PERIBAHASA KCW
-
Upload
wan-norliza-wan-samad -
Category
Documents
-
view
347 -
download
3
description
Transcript of PERIBAHASA KCW
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
1
Disediakan oleh:Cikgu Wan NorlizaBaed(USM), Med
(UKM)
P e r i b a h a s aB O O M
K e l a s C i k g u W a n
KCW
KCW
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
PERIBAHASA DAN SITUASI
PERIBAHASA SITUASI
1 Bagai retak menanti belah Keadaan yang semakin kritikal
2 Bagai duri dalam daging Sudah sebati
3 Bagai aur dengan tebing Saling membantu
4 Bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya Didikan hendaklah bermula sejak kecil
5 Biar berputih tulang jangan berputih mata Sayang akan Negara – sanggup mempertahankan Negara
6 Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
Perlu berusah untuk berjaya
7 Seperti melepaskan batuk di tangga Belajar sambalewa
8 Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu
Tuah seseorang
9 Sudah terhantuk baru nak tengadah Telah melakukan kesalahan baru hendak menyesal
10 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri
11 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Tokoh yang telah meninggal dunia tetapi masih dikenang.
12 Alah bisa tegal biasa Sesuatu yang susah jika menjadi amalan akan menjadi mudah.
13 Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas Sentiasa terpelihara
14 Sediakan payung sebelum hujan Berhati-hati sebelum terjadi bencana15 Genggam bara api biar sampai jadi arang Berusaha bersungguh-sungguh / buat sesuatu
kerja sehingga selesai16 Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunyaBerusaha bersungguh-sungguh
17Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-
sungguh tanpa sebarang dalih
18Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lenganMembuat sesuatu kerja sehingga berjaya
19 Bagai menarik rambut di dalam tepung, tepung tidak berserak, rambut tidak putus
Berhati-hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah
20 Ditelan mati emak, diluah mati bapa Sukar untuk membuat sesuatu keputusan
21Bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat Rakyat yang hidup bersatu padu
2
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
22 Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan Sudah insaf
23 Sudah basah kehujanan Malang yang datang bertimpa-timpa
24 Sudah jatuh ditimpa tangga
25 Ke tengah boleh ke tepi pun boleh Senang menyesuaikan diri
26 Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Orang yang hebat/pandai bergaul dengan orang yang lemah atau tidak pandai – tidak
akan hilang kehebatnya
27 Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Jangan mencuba sesuatu yang tidak mungkin tercapai
28 orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Berbudi bahasa
29 Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Mementingkan diri sendiri
30 Laksana pohon kayu tiada berbuah Orang yang bijaksana tetapi tidak menggunakan kepandaiannya untuk
kebaikan
31 Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Orang yang tidak berguna dalam masyarakat tetapi tidak boleh diusir.
32 Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis Berjimat cermat
33 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Berjimat cermat
34 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Berjimat cermat – menabung
35 kalau baik jadikan teladan, kalau tak baik jadikan sempadan.
Perlu mencontohi orang yang telah berjaya.
36 sekali air besar, sekali tepian beranjakPerangai orang yang berubah-ubah
37 Sekali air bah, sekali pantai berubah
38 kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Mendapat sesuatu yang diidam-idamkan
39 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Bekerjasama waktu susah dan senang
3
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
40 Seperti katak di bawah tempurung Pemikiran yang tidak berkembang
41 Bagai pahat dengan penukul Orang malas
42 Telur di hujung tanduk Berada dalam keadaan kecemasan
43 Cacing kepanasan Berada dalam keadaan kecemasan
44 gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut pula yang nampak.
Melihat kesalahan orang lain, tidak lihat kesalahan diri sendiri
45 mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Mengharapkan sesuatu yang belum pasti
46 Kalah jadi abu, menang jadi arang Kerugian
47 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Kerugian
48 Berani kerana benar, takut kerana salah Keberanian49
Sirih pulang ke gagangIkan pulang ke lubuk
Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya ke tanah jua
Kembali ke tempat asal
50 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Kembali ke tempat asal walaupun di luar negara dapat ganjaran/pendapatan yang banyak
51 Bagai bulan dipagar bintang Cantik
52 Sebatang kara Hidup seorang diri
53
Embun di hujung rumput Kasih yang sudah tiada
54 Rambut sama hitam, hati lain-lain Perangai manusia yang berbeza-besa
55 Bagaimana acuan begitulah kuihnyaKe mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Ikut perangai ibu bapa
56 Ibarat bunga dedap sungguh merah berbau tidak Perempuan cantik tetapi perangai tidak baik
57 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Lihat orang menghadapi masalah hanya orang itu yang memahami keadaan sebenar
kesusahan
58 bagai Aur dengan tebing Bekerjasama
4
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
59 Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin Bertiup
Ada orang yang memperkatakan tentang perkara tersebut
60Harapkan pagar, pagar makan padi Mengharapkan seseorang tetapi orang yang
diharapkan itu menindas kita
61Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
Perangai manusia berubah
62 Bagai isi dengan kukuBagai cincin dengan permata
Pasangan yang serasi / sedondon
63 Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran Melepaskan apa yang ada kerana hendakkan sesuatu yang belum pasti
64 Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah Sanggup susah dan senang bersama-sama
65 Bunyi bertih direndang Bunyi yang sangat bisingSuka bercakap
66 Menang jadi arang, kalah jadi abu Peperangan tidak membawa kemenangan kepada mana-mana pihak tetapi banyak
nyawa yang terkorban
67 Barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
Tidak mendapat orang yang disukai
68 Biduk lalu kiambang bertautAir dicincang tidak akan putus
Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga
Hubungan persaudaraan yang renggang akhirnya kembali berbaik
69 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Sama taraf
70 Bumi mana yang tidak ditimpa hujan Semua orang akan menghadapi masalah
71 Bagai lebah menghimpunkan madu Rajin
72 Seperti lembu dicucuk hidung Ikut cakap
73 Biar titik jangan tumpah Berhati hati
74 Padi setangkai bernas semuanya Anak-anak yang menjadi / semua Berjaya
75 Seperti langit dengan bumi Perbezaan yang ketara
76 Seperti cacing hendak menjadi naga Pekerja yang bertindak seperti majikan
5
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
LIHAT GAMBAR DI BAWAH DENGAN TELITI. BERDASARKAN GAMBAR TERSEBUT, TULIS SATU PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN GAMBAR TERSEBUT.
1.
2
3
6
Daun Keladi
Sangkar telur
Pokok buluh – tebing sungai
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
4
5
6
7
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
7
8
8
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
9.
10.
11.
9
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
12
13
13.
14
10
langit
hujanbatu
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
15
16.
17
11
Rusa
Jauhari
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
18.
19.
20
12
Pahat
Kelambu
Madu
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
21.
22.
23.
13
Bunga Dedap - Merah
Sirih
Parang
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
24
25
14
Pokok Rumbia
Ruyung
JauhariKain
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
26
27
28.
TAMAT
15
Pendayung
Helang
Pipit
Limau
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA
PERIBAHASA - MAKSUD YANG HAMPIR SAMA
PERIBAHASA MAKSUD
air dicencang tak akan putus perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama
haruan pulang ke lubuk perantau yang pulang semula ke tempat asal
gunting dalam lipatan musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya
habis madu, sepah dibuang apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain
bagai aur dengan tebing persahabatan yang sangat akrab
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
susah senang dihadapi bersama
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkah laku ibu atau bapanya
mencurah air ke daun keladi pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar
alang-alang mandi biar basah
berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan
bagai cincin dengan permata padanan yang sesuai
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan
abu di atas tunggul keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama
menahan lukah di pergentingan
mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang
16
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Berikan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud di bawah
i. Pasangan yang sepadan
ii. Sesuatu itu menurut asalnya
iii. Hubungan yang erat
iv. Berkerjasama
v. Seseorang yang sentiasa tenang
vi. Seseorang yang menyembunyikan kepakarannya
vii. Berhati-hati membuat keputusan
viii. Mematuhi peraturan
ix. Rajin
x. Seseorang yang akan berjaya walau di mana mereka berada
xi. Bersedia
xii. Orang bijak mengajar orang lemah tidak akan jadi orang bodoh
xiii. Orang yang tidak pandai, tetapi banyak latihan akan menjadi pandai
xiv. Orang yang sering bersungut selepas berlaku sesuatu perkara atau siap sesuatu perkara
xv. Sesuatu yang tak mungkin akan tercapai
xvi. Orang yang sering bertukar pekerjaan - tidak tetap dengan satu pekerjaan sahaja
xvii. Perpaduan
xviii. Senang bergaul dengan orang lain
xix. Dua pihak bergaduh, orang lain yang jadi mangsa17
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.
2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .
4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.
5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia membuat tempahan dahulu.
9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.
18
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap
daripadanya.
(i) Hanya jauhari mengenal manikam
(ii) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(iii) biar mati anak, jangan mati adat
(iv) Bagai sirih pulang ke gagang
(v) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
(vi) Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan
(vii) Patah kandar
(viii) Mata petai
19
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut.
Saban hari Amin melalui denai berlopak sebagai laluan berulang-alik ke sekolah. Sebarang kerumitan dan ketidakselesaan melalui jalan tersebut merupakan perkara biasa baginya. Perkara yang pasti ialah dia perlu sampai ke sekolah tepat pada waktunya iaitu sebelum loceng berbunyi. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu ketinggalan dalam setiap aktiviti sekolah. Amin menganggap semua yang dilaluinya itu sebagai cabaran dalam mengejar cita-citanya. Ibu bapa Amin sering menasihati adik-adiknya supaya mencontohi sikap Amin, tetapi mereka tidak mempedulikan nasihat tersebu
2. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut.
Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang awal ke sekolah tepat pada masanya bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek pengurusan masa. Amalan ini kemudiannya akan menjadi kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu membahagikan masa untuk menelaah pelajaran dan menjalankan aktiviti lain. Segala kerja sekolah yang diberikan akan diselesaikan dengan sempurna dan mereka sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik
3. Nyatakan satu peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Masyarakat Kampung Permatang terkenal dengan semangat bekerjasama dan suka tolong-menolong dalam sesuatu pekerjaan terutama dalam majlis kenduri. Mereka suka hidup dalam keadaan___________________________________________ Masyarakat di bandar pula lebih suka hidup mementingkan diri sendiri. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk membantu. Keadaan ini berpunca daripada latar belakang hidup yang berbeza kerana sikap mereka yang berkeadaan ___________________________________________________________. Namun keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh kampung seperti______________________________________________________________
20
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
4. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan peribahasa yang diberi dalam ayat degnan peribahasa atau kata-kata hikmat yang hampir sama ertinya dengan peribahasa tersebut.
Sifat lemah lembut Mei Ling sama seperti ibunya. Hal ini bertepatan dengan pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. ______________________________
Kembalinya Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia amat dialu-alukan demi pembangunan sukan badminton negara. Hal ini samalah seperti pepatah sirih pulang ke gagang. _______________________________________
Semasa berlakunya krisis air di Melaka, para peniagamenangguk di air yang keruh dengan menaikkan harga tong air dan baldi. _________________________________________.
5. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
Datuk Ali mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu disuruh. Dengan kata lain, Datuk Ali tidak mahu para pekerjanya bersikap seperti ___________________________
Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, Amin sentiasa mematuhi peraturan dan adat resam di tempat orang kerana _______________________________________________
Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim cepat kaya. Hal ini kerana kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah terperangkap dengan skim ini. Keadaan ini tidak berguna lagi kerana sikap sedemikian ibarat ____________________________________________
6. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut
Zahira merupakan seorang pelajar yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Dia kerap menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajarannya. Zahira juga merupakan pelajar yang amat disegani oleh rakan-rakannya kerana dia bukan sahaja bijak dalam bidang akademik malah dia juga aktif dalam bidang penulisan.
______________________________________________________________________-
Selepas beberapa tahun merantau di negara asing, Kumaresan mengambil keputusan untuk kembali ke tanah airnya. Baginya walaupun keadaan di luar negara begitu aman dan makmur, namun dia lebih selesa berada di negaranya sendiri
________________________________________________________________________
Semua penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut sudah lama mengamalkan prinsip bantu membantu antara satu sama lain. Mereka juga sangat menghormati jiran tetangga bagi memastikan keadaan keharmonian dan kedamaian suasana kehidupan bermasyarakat.
21
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
___________________________________________________________________________
Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut
1) Mencari jalan Maksudnya : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.Amin sentiasa mencari jalan untuk menambahkan pendapatan bulanannya supaya cukup untuk menyara seluruh ahli keluarganya.
2) Anak dagangMaksudnya : Orang yang berhijrah ke tempat orang lain.Anak dagang hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku mereka kerana kelakuan mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat.
3) Memerah otak Maksudnya : Berfikir dengan bersungguh-sungguhProfessor itu saban hari bertungkus lumus memerah otak untuk memastikan penyelidikannya berjaya mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti.
4) Batu penghalangMaksudnya : Rintangan atau halanganKemiskinan hidup tidak pernah menjadi batu penghalang bagi Amirah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
5) Lintah daratMaksudnya : Peniaga yang mengambil untung yang terlalu tinggiPak Ali digelar lintah darat di kalangan penduduk kampung itu kerana sikapnya yang suka mengambil untung yang berlebihan dalam aktiviti perniagaannya.
6) Kacang lupakan kulitMaksudnya : Lupa akan asal usulKita janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit umpamanya melawan ibu bapa atau guru kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.
7) Bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksudnya : Terlalu banyak pada sesuatu masaSyarikat jualan langsung yang dipelopori oleh golongan bumiputera bak cendawan tumbuh selepas hujan kerana saban hari semakin ramai yang mendaftarkan perniagaan mereka.
8) Bagai kaca terhempas ke batuMaksudnya : Hati yang sangat sedihPerasaan Aina bagai kaca terhempas ke batu setelah mengetahui kecurangan suaminya.
9) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuaMaksudnya : Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.Arsyad dimarahi oleh ibunya kerana keluarga mereka telah mendapat malu akibat perbuatan buruknya itu bak kata pepatah ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’.
22
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
1) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
5) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
6) Patah kandar
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
7) Tulang belakang
_________________________________________________________________
23
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
_________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak turun temurun.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai yang lain.Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
24
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha sehabis baik. Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Aziz masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua puluh tahun menetap di England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan tinggal di sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat setempat. Aziz mendapati kehidupan di England tidaklah sehebat yang disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya sebelum ini. Namun dia terpaksa meneruskan kehidupannya di sana kerana kontrak kerjanya masih belum tamat.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Penduduk Taman Perdana mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran. Mereka bersama-sama melakukan kerja sama ada mudah atau susah. Penduduk taman yang berbilang kaum itu dapat menikmati hidup aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di taman itu yang menghadapi kesusahan, yang lain turut bersimpati dan cuba membantu.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
25
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
3) _____________________________________________________________________
Kerajaan telah memilih Kampung Siantan sebagai kampung angkat. Kampung itu terpilih kerana majoriti penduduknya rajin bekerja dan mereka juga mudah memberikan pertolongan jika diperlukan. Dalam salah satu projek yang dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk mendirikan semula rumah Pak Kemat yang hampir roboh. Pemuda-pemuda kampung yang sebelum ini suka menghabiskan masa di tepi-tepi jalan pula telah diberi peluang untuk menghadiri kelas komputer anjuran persatuan belia kampung itu.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Gejala sosial dalam kalangan masyarakat begitu membimbangkan. Walaupun pihak kerajaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan pelbagai aktiviti, masalah kecurian, penagihan dadah dan gangsterisme terus berlaku. Remaja terbabit telah ditangkap dan dihantar ke pusat serenti dan pusat pemulihan akhlak. Golongan ini memang menyusahkan masyarakat yang cinta akan kedamaian. Walaupun begitu, kerajaan tidak berputus asa, malahan terus berusaha untuk memastikan masalah ini dapat diatasi. L
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini dapat dilihat apabila ada majlis kenduri-kendara. Masyarakat di bandar pula lebih mementingkan diri sendiri dan keadaan ini berpunca daripada latar belakang hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya akan terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh kampung.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
26
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
3) _____________________________________________________________________
Pak Salleh yang telah lama berniaga makanan di kampung telah mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di Kuala Lumpur. Perniagaannya sangat baik kerana sejak akhir-akhir ini dia telah mendapat banyak keuntungan hingga kehidupannya menjadi senang. Setelah beberapa tahun, sikap tamak mula bersarang di hatinya menyebabkan dia menutup restorannya dan melibatkan diri sebagai kontraktor bangunan. Namun malangnya, syarikat barunya itu telah gagal mendapat sebarang projek dan diistiharkan muflis menyebabkan dia menjadi miskin.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur kerana sudah ada pihak yang berani tampil dengan beberapa pendekatan sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca. Ahli keluarga terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan teladan dalam memupuk minat membaca. Sekiranya budaya ini sudah dijadikan amalan, sudah pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Masyarakat perlu sedar bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan, mereka akan terus menjadi masyarakat yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Samad bekerja sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Dia tidak hanya bergantung kepada pendapatan sebagai nelayan sahaja sebaliknya turut mengambil upah menjahit jala yang terkoyak sebagai cara untuk menambahkan pendapatannya. Samad juga sering beringat dan tidak boros berbelanja dan akan menyimpan wang untuk keperluan semasa susah. Walau bagaimanapun, dia amat sedih apabila sampannya dihanyutkan ombak petang semalam kerana dia terlupa untuk menambatnya.Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
27
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________Daud masih tidak menuntut harta pusaka peninggalan ayahnya daripada abang-abangnya walaupun pembahagian sama rata telah dibuat. Perangainya itu menimbulkan kemarahan keluarganya kerana semasa ayahnya masih hidup, Daud dengan jelas mengatakan bahawa dia tidak kisah akan harta tersebut. Sikapnya itu telah menjadikan hubungan mereka sekeluarga terjejas walaupun sebelum ini mereka sekeluarga cukup akrab.Jawapan :1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
.
Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun iklan tentang lelongan itu telah disebarkan secara meluas menerusi media massa. Sebahagian daripada pelanggan yang datang ke kedai itu berasa kesal kerana barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli seperti yang disangka oleh mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong kosong dan tidak menepati maklumat dalam iklan yang disiarkan. Nampaknya hajat pengunjung untuk mendapat apa yang mereka hajati pada hari itu tidak akan tercapai.Jawapan :1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan bantuan dan simpati orang lain. Mereka perlulah berusaha dengan gigih kerana tiada kejayaan untuk orang yang malas. Apabila sudah berjaya, jangan pula kita melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita seperti ibu bapa, guru dan pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan jangan pula terlalu mengikut arahan orang lain tanpa usul periksa atau memikirkan kesan negatifnya kepada diri kita sendiri.Jawapan :1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
28