Lengkapkan Dengan Peribahasa Yang Sesuai

download Lengkapkan Dengan Peribahasa Yang Sesuai

of 2

description

Latihan peribahasa SPM

Transcript of Lengkapkan Dengan Peribahasa Yang Sesuai

Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai:1. Sikap peramah yang dimiliki Siti sama seperti ibunya, _______________________________. Ini menjadikan dia disenangi oleh rakan-rakan.2. Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana __________________________.3. Sikap Atan yang suka menceritakan keburukan adiknya ibarat ____________________.4. Segala nasihat Pak Uda kepada Karim ibarat _______________________ kerana Karim masih tidak berubah.5. Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik kampung tercemar kerana _______________________.6. Hidup orang gelandangan itu ibarat ___________________ kerana tiada sesiapa pun yang mempedulikannya.7. Walaupun telah lama tinggal di England, akhirnya Rashid pulang semula ke kampung halamannya kerana ___________________________.8. Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah ______________________________.9. Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang berubah apabila kawannya berhasrat untuk meminjam wang. Rupa-rupanya kedatangan kawannya ______________________.10. Perang saudara yang berlaku antara dua etnik itu hanya menguntungkan pihak luar yang hanya mahu mengambil kesempatan ibarat __________________.