Lebih 63 peratus pemilik akaun Syabas di KL, Selangor ...mwa.org.my/pdf/news/april14/2 April 2014 -...

1
Lebih 63 peratus pemilik akaun Syabas di KL, Selangor alami catuan mulai Jumaat (Utusan Malaysia Online 2 April 2014) Oleh THOMAS CHONG [email protected] CYBERJAYA 1 April - Peluasan catuan air di sekitar Lembah Klang mulai Jumaat ini akan melibatkan lebih 63 peratus pemilik akaun Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kuala Lumpur dan Selangor. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim berkata, sebanyak 1.15 juta daripada 1.8 juta akaun akan mengalami catuan air apabila pengagihan bekalan secara berjadual peringkat keempat dilaksanakan mulai tarikh tersebut. Beliau berkata, jumlah akaun yang mengalami catuan air itu mewakili 1.34 juta isi rumah atau 6.7 juta pengguna dari sembilan wilayah iaitu Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Katanya, catuan terpaksa dilakukan kerana paras air di empangan masih rendah walaupun hujan berlaku di sekitar Lembah Klang kebelakangan ini. "Catuan dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi cuaca kering yang biasanya berlaku antara bulan Julai hingga Oktober, kita kena menyimpan air mulai sekarang. "Paras air di empangan juga masih rendah, sebagai contoh di Empangan Selangor semalam, parasnya 36.53 peratus berbanding 100 peratus pada tarikh sama tahun 2012 dan 2013," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPAN di sini hari ini. Dalam pada itu, Ismail berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula selepas kandungan ammonia di sungai berkenaan kembali ke tahap normal. "Pembukaan dua LRA ini membolehkan sesetengah pengguna menerima air walaupun bekalan mereka sepatutnya dicatu. LRA ini bagaimanapun akan ditutup semula jika kandungan ammonia dalam air mentah meningkat," katanya. Mengenai catuan peringkat keempat mulai Jumaat ini sehingga 30 April ini, Ismail berkata, seperti catuan sebelumnya, ia dilaksanakan mengikut formula dua hari ada air diikuti dua hari tanpa bekalan. Dalam sidang akhbar yang sama, beliau turut memberitahu, SAJ Holdings meneruskan catuan air di Mersing, Johor kerana paras air di Empangan Congok masih berada di bawah paras kritikal. "Catuan air Gugusan Felda Lok Heng dan Felda Waha serta beberapa kawasan di mukim Sedili di Kota Tinggi pula dilaksanakan semula selepas paras air sungai di LRA Lok Heng dan LRA Sungai Gembut menurun. "SPAN pada masa yang sama meluluskan permohonan Lembaga Air Perak (LAP) untuk melaksanakan catuan di sekitar Taiping mulai Khamis ini," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung kedudukan bekalan air semasa. "Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air, menteri boleh mengisytiharkan darurat air. Perkara ini sudah berada bawah perhatian kementerian berkenaan," katanya.

Transcript of Lebih 63 peratus pemilik akaun Syabas di KL, Selangor ...mwa.org.my/pdf/news/april14/2 April 2014 -...

Page 1: Lebih 63 peratus pemilik akaun Syabas di KL, Selangor ...mwa.org.my/pdf/news/april14/2 April 2014 - Lebih 63 peratus pemilik... · CYBERJAYA 1 April - Peluasan catuan ... lebih 63

Lebih 63 peratus pemilik akaun Syabas di KL, Selangor alami catuan mulai Jumaat (Utusan Malaysia Online – 2 April 2014)

Oleh THOMAS CHONG [email protected]

CYBERJAYA 1 April - Peluasan catuan air di sekitar Lembah Klang mulai Jumaat ini akan melibatkan lebih 63 peratus pemilik akaun Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim berkata, sebanyak 1.15 juta daripada 1.8 juta akaun akan mengalami catuan air apabila pengagihan bekalan secara berjadual peringkat keempat dilaksanakan mulai tarikh tersebut.

Beliau berkata, jumlah akaun yang mengalami catuan air itu mewakili 1.34 juta isi rumah atau 6.7 juta pengguna dari sembilan wilayah iaitu Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Katanya, catuan terpaksa dilakukan kerana paras air di empangan masih rendah walaupun hujan berlaku di sekitar Lembah Klang kebelakangan ini.

"Catuan dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi cuaca kering yang biasanya berlaku antara bulan Julai hingga Oktober, kita kena menyimpan air mulai sekarang.

"Paras air di empangan juga masih rendah, sebagai contoh di Empangan Selangor semalam, parasnya 36.53 peratus berbanding 100 peratus pada tarikh sama tahun 2012 dan 2013," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPAN di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula selepas kandungan ammonia di sungai berkenaan kembali ke tahap normal.

"Pembukaan dua LRA ini membolehkan sesetengah pengguna menerima air walaupun bekalan mereka sepatutnya dicatu. LRA ini bagaimanapun akan ditutup semula jika kandungan ammonia dalam air mentah meningkat," katanya.

Mengenai catuan peringkat keempat mulai Jumaat ini sehingga 30 April ini, Ismail berkata, seperti catuan sebelumnya, ia dilaksanakan mengikut formula dua hari ada air diikuti dua hari tanpa bekalan.

Dalam sidang akhbar yang sama, beliau turut memberitahu, SAJ Holdings meneruskan catuan air di Mersing, Johor kerana paras air di Empangan Congok masih berada di bawah paras kritikal.

"Catuan air Gugusan Felda Lok Heng dan Felda Waha serta beberapa kawasan di mukim Sedili di Kota Tinggi pula dilaksanakan semula selepas paras air sungai di LRA Lok Heng dan LRA Sungai Gembut menurun.

"SPAN pada masa yang sama meluluskan permohonan Lembaga Air Perak (LAP) untuk melaksanakan catuan di sekitar Taiping mulai Khamis ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung kedudukan bekalan air semasa.

"Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air, menteri boleh mengisytiharkan darurat air. Perkara ini sudah berada bawah perhatian kementerian berkenaan," katanya.