Lev Vygotsky

13
Lev Vygotsky

Transcript of Lev Vygotsky

Page 1: Lev Vygotsky

Lev Vygotsky

Page 2: Lev Vygotsky

BIODATA TOKOH➲ Lev Semenovich Vygotsky (1896 – 1934)➲ Merupakan seorang psikologi berbangsa

Rusia. ➲ Seorang guru dan sarjana sastera. ➲ Menulis buku tentang ‘Pemikiran dan

Bahasa' dan ‘ Fikiran Masyarakat '.

Page 3: Lev Vygotsky

PENDIDIKAN AWAL Mendapatkan pendidikan awal daripada ibunya

sendiri yang merupakan seorang guru dan mempunyai seorang tutor peribadi bernama Solomon Ashpiz.

Mendapat pengaruh dari sepupunya David Vygotsky.

Meneruskan pengajian sekolah menengahnya di sebuah sekolah persendirian.

Menamatkan pengajian sekolah menengahnya dengan anugerah medal emas.

Page 4: Lev Vygotsky

• Beliau menamatkan pengajian di Moscow State University pada 1917.

• Pernah bekerja di Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad dan Kharkow di mana beliau bekerja keras menyatakan ideanya tentang perkembangan kognitif.

Page 5: Lev Vygotsky

Karya Vygotsky didasarkan pada tiga idea utama: Bahawa intelektual berkembang pada ketika

individu menghadapi idea-idea baru dan sulit mengaitkan idea-idea tersebut dengan apa yang mereka ketahui.

Bahawa interaksi dengan orang lain memperkaya perkembangan intelektual.

Peranan utama guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan moderator pembelajaran murid

Page 6: Lev Vygotsky

Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. contoh

Page 7: Lev Vygotsky

• Tema: Hidup Bersama Di Sekolah dan Masyarakat, Tahun 5:

• Guru boleh membawamurid-murid untuk menyertai aktiviti kejiranan atau khidmat masyarakat seperti rumah terbuka, gotong-royong, sukaneka, riadah di kawasan setempat. Dari situakan timbul suasana yang berlainan dalam proses P&P di samping murid-murid akan didedahkan dengan cara hidup bermasyarakat yang positif.

Page 8: Lev Vygotsky

Ciri-Ciri Penting

• Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.

• Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.

Page 9: Lev Vygotsky

• Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools(seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi

Page 10: Lev Vygotsky

Scaffolding

Menggalakan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Bentukkan kumpulan heterogenus di mana kanak-kanak dengan tahap kemahiran yang pelbagai diletakkan dalam satu kumpulan. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar.

Page 11: Lev Vygotsky

Contoh aktiviti:Guru membahagikan murid di dalam kumpulan yang terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai tahap kefahaman dan seterusnya memberikan satu tugasan kepada murid untuk dilakukan di dalam kumpulan. Dalam menjalankan tugasan tersebut, murid yang mahir akan membantu murid yang kurang mahir di dalam kumpulan masing-masing.

Page 12: Lev Vygotsky

Zon Perkembangan Proksimal

• Zon Perkembangan Proksimal adalah jarak �antara peringkat perkembangan sebenar dengan peringkat perkembangan potensi individu yang ditentukan dengan bantuan orang dewasa atau kolaborasi antara rakan rakan yang berkebolehan.

Page 13: Lev Vygotsky

• Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila kanak-kanak sudah mula menguasai kemahiran atau objektif . Guru memberi galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif.