Litar

download Litar

of 3

description

litar

Transcript of Litar

Bidang : Menyiasat Daya dan Tenaga

Tajuk : Elektrik

Standard Kandungan :Murid dibimbing untuk: 2.2 Memahami litar bersiri dan litar selari

Standard Pembelajaran :Murid berupaya untuk: 2.2.6 membandingkan kecerahan nyalaan mentol dalam litar bersiri dan litar selari

Objektif :Murid dapatmenyatakan bahawa mentol yang disusun secara selari lebih cerah nyalaannya berbanding mentol yang disusun secara bersiri. Masa :60 minit (2 waktu)

FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI

1.Persediaan

Pemerhatian dan analisis

Indikator Amalan1.1.1Menggunakan deria penglihatan1.2.1 Mengenalpasti perbezaan de betul1.2.7 Mengimbas kembali idea

1. Menunjukkan 2 rajah litar iaitu litar P dan litar Q.(Lampiran 1)

2. Murid memerhati rajah litar bersiri dan litar selari.

3. Guru menyoal murid dengan mengimbas kembali pengetahuan sedia ada tentang jenis litar dan susunan mentol dalam litar bersiri dan selari.

1. Namakan litar yang ditunjukkan pada rajah.

2. Apakah perbezaan di antara litar P dan litar Q?

2.ImaginasiPenjanaan IdeaSintesis Idea

Indikator Amalan2.1.1 Menghasilkan idea-idea baharu

2.1.4 Mencari hubungkait berdasarkan maklumat yang ada.

2.2.2 Menghasilkan lakaran1. Guru mengedarkan kad manila kepada setiap kumpulan.

2. Murid diminta membuat lakaran litar selari dan litar bersiri menggunakan 3 biji bateri, 3 biji mentol dan 2 suis.

3. Guru memilih lakaran litar yang sesuai untuk dipamerkan.

4. Murid diminta membuat hipotesis awal dengan bantuan guru.1. Lakarkan litar bersiri dan litar selari.

2. Ramalkan mentol dalam litar manakah yang menyala lebih cerah?

3. Bina satu hipotesis berdasarkan ramalan kamu.

3.Perkembangan

Menguji hipotesis

Penambahbaikan

Menilai

Indikator Amalan3.1.1 Menokok tambah idea

3.1.2 Mengubahsuai idea

1. Guru membekalkan peralatan seperti, 6 biji mentol, 4 biji suis, 6 biji bateri serta wayar penyambung.

2. Guru meminta murid membina 2 jenis litar lengkap seperti lakaran yang telah dipilih.

3. Murid merekodkan pemerhatian tentang kecerahan mentol dalam lembaran yang diberikan.(Lampiran 2).

4.Murid menguji hipotesis.

1. Mentol dalam litar manakah yang menyala lebih cerah?

2. Mentol dalam litar manakah yang menyala kurang cerah?

3.Apakah hipotesis yang telah diperolehi daripada pemerhatian yang telah dibuat?

4.Tindakan

Pelaksanaan AmalanBerterusan

Indikator Amalan

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus.

4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling

1. Guru meminta murid membandingkan keputusan yang telah direkodkan dengan hipotesis yang telah dibuat

2.Murid membuat kesimpulan berdasarkan data yang diperolehi.

*Mentol yang disusun secara selari akan menyala lebih cerah daripada mentol yang disusun secara bersiri.

3. Guru menerangkan konsep pelajaran pada hari itu dengan menjelaskan hipotesis yang dibuat sama ada betul atau salah.

1. Adakah benar hipotesis yang telah dibuat?

2. Jika tidak benar, bolehkah kamu membuat hipotesis yang baru?

3. Susunan mentol dalam litar manakah yang lebih baik dan sesuai digunakan?

4. Litar manakah yang sesuai digunakan di rumah-rumah?

5. Mengapakah kamu memberikan jawapan demikian?

Pentaksiran

5/2/2.2.6

KPS:KPS 1 - K1KPS 2 K2KPS 4 K1, K3KPS 7 - K1, K2, K5, K6KMS 1 KI, K2, K3, K4KMS 3 K1

Nilai dan Sikap

Bekerjasama, jujur dalam merekod hasil dapatan.

Lampiran 1