengah zon kerjasama antara penduduk dengan Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan aktiviti ini sangat mengalu-alukan penduduk untuk turut serta kerana bertujuan untuk meningkatkan mutu kebersihan persekitaran, mencegah peningkatan denggi dan pembiakan aedes serta dapat meningkatkan dan mengekalkan semangat kerja berpasukan.

Tidak sekadar mampu menyelamatkan nyawa orang yang tersayang, aktiviti gotong-royong ini juga tidak memerlukan peralatan yang unik dan melibatkan kos yang tinggi bagi menjalankannya. Apa yang diperlukan hanya kerjasama antara penduduk dan juga komitmen yang tidak berbelah bahagi. Kawasan yang perlu diambil kira tentang pembiakan nyamuk aedes ialah di kawasan takungan air seperti bekas-bekas tersembunyi, longkang yang tertutup, cerun, tayar terbuang dan tempat saliran air. Selain itu, jika terdapat rumah-rumah kosong

hendaklah dilaporkan kepada Ahli Majlis MPPG ataupun wakil penduduk seperi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dan juga COMBI yang menjaga kebersihan di kawasan anda.

Jika terdapat tempat takungan air yang diperlukan untuk kegunaan harian, hendaklah memasukkan ubat jentik-jentik atau bahasa saintifiknya ‘abate’ untuk memusnahkan kitaran hidup aedes. Bersama kita membasmi pembiakan aedes. Ingatilah orang yang tersayang dari menjadi mangsa pembunuhan serangga aedes.

Cegah Denggi!Tiada Aedes!Tiada Zika!

DALAM MASA

MEMERANGI AEDES

Page 8: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

BERITA PASIR GUDANG8

FEBRUARI2017

Majlis berlangsung meriah dan penuh keunikan.

Pra-Pelancaran FLLSPG di Aeon Tebrau.

Perhimpunan pagi diadakan bagi bulan Februari.

Majlis Pecah Tanah Pasar Muafakat Sabah@Johor.

Page 9: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor semasa Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Johor.

FEBRUARI2017

Pra-Pelancaran FLLSPG di Aeon Tebrau.

Sesi mendengar permasalahan penduduk.

Suasana semasa Seminar COMBIPasir Gudang.

Page 10: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

BERITA PASIR GUDANG10

PROGRAM ‘WALKABOUT’ MENYELAMI PERMASALAHANPENDUDUKProgram ‘walkabout’ merupakan satu program

yang melibatkan aktiviti YDP turun padang yang meliputi aspek bagi melihat permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dari segi faktor fasiliti dan juga keselamatan di samping mendekatkan diri serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak berkuasa tempatan bersama penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang. Perhubungan ini sangat penting bagi faktor pembangunan Pasir Gudang kerana kerjasama dan interaksi antara penduduk dan juga pihak berkuasa tempatan itu sendiri.

Pada 12 Februari yang lalu, Encik Hasrin Kamal bin Hashim selaku Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menjalankan program ‘walkabout’ di seluruh zon Kota Masai yang bermula di zon Kota Masai 2, Kota Masai 3 dan Kota Masai 1. Ketiga-tiga zon tersebut dilawati dalam satu hari di mana lawatan tersebut dijalankan bagi mendengar permasalahan penduduk dan melihat sendiri segala kerosakan yang dialami khususnya dari aspek fasiliti di mana menjadi kegunaan harian buat para penduduk Kota Masai.

WALKABOUT

Program ‘walkabout’ yang dijalankan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang itu dapat membuka peluang kepada para penduduk menyatakan segala jenis permasalahan yang berkaitan dengan kegunaan orang awam. Program walkabout diakhiri di zon Kota Masai 1 iaitu di Jalan Betik. Program yang berlangsung selama 1 hari ini berakhir pada pukul 5 petang.

Turut hadir di program En. Teh Kee Sin, selaku Timbalan Ketua WHIP dan Ahli Majlis MPPG, Tn. Hj. Herman Irmadi bin Ismail dan Cik Teow Chia Ling.

COMMUNITY ENGAGEMENT:

Page 11: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

PROGRAM ‘WALKABOUT’ MENYELAMI PERMASALAHANPENDUDUK ANTARA JKZ

PERTANDINGAN

JKZ

Pada Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) kali ke-22 yang telah berlangsung baru-

baru ini, satu kategori pertandingan telah dianjurkan buat julung kalinya iaitu pertandingan layang-layang antara 24 Jawatankuasa Zon (JKZ) pada 26 Februari yang lalu. Pertandingan tersebut disertai oleh wakil penduduk di sekitar Pasir Gudang dan ianya terbuka buat keseluruhan zon di sekitar Pasir Gudang yang memberikan peluang kepada semua penduduk untuk menceburi bidang pelayang.

Pertandingan layang-layang 24 zon ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori 18 tahun ke atas, 13 hingga 17 tahun dan 7 hingga 12 tahun. Walaupun pertandingan ini pertama kali diadakan, sambutan amat memberangsangkan dengan disertai oleh 16 zon dengan 39 kumpulan. Satu kumpulan dianggotai seramai dua orang sahaja (jurutarik & juruanjung) dan jenis layang-layang yang dipertandingkan adalah bebas. Oleh itu, para peserta mampu mereka cipta layang-layang mereka dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Turut hadir sama Encik Hasrin Kamal bin Hashim, selaku YDP MPPG dan diiringi oleh Encik Saipol Rahman bin Hashim, Setiausaha MPPG. Pertandingan jadi lebih menarik apabila Encik Hasrin turut menyertai pertandingan menerbangkan wau antara para pengadil. Pertandingan ini telah berakhir pada pukul 1.00 tenghari.

Sesi beramah mesra bersama YDP MPPG.

ZON NAMA TEMPAT

CendanaSyed Muhammad Haziq bin Syed IdrosNur Aidil Zaqwan bin Ali

Johan

Nusa DamaiMuhammad Syahmie Hazieq bin Mohd FaiezulMuhammad Haziq Haikal bin Azrul

Naib Johan

Pasir PutihMohamad Firus bin Jasman Mohamad Zikry bin Haji Samsul

Ketiga

ZON NAMA TEMPAT

CendanaAbdul Rauf bin Md HamidonMuhammad Isma Danish bin Adnan

Johan

Nusa DamaiFazrul Izham bin ZukariaAhmad Imran Danish bin Ihsan

Naib Johan

Pasir PutihMuhammad Haziq Danial bin LokmanMuhammad Shameer bin Zaini

Ketiga

ZON NAMA TEMPAT

CendanaAmirudin bin SuhaimiMohd Faizal bin Ab Rahman

Johan

Nusa DamaiMohd Arifin bin MatjadiWahid bin Ahmed

Naib Johan

Pasir PutihShafie bin SaatBasir bin Edar

Ketiga

Berikut adalah senarai nama pemenang :

Kategori 7-12 Tahun

Kategori 7-12 Tahun Kategori 7-12 Tahun

Page 12: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah bagi menyampaikan amanat dan maklumat semasa

kepada warga kerja mengenai program-program pentadbiran yang perlu warga kerja ketahui dan perkembangan terkini jabatan termasuk makluman pekeliling-pekeliling baru sekiranya ada. Di samping itu juga, di dalam perhimpunan pagi seperti inilah juga semua warga kerja MPPG akan bersama-sama berkongsi berita-berita penganugerahan, pencapaian jabatan dari pelbagai kategori mahupun individu.

Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Bin Haji Amat mewakili Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal Bin Hashim berkata dalam ucapannya ‘Pentadbiran MPPG mengharapkan seluruh warga kerja MPPG dapat memainkan peranan dengan memberikan komitmen dan kerjasama yang berterusan, serta bersama-sama saya melaksanakan segala tanggungjawab sepertimana tuan-tuan dan puan-puan lakukan selama ini’.

Encik Saipol Rahman turut mengambil peluang menyampaikan amanat Menteri Besar Johor bahawa bagi menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan, pertama, ia mestilah dijayakan oleh Team Johor. Kedua, inovasi dan teknologi mesti menjadi teras utama pelaksanaannya. Ketiga, ekonomi Johor mesti digiatkan, termasuk menganjaknya kepada ekonomi digital dan keempat, segalanya hendaklah berdasarkan prestasi.

Beliau juga menekankan telah membuat ketetapan selaras dengan Pelan Strategik MPPG 2015-2020 melalui teras 2, bagi melaksanakan sistem demerit dengan merekod perlanggaran peraturan pejabat atau

BERITA PASIR GUDANG12

BULAN FEBRUARI

disiplin anggota perkerja MPPG berkuatkuasa tahun 2015. Di mana anggota pekerja mempunyai 100 markah dan akan ditolak apabila melakukan pelbagai masalah disiplin. Sistem demerit ini dilakukan bagi mengurangkan masalah rekod disiplin warga kerja.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau menegaskan agar integriti diri yang baik perlu ada dalam diri semua pegawai-pegawai yang bertugas. Elakkan berlakunya fitnah dengan menjaga hubungan dengan semua staff mahupun kontraktor serta pihak luar yang berurusan dengan MPPG.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada warga kerja yang lahir pada bulan Februari. Turut hadir sama Ketua-ketua Jabatan MPPG.

PERHIMPUNANPAGI

Warga kerja MPPG sedang mendengar taklimat perhimpunan oleh Encik Saipol Rahman bin Haji Amat,

Setiausah MPPG.

Page 13: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 13

Pada 4 Februari 2017 (Sabtu) yang lepas, satu majlis telah

dianjurkan oleh MPPG kerjasama dengan Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) di Jalan Suria 66, Bandar Seri Alam. Persatuan Suluk Bersatu Sabah telah ditubuhkan untuk menjaga kebajikan masyarakat Sabah dan sebagai wadah serta saluran penghubung antara pemimpin Negeri Johor dengan masyarakat Sabah di sini.

Sebagai PBT, salah satu perkhidmatan utama yang harus diberikan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) adalah peka dan prihatin terhadap keperluan dan isu-isu yang berkaitan para peniaga di pasar awam. Sambutan terhadap pembukaan pasar ini amat menggalakkan dan permintaan sangat tinggi di kalangan masyarakat Sabah untuk berniaga. Kepelbagaian jualan juga terhasil dari penglibatan pelbagai pihak. Ini merupakan satu inisiatif yang bagus bagi menjana ekonomi masyarakat dan memberikan peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Tujuan dan matlamat adalah menempatkan peniaga-peniaga kecil untuk menjual hasil masing-masing seperti barangan cenderamata Sabah, minuman, barangan kering dan barangan basah di samping mengurangkan kadar pengangguran dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat Sabah. Selain itu, pasar ini juga menjadi pusat ke semua aktiviti dan persatuan masyarakat setempat. Pasar Muafakat Sabah@Johor ini bercirikan Sabah yang akan dibina di PTD 99811, Jalan Suria 66 Bandar Seri Alam. Jangkaan tarikh mula pada pertengahan Mac dan akan mengambil masa selama 8 bulan.

MAJLIS PECAH TANAH PASAR MUAFAKAT SABAH@JOHORDAN MAJlIS PENYErAHAN WATIKAH PErlANTIKANKETuA MASYArAKAT SAbAH

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. Dalam ucapannya, ‘Saya pasti dengan adanya pasar ini, lebih banyak peluang dan ruang untuk masyarakat melibatkan diri dalam sektor perniagaan. Di harapkan dengan pembukaan pasar ini dapatlah sedikit sebanyak memberi peluang kepada masyarakat Sabah di Johor untuk bergiat dalam perniagaan dan sekaligus memudahkan penduduk setempat untuk membeli

barang keperluan. Sambutan juga sangat menggalakkan dan permintaan sangat tinggi di kalangan masyarakat sabah untuk berniaga di pasar ini’.

Turut Hadir Tuan Haji Muhamad Fuad bin Radzuan, Pegawai Daerah Johor Bahru, Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, dan Encik Faizal Bin Sisar, Presiden Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PBSB) serta Ahli Majlis MPPG.

Page 14: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

Pada 17 Februari yang lalu, sesi ziarah dan sumbangan telah diadakan oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim merangkap

Timbalan Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Aktiviti ziarah telah diadakan ke kediaman Puan Norehan binti Mohd Noor di Jalan Duku, Taman Kota Masai. Anak kepada Puan Norehan, adik Tuan Nur Hakimi bin Abdul Aziz yang berumur 5 tahun menghidapi penyakit lebihan cecair di kepala. Tuan Nur Hakimi hanya terlantar sejak dilahirkan, hanya bergantung kepada susu khas yang disyorkan doktor dan beliau masih menggunakan lampin pakai buang.

Berkat kesabaran seorang ibu menjaga anaknya yang menderita, adik Tuan Nur Hakimi menjadi salah seorang penerima sumbangan dana oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail dan juga disusuli bersama sumbangan dari Yayasan Pasir Gudang hasil dari bancian yang telah dilakukan. Sumbangan tersebut berupakan mesin penyedut cecair, ubat-ubatan, pampers dan keperluan untuk adik Tuan Nur Hakimi dan juga ahli keluarganya agar beban yang dirasai dapat diringankan melalui sumbangan yang telah dilakukan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Encik Hasrin Kamal bin Hashim merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pasir Gudang di kediaman Puan Norehan. Turut hadir Encik Tee Kee Sin, Ahli Majlis Kota Masai 1, Encik Sharul Akmal bin Johari selaku Pengurus Yayasan Pasir Gudang dan beberapa orang komuniti Jalan Duku.

Kepada Yang MemerlukanZiarah & Sumbang

BERITA PASIR GUDANG14

Page 15: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

E-Kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Menurut info dari Portal Rasmi E-Kasih memaklumkan bahawa semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah digalakkan mendaftar.

Individu yang ingin mendaftar boleh juga merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).

Golongan sasaran:

> Fakir Miskin > Orang kelainan Upaya (OKU) > Pelajar Sekolah yang terdiri daripada keluarga miskin > Pesakit kronik dan Tidak berkemampuan > Individu yang ditimpa bencana > Ibu Tunggal (Miskin) > Masyarakat Orang Asli > Dana Khas Program Persatuan

Alamat :YAYASAN PASIR GUDANGAras 2, Menara Aqabah,Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang,Johor. Tel : 07-254 7814Faks : 07-251 5260 Waktu Operasi :Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang

Jumaat hingga Sabtu : Cuti Umum

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK)

WILAYAH

MISKIN MISKIN TEGAR

PENDAPATAN ISI RUMAH

(RM)

PERKAPITA(RM)

PENDAPATAN ISI RUMAH

(RM)

PERKAPITA(RM)

BANDAR 940 240 580 140

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 15

INFO

YAYASAN PAS IR GUDANGe-Kasih

Page 16: LAYANG-LAYANG SEDUNIA BERSELAWAT KALI KE-22 · 1 Tanaman’. Bagi menambahbaik perkhidmatan majlis selaras dengan aspirasi ‘Delivery ... pendapatan melalui hasil pertanian hidroponik,

NO DEWAN / BALAIRAYAHARGA (RM) DEPOSIT

KEBERSIHAN (RM)

HARGA PENUH SEHARI SETENGAH

(RM)HARI

BIASACUTI AM/

UMUM

1 Balairaya Taman Air Biru 300.00 300.00 200.00 450.00

2 Dewan Serbaguna Taman Cendana 500.00 700.00 200.00 950.00

3 Dewan Serbaguna Taman Kota Masai 500.00 700.00 200.00 950.00

4 Dewan Serbaguna Kg Kopok Baru 500.00 700.00 200.00 950.00

5 Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih 600.00 800.00 300.00 1100.00

6 Dewan Serbaguna Taman Nusa Damai 600.00 800.00 300.00 1100.00

7 Dewan Serbaguna Taman Scientex 600.00 800.00 300.00 1100.00

8 Dewan Taman Mawar 1,800.00 2,400.00 500.00 -

9 Dewan Raya Masai 400.00Caj Utiliti : 125.00

200.00 725.00

10 Dewan Raya Jalan Gunung, Seri Alam 600.00Caj Utiliti : 155.00

300.00 1055.00

11 Dewan Raya Jalan Suria, Seri Alam 400.00Caj Utiliti : 115.00

200.00 715.00

12 Dewan Serbaguna Taman Rinting 300.00Caj Kebersihan : 50.00

200.00 500.00

PADANG PERBANDARAN(A, B, C, D)

PENGGUNAAN KADAR SEWA (RM)

2 Jam 80.00

1/2 Hari 125.00

1 Hari 250.00

GELANGGANG FUTSAL 1 Jam50.00

40.00 (Pelajar)

DEPOSIT KEBERSIHAN - 200.00

DEWAN / BALAIRAYA MPPG

PADANG MPPG

KADAR SEWAANDEWAN DAN PADANG MPPG

Kemudahan dewan dan padang yang disediakan MPPG memudahkan masyarakat menganjurkan pelbagai majlis atau program. Demi memenuhi keperluan, dewan-dewan turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gelanggang badminton, pentas utama, ruang persiapan, pejabat, bilik VIP/ mesyuarat, surau, tandas dan kawasan letak kenderaan.