Lesson Study - Science

download Lesson Study - Science

of 3

description

science

Transcript of Lesson Study - Science

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Tarikh:24 Julai 2014Tahun:1 CekalMata pelajaran:SainsMasa:8.40 pagi - 9.40 pagiTajuk: Timbul dan tenggelamStandard kandungan :11.1 Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam.Standard Pembelajaran:11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan.Kemahiran Proses Sains:Memerhati, meramal, mengelas.Kemahiran berfikir:Membanding dan membezakanmengumpulkan dan mengelaskanNilai murni:Bekerjasama, berani mencuba.Bahan bantu mengajar:Bekas lutsinar, bola ping pong, batu kerikil, guli, sudu besi, bulu tangkis, duit syiling, klip kertas, pensel, daun, ranting, gunting, gabus, dadu, kunci, straw dan lembaran kerja LangkahKandunganAktiviti pengajaran dan pemudahcaraanCatatan

Set Induksi( 5 minit )Tajuk : Tenggelam dan timbul Murid mengeluarkan bahan dari tin. Guru bersoal jawab tentang objek-objek tersebutSoalan:a) Apakah yang dapat anda lihat di dalam tin?

Guru meminta murid meletakkan objek-objek tersebut ke dalam bekas lutsinar.Soalan:a) Apakah yang dapat anda lihat?

b) Apakah yang akan terjadi jika air dituang ke dalam bekas?

Murid memasukkan bahan ke dalam bekas. Murid memasukkan air ke dalam bekas.Soalan:a) Apakah yang terjadi kepada bola ping-pong dan bola plastisin?

Guru memperkenalkan konsep tenggelam dan timbul

Bola ping-pong dan batu kerikil

Kedua-dua ada di dalam bekas

Bola ping-pong akan timbul. Batu kerikil akan tenggelam

Bola ping-pong timbul tetapi batu kerikil tenggelam di dalam air.

Perkembangan( 10 minit )

Guli, sudu besi, duit syiling, klip kertas dan batu tenggelam.Pensel dan bulu tangkis timbul.Aktiviti 1 : Permainan pancing ikan ( kad ) Murid memancing kad imbasan , meramal dan melekatkan kad tersebut pada kertas mahjung yang terlekat pada papan hitam.

Perkembangan( 20 minit )Guli, sudu besi, duit syiling, klip kertas dan batu tenggelam.Pensel dan bulu tangkis timbul.Aktiviti 2 :Eksperimen ( inkuiri berstruktur ) Guru menerangkan langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti. Guru mengagihkan bahan kepada setiap kumpulan. Murid menjalankan aktiviti. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam lembaran kerja (1) yang diberi. Hasil pemerhatian dibincang.

Perkembangan ( 10 minit )Daun, ranting, straw, gabus- timbulDadu, kunci, gunting-tenggelamAktiviti 3: Guru mengedarkan lembaran kerja (2). Guru memberi penerangan cara menyiapkan lembaran kerja yang diberi. Perbincangan jawapan dijalankan.

Penutup( 10 minit )Plastisin Murid diberi plastisin. Murid meramalkan sama ada plastisin timbul atau tenggelam.Soalan:a) Apakah yang terjadi jikalau plastisin diletakkan di dalam air?b) Mengapakah hal ini terjadi?

Murid diminta berfikir cara bagaimana untuk membolehkan plastisin timbulSoalan:a) Bagaimana kita boleh membuat plastisin ini timbul di dalam air?

Murid diminta mencari jawapan di rumah.