LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ......
Transcript of LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ......
LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN
MASALAH
SEM 1 2016/2017
SET 4
LAPORAN AKHIR
KEMPEN KESEDARAN PELAJAR TENTANG BAHAN
KIMIA BERBAHAYA DALAM ALAT KOSMETIK
KUMPULAN 7
PENSYARAH
DR SAKHINAH BINTI ABU BAKAR
DISEDIAKAN OLEH
AIMI SYAHIRAH BINTI MOHD SUHAIMI A147341
ii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat dapat kami
menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami
untuk kursus citra LMCK 1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah, Dr. Sakhinah
binti Abu Bakar, kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan serta meluangkan
masa untuk membantu kumpulan kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Kami juga ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang memberikan
pelbagai bantuan tidak kira dari segi masa, wang dan tenaga untuk membantu menyiapkan
tugasan ini. Mereka juga memberikan sokongan moral yang tidak terhingga kumpulan kami
mampu menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses tugasan ini dijalankan. Mereka juga
sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bantuan yang kami perlukan.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, kami dapat merasakan pelbagai kenangan manis
mahupun pahit tetapi amatlah berharga dan bermakna dalam kehidupan kami sebagai seorang
pelajar.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan tugasan ini.
iii
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN .............................................................................................................................. ii
ISI KANDUNGAN ............................................................................................................................ iii
1.0 PENGENALAN ........................................................................................................................... 1
2.0 OBJEKTIF .................................................................................................................................... 2
3.0 PERLAKSANAAN PROJEK ..................................................................................................... 2
4.0 HASIL DAPATAN ...................................................................................................................... 3
5.0 BIDANG TUGAS ........................................................................................................................ 5
6.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 6
7.0 REFLEKSI ..................................................................................................................................... 7
8.0 LAMPIRAN .................................................................................................................................. 8
1
1.0 PENGENALAN
Alat kosmetik merupakan perkara penting bagi masyarakat sekarang tidak kira lelaki atau
perempuan. Ini adalah kerana mereka beranggapan kecantikan perlu ada terhadap diri
masing-masing. Namun bukan semua kosmetik memberikan kesan yang positif kepada
pengguna kerana penciptaan produk kosmetik boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang
mempunyai modal untuk membuat perniagaan.
Oleh kerana permintaan kosmetik yang tinggi, ramai pengusaha cuba membuat jenama
kosmetik sendiri tanpa memikirkan kandungan bahan kimia dalam kosmetik dan hanya
inginkan mendapatkan pulangan yang besar. Ada sesetengah produk yang tidak berdaftar atau
mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Maka mereka akan
menjual melalui media sosial seperti Instagram dan Facebook.
Kebanyakkan para pengguna juga tidak menitikberatkan bahan kimia yang terdapat dalam
kandungan kosmetik tersebut, samada mereka tidak tahu apakah bahan kimia yang berbahaya
atau mereka memang tidak mengendahkan bahaya tersebut. Ini kerana, mereka hanya ingin
mahu menjadi cantik secepatnya yang mungkin tanpa melihat kesan buruk pada masa akan
datang.
Penggunaan kosmetik atau yang bahaya akan mendatangkan kesan buruk pada masa akan
datang seperti jerawat tumbuh secara tidak terkawal, parut di muka dan barah kulit. Bukan
sahaja akan merendahkan kenyakinan pengguna malah mereka akan menderita pada masa
panjang. Oleh itu, kami ingin mengkaji tentang kesedaran para pengguna terhadap bahan
kimia yang berbahaya di dalam kosmetik.
.
2
2.0 OBJEKTIF
1. Memberikan kesedaran kepada pengguna kosmetik agar lebih berhati-hati apabila
membeli barangan kosmetik.
2. Mengenalpasti kepekaan pengguna terhadap bahan kimia dalam barangan kosmetik
3. Menyenaraikan bahan kimia yang berbahaya kepada para pengguna melalui media
sosial.
4. Mengenalpasti samada pengguna masih menggunakan barangan kosmetik tersebut
walaupun terdapat bahan kimia yang berbahaya.
3.0 PERLAKSANAAN PROJEK
Kami mengumpul data berdasarkan borang soal selidik tentang pemilihan barang kosmetik.
Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa/i pelbagai jantina dan umur
membantu menjawab soal selidik yang kami berikan. Selain itu, kami juga mengedarkan
risalah tentang produk kosmetik yang terkandung bahan kimia berbahaya seperti kesan buruk
pada masa akan datang, senarai bahan kimia yang berbahaya dan langkah-langkah
pencegahan. Kami juga menggunakan pendekatan media sosial seperti facebook untuk
memberitahu orang awam tentang bahan kimia berbahaya di dalam kosmetik.
3
4.0 HASIL DAPATAN
Berdasarkan daripada kajian yang dibuat, seramai 95% responden telah menggunakan
barangan kosmetik manakala hanya 5% responden sahaja yang tidak menggunakan sebarang
produk kosmetik. Kosmetik yang mereka pilih tidak terhad kepada kecantikanseperti bedak
dan gincu sahaja tetapi untuk perawatan diri juga seperti losyen dan juga pencuci muka.
Rajah 1 Jumlah Pelajar UKM yang Menggunakan Barangan Kosmetik
Seterusnya kami ingin mengkaji kepekaan responden terhadap produk kosmetik yang mereka
gunakan samada ianya telah didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
atau tidak. Terdapat 36.8% responden yang masih tidak tahu produk yang mereka gunakan
didaftar atau tidak manakala 63.2% responden tahu bahawa produk mereka telah didaftarkan
di KKM. Hal ini menunjukkan bahawa mereka masih peka dengan produk yang mereka pakai
dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengkaji tentang produk yang mereka gunakan.
Selain itu, kami juga ingin mengkaji samada responden mengetahui tentang jenis bahan kimia
yang berbahaya yang terkandung di dalam kosmetikyang mereka gunakan. Berdasarkan bar
graf di bawah, bilangan tertinggi bahan kimia yang paling dikenali oleh responden adalah
merkuri. Seramai dua orang menyatakan paraben dan tidak tahu tentang bahan kimia yang
95%
5%
Pengguna barangan kosmetik
Ya
Tidak
4
berbahaya. Manakala silikon, hydroquinone dan lemak khinzir mempunyai bilangan seramai
seorang responden sahaja.
Rajah 2 Senarai Bahan Kimia Berbahaya yang Dikenali
Akhir sekali, terdapat juga 15% responden yang masih mengatakan mungkin untuk
menggunakan sesuatu produk kosmetik jika ia terbukti berkesan walaupun setelah
mengetahui terdapat bahan-bahan kimia yang berbahaya didalamnya. Ini menunjukkan
bahawa mereka masih ingin menggunakan kosmetik tersebut kerana keberkesanannya tanpa
memikirkan kesan buruk pada masa akan datang
0
1
2
3
4
5
6
7
Lemak Khinzir Merkuri Hydroquinone Paraben Tidak Pasti Silikon
Senarai bahan kimia berbahaya yang responden kenali
5
5.0 BIDANG TUGAS
Kami telah mengadakan perbincangan untuk memilih tajuk cadangan yang perlu
dibentangkan kepada pensyarah kami, Dr Sakhinah binti Abu bakar. Kami bersama-sama
memikirkan tajuk-tajuk yang menarik dan berkaitan dengan isu semasa. Maka kami telah
menyenaraikan beberapa tajuk dan bentangkan kepada pensyarah kami.
Selepas tajuk kami dipersetujui, kami sekali lagi mengadakan perbincangan untuk
menyenaraikan beberapa soalan berkaitan dengan tajuk ini untuk diletakkan dalam borang
kaji selidik. Kami menggunakan borang soal selidik secara atas talian iaitu melalui ‘Google
Form’. Kami masing-masing menyebarkan ‘link’ soal selidik kepada pelajar UKM. Setelah
mendapatkan keputusan kajian, kami meneruskan kepada tugas yang lain iaitu membuat
risalah tentang tajuk, poster dan juga laporan akhir.
Kami merekabentuk risalah dengan maklumat yang penting dan kata kunci yang menarik
agar pembaca tertarik dengan maklumat yang ingin disampaikan oleh kami dan
mempratikkannya. Reka bentuk poster pula kami lakukan dengan warna yang menarik serta
lebih banyak gambar dan graf agar lebih senang difahami dan tidak bosan apabila membaca.
Namun kami masih meletakkan kata kunci yang menarik supaya poster kami tidak lari
daripada tajuk asal. Tugasan yang dibahagikan adalah mencari maklumat, merekabentuk
risalah, dan menyebarkannya. Selain itu, kami juga sama-sama menyebarkan maklumat ini
melalui Facebook. Ini adalah kerana media sosial banyak memainkan peranan penting dalam
penyebaran maklumat. Kami boleh menyebarkan maklumat bukan kepada pelajar UKM
sahaja malah masyarakat di luar sana.
Melalui perbincangan dan membuat bersama-sama, kami dapat melaksanakan projek ini
dengan cepat dan mudah. Walaupun terdapat kekangan masa, namun kami masih mencuba
berbincang bersama dengan melakukan mesyuarat kecil selepas tamat kuliah atau berbincang
melalui whatsapp. Dengan cara ini, kami dapat membuat keputusan dengan lebih cepat dan
menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.
6
6.0 KESIMPULAN
Kosmetik bukan hanya digunakan untuk kecantikan sahaja malah untuk perawatan di kulit
sebagai contoh mengurangkan minyak di muka dan jerawat. Namun kini kegunaan kosmetik
lebih hebat berbanding dulu kerana produk kosmetik sekarang mampu mencerahkan kulit
serta mengelupaskan kulit muka agar muka lebih gebu dan bersih.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, masih terdapat beberapa responden yang masih
tidak mengetahui bahan kimia yang berbahaya malah ada juga yang masih ingin
menggunakan kosmetik tersebut walaupun mereka tahu terdapat bahan kimia yang berbahaya
kerana ingin menjadi cantik dalam masa yang singkat. Ini adalah disebabkan mereka tidak
memikirkan kesan masa panjang yang akan terjadi pada tubuh mereka.
Sungguhpun begitu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk memberi kesedaran
kepada pengguna kosmetik yang bukan sahaja pelajar universiti malah masyarakat yang
menggunakan kosmetik melalui poster dan laman sosial seperti facebook. Contohnya, kami
telah menyenarai bahan-bahan kimia berbahaya yang terkandung di kosmetik, kesan buruk
penggunaan kosmetik yang berbahaya, dan memperkenalkan sebuah syarikat ALS iaitu
sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk menguji bahan yang terdapat di
dalam bahan kosmetik, sesuai kepada pengusaha baru kosmetik.
Oleh itu, para pengguna perlu meningkat pengetahuan tentang kosmetik agar mereka boleh
menghindari pelbagai penyakit berbahaya pada masa akan datang. Pelbagai kebaikkan yang
mereka akan dapat jika mereka mematuhi panduan yang diberikan oleh KKM dan kesihatan
mereka akan terjaga sehingga hari tua.
7
7.0 REFLEKSI
Setelah tugasan diberikan oleh pensyarah, saya dan ahli kumpulan telah melaksanakan
beberapa aturan langkah untuk menyiapkan tugas yang diberikan. Langkah pertama yang
kami ambil adalah memikirkan masalah atau isu semasa yang perlu diberi perhatian untuk
dijadikan tajuk projek. Setelah masing-masing melontarkan idea untuk dijadikan tajuk,
perbincangan dilakukan untuk memikirkan kesesuaian setiap tajuk. Setelah berbincang, kami
sebulat suara memilih masalah kurangnya kesedaran terhadap bahan-bahan berbahaya di
dalam alat kosmetik dan kecantikan sebagai masalah yang boleh kami cuba selesaikan. Di
sini, kami telah menggunakan kemahiran pemikiran kritikal dalam menilai setiap masalah
yang dicadangkan untuk dipilih sebagai tajuk projek seterusnya memikirkan cara-cara untuk
meningkatkan kesedaran terhadap bahan-bahan berbahaya di dalam alat kosmetik dan
kecantikan.
Tindakan yang kami ambil untuk mencapai objektif projek pertama sekali adalah dengan
membuat dan mengedarkan borang maklum balas kepada pelajar-pelajar UKM untuk
mengetahui tahap kesedaran mereka terhadap bahan-bahan berbahaya di dalam alat kosmetik
dan kecantikan. Dengan mengenalpasti tahap kesedaran mereka, barulah kami dapat
mengetahui tindakan dan maklumat yang sesuai untuk kami sebarkan untuk memastikan
kempen kesedaran ini berjaya. Tindakan yang diambil seterusnya ialah membuat dan
mengedarkan flyers kepada pelajar-pelajar UKM untuk menyebarkan maklumat-maklumat
tentang bahan kimia yang terdapat dalam alat kosmetik dan kecantikan. Walaubagaimanapun,
terdapat kekurangan dalam tindakan ini iaitu pengedaran flyers hanya boleh dibuat dalam
jumlah terhad. Oleh itu, kami memikirkan alternatif lain lalu membina facebook page sebagai
satu lagi medium untuk berkongsi maklumat dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan
pelajar UKM kerana ia tidak melibatkan kos yang tinggi dan akan mencapai lebih ramai
pembaca dan seterusnya dpt mencapai objektif dengan lebih cepat.
Kesimpulannya, subjek citra Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah ini sedikit sebanyak
dapat membantu pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan berfikiran
rasional dan bertindak dengan tepat. Sebarang konflik atau akibat sesuatu tindakan yang
diambil perlu diselesaikan dengan penuh tanggungjawab dan berhikmah.
8
LAMPIRAN
9
Risalah
Halaman facebook
Maklumat yang dikongsi di halaman
10
Poster