Linguist i k

6
DEFINISI LINGUISTIK: LINGUISTIK DAN BAHASA Menurut Verhaar (1985:1), „linguistik‟ berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘lingua’ yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan dalam bahasa Perancis „Langue dan Langage‟, Itali „Lingua‟, Sepanyol „Lengua‟ dan Inggeris „Linguistics‟. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini juga Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu bahasa. Kemungkinannya, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain. Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di Malaysia. DEFINISI LINGUISTIK Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik: 1. John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai “the scientific study of language”. 2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik.

description

haha

Transcript of Linguist i k

Page 1: Linguist i k

DEFINISI LINGUISTIK:

LINGUISTIK DAN BAHASA

Menurut Verhaar (1985:1), „linguistik‟ berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘lingua’ yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan dalam bahasa Perancis „Langue dan Langage‟, Itali „Lingua‟, Sepanyol „Lengua‟ dan Inggeris „Linguistics‟. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa.

Terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini juga

Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa

bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu bahasa. Kemungkinannya, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain.

Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di Malaysia.

DEFINISI LINGUISTIK

Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik:

1. John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai “the scientific study of language”.

2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik.

3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa manusia.

4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat.

5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa perkataan „linguistik‟ sudah memberikan maksud kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan.

Linguistik Terapan

Ilmu yang berusaha menerapkan hasil penelitian dalam bidang linguistik untuk keperluan praktis. Linguistik terapan dapat juga dimanfaatkan untuk memecahkan persoalan-peroalan praktis yang banyak sangkut pautnya dengan bahasa. Jadi, linguistik hanya dipakai sebagai alat. Misalnya, dalam pengajaran bahasa, linguistik dapat di manfaatkan untuk mengajarkan bahasa agar perolehan anak akan lebih meningkat.

Page 2: Linguist i k

BAHASA

Definisi Bahasa

~satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.

~satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain

~satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka

~satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud.

~satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan , ayat, dan lain lain.)

~satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.

~pemikiran

STRUKTUR BAHASA

Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain.

Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis

Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.

Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.

fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik.

morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran. semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks. leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

Ciri-ciri bahasa:

i) Bahasa ialah sistem arbitari

ii) Bahasa ialah satun sistem komunikasi.

iii) Bahasa itu konvensional.

iv) Bahasa itu unik.

v) Bahasa itu dinamis.

vi) Bahasa itu bervariasi.

vii) Bahasa itu insani.

viii) Bahasa itu indah.

Page 3: Linguist i k

FUNGSI BAHASA MELAYU

•Sebagai Bahasa Kebangsaan

•Sebagai Bahasa Rasmi

•Sebagai Bahasa Perpaduan

•Sebagai Bahasa Pengantar

•Sebagai Bahasa Ilmu

•Sebagai Bahasa Komunikasi

BAHASA KEBANGSAAN•Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.•Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.•Bahasa tersebut merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.•Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.•Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat sesebuah negara.•Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu diMalaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, danBahasa Jerman di Jerman.•Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.•Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.

BAHASA RASMI•Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat.•Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi.•Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

BAHASA PENGANTAR•Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti.•Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.•Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu.•Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.•Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Page 4: Linguist i k

BAHASA PERPADUAN

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

BAHASA ILMU•Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.•Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.•Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnyaItulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supaya pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.•Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.•Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

BAHASA KOMUNIKASI•Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.•Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu-Inggeris).•Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata.•Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi