Linus

32
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK 98009 JALAN BAKAM, MIRI Nama Guru Pelatih : Nama Angka Giliran No. Kad Pengenalan WONG JING SHUNG 2013021340020 930727-13-5856 Kumpulan : PRBCK2 Ambilan : JAN 2013 Tahun : Tahun 1 Semester : Semester 2 Mata Pelajaran : LITERASI BAHASA MELAYU Kod mata pelajaran : WAJ3104 Nama Pensyarah : CIK CELINEA LASAN Tarikh Mula : 17 JULAI 2013 Tarikh Hantar : 14 OGOS 2013

Transcript of Linus

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

98009 JALAN BAKAM, MIRI

Nama Guru Pelatih :

Nama Angka Giliran No. Kad Pengenalan

WONG JING SHUNG 2013021340020 930727-13-5856

Kumpulan : PRBCK2

Ambilan : JAN 2013

Tahun : Tahun 1

Semester : Semester 2

Mata Pelajaran : LITERASI BAHASA MELAYU

Kod mata pelajaran : WAJ3104

Nama Pensyarah : CIK CELINEA LASAN

Tarikh Mula : 17 JULAI 2013

Tarikh Hantar : 14 OGOS 2013

HALAMAN JUDUL

LITERASI BAHASA MELAYU

Bahagian Pendidikan Guru

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sarawak, Miri

PERAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nuklian dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis :

Tarikh :

PENGHARGAAN

Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-

tinggi penghargaan kepada pensyarah mata pelajaran ini, iaitu Cik Celinea Lasan yang telah

banyak memberi bantuan kepada saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Beliau telah

banyak memberi bantuan kepada kami semasa kerja kursus ini dijalankan. Beliau telah

memberi penerangan yang teliti agar saya dapat menyempurnakan kerja kursus ini dalam

tempoh yang ditetapkan. Beliau juga memberi dorongan dan galakkan yang sepenuhnya

kepada saya sepanjang masa saya menjalankan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana

mereka memberikan sokongan moral dan dorongan kepada saya. Mereka turut memberikan

bantuan dari segi kewangan supaya saya dapat membeli bahan-bahan yang diperlukan

seperti kertas untuk menjalankan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima

kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi bimbingan kepada saya.

Bantuan daripada kawan-kawan juga merupakan salah satu faktor kejayaan untuk

menjayakan kerja kursus ini. Semasa menjalankan kerja kursus ini, kawan-kawan saya

sanggup mengkongsi maklumat yang didapati dengan saya. Kerjasama daripada kawan-

kawan amat saya hargai.

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BORANG PERAKUAN … … … … … …

HALAMAN JUDUL … … … … … … …

PENGHARGAAN … … … … … … …

SENARAI KANDUNGAN … … … … … …

1.0 PENGENALAN … … … … …

2.0 KONSEP LINUS … … … … …

3.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS LINUS … …

4.0 PRINSIP LINUS

4.1 ANSUR MAJU … … … … …

4.2 DIDIK HIBUR … … … … …

4.3 PENGABUNGJALINAN ANTARA KEMAHIRAN …

4.4 PENGULANGAN … … … … …

5.0 KRITERIA PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN … … … …

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN … …

7.0 RUMUSAN … … … … … …

REFLEKSI … … … … … … … …

BIBLIOGRAFI … … … … … … … …

LAMPIRAN … … … … … … … …

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN … … … …

BORANG KOLABORASI … … … … … …

1.0 PENGENALAN

Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan yang bagi

membolehkan murid-murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta

untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Data KIA2M

pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak hampir 50,000 murid-murid Tahun 1 belum

menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula

menujukkan lebih 48,000 murid-murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca

dan menulis (literasi) sementara hampir 100,000 murid-murid Tahun 4 belum menguasai

kemahiran asas mengira (numerasi). Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, KPM menunjukkan kadar keciciran murid-murid sekolah rendah dan sekolah

menengah di Malaysia pada tahun 2008 sangat membimbangkan. KPM berpendapat satu

pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasai masalah literasi dan

numerasi seawall Tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid-murid

yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan

kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keprluan

melanjutkan pelajaran dan kesukaran memenuhi kerjaya. Sehubungan dengan itu, satu

program alternatif telah dirangka untuk murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap 1) yang belum

menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan

Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi

Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid-murid Tahun 1 yang telah dilaksanakan

mulai tahun 2006.

2.0 KONSEP LINUS

LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan

program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid-murid memperoleh asas

literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan

kepada muris-murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira

(3M). Definisi literasi ialah keupayaan untuk membaca menulis dan memahami perkataan,

ayat tunggal dan ayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan

pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Definisi numerasi ialah

keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang

mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan

harian.

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid-murid Tahap 1 sekolah

rendah berkeupayaaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012

kecuali murid-murid berkeperluan khas. Pada akhir Program Literasi murid-murid berupaya

untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Murid-murid juga

berupaya membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup. Murid-

murid juga berupaya membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk

yang mudah dengan menggunakan kata hubung “dan”.

Program LINUS di sekolah rendah wajib dilaksanakan di semua Sekolah

Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Semua

murid-murid Tahun 1 (kecuali murid-murid berkeperluan khas) yang dikenalpasti sebagai

murid-murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki Saringan 1 untuk

menentukan tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal Mac setiap tahun.

Murid-murid yang telah dikenalpasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan

numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS.

Murid-muid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan

Saringan 3 pada bulan September (jika perlu).

Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada Bahasa Malaysia dan guru

Matematik Tahap 1 dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas. Guru Pemulihan Khas

ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid-murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi

program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid

berkenaan. Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu

Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu

diperuntukkan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di

Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik. Program LINUS

menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan

pembelajaran dan pengajaran. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan

pengenalan abjad suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah. Murid-

murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modul pembelajaran dan pengajaran

asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid-murid bagi

memastikan kejayaan program ini. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan

pembelajaran dan pengajaran mengikut kesesuaian murid-murid dan kreativiti. Instrumen

saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid-murid telah

menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaan instrumen saringan disediakan oleh

Lembaga Peperiksaan (LP). (Siti Hajar Idrus, Masture Mohamad Berawi, Husin Fateh Din

dan Nazanyah Sanni, 2011)

3.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS LINUS

Program LINUS yang telah dijalankan sejak tahun 2010 merupakan sebuah program

pendidikan di dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Ia telah memberi

peluang yang lebih luas kepada murid-murid di sekolah rendah yang agak ketinggalan

dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. LINUS yang bermaksud

Literacy and Numeracy Screening merupakan sebuah program pemulihan yang direka

bentuk untuk memastikan murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran

asas literasi dan numerasi dapat mencapai standard penguasaan kemahiran asas yang

kukuh pada tiga tahun awal persekolahan.

Kemahiran asas dalam literasi ialah keupayaan untuk membaca, menulis dan

memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam

pembelajaran dan komunikasi harian. Senarai kemahiran literasi yang perlu dikuasai oleh

murid ialah membaca dan menulis huruf, membaca suku kata, membina dan menulis suku

kata, membaca perkataan, membaca dan menulis perkataan, membaca rangkai kata,

membina dan menulis rangkai kata, membaca ayat, membina dan menulis ayat tunggal.

Literasi mengandungi beberapa konstruk yang wajib dikuasai oleh semua murid untuk

mencapai tahap kelas perdana (Rujuk kepada Lampiran 3). Pada Tahun 1, murid perlulah

boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan memahami minima 500 patah

perkataan dan ayat mudah. Pada Tahun 2, murid perlulah boleh menguasai kemahiran

membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah

menggunakan kata sendi. Pada TAHUN 3, murid perlulah boleh menguasai kemahiran

membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan

kata sendi dalam satu perenggan. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)

4.0 PRINSIP LINUS

Dalam pengajaran dan pembelajaran literasi, beberapa prinsip perlu disepadukan.

4.1 Ansur maju

Ansur maju menekankan perkembangan pembelajaran murid iaitu daripada yang mudah

kepada sukar, daripada yang konkrit kepada abstrak, daripada pengetahuan sedia ada

kepada pengetahuan baharu dan daripada perkara yang dekat kepada yang jauh.

4.2 Didik hibur

Didik hibur merupakan elemen keseronokan yang dapat memotivasikan murid semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan mestilah yang dapat

memberikan cabaran kepada murid, menimbulkan rasa ingin tahu, membenarkan murid

menguasai apa yang dilakukannya, menggalakkan daya imaginasi murid, mewujudkan

situasi pertandingan tanpa disedari, menggalakkan kerjasama sasama murid dan

menghargai keupayaan murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti

permainan bahasa, kuiz, nyanyian serta penggunaan bahan yang menarik.

4.3 Pengabungjalinan antara kemahiran

Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua kemahiran semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Misalnya kemahiran mendengar dan bertutur

digabungjalinkan dengan kemahiran menulis atau kemahiran membaca digabungjalinkan

dengan kemahiran menulis.

4.4 Pengulangan

Aktiviti dan kemahiran menyebut, membaca dan menulis perlu diulang-ulang untuk

membolehkan murid mudah mengingatinya.

5.0 KRITERIA PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pengajaran ialah perisian yang boleh digunakan oleh guru secara langsung

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Tujuan penggunaan bahan pengajaran adalah

untuk mengekalkan penumpuan para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung,

di samping memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran mereka.

Terdapat dua jenis peralatan yang boleh digunakan iaitu bahan pengajaran

berbentuk elektronik dan bahan pengajaran yang bukan elektronik. Contoh bagi bahan

pengajaran elektronik ialah seperti radio, televisyen, slaid, video dan yang seumpamanya.

Bahan pengajaran yang bukan elektronik pula ialah seperti model hidup, gambar, carta dan

seumpamanya.

Terdapat beberapa kriteria-kriteria dalam pemilihan bahan pengajaran. Bahan

pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-bolehnya

sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan

objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar

pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Selain itu, pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan

antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu

ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek

bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira perkembangan para

pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses

pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar, guru perlu lebih peka

terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata.

Salah satu kriteria adalah boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa

secara efektif. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan

kepada para pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan

pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan

yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para

pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

Di samping itu, bahan pengajaran dan pembelajaran perlulah sesuai dengan hasrat

falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan individu

yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk

melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri.

Bukan itu sahaja, bahan pengajaran dan pembelajaran perlulah sesuai dengan

keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran

zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan

pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung

kepada sesuatu yang baru.

Yang akhir sekali, bahan pengajaran dan pembelajaran perlulah boleh mencabar

pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang

boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan- bahan pengajaran yang senang

kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang

seumpamanya.

6.0 Rancangan Pengajaran Harian

Nama Guru:Wong Jing Shung No Kad Pengenalan:930727-13-5856

Kelas: 1B

Bilangan Murid:39 orang (5 orang pemulihan)

Tarikh:1 Ogos 2013

Masa:0730-0830

Tema: Keluarga

Tajuk:Cerita Huda

Standard Kandungan:

1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata,

perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai

sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran:

1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul

dan tepat.

2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan

dengan sebutan yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada:

1. Murid telah mengetahui huruf a hingga z.

2. Murid telah mengetahui untuk membaca mengikut suku kata.

Nilai murni: Kasih sayang dan Hormat-menghormati

Kemahiran Berfikir: Menghubungkait

Bahan Bantu Mengajar: Puzzle, Papan Perkataan, computer

Langkah 1 (20 minit)

Isi Pengajaran Langkah Dan Aktiviti Catatan

1. Memperkenalkan

perkataan baru:

i. rumah

ii. sekolah

iii. kucing

iv. gelas

v. loceng

2. Membaca perkataan

mengikut suku kata

3. Membaca dan

memahami perkataan

dalam ayat tunggal

1. Guru memberi latihan

membina ayat kepada murid-

murid lain sebelum mengajar 5

orang yang pemulihan itu.

2. Guru memberitahu kepada

murid tentang tajuk baru yang

akan dipelajari.

3. Sebelum membaca teks, guru

memperkenalkan perkataan

yang baharu dahulu.

4. Guru menyuruh 5 orang murid

tersebut menyempurnakan

puzzle yang disediakan.

Selepas disiapkan, puzzle

Bahan Bantu

Mengajar:

Puzzle

Papan

Perkataan

Komputer

(Rujuk kepada

Lampiran 1 dan

Lampiran 2)

Nilai Murni:Kasih

sayang dan Hormat-

menghormati

i. Rumah itu sangat

besar.

ii. Adik pergi ke

sekolah.

iii. Kucing itu sangat

comel.

iv. Loceng itu

berbunyi.

v. Gelas itu bersih.

tersebut akan menunjukkan

huruf “G”, “K”, “S” , “L” dan “R”.

5. Guru memperkenalkan

perkataan untuk setiap huruf

tersebut. Contohnya, huruf “L”

–-loceng, huruf “G”—gelas,

huruf “K” –kucing, huruf “S” –

sekolah, huruf “R” –rumah.

6. Guru mengajar murid

membaca perkataan tersebut

dengan mengikut suku kata

dengan merujuk kepada

“Papan Perkataan”.

7. Dengan merujuk ke papan

tersebut juga, guru

menunjukkan ayat tunggal

bagi setiap perkataan. Guru

membaca dan menjelaskan

ayat tersebut.

8. Guru menyuruh murid

membaca dan memahami ayat

tersebut.

9. Guru mengajar teks dengan

menggunakan komputer.

Kemahiran Berfikir:

Murid-murid dapat

menghubungkait

dengan kehidupan

seharian.

Penjelasan Lanjutan:

Guru akan mengajar perkataan baru sebelum membaca teks. Bagi menarik

perhatian murid untuk belajar perkataan baru, guru akan memberi Puzzle kepada setiap

murid dan menyuruh mereka meyempurnakannya. Selepas disiapkan, setiap Puzzle akan

menunjukkan huruf yang berbeza. Guru memperkenalkan perkataan bagi setiap huruf

tersebut, perkataan-perkataan tersebut merupakan perkataan baru yang akan dibelajar.

Contohnya, perkataan untuk huruf “R” ialah rumah, perkataan untuk huruf “S” ialah sekolah,

perkataan untuk huruf “K” ialah kucing, perkataan untuk huruf “G” ialah gelas dan perkataan

untuk huruf “L” ialah loceng. Dengan merujuk kepada Papan Perkataan yang disediakan,

guru akan menjelaskan maksud bagi setiap perkataan tersebut dengan menunjukkan

gambar. Selepas itu, dengan merujuk kepada Papan Perkataan juga guru akan mengajar

murid membaca perkataan tersebut dengan mengikut suku kata. Akhir sekali, guru

menyediakan ayat tunggal bagi setiap perkataan. Ayat tersebut juga akan ditunjukan

dengan menggunakan Papan Perkataan. Murid-murid disuruh untuk membaca ayat tunggal

tersebut dan memahami maksud bagi setiap perkataan melalui ayat tunggal. Selepas itu,

guru barulah akan mengajar teks dengan menggunakan powerpoint.

7.0 Rumusan

Program LINUS merupakan merupakan penambahbaikan daripada program Kelas

Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid-murid Tahun 1. Matlamat

program ini adalah untuk memastikan semua murid-murid yang mengikuti program literasi

dapat menguasai bahasa Malaysia kecuali murid-murid berkeperluan khas selepas tiga

tahun mengikuti program ini. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksanakan dan

menyelaras Ministry Key Perfomance Indicator (NKPI) KPM, iaitu semua murid-murid yang

tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan

mengira selepas mengikut pendidikan tiga tahun di peringkat rendah. Ini bererti, program ini

akan dicapai pada akhir tahun 2012.

Program LINUS perlu dijalankan dengan sistematik. Hal ini kerana bahasa Melayu

merupakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar yang digunakan dalam sistem pendidikan

sekolah rendah. Penguasaan Bahasa Melayu amat penting pada peringkat awal

persekolahan kerana Bahasa Melayu merentasi kurikulum. Sebagai rumusan, memang tidak

dapat dinafikan bahawa penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih

berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya

memahami sesuatu konsep. Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru

untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid

dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik. Progam LINUS menegaskan

usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi

dalam kalangan murid-murid yang berkeupayaan kecuali murid-murid berkeperluan khas

pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk

memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.

REFLEKSI

Disediakan Oleh: Wong Jing Shung

Setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya mendapat banyak manfaat daripada kerja

kursus ini. Saya telah mendapati banyak ilmu pengetahuan yang baru. Saya telah

mengetahui dengan lebih jelas dan dalam tentang program Literasi dan Numerasi (LINUS).

Program LINUS merupakan merupakan penambahbaikan daripada program Kelas

Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid-murid Tahun 1. Matlamat

program ini adalah untuk memastikan semua murid-murid yang mengikuti program literasi

dapat menguasai bahasa Malaysia kecuali murid-murid berkeperluan khas selepas tiga

tahun mengikuti program ini. Hal ini kerana data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan

sebanyak hampir 50,000 murid-murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca

dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula menujukkan lebih 48,000 murid-murid

Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara

hampir 100,000 murid-murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira

(numerasi).

Saya juga mengetahui kemahiran-kemahiran asas. Senarai kemahiran literasi yang

perlu dikuasai oleh murid ialah membaca dan menulis huruf, membaca suku kata, membina

dan menulis suku kata, membaca perkataan, membaca dan menulis perkataan, membaca

rangkai kata, membina dan menulis rangkai kata, membaca ayat, membina dan menulis

ayat tunggal. Saya berharap bahawa program yang dijalankan ini akan bermanfaat kepada

murid-murid Tahun 1 sekiranya ia dijalankan dengan sistematik. Selain itu, saya juga

mengkaji prinsip dan kriteria-kriteria pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Pembinaan bahan elektronik dan bukan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai amat penting semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran khasnya

untuk murid-murid KIA2M. Hal ini kerana bahan pengajaran ialah perisian yang boleh

digunakan oleh guru secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan

penggunaan bahan pengajaran adalah untuk mengekalkan penumpuan para pelajar

sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung, di samping memudahkan guru untuk

menyampaikan pengajaran mereka.

Di samping itu, saya mempunyai perasaan bahawa penguasaan kemahiran asas

membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan

pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep. Dengan ini, guru memegang

tanggungjawab yang amat berat untuk melahirkan murid-murid yang dapat menguasai

kemahiran asas membaca dan menulis. Oleh itu, sebagai guru perlulah merancang pelbagai

pendekatan, teknik, bahan pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang

disampaikan dengan lebih baik.

Semasa menjalankan kerja kursus ini, kerjasama antara satu sama lain amat

diperlukan. Saya dan ahli kumpulan saya telah menunjukkan kerjasama yang tinggi dalam

menyiapkan tugasan projek ini walaupun juga pernah berlakunya perselisihan faham

sepanjang masa menjalankan tugasan ini. Ahli kumpulan saya sentiasa mengkongsi

maklumat yang didapati dan memberi pendapat semasa menjalankan tugasan. Kami semua

bersikap terbuka dan selalu bersedia untuk menerima pendapat yang diberi oleh ahli

kumpulan lain. Walaupun kesuntukkan masa untuk melaksanakan tugasan ini disebabkan

terlalu banyak kerja kursus dijalankan pada masa yang sama, namun ahli kumpulan saya

telah burusaha untuk meluangkan masa yang sebanyak mungkin untuk melaksanakan

tugasan ini. Kami sanggup mengorbankan masa untuk tidur supaya menyiapkan kerja yang

harus disiapkan. Semasa pembinaan bahan pengajaran, setiap ahli kumpulan sanggup

menyediakan pelbagai jenis sumber atau bahan yang diperlukan. Dengan kerjasama yang

amat tinggi ini, barulah tugasan projek ini dapat disiapkan.

Saya berasa kerja kursus ini mendatangkan banyak faedah kepada kami yang akan

menjadikan seorang guru pada suatu hari nanti. Saya berharap kerja kursus ini dapat

diteruskan lagi. Saya juga berharap saya dapat memanfaatkan apa yang saya dapati dalam

tugasan projek ini pada masa yang akan datang. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang

telah dibina juga akan saya simpan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan atau

dijadikan rujukan semasa praktikum nanti. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan

terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Cik Celinea Lasan atas dorongan beliau serta ahli

kumpulan saya atas kerjasama yang diberi.

BIBLIOGRAFI

(a) Internet

______ (29 Januari 2011).Apa Maksud Program Linus? Dipetik pada 1 Ogos 2013 dari

http://portallinus.ppdkualakangsar.edu.my/?p=1

______ (n.d.) Bab 1. Dipetik pada 1 Ogos 2013 dari

http://www.sps.utm.my/spsir/1711/4/Tiong%20Leh%20Ling%20(1st

%20Chapter).pdf

______ (n.d.). Modul: BMM 3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Dipetik pada

27 Julai 2013 dari

http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/BMM

3104_Pengajaran_Kemahiran_Bahasa_Melayu.pdf

______ (n.d.). Pengenalan kepada Pendidikan Pemulihan. Dipetik pada 25 Julai 2013

dari

http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/PKP3101/Pengenalan_Kepada_Pen

didikan_Pemulihan.pdf

Abdul Rasid Jamian (Mei 2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis

Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Dipetik pada 1

Ogos 2013 dari http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf

Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (2011). Cabaran Guru Program Linus Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Dipetik pada 1 Ogos 2013 dari

https://www.google.com/url?

sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CC0QFjAA&url=http%3A

%2F%2Fwww.mycite.my%2Fen%2Ffiles%2Farticle

%2F67667&ei=IkUAUsyRK9CzrAeS4IHgBA&usg=AFQjCNETrCcH2gYbO04G

HA9kUMRthLZHkw&sig2=17aVrFV-0kpEhFUxf8Lcww

Hasnalee Tubah Zulkifley Hamid (2011). Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran

Membaca dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Dipetik pada 1

Ogos 2013 dari http://journalarticle.ukm.my/2916/1/3.pdf

Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin (n.d.). Sudut Pandangan Muhyiddin Yassin. Dipetik

pada 1 Ogos 2013 dari http://books.google.com.my/books?

id=pNsplVkskJcC&pg=PA30&dq=program+literasi+linus&hl=en&sa=X&ei=rWr_

UZnCO5HRrQe784CACA&redir_esc=y#v=onepage&q=program%20literasi

%20linus&f=false

(b)Buku

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin (2012).

Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

Siti Hajar Idrus, Masture Mohamad Berawi, Husin Fateh Din dan Nazanyah Sanni

(2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Modul Pelajaran Asas Literasi Asas 3.

Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

LAMPIRAN

Lampiran 1

Latihan

Nama: ……………………………

Kelas: ……………………………

Tarikh: ……………………………

Bina ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi.

a) sekolah :

b) rumah :

c) kucing :

d) loceng :

e) gelas :

f) bulat :

Lampiran 2

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Papan Perkataan

Puzzle

Lampiran 3

Konstruk Saringan Literasi

Konstruk Huraian

1 Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.

2 Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.

3 Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi suku kata terbuka.

4 Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

5 Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi suku kata tertutup.

6 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kaat

tertutup “ng”.

7 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.

8 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal

berganding.

9 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan

konsonan bergabung.

10 Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.

11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

12 Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan

rangsangan.

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

Nama: Wong Jing Shung

No Kad Pengenalan: 930727-13-5856

Kumpulan: PRBCK1

Ambilan: Jan 2013

Tahun: 1

Semester: 2

Pensyarah Pembimbing: Cik Celinea Lasan

Tarikh Perkara Catatan

17 Julai 2013 Soalan kerja kursus diterima

daripada pensyarah.

18-26 Julai 2013 Memahami tajuk kerja kursus

terlebih dahulu.

Mencari maklumat melalui internet

yang berkaitan dengan LINUS

27-31 Julai 2013 Mengemas semula maklumat

yang diperolehi

1-3 Julai 2013 Menjawab soalan pertama (a)

Menghuraikan konsep LINUS

Menghuraikan kemahiran-

kemahiran asas LINUS

4-6 Julai 2013 Menjawab soalan pertama (a)

Menghuraikan prinsip dan

kriteria pemilihan bahan P&P

KIA2M

7-11 Julai 2013 Menjawab soalan pertama (b)

Merancang dan menghuraikan

satu langkah pengajaran untuk

murid pemulihan

12-13 Ogos 2013 Lengkapkan borang kolaborasi

Lengkapkan refleksi

Mencetak hasil kerja kursus

14 Ogos 2013 Menghantar kerja kursus yang

lengkap kepada pensyarah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………… ………………………….

WONG JING SHUNG CIK CELINEA LASAN

Tarikh: 13/08/2013 Tarikh:

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

Nama: Wong Jing Shung

No Kad Pengenalan: 930727-13-5856

Kumpulan: PRBCK1

Ambilan: Jan 2013

Tahun: 1

Semester: 2

Pensyarah Pembimbing: Cik Celinea Lasan

TARIKH PERKARA CATATAN TANDATANGAN

17/7/2013 Menerima tajuk

soalan daripada

pensyarah.

Tugasan dihantar selewat-

lewatnya pada 14 Ogos 2013.

(CIK CELINEA LASAN)

(WONG JING SHUNG)

18/7/2013 Memahami

kehendak soalan

tugasan.

Membuat jadual kerja.

(WONG JING SHUNG)

19/7/2013-

25/7/2013

Mencari maklumat

daripada pelbagai

sumber.

Mencari maklumat

dengan melayari internet.

Mecetakan maklumat

internet.

Membuat nota ringkas.

Mencatat bibliografi. (WONG JING SHUNG)

26/7/2013-

2/8/2013

Menyediakan draf. Menyusun maklumat.

Menganalisis maklumat

berdasarkan kehendak

tugasan.

Menghubung-kait

maklumat yang relevan.

Membuat huraian

TARIKH PERKARA CATATAN TANDATANGAN

terperinci.

Menaip draf.

(WONG JING SHUNG)

3/8/2013

-

9/8/2013

Merancang

langkah

pengajaran.

Menghuraikan rancangan

pengajaran.

Membina bahan bantu

mengajar.

(WONG JING SHUNG)

10/8/2013-

11/8/2013

Berbincang

dengan rakan-

rakan untuk

membaiki draf.

Memastikan tidak ada

kesilapan.

Membuat pembetulan

yang dikomen oleh rakan-

rakan.

( WONG JING SHUNG)

12/8/2013-

13/8/2013

Menyiapkan

refleksi dan borang

kolaborasi

Menulis refleksi.

Menyediakan borang

kolaborasi. (WONG JING SHUNG)

14/8/2013 Menghantar folio

tugasan kepada

pensyarah mata

pelajaran.

Diterima dan direkod.

(CIK CELINEA LASAN)

(WONG JING SHUNG)