L.KENDIRI

3
Laporan Kendiri NAMA : SHAMENEE A/R RAJA ANGKA GILIRAN : 2014272340011 NO. KAD PENGENALAN : 951209-02-5596 Saya bersyukur akhirnya, kerana dapat menyempurnakan BIG Fasa 3 ( Bina Insan Guru) dengan berjaya. Program BIG ini kali ini amat beza dengan yang sebelumnya. Kali ini, kami diminta untuk mengadakan satu program rasmi . Walaupun ianya sangat berbeza dengan BIG yang sebelumnya, tetapi kami dapat menjalankan BIG dengan sempurna seperti yang dirancang. Terdapat beberapa kekuatan dalam BIG ini. Antara kekuatan yang saya dapat ialah Pertamanya adalah dapat menerapkan semangat kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Contohnya, pelajar guru telah menolong antara satu sama lain semasa aktiviti ini berlaku. Seterusnya adalah dapat menjalinkan hubungan yang erat antara siswazahguru dengan para pensyarah. Disamping itu, aktiviti ini juga membantu saya untuk bergaul dan berinteraksi secara berkesan antara satu sama lain. Ini kerana, saya dapat berkumpul secara bersama-sama dalam aktiviti seperti ini. Justeru, aktiviti ini merupakan satu langakah untuk melahirkan hubungan silahturrahim antara kami. Selain itu, saya juga dapat berkongsi pandangan dan idea dengan kawan saya. Tambahan pula saya juga belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Seterusnya, saya adalah AJK Pentas. Saya dan ahli kumpulan saya telah membuat banner tentang Kempen

description

laporan

Transcript of L.KENDIRI

Laporan Kendiri

NAMA : SHAMENEE A/R RAJAANGKA GILIRAN : 2014272340011NO. KAD PENGENALAN : 951209-02-5596

Saya bersyukur akhirnya, kerana dapat menyempurnakan BIG Fasa 3 ( Bina Insan

Guru) dengan berjaya. Program BIG ini kali ini amat beza dengan yang sebelumnya. Kali ini,

kami diminta untuk mengadakan satu program rasmi . Walaupun ianya sangat berbeza

dengan BIG yang sebelumnya, tetapi kami dapat menjalankan BIG dengan sempurna

seperti yang dirancang.

Terdapat beberapa kekuatan dalam BIG ini. Antara kekuatan yang saya dapat ialah

Pertamanya adalah dapat menerapkan semangat kerjasama dan tolong menolong antara

satu sama lain. Contohnya, pelajar guru telah menolong antara satu sama lain semasa

aktiviti ini berlaku. Seterusnya adalah dapat menjalinkan hubungan yang erat antara

siswazahguru dengan para pensyarah. Disamping itu, aktiviti ini juga membantu saya untuk

bergaul dan berinteraksi secara berkesan antara satu sama lain. Ini kerana, saya dapat

berkumpul secara bersama-sama dalam aktiviti seperti ini. Justeru, aktiviti ini merupakan

satu langakah untuk melahirkan hubungan silahturrahim antara kami. Selain itu, saya juga

dapat berkongsi pandangan dan idea dengan kawan saya. Tambahan pula saya juga

belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Seterusnya, saya adalah AJK Pentas. Saya

dan ahli kumpulan saya telah membuat banner tentang Kempen Kesedaran Kesihatan

dengan sendiri. Dengan ini kami dapat belajar untuk membuat sesuatu banner dengan

sendiri. saya juga mendapat pengalaman dalam mengurus dan merancang program.

Tugasan BIG kali ini banyak membantu saya dalam mengenali tentang etika sosial dan

protokol. Dimana ia akan membantu pelajar guru dalam mengurus program sebegini di

sekolah nanti.

Walaupun terdapat kekuatan, maka juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan

yang kami hadapi adalah masa yang singkat. Ini kerana kerja yang lain boleh dibuat dalam

masa yang singkat contohnya, mengemas, membuat video dan sebagainya, tetapi banner

haruslah memerlukan masa yang panjang. Ini kerana kami harus melukis gambar yang

berkenaan dengan kempen tersebut. Disamping itu, gambarnya haruslah besar. Walaupun,

saya boleh melukis, tetapi untuk melukis gambar yang besar ini adalah satu cabaran yang

amat besar kepada saya. Kelemahan yang seterusnya adalah, kami tidak mencukupi warna

dan berus untuk mewarna. Ini kerana disebabkan gambarnya besar, kami memerlukan

warna dan berus yang banyak bagi memudahkan.

Ancaman yang saya hadapi adalah, ia mengambil banyak masa untuk melukis. Ini

kerana saya pernah melukis gambar-gambar kecil, bukan gambar-gambar yang besar.

Maka, aktiviti ini mencadi satu cabaran. Saya mengambil banyak masa untuk melukis

sahaja. Ancaman yang seterusnya adalah, selepas melukis, semasa mewarna kertas yang

kami melukis telah berkoyak. Ini kerana kertasnya adalah kertas mahjong. Kertasnya nipis

dan apabila kami mengguna warna air maka kertas tersebut koyak. Justeru, kami melukis

lagi sekali gambar tersebut dan mewarnanya. Selain itu, perkataan-perkataan yang kami

lekat pada banner telah terjatuh disebabkan angin yang kuat. Kami telah menyediakan

huruf-huruf untuk lekat pada banner, contohnya, MAJLIS RASMI KEMPEN KESEDARAN

KESIHATAN. Setiap huruf telah dilekat pada banner dan pada keesokan harinya, terdapat

beberapa huruf yang terjatuh. Kami sekali lagi menyediakan huruf-huruf tersebut dan lekat

pada banner.

Seterusnya adalah peluang. Walaupun saya mendapati ancaman, maka saya dapat

peluang untuk belajar melukis gambar besar. Ini kerana sebelum ini saya hanya pernah

melukis gambar yang kecil sahaja. pengalaman ini merupakan pengalaman yang baru

kepada saya dan ahli kumpulan saya. Dalam aktiviti ini, kami dapat peluang untuk

mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, kami juga dapat

peluang untuk menunjukkan kreativiti yang ada pada diri kami. Tambahan pula, kami juga

dapat peluang untuk memperlihatkan ciri kepimpinan pada diri kami dalam menguruskan

sesuatu program atau tugasan.

Secara kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan program yang diadakan.

Banyak faedah telah saya perolehi dalam BIG kali ini. Program rasmi sebegini telah

memberi pendedahan kepada saya dalam mengendalikan suatu program dengan pemikiran

yang positif dan motivasi diri yang tinggi. Sekian, terima kasih.