lencana_ahli_renang.doc

15
Nota Lencana Kegemaran (Ahli Renang) Pengakap Muda NOTA 1 Tarikh : 15 Februari 2012 Hari : Rabu Masa : 4.30 petang Tempat : Dewan Seri Budiman, SK Semenyih Tajuk : Pengenalan Renang (Teori) Pemimpin : Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani Definisi Renang 1. Renang adalah gerakan sewaktu dalam air seperti kolam renang, sungai dan laut. 2. Biasanya tidak menggunakan alat bantuan apungan (boyage aid – BA) 3. Aktiviti renang biasanya dimanfaatkan untuk rekreasi atau sukan. Tujuan Renang 1. Sebagai sebuah rekreasi atau sukan / pertandingan. 2. Menjadikan tubuh badan lebih sihat kerana berenang melibatkan pergerakan hampir kesemua otot badan. 3. Sebagai sebuah pekerjaan seperti: a. pencari mutiara, b. pencari artifak atau barang-barang lama di dasar laut, c. penyelam untuk membaiki kabel dasar laut. 4. Menyelamatkan nyawa mangsa lemas. Jenis-jenis Renang 1. Gaya bebas. 2. Gaya kuak dada. 3. Gaya kuak lentang.

Transcript of lencana_ahli_renang.doc

Page 1: lencana_ahli_renang.doc

Nota Lencana Kegemaran(Ahli Renang)

Pengakap Muda

NOTA 1

Tarikh : 15 Februari 2012Hari : RabuMasa : 4.30 petangTempat : Dewan Seri Budiman, SK SemenyihTajuk : Pengenalan Renang (Teori)Pemimpin : Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Definisi Renang

1. Renang adalah gerakan sewaktu dalam air seperti kolam renang, sungai dan laut.

2. Biasanya tidak menggunakan alat bantuan apungan (boyage aid – BA)3. Aktiviti renang biasanya dimanfaatkan untuk rekreasi atau sukan.

Tujuan Renang

1. Sebagai sebuah rekreasi atau sukan / pertandingan.2. Menjadikan tubuh badan lebih sihat kerana berenang melibatkan pergerakan

hampir kesemua otot badan.3. Sebagai sebuah pekerjaan seperti:

a. pencari mutiara,b. pencari artifak atau barang-barang lama di dasar laut,c. penyelam untuk membaiki kabel dasar laut.

4. Menyelamatkan nyawa mangsa lemas.

Jenis-jenis Renang

1. Gaya bebas.2. Gaya kuak dada.3. Gaya kuak lentang.4. Gaya kupu-kupu

Risiko

1. Menyebabkan kecederaan jika berlanggar dengan sesuatu objek keras di dalam air.

2. Mengakibatkan lemas dan kematian sekiranya:a. tenggelam,b. berenang pada ombak laut yang besar bergelora,c. air sungai yang deras atau kepala air sungai ketika waktu hujan.

Page 2: lencana_ahli_renang.doc

Nota Lencana Kegemaran(Ahli Renang)

Pengakap Muda

NOTA 2

Tarikh : 25 Februari 2012Hari : SabtuMasa : 8.30 pagiTempat : Kompleks Renang Presint 6, WP PutrajayaTajuk : Jenis-Jenis Renang 1Pemimpin : Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Gaya Bebas

1. Kedudukan dada menghadap ke permukaan air.2. Kedua-dua kaki tangan digerakkan jauh ke hadapan secara bergilir-gilir dengan

gerakan mengayuh.3. Kedua-dua belah kaki dicambuk secara bergilir-gilir dari atas ke bawah dan

sebaliknya.4. Muka menghadap ke permukaan air.5. Menarik nafas melalui mulut dengan cara muka berpaling ke sisi sama ada kiri

atau kanan setelah membuat satu kayukan.6. Menghembus nafas ke permukaan air melalui hidung ketika muka menghadap ke

permukaan air.7. Gaya bebas tidak terikat dengan mana-mana sahaja teknik tertentu.

Rajah: Teknik Renang Gaya Bebas (Freestyle)

Gaya Kuak Dada

1. Juga dikenali dengan gaya katak.2. Kedudukan dada menghadap ke permukaan air.3. Tubuh badan dalam keadaan tetap.

Page 3: lencana_ahli_renang.doc

4. Kedua-dua belah kaki menendang ke arah luar sementara kedua-dua belah tangan diluruskan ke hadapan.

5. Kedua-dua belah tangan digerakkan seperti membelah air supaya badan boleh maju ke hadapan. Nafas ditarik melalui mulut pada waktu ini apabila muka tertolak ke atas di luar permukaan air.

6. Nafas dihembus melalui hidung ketika muka berada di dalam permukaan air.

Rajah: Teknik Renang Gaya Kuak Dada (Katak / Breaststroke)

Page 4: lencana_ahli_renang.doc

Nota Lencana Kegemaran(Ahli Renang)

Pengakap Muda

NOTA 3

Tarikh : 3 Mac 2012Hari : SabtuMasa : 8.30 pagiTempat : Kompleks Renang Presint 6, WP PutrajayaTajuk : Jenis-Jenis Renang 2Pemimpin : Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Gaya Kuak Lentang

1. Kedudukan punggung menghadap ke permukaan air.2. Kedudukan muka berada di atas air untuk memudahkan pernafasan.3. Perenang hanya melihat ke atas, tidak melihat ke bawah.4. Gaya gerakan adalah sama seperti bebas.5. Permulaan renang di dalam kolam dengan menendang (kick) dinding kolam

renang.6. Jenis renang ini sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi dan ia merupakan

salah satu kategori gaya renang dalam acara Sukan Olimpik.

Rajah: Teknik Renang Gaya Kuak Lentang (Backstroke)

Page 5: lencana_ahli_renang.doc

Gaya Kupu-Kupu

1. Keadaan dada menghadap ke permukaan air.2. Kedua-dua belah lengan ditekan ke bawah dan digerakkan ke arah luar sebelum

diayun ke hadapan, sementara kedua-dua belah kaki menendang ke bawah dan ke atas secara serentak seperti gerakan ekor ikan lumba-lumba atau paus.

3. Gaya ini memerlukan kekuatan yang besar untuk perenang.

Rajah: Teknik Renang Gaya Kupu-Kupu (Butterfly Stroke)

Page 6: lencana_ahli_renang.doc

Ujian Lencana Kegemaran(Ahli Renang)

Pengakap Muda

Ujian

Tarikh : 10 Mac 2012Hari : SabtuMasa : 8.30 pagiTempat : Kompleks Renang Presint 6, WP PutrajayaNama Pengakap: Jebeng a/k JamesbonPemimpin : Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Bahagian A: Pengetahuan Asas Renang

Bil Perkara Tarikh Tanda Tangan Pemimpin

1 Pengakap dapat menyatakan definisi, tujuan dan risiko renang dengan betul dan tepat.

2 Pengakap dapat menyenaraikan empat jenis renang.

3 Pengakap dapat menyatakan langkah-langkah keselamatan ketika berenang.

Bahagian B: Ujian Amali Renang

Bil Perkara Tarikh Tanda Tangan Pemimpin

1 Pengakap memakai pakaian renang yang sesuai ketika berenang.

2 Pengakap mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu ketika berenang.

3 Pengakap berenang sejauh 100 meter dengan teknik (pilih dua sahaja):

a) Gaya Bebasb) Gaya Kuak Dadac) Gaya Kuak Lentangd) Gaya Kupu-Kupu

LULUS / GAGAL Tanda Tangan Pemimpin:

Page 7: lencana_ahli_renang.doc

Tarkh: …………………… ………………………………………

Pernafasan yang betul adalah kita bernafas terbalik dengan semasa berada di alam darat. Kita mengambil nafas dengan menggunakan MULUT, lalu menghembus kembali nafas yang telah diambil dengan menggunakan HIDUNG. Saranan untuk mengambil nafas yang baik adalah nafas yang panjang dan mempunyai kapasiti udara yang padu dan tahan lama. Anda perlu menghela nafas yang perlahan dengan menggunakan mulut supaya kapasiti udara yang anda ambil adalah padu dan tahan lama. Pabila hendak menghembus kembali nafas yang telah diambil, caranya lebih kurang seperti menghembus selesema daripada lobang hidung anda....tetapi secara perlahan-lahanlah...jangan excited sangat.

Alam darat: Inhale  - Hidung                    Exhale - Mulut

Pernafasan untuk renang: Inhale - Mulut                                          Exhale- Hidung

#2 KakiSeterusnya, kita mulakan dengan kaki dahulu. First of all, pegang sisi kolam cam gambar kat bawah ni.

Kaki tuk gaya dada ada 3 steps.1) Bengkokkan kaki anda seperti yang terpapar dalam gambar di atas2) Pabila kaki cantik anda sudah bengkok seperti yang terpapar dalam gambar di atas, tendang ke tepi dan kaki cantik anda akan menjadi seperti huruf Y.3) Dengan kadar segera bermula dari langkah ke-2 tadi, pabila kaki sudahpun dalam

Page 8: lencana_ahli_renang.doc

keadaan huruf Y, jangan berhenti, terus cantumkan kembali kaki anda dan akhirnya menjadi lurus dari peha sehinggalah ke hujung jari kaki. (lihat gambar bawah untuk info lebih lanjut)

Ulang balik langkah-langkah seperti tadi untuk setiap tolakan kaki supaya dapat melonjakkan badan ke hadapan.

#3 Tangan

1) Pertama sekali, tangan mestilah berada di posisi seperti superman, luruskan tangan anda selari dengan bahu anda, tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, bezanya tapak tangan tidak perlu digenggam. Jari-jemari perlulah ditutup dengan rapat agar air yang ditarik tidak terlepas dari cengkaman.

2) Tarik perlahan-lahan tangan anda ke tepi seolah-olah melukis satu bulatan di hadapan.

3) Pabila tangan ditarik ke belakang dan siku sudah hampir selari dengan bahu, maka inilah saat untuk para manusia mengambil nafas dengan mengangkat kepala anda - mata tengok hadapan, jangan terlalu mendongak ataupun terlalu pandang ke bawah, buka mulut anda dan inhaleeee(tengok gambar di atas).

4) Setelah ambil nafas, maka sudah sampai masanya untuk anda cantum kembali tapak tangan yang terbuka disebabkan nak melukis bulatan tadi sambil-sambil anda merendahkan kepala anda untuk masuk kembali ke dalam air. *pada ketika ini juga anda mula step 1 kaki anda iaitu bengkokkan kaki anda)

5) Setelah tercantum kedua-dua tapak tangan dan menjadi tajam seperti roket, anda seoalah-olah "mencucuk air" tersebut ke hadapan dengan pantas dan kuat. *pada masa

Page 9: lencana_ahli_renang.doc

ini juga anda tendang dan sepak sekuat hati untuk jadikan kaki anda dalam keadaan bentuk Y, dan seterusnya luruskan balik kaki anda.

#4 Posisi badan1) Kaki mestilah sentiasa berada di dalam air. Jika ada percikkan air semasa melakukan tendangan, maknanya posisi seluruh badan anda tidak betul. kaki anda sepatutnya berada lebih dalam sedikit berbanding dengan badan dan tangan anda yang senantiasa dekat dengan permukaan air.

2) Semasa kepala berada di dalam air, mata sentiasa tengok ke bawah, bukan ke hadapan.

3) Jika tangan anda dan kaki anda lurus (lurus tapi tak kaku, perlu lebih rileks), barulah anda boleh terapung dengan jayanya.

Akhir kata, dengan memahami segala teori dan langkah-langkah untuk menguasai teknik gaya dada ini sudah pasti masih tidak mencukupi untuk anda boleh berenang secara tiba-tiba. Jika anda masih ingin mencuba di kolam sebenar dan bukannya di atas katil anda serta ingin mendapatkan peluang untuk merasai kemanisan menguasai teknik-teknik renang dengan betul, jangan berasa segan untuk hubungi saya untuk kelas-kelas renang yang bakal ditawarkan. hehehehe good bye and good luck =)

Page 10: lencana_ahli_renang.doc

  •“Bubbling” iaitu salah satu cara mengawal pernafasan sebelum memulakanaktiviti renang.•Nafas di tarik melalui mulut sebelum kepala dimasukkan ke dalam air danudara d ihembus me la lu i h idung sebe lum kepa la d i ke luarkan ke udara .Pergerakan ini diulang beberapa kali.7.4 PENGATURAN MASA•T o l a k d a n l u n c u r , t a m b a h p u l a s a t u p u s i n g a n t a n g a n d i i k u t i d e n g a n tendangan kaki.•U l a n g i , t a m b a h k a n b i l a n g a n p u s i n g a n t a n g a n d a n t e n d a n g a n s e c a r a beransur-ansur.•Tolak dan luncur, tarik atau kuak tangan, bernafas, tendang dan luncur.•Bernafas pada setiap pusingan kuak.•Tambahkan jarak renangan bagi mewujudkan ritma yang selesa.8 . 0 P E R K A R A Y A N G P E R L U D I B E R I P E R H A T I A N 8.1 POSISI BADAN18

Page 11: lencana_ahli_renang.doc

  •Sasarkan pada posisi badan yang teregang dan selurus yang boleh.•Stabilkan kepala dan luruskan bahu, sisi paha berada sedikit sahaja di bawahparas permukaan air, kaki dilunjurkan, tajamkan ibu jari kaki.8.2 GERAKAN KAKI•Tumit menghadap punggung, kaki menghadap ke luar, tumit mendorongpergerakan ke belakang.•Gerakan kaki bagi pemulihan atau kembali ke posisi asal dilakukan di dalamair. Permukaan kaki di halakan ke luar untuk dorongan terakhir, tendanganharus serentak dan secara simetri,

Page 12: lencana_ahli_renang.doc

•Pastikan kaki pada posisi selari dengan sisi paha pada sepanjang masa.8.3 GERAKAN TANGAN•Pastikan tangan sentiasa dalam pandangan.•Kuak dengan kua t ke s is i , ke bawah dan ke be lakang , lakukan gerakanpemulihan dengan kemas, kuak air di depan bahu.8.4 PERNAFASAN•Tarik nafas sebaik sahaja tangan selesai melakukan gerakan tarikan, hembusnafas apabila tangan melakukan gerakan pemulihan, iaitu kembali ke posisiasal.•Kepala perlu stabil sementara bahu berada dalam keadaan lurus.19  8.5 PENGATURAN MASA•Pastikan gerakan tangan untuk menarik atau kuak dilakukan di hadapanbahu.•Tumpukan latihan ke arah ritma tarik tangan/ tarik nafas/ tendang/ luncur,dengan penekanan diberi terhadap tendangan ke belakang yang kuat danluncur yang lancar akan dapat dilakukan.REFLEKSISepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil pembelajaranyang telah saya perolehi. Walaupun pada mulanya kursus Renang ini agak sukar untukd i f a h a m i b a g i s a y a . N a m u n , s e t e l a h m e n y i a p k a n t u g a s a n i n i d a n m e n d e n g a r   penerangan serta tunjuk ajar semasa kelas yang diberikan oleh pensyarah-pensyarahdari Jabatan Pendidikan Jasmani, saya mendapati tugasan ini tidaklah begitu sukar.