Lmcp 1532 pengswastaan

7
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN PENSWASTAAN RAQIBAH BINTI SHUKRI A151917

Transcript of Lmcp 1532 pengswastaan

Page 1: Lmcp 1532 pengswastaan

LMCP 1532

PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

PENSWASTAANRAQIBAH BINTI SHUKRI A151917

Page 2: Lmcp 1532 pengswastaan

PERNYATAAN MASALAH

Sebuah Majlis Perbandaran hendak menaik taraf stesen keretapi dan hendak menyatukannya dengan steyen bas. Akan tetapi ia tiada dana kewangan untuk menjalankan projek sebesar itu. Apa yang ada ialah tanah seluas 20 ekar di sekeliling stesen keretapi tersebut.

Cadangkan bagaimana hendak menjalankan projek tersebut.

Page 3: Lmcp 1532 pengswastaan

PENGENALAN

Dasar penswastaan merupakan dasar yang baru digunakan oleh kerajaan untuk

membangunkan infrastruktur negara. Pendekatan ini bagi memudahkan

perkembangan ekonomi negara, mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran

kerajaan, mengurangkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi, merendahkan

tahap dan skop perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa pasaran untuk

menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaiki keberkesanan dan produktif sejajar

dengan Dasar Pembangunan Negara.

Page 4: Lmcp 1532 pengswastaan

CADANGAN SAYA

Menggunakan proses penswastaan daripada pihak berkuasa iaitu majlis perbandaran dengan pihak pemaju.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.

Page 5: Lmcp 1532 pengswastaan

KAEDAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENJALANKAN PROJEK TERSEBUT

PIHAK KERAJAAN:1. Memindahkan hak milik tanah kepada pemaju dengan harga yang istimewa dan

tidak membebankan pemaju.

2. Memberi pertolongan kepada pemaju untuk mendapatkan kelulusan projek.

3. Membenarkan pemaju membina kemudahan dan infrastruktur awam.

Page 6: Lmcp 1532 pengswastaan

PIHAK PEMAJU:

1. Membina stesen keretapi dan stesen bas yang sistematik. Pemaju juga perlu membina jejantas menyeberangi keretapi khusus kepada pejalan kaki untuk kemudahan dan keselamatan.

2. Membina insfrastruktur dan kemudahan awam yang lain untuk orang ramai seperti membina kedai-kedai, hotel, surau, tandas dan lain-lain kemudahan yang berdekatan dengan stesen bas tersebut.

3. Menaik taraf rangkaian stesen keretapi dan stesen bas seperti pertambahan landasan keretapi dari kawasan yang berbeza dan menjadikan stesen utama keretapi sebgai stesen pertukaran untuk ke stesen bas.

4. Membina dan mnyelenggara projek dengan aman.

Page 7: Lmcp 1532 pengswastaan

KESIMPULAN

1. Dasar dan program penswastaan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

2. Program penswastaan juga dapat memberi kesan gandaan kepada ekonomi negara kerana ianya dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan serta dapat meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja