LITERASI BAHASAse5dbb5635d7c9166.jimcontent.com/download/version... · Web view7.2.2MENGEJA...
Transcript of LITERASI BAHASAse5dbb5635d7c9166.jimcontent.com/download/version... · Web view7.2.2MENGEJA...
7.0
LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik
PengenalanMenurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran
atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak sekolah dalam
bentuk bunyi. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak. Justeru, lagu dan
aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa.
Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami melalui aktiviti nyanyian.
TUJUAN PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK
Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), kanak-kanak memerlukan bantuan untuk mencari
bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada
kadar yang biasa baginya. Banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan
muzik terhadap perkembangan mental kanak-kanak.
Hasil kajian Droscher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik
mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian yang lalu juga telah
menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Lagu
didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding
dengan pertuturan (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Standley & Hughes, 1997).
Muzik sebenarnya telah memberi peluang kepada murid yang menghadapi kesukaran
membaca dan menulis dengan sifatnya yang dapat dimain berulangan kali, merdu dan penuh
menyentuh perasaan (Gipe, 2002). Menurut kajian yang dijalankan oleh Schon et al (2007), lagu
didapati memudahkan pembelajaran berbanding dengan pertuturan khasnya dalam
pembelajaran sesuatu bahasa baru.
Menurut Krashen (1982) pula, lagu membekalkan input bahasa di mana ia merupakan
elemen penting dalam perolehan bahasa. Tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan
murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005).
74
7.1
7.2
LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik
PELAKSANAAN AKTIVITI
7.2.1 MENYEBUT NAMA HURUF MENGIKUT MELODI
AKTIVITI : MARI MENYANYI ABC
PERUNTUKAN MASA : 15 MINIT
PELAKSANAAN :
AKTIVITI : PERTANDINGAN MENYANYI
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN :
75
1. Murid-murid berkumpul dan setiap murid diberikan kad huruf A hingga Z secara
rawak.
2. Guru memainkan beberapa melodi lagu “ABC” dan menyanyi terlebih dahulu.
3. Murid-murid kemudian menyanyi bersama-sama mengikut iringan lagu sambil kad
huruf diangkat.
1. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi masa selama beberapa minit untuk berbincang sesama
ahli dalam pemilihan lagu dan membuat gaya tersendiri.
3. Penilaian diberikan dan kumpulan pemenang diberi hadiah.
LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik
7.2.2 MENGEJA PERKATAAN SATU DAN DUA KATA-KATA MENGIKUT MELODI
AKTIVITI : MARI MENGEJA
PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT
PELAKSANAAN :
AKTIVITI : HILANG LIRIK
PERUNTUKAN MASA : 25 MINIT
PELAKSANAAN :
76
1. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Guru memainkan 2 buah lagu iaitu “Bangau oh Bangau” dan “Tepuk Amai-amai”.
3. Murid-murid dikehendaki menyanyi bersama-sama dengan guru.
4. Setelah selesai, setiap kumpulan kemudian diberikan lembaran kad manila yang
mengandungi lirik lagu “Bangau oh Bangau” dan “Tepuk Amai-amai” yang telah
dikosongkan beberapa lirik.
5. Murid-murid dikehendaki mengisi ruangan kosong yang disediakan.
6. Kumpulan pemenang diberikan hadiah.
1. Murid-murid berkumpul menghadap slaid.
2. Guru memaparkan slaid beberapa perkataan kepada murid-murid.
3. Guru mengeja perkataan-perkataan tersebut mengikut melodi “Selamat Hari Jadi”
sambil diikuti oleh murid-murid.
4. Kemudian, beberapa murid diminta untuk mengeja perkataan megikut melodi tersebut
sambil diikuti oleh rakan sekelas yang lain.
LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik
7.2.3 MEMBUAT AKTIVITI PERGERAKAN BADAN
AKTIVITI : MARI BERMAIN DAM ULAR
PERUNTUKAN MASA : 25 MINIT
PELAKSANAAN :
Rumusan
Pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan muzik meningkatkan minat
dan daya tarikan murid-murid untuk belajar. Murid-murid akan berasa seronok dan tidak bosan
untuk belajar kerana belajar melalui nyanyian dan muzik lebih senang dan mudah untuk murid-
murid pelajari. Muzik juga merupakan terapi kepada kebosanan dan sememangnya belajar
melalui mata pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap pemahaman seseorang murid dengan
lebih berkesan.
7.4 DOKUMENTASI77
1. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Setiap ketua kumpulan dikehendaki mencabut undi untuk menentukan giliran.
3. Setelah selesai, setiap ahli kumpulan diberi giliran untuk memutar “Roda nombor”
yang disediakan untuk menentukan bilangan petak yang perlu digerakkan.
4. Jika terkena petak-petak tertentu, kumpulan tersebut dikehendaki menyempurnakan
setiap tugasan yang diberikan bersama-sama ahli kumpulan.
5. Tugasan yang diberikan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah diajar dan
dilakukan sebelum aktiviti ini.
6. Kumpulan pemenang diberikan hadiah.
7.3
LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik
78