LO suara KGMMB correction

11
LIDAH RASMI KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT KGMMB Mengambil Tempat KPGMPTM Yang Sebelumnya KPGMS Ditubuhkan Pada 13 April 1946 KGMMB SUARA KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT NO. PENDAFTARAN : 425 Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamaka n 720, Tingkat 3 Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Tel : 03-4055140 Fax : 03-40457041 Website : www.kgmmb.net E-mail: [email protected] Komited terhadap kepentingan guru Melayu dan bangsa Melayu. Gigih bergerak dan berjuang secara global. Mengekalkan ketuanan Melayu. Meningkatkan daya saing guru Melayu & Bangsa Melayu dalam segala bidang. Berupaya, bebas dan berani mengembeling sepenuhnya guna tenaga guru Melayu di semua peringkat institut pengajian. KGMMB MENARIK Presiden KGMMB 3 Biodata Setiausaha 4 Agung & Bendahari Agung Hak anda sebagai ahli 5 KGMMB AJK Cawangan 6 Aktiviti Cawangan 10 Penglibatan Guru dalam 15 Politik Negara Keratan akhbar 16 Wawancara 17 Dari Laman Web 18 KGMMB MENJANA esebuah sekolah memerlukan pemimpin dan pengurus yang cekap dan berwibawa agar berkemahiran sebagai petunjuk arah, pemimpin dan pengurus terhadap sumber-sumber sedia ada demi merealisasikan hasrat yang ingin dicapai. Nilai kepimpinan dan keupayaan pengurusan di sekolah amat penting dalam menentukan halatuju sekolah dan menyelesaikan masalah- masalah bagi mengatasi cabaran untuk memenuhi kehendak PIPP dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Mereka bukan sahaja perlu kepada pengetahuan profesional, malah peka terhadap persekitaran dan pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah. Keberkesanan dan kecemerlangan pemimpin dan pengurus iaitu Guru Besar dan Pengetua seharusnya didasari oleh kemampuan untuk menangani isu- isu kepimpinan dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang. Kepimpinan juga perlu disebarkan di kalangan guru-guru untuk mengelakkan beban tugas, memastikan tugas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta dapat mewujudkan peluang kepimpinan dalam skala yang lebih besar. Sehubungan itu, supaya lebih efisyen dalam menentukan bersama keputusan sesuatu dasar itu dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, pemimpin dan pengurus sekolah juga perlu dibantu oleh Guru Penolong Kanan, guru kanan mata pelajaran, Ketua Panitia dan lain-lain yang boleh bertindak sebagai koordinator, pengawal, perancang dan pelaksana sesuatu dasar dan program di sekolah. Dalam konteks negara kita, pemimpin sekolah mesti mempunyai kemahuan yang kuat untuk memimpin, berwawasan, teladan yang baik, berilmu, proaktif, rajin, mahir berkomunikasi yang tinggi dan tidak mudah putus asa. Pemimpin sekolah yang cemerlang juga perlu mempunyai kepimpinan berkualiti, berkemahiran, berketrampilan, kreatif, inovatif dan motivasi, mahir membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, cergas fizikal, stabil emosi dan cerdas fikiran, beriman dan bermoral. Sementara itu terdapat empat ciri kepimpinan yang paling dikagumi dalam dunia pendidikan termasuk di negara ini yang sering diperkatakan oleh pakar pendidikan iaitu jujur, berwawasan, kompeten dan mempunyai kekuatan inspirasi yang tinggi kerana ini dapat meningkatkan standard pendidikan di sekolah. Kepimpinan dan pengurusan sebenarnya tidak boleh dipisahkan kerana ianya pelengkap antara keduanya yang bertindak sebagai pemimpin profesional dan juga sebagai Ketua Eksekutif untuk melaksana dasar-dasar yang telah ditentukan dan dipersetujui. Sehubungan itu, satu standard kompentensi seharusnya disediakan dan digunapakai sebagai rujukan kepada kepimpinan dan pengurusan sekolah yang mantap dan efisyen.. Oleh itu dalam usaha menjana kecemerlangan sesebuah sekolah, ianya banyak disandarkan kepada kualiti pengurusan dan kepimpinan Guru Besar dan Pengetua yang perlu sentiasa berubah-ubah mengikut situasi semasa terutama dalam dunia globalisasi. Ini kerana kualiti pemimpin dan pengurus adalah ciri penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. KECEMERLANGAN SEKOLAH Bil (2) Sesi 2008-2010 MISI ISU K G M M B KGMMB VISI Menjadikan KGMMB sebagai kesatuan yang berwibawa, meningkatkan martabat dan kecemerlangan guru Melayu serta Bangsa Melayu ke arah pembinaan dalam "Negara Bangsa" yang maju dan dinamik. Scheerens (1992), kecemerlangan sesebuah sekolah tertumpu kepada lima faktor ,.iaitu kepimpinan pendidikan yang kuat, penekanan kepada pemerolehan kemahiran asas, persekitaran yang tersusun dan selamat, jangkaan pencapaian pelajar yang tinggi dan pentaksiran perkembangan pelajar secara berkala.

Transcript of LO suara KGMMB correction

Page 1: LO suara KGMMB correction

Bil (1) Sesi 2008 - 10

LIDAH RASMI KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARATKGMMB Mengambil Tempat KPGMPTM Yang Sebelumnya KPGMS Ditubuhkan Pada 13 April 1946

KGMMBSUARA

KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT

NO. PENDAFTARAN : 425Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan7 2 0 , T i n g k a t 3 J a l a n S e n t u l , 5 1 0 0 0 K u a l a L u m p u r. Te l : 0 3 - 4 0 5 5 1 4 0 F a x : 0 3 - 4 0 4 5 7 0 4 1W e b s i t e : w w w. k g m m b . n e t E - m a i l : a d m i n @ k g m m b . n e t

Komited terhadap kepentingan guru Melayu dan bangsa Melayu.

Gigih bergerak dan berjuang secara global.

Mengekalkan ketuanan Melayu.

Meningkatkan daya saing guru Melayu & Bangsa Melayu dalam segala bidang.

Berupaya, bebas dan berani mengembeling sepenuhnya guna tenaga guru Melayu di semua peringkat institut pengajian.

KGMMB MENARIKPresiden KGMMB 3

Biodata Setiausaha 4Agung & BendahariAgung Hak anda sebagai ahli 5KGMMB

AJK Cawangan 6

Aktiviti Cawangan 10

Penglibatan Guru dalam 15Politik Negara

Keratan akhbar 16

Wawancara 17

Dari Laman Web 18KGMMB

MENJANA esebuah sekolah memerlukan

pemimpin dan pengurus yang cekap dan berwibawa agar berkemahiran sebagai petunjuk arah, pemimpin dan pengurus terhadap sumber-sumber sedia ada demi merealisasikan hasrat yang ingin dicapai. Nilai kepimpinan dan keupayaan pengurusan di sekolah amat penting dalam menentukan halatuju sekolah dan menyelesaikan masalah-masalah bagi mengatasi cabaran untuk memenuhi kehendak PIPP dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.Mereka bukan sahaja perlu kepada pengetahuan profesional, malah peka terhadap persekitaran dan pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah. Keberkesanan dan kecemerlangan pemimpin dan pengurus iaitu Guru Besar dan Pengetua seharusnya didasari oleh kemampuan untuk menangani isu-isu kepimpinan dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang.

Kepimpinan juga perlu disebarkan di kalangan guru-guru untuk mengelakkan beban tugas, memastikan tugas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta dapat mewujudkan peluang kepimpinan dalam skala yang lebih besar. Sehubungan itu, supaya lebih efi syen dalam menentukan bersama

keputusan sesuatu dasar itu dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, pemimpin dan pengurus sekolah juga perlu dibantu oleh Guru Penolong Kanan, guru kanan mata pelajaran, Ketua Panitia dan lain-lain yang boleh bertindak sebagai koordinator, pengawal, perancang dan pelaksana sesuatu dasar dan program di sekolah.

Dalam konteks negara kita, pemimpin sekolah mesti mempunyai kemahuan yang kuat untuk memimpin, berwawasan, teladan yang baik, berilmu, proaktif, rajin, mahir berkomunikasi yang tinggi dan tidak mudah putus asa. Pemimpin sekolah yang cemerlang juga perlu mempunyai kepimpinan berkualiti, berkemahiran, berketrampilan, kreatif, inovatif dan motivasi, mahir membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, cergas fi zikal, stabil emosi dan cerdas fi kiran, beriman dan bermoral. Sementara itu terdapat empat ciri kepimpinan yang paling dikagumi dalam dunia pendidikan termasuk di negara ini yang sering diperkatakan oleh pakar pendidikan iaitu jujur, berwawasan, kompeten dan mempunyai kekuatan inspirasi yang tinggi kerana ini dapat meningkatkan standard pendidikan di sekolah.Kepimpinan dan pengurusan sebenarnya tidak boleh dipisahkan kerana ianya

pelengkap antara keduanya yang bertindak sebagai pemimpin profesional dan juga sebagai Ketua Eksekutif untuk melaksana dasar-dasar yang telah ditentukan dan dipersetujui. Sehubungan itu, satu standard kompentensi seharusnya disediakan dan digunapakai sebagai rujukan kepada kepimpinan dan pengurusan sekolah yang mantap dan efi syen..

Oleh itu dalam usaha menjana kecemerlangan sesebuah sekolah, ianya banyak disandarkan kepada kualiti pengurusan dan kepimpinan Guru Besar dan Pengetua yang perlu sentiasa berubah-ubah mengikut situasi semasa terutama dalam dunia globalisasi. Ini kerana kualiti pemimpin dan pengurus adalah ciri penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

KECEMERLANGAN SEKOLAH

Bil (2) Sesi 2008-2010

MISI ISU

K

G

MM

B

KGMMBVISI

Menjadikan KGMMB sebagai kesatuan yang berwibawa, meningkatkan martabat dan kecemerlangan guru Melayu serta Bangsa Melayu ke arah pembinaan dalam "Negara Bangsa" yang maju dan dinamik.

Scheerens (1992), kecemerlangan sesebuah sekolah tertumpu kepada

lima faktor ,.iaitu kepimpinan pendidikan yang kuat,

penekanan kepada pemerolehan kemahiran asas, persekitaran

yang tersusun dan selamat, jangkaan pencapaian pelajar yang tinggi dan pentaksiran

perkembangan pelajar secara berkala.

Page 2: LO suara KGMMB correction

2 3

PRESIDEN KGMMB

MENDEKATI

HAJI MOHAMED SABRI BIN MOHD ARSAD berkhidmat sebagai guru selama lebih 28 tahun. Dalam tempoh tersebut beliau telah menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penolong Kanan HEM selama 6 tahun, dilantik sebagai Penyelia Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pahang selama 4 tahun dan Penyelia Kanan Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Pahang selama 3 tahun. Beliau telah memegang jawatan sebagai Guru Besar di beberapa buah sekolah sehingga sekarang. Beliau pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1993 dan 2007 serta Guru Inovatif Peringkat Negeri tahun 1994. Tahun 1996 beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan(Kepujian) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Bidang iktisas beliau telah mengikuti Latihan Perguruan Asas 1978-1979 di Maktab Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan, Kuala Terengganu, Pengurusan Khas Pendidikan Kesihatan 1985 di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Baharu, Diploma Perguruan Pendidikan Jasmani 1988-1989 di Institut Perguruan Sultan Idris dan Diploma Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 1997 di Institut Aminddin Baki, Seri Layang, Genting.

Beliau juga terlibat dengan aktiviti peringkat antarabangsa. Beliau telah menjalankan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Pertemuan Guru-Guru Nusantara (1994 sehingga sekarang). Beliau juga pernah membentangkan kertas kerja dalam Seminar Memperkasakan Sekolah Rendah anjuran UPSI tahun 2006.

Selain daripada menjalankan tugas-tugas rasmi, beliau juga bergiat dalam aktiviti-aktiviti luar dan menyandang jawatan Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) tahun 2006 hingga sekarang. Penolong Jawatankuasa Agung KGMMB 1989-2002, Penolong Setiausaha Agung KGMMB (2002 hingga 2006), Timbalan Presiden Kongres Guru Malaysia 2006 hingga sekarang, Timbalan Pengerusi Koperasi KGMMB Berhad (2006-2007) dan Ahli Lembaga Koperasi KGMMB Berhad (1990 hingga sekarang) Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Besar, daerah Kuantan, Ketua Jurulatih Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia, Penolong Pesuruhjaya Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Pahang sehingga sekarang. Pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pengakap daerah Bentong Pahang, Pengadil Bola Sepak Kebangsaan dan Setiausaha Majlis Bersama Jabatan, AJK sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, negeri dan daerah, AJK pemilihan Tokoh Guru Kebangsaan (2007 dan 2008), AJK Pengurusan Kurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Pahang dan beberapa lagi jawatankuasa pengelola kejohanan sukan peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Beliau telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut lawatan sambil bekerja di New Zealand pada tahun 2007 selama tiga minggu. Tahun 2008 terlibat secara langsung menyediakan modul latihan untuk Guru Besar Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia serta mengikuti beberapa persidangan peringkat antarabangsa anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan NGO.

Beliau juga bergiat dalam aktiviti-aktiviti luar

dan menyandang jawatan Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia

Barat (KGMMB) tahun 2006 hingga sekarang.

SIDANG PENGARANG

PENASIHAT

Cikgu Hj. Mohamed Sabri bin Hj Mohd Arsad PKC

PENGERUSI

Cikgu Mat Jidin bin Hj Ahmad PJK

KETUA PENGARANG

Cikgu Roslan bin Saadon

PEN. KETUA PENGARANG

Cikgu Hj. Md. Yusuf Othman, BKT, PBM, PJC

PENGARANG

Cikgu Mohd Said bin Hussin

Cikgu Ahmad Nawawi Bin Shaari

Cikgu Hj. Atan Bin Nordin, BCM, PJK

Cikgu Hj. Jamaluddin Bin Hj. Jali, PKT, PJK, PJM

Pn. Kamariah bt. Mohd Sari

PENERBIT DAN PENGEDAR

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

(KGMMB)

720, Tingkat 3 Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Tel : 03-4045140 Fax : 03-40457041

E-mail: [email protected]

REKABENTUK DAN CETAKAN

Giga Wise Network Sdn Bhd

( Co No : 640661 - P)

No. 82A, Jalan Kapar 27/89,

HICOM Heavy Industrial Park, Seksyen 27,

40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-51911115 Fax : 03-51911004

Email : [email protected]

Page 3: LO suara KGMMB correction

4 5

SETIAUSAHA

PENA PENGARANG

Apabila Perdana Menteri mengumumkan senioriti DG29 diambil kira apabila

berada di DG41 pada 16 Mei 2008 sempena sambutan Hari Guru Peringkat

Kebangsaan, semua bertepuk tangan kegembiraan. Pelbagai interpretasi

dan spekulasi timbul. Rata-rata guru yang terlibat memikirkan motivasi

dan insentif baru yang bakal diterima. Namun apabila diterjemahkan oleh

pihak berwajib dan dipaparkan dalam bentuk pekeliling, timbul pelbagai

kecelaruan dan ketidakpuashatian.

Isu ketidakpuashatian yang berlaku kepada guru-guru yang naik

ke DG41 dinafi kan DG32 timbul kembali. Kali ini para guru DG41 yang

sudah berada pada tahun ke-10 (time base) tidak memperolehi apa-apa

keuntungan daripada skim tersebut. Paling untung mereka yang berada 7

tahun dan ke bawah pada kategori DG41. Mereka tidak perlu menunggu

lama untuk naik ke DG44, dan mereka juga akan setaraf dengan para guru

yang 3 tahun lebih senior daripada mereka.

Saya percaya, perkara tersebut diumumkan untuk meredakan perasaan

para guru terutama mereka yang menyambung pelajaran. Kebanyakan guru

DG29 yang meningkat ke DG41 tidak berpuashati kerana gaji mereka lebih

rendah daripada DG32. Mereka juga mahu senioriti mereka di DG29 diambil

kira. Mereka bukan sahaja berkorban dari segi wang ringgit, masa dan

tenaga, malah menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik di

sekolah. Mereka belajar dan dalam waktu yang sama mengajar di sekolah

kerana kebanyakan mereka ini adalah pelajar PJJ.

Pihak berwajib harus melihat semula interpretasi yang dibuat agar

konsep sama rata dan sama rasa dikecapi oleh semua pihak yang terlibat.

Amalan sedia ada yang berpegang kepada konsep ada pihak untung dan

ada pihak rugi harus dihentikan. Satu mekanisme baru perlu diwujudkan

agar semua pihak menikmatinya dan masyarakat tidak meletakkan

kesalahan kepada kerajaan Malaysia. Cadangan kami agar senioriti itu

bergerak ke hadapan dan tidak mati di tahun ke-10 (time base DG41).

Sebagai contoh mereka yang berada di time base dicampur dengan 3

tahun senioriti akan menjadi 13 tahun dan mereka diberi 3 anjakan gaji

apabila dilantik ke DG44. Hal ini juga perlu dipanjangkan kepada mereka

yang sudah berada di DG44 dan DG48 yang pernah berada di DG29/

DG6. Isu ini dikemukakan oleh KGMMB dalam Majlis Pemuafakatan

Kementerian Pelajaran Malaysia pada 19 – 21 September 2008 di The

Zone Regency Hotel, Johor Bharu.

Barangkali lanjutan cadangan tersebut terbit berita baik untuk

mereka yang terlibat, apabila kementerian bersetuju memanjangkan

senioriti tersebut kepada mereka yang sudah berada di DG44 atau

mereka yang belum menggunakan senioriti tersebut untuk digunakan

apabila memohon kenaikan pangkat ke DG48. Bagi memastikan semua

pegawai perkhidmatan pendidikan menikmati keseluruhan tahun senioriti

yang diterima, KGMMB mengemukakan cadangan agar baki senioriti

dibawa ke hadapan. Sebagai contoh, mereka yang layak menerima 3

tahun senioriti, hanya menggunakan dua tahun sahaja untuk meningkat

dari DG41 ke DG44, masih boleh menggunakan satu tahun lagi apabila

memohon peningkatan dari DG44 ke DG48.

Sebagai rumusan, biarlah terjemahan yang dibuat selaras dengan

niat orang yang hendak memberi. Bukan satu pihak ingin memberi

secara ikhlas dan satu pihak lagi mencari jalan memberi tetapi dalam

keadaan tidak memberi. Amalan ada pihak untung dan ada pihak rugi

harus diketepikan.

Sepanjang 2008, KGMMB melalui Kumpulan Wang Kebajikan (KWK) telah membelanjakan sejumlah RM 281,200.00 kepada sebanyak 1,226 ahli melalui program Hadiah Siswa, Bersara, Sakit dan Kematian. Manakala bagi tahun 2009 dari Januari hingga September 2009 sahaja KGMMB telah membayar RM 210,500.00 kepada 985 ahli melalui program yang sama. Oleh itu, pembayaran bagi tahun 2008 hingga September 2009 berjumlah RM 491,700.00. Ini merupakan satu jumlah yang besar bagi sebuah kesatuan yang keahliannya berjumlah 25,000 orang sedangkan yuran yang perlu dibayar oleh ahli sebanyak RM 4.00 sebulan dan daripada RM 4.00 pula dibahagikan iaitu RM 2.00 untuk KWK, RM 1.00 untuk KGMMB Ibu Pejabat dan RM 1.00 untuk KGMMB Cawangan.

H A K A N D A S E B A G A I A H L I K G M M B

Bil

1

2

3

4

Anugerah

Hadiah Siswa

Bersara

Sakit

Kematian

Jumlah

Nilai(RM)

200

400

100

400

1,100

Tahun

Jan-Dis 2008

Jan-Sept 2009

Jan-Dis 2008

Jan-Sept 2009

Jan-Dis 2008

Jan-Sept 2009

Jan-Dis 2008

Jan-Sept 2009

Bil. Ahli

986

827

180

97

40

31

20

30

2,211

Jumlah (RM)

197,200.00

165,400.00

72,000.00

30,000.00

4,000.00

3,100.00

8,000.00

12,000.00

491,700.00

%

73.75

20.75

1.43

4.07

100

Rajah 1Anugerah wang KWK sepanjang 2008 hingga September 2009

Berdasarkan data dalam Rajah 1 di atas, didapati Hadiah Siswa paling banyak diberikan kepada ahli dan anak ahli iaitu RM 197,200.00 (2008) dan RM 165,400.00 (Jan – Sept 2009) = 73.75%, dari keseluruhan pembayaran. Pembayaran ini tidak termasuk bagi ahli dan anak ahli yang belum membuat tuntutan berdasarkan beberapa sebab seperti tidak mengetahui wujudnya skim ini, tidak faham cara membuat tuntutan, terlupa dan pelbagai alasan lain. Para ahli masih lagi berpeluang menuntut Hadiah Siswa bagi diri sendiri atau anak ahli. Pada masa akan datang ahli mungkin dibenar untuk menuntut wang KWK pada tahun semasa sahaja kecuali ada sebab-sebab yang munasabah.

Pembayaran kedua terbanyak ialah pemberian

persaraan kepada ahli iaitu RM 102,000.00 bersamaan 20% yang melibatkan sebanyak 277 ahli, dikuti pemberian sumbangan kematian RM 20,000.00 kepada 50 ahli ( 4.07%) dan keempat ialah pemberian RM 100.00.00 bagi ahli yang sakit dan menginap di wad hospital selama sepuluh hari berturut-turut. Sepanjang tahun 2008 dan sehingga September 2009 KGMMB telah memberikan kepada 71 ahli dengan jumlah RM 7,100.00 ( 1.43%).

Diharapkan rajah 1 dapat memberikan gambaran menyeluruh penggunaan wang KWK sepanjang tahun 2008 dan dari Januari 2009 hingga September 2009. Sesungguhnya wang KWK telah banyak membantu ahli dan anak ahli dalam meringankan beban kewangan disaat diperlukan.Sehubungan dengan peningkatan pemberian wang KWK kepada ahli dan anak ahli yang berkenaan, adalah diharapkan ahli-ahli memberikan kerjasama dengan menghubungi KGMMB apabila ahli-ahli bertukar sekolah, bertukar alamat, bertukar tempat kerja bagi

memudahkan KGMMB mengemaskinikan maklumat semua ahli. KGMMB juga mengharapkan para ahli mengunjungi atau melayari Laman Web KGMMB www.kgmmb.net dan dapat berkomunikasi dua hala bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit atau ingin menyumbangkan idea, fi kiran dan pendapat demi kebaikan bersama.

Terdapat juga sungutan yang mengatakan wang KWK lambat diterima ahli. Sebenarnya kelambatan pembayaran wang KWK disebabkan kelewatan ahli menghantar maklumat atau dokumen yang diperlukan untuk proses, dokumen yang dihantar tidak lengkap dan tidak jelas. KGMMB sangat prihatin dan memahami keperluan kewangan yang ahli hadapi. KGMMB akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli. Permohonan ahli yang lengkap akan disiapkan selewat-lewatnya dalam masa satu bulan daripada tarikh permohonan diterima.

Setiap anggota KGMMB dengan sendirinya menjadi anggota kepada Kumpulan Wang Kebajikan (KWK) kesatuan ini. Faedah yang diberikan ialah :

Hadiah SiswaUntuk anggota (tiga kali permohonan) dan

anak anggota (sekali permohonan bagi seorang anak) yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma, Ijazah atau Master. Bilangan anak tidak terhad. Untuk Institusi yang diiktiraf sahaja selepas keputusan semester pertama.

Rawatan HospitalUntuk anggota sahaja, tidak termasuk anak,

isteri atau suami. Anggota hendaklah dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau Swasta selama tidak

kurang daripada 10 hari berturut-turut. Seorang anggota hanya boleh memohon sekali sahaja dalam setahun.

KematianUntuk anggota sahaja, tidak termasuk anggota

keluarga. Salinan sijil kematian perlu disertakan. BersaraUntuk anggota sahaja, tidak termasuk anggota

keluarga. Salinan sijil bersara perlu disertakan dan akan diproses selepas tarikh bersara.Kadar Bayaran : Hadiah Siswa RM 200.00 Rawatan Hospital RM 100.00 Kematian RM 400.00 Bersara RM 400.00

Peraturan permohonan adalah seperti berikut : a. Permohonan menggunakan Borang

KWK yang boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat KGMMB, Laman Web atau Setiausaha Cawangan.

b. Faedah Kematian hanya boleh dipohon dalam tempoh tidak melebihi dua tahun dari tarikh meninggal dengan menyertakan salinan sijil kematian. Ahli yang menerima Faedah Bersara tidak layak menerima Faedah Kematian.

c. Faedah bersara hanya boleh dipohon tidak melebihi setahun dari tarikh bersara dengan menyertakan salinan Sijil Persaraan.

d. Faedah Hadiah Siswa perlu disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Surat Tawaran dan Keputusan Peperiksaan Semester.

A G U N G K G M M B

BENDAHARI A G U N G K G M M B

AHMAD NAWAWI BIN SHAARITempat bertugas : Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Persiaran Duta Off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.Kelulusan :Mendapat pendidikan awal di SK Ayer Mati. Seterusnya di SM Dato’ Maharaja Lela, Kampung Gajah. Mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Kinta Ipoh, Perak. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Pengalaman :- 1989 Mula menjadi guru di SK Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur selama 10 tahun 5 bulan 12 hari.- 2002-2006 Mengajar di SMK Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur- 16.7.2006 sehingga kini Bertugas di Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengiktirafan :Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1994 dan 2008.

Penglibatan dalam KGMMB :- 1989 Menjadi ahli biasa KGMMB Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur- 1993 menjadi Ahli Jawatankuasa KGMMB Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur- Penolong Setiausaha KGMMB Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Setiausaha KGMMB Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Bendahari Agung KGMMB pada Oktober 2008.- Setiausaha Agung KGMMB pada Mac 2009.

Penglibatan dalam badan-badan lain :- Pengerusi Surau di Taman Bayu Permai, Rawang, Selangor.- Jawatankuasa Rukun Tetangga di Taman Bayu Permai, Rawang, Selangor.- Pengadil Bola Baling Peringkat MSSM, Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

HJ. ATAN BIN HJ.NORDIN, BCM,PJKTempat bertugas : SMK Sultan Mansor Shah, Pulau Sebang 73000 Tampin Pos, Melaka.

Kelulusan :Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Sultan Idris. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi dan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Menerima Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Komunikasi.

Pengalaman :1980 -2001 Mengajar Mata Pelajaran Matematik di beberapa buah sekolah.2002 Dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa di SMJK Pulau Sebang Melaka2007 hingga sekarang - Berkhidmat sebagai Guru Kaunseling Sepenuh Masa di SMK Sultan Mansor Shah, Pulau Sebang, Melaka.

Pengiktirafan :1. Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Jabatan Pelajaran Melaka pada tahun 1996.2. Dikurniakan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) oleh TYT Yang DiPertua Negeri Melaka pada tahun 1996.3. Dilantik sebagai Guru Kaunseling Cemerlang tahun 2009 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.4. Dikurniakan Pingat Bintang Cemerlang Melaka (BCM) oleh TYT Yang Dipertua Melaka pada 2009.

Penglibatan dalam KGMMB : - Penolong Setiausaha Cawangan Melaka Sesi 2004-2006. - Setiausaha Cawangan Melaka Sesi 2006-2010. - Penolong Bendahari Agung pada Oktober 2008. - Bendahari Agung pada Mac 2009.

Penglibatan dalam badan-badan lain : 1. Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan. 2. Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Negeri Melaka.3. Bendahari Komuniti Bestari Japerun Gadek Alor Gajah, Melaka.4. Tenaga Penggerak Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Cawangan Melaka.5. Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang, Melaka.6. Setiausaha Program Generasi Islam Hadhari Sekolah-Sekolah Peringkat Parlimen Alor Gajah.

Page 4: LO suara KGMMB correction

6 7PENAMBAHBAIKAN PERJAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENSYARAH) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) Disediakan oleh: Roslan Saadon, Naib Presiden 1

Penstrukturan IPGM secara rasmi berlaku pada 25 Ogos 2008. Tarikh ini membawa implikasi yang besar kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Jika dahulu institut hanya berkelayakan melatih dan mengeluarkan guru bertaraf Sijil dan Diploma, tetapi kini layak mengeluarkan guru bertaraf Ijazah. Dalam memastikan IPGM bertaraf pusat pengajian tinggi, para pensyarah juga perlu berkelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah. Justeru, IPG dilihat oleh para guru sebagai sebuah institusi yang dapat memberikan keistimewaan dan lonjakan kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Semua mengetahui bahawa peningkatan IPGM membawa maksud kepada peningkatan taraf pensyarahnya. Mereka yang ditempatkan di IPGM akan diberikan peningkatan sekurang-kurangnya DG44. Mereka yang berada pada Gred DG44 dinaikkan ke DG48, dan mereka yang berada di DG48 ditingkatkan ke DG52 dan begitulah seterusnya.

IPGM Di Bawah Kementerian Pengajian Tinggi (Satu Renungan)

Satu ketika dahulu timbul isu IPG bakal diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Namun atas alasan mahu mengekalkannya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), maka IPGM tidak berada di bawah kementerian tersebut. Usaha-usaha KPM dalam mengangkat IPG harus disokong dan dipuji. Banyak yang telah dijalankan bagi memastikan IPG menjadi sebuah institusi yang mantap dan berwibawa. Dalam hal ini tidak semua perkara mampu dilihat oleh pihak penggubal. Justeru KGMMB ingin membawa KPM melihat status IPG jika berada di bawah Kementerian Pelajaran Tinggi. Pastinya IPG akan setaraf universiti tempatan yang lain dan semua pensyarah akan berada dalam kategori DS yang akan memperolehi keistimewaan seperti berikut:

1.1 Semua pensyarah akan bermula dengan DS451.2 Permulaan gaji akan ditentukan berdasarkan pengalaman kerja (diberikan anjakan antara 2 ke 5 tahun atau lebih ke hadapan)1.3 Pemegang Ijazah Doktor Falsafah akan diberikan jawatan Pensyarah Kanan DS51/521.4 Budaya penyelidikan akan berkembang pesat kerana ianya merupakan komponen penting dalam penilaian SKT1.5 Peluang kenaikan pangkat kepada mereka yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan keilmuan (Research & Inovation), tanpa mengira senioriti.1.6 Cuti sabatikal1.7 Geran untuk menjalankan kajian & penyelidikan1.8 Pensyarah hanya terlibat dalam bidang akademik sahaja (Pengkhususan antara akademik dan kokurikulum)1.9 Waktu mengajar yang lebih fl eksibel

Isu Perjawatan di IPG

Berdasarkan maklum balas dan rungutan ahli, KGMMB mendapati terdapat kepincangan dalam proses pemberian kenaikan pangkat hasil penstrukturan IPGM. Berikut adalah golongan yang tidak mendapat apa-apa kelebihan selepas IPGM dinaiktaraf: Pensyarah DG41 yang menerima kenaikan pangkat ke DG44 secara time-base. Pensyarah DG44 yang menerima kenaikan pangkat ke DG48 secara time-base. Golongan ini mendapat kenaikan pangkat sebelum 25 Ogos 2008, dan sepatutnya layak dipertimbangkan untuk pemangkuan DG48 bagi mereka yang berada pada DG44; dan pemangkuan DG52 bagi mereka yang berada pada DG48. Mereka tidak memperolehi apa-apa faedah sedangkan berada dalam institusi yang sama dan menjalankan tugas yang sama malah mungkin lebih berat.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, golongan ini dikatakan tidak layak menerima kenaikan pangkat secara pemangkuan untuk jawatan DG48 atau DG52 kerana dikatakan dalam tahun yang sama tidak boleh diberikan dua kenaikan pangkat. Dalam hal ini KGMMB ingin melihat peraturan yang menjelaskan perkara tersebut. Isu lain yang timbul yang perlu diperbetul oleh pihak kementerian adalah tarikh pelantikan yang tidak sama. Mereka yang permohonannya berjaya diproses pada fasa pertama (peningkatan ke DG48 dan DG52) diberikan tarikh pelantikan pada 25 Ogos 2008. Malang bagi mereka yang diproses pada fasa kedua, tarikh pelantikan adalah pada bulan Mac 2009. Apa bezanya mereka yang diproses pada tahap 1 dan 2 atau 3 atau seterusnya. KGMMB mengenalpasti banyak kes yang yang melibatkan para pensyarah yang lebih senior mendapat pelantikan lewat berbanding mereka yang lebih junior.

Para pensyarah berkelulusan Doktor Falsafah juga belum lagi terbela nasibnya. Pengaliran keluar pensyarah ke universiti merupakan perkara biasa yang berlaku kepada pensyarah di IPG. Terdapat kes yang berjaya disekat dan banyak kes yang berjaya meloloskan diri. Jika university mengiktiraf mereka ini sebagai pakar dan asset penting dengan memberikan mereka jawatan pensyarah kanan serta peningkatan gaji beberapa tahun ke hadapan. Dalam hal ini, KGMMB ingin mengemukakan soalan mengapa BPG tidak memikirkan perkara tersebut. Justeru, KGMMB amat menyokong para pensyarah berkenaan berhijrah ke tempat yang lebih baik demi ganjaran ekonomi dan masa depan profesion mereka. Kementerian perlu memberikan kelulusan kerana BPG tidak mampu menyediakan jawatan yang lebih baik dan hanya mengemukakan cadangan-cadangan yang bersifat retorik semata-mata. Barangkali jika BPG dipenuhi oleh mereka yang berkelulusan PhD dengan memegang jawatan-jawatan utama, maka perkara tersebut akan berubah.

Cadangan KGMMB

Sistem kenaikan pangkat yang berlaku di IPGM hasil penstrukturan ini berlaku sekali sahaja (one off). Selepas ini segala bentuk kenaikan pangkat akan berjalan seperti biasa. Kementerian seharusnya membuka peluang yang sewajarnya kepada semua pensyarah terutama mereka yang difi kirkan layak sementara ruangnya ada. Dalam hal ini KGMMB mencadangkan:a) Golongan pensyarah IPGM yang menerima kenaikan pangkat secara time- base diberikan kenaikan pangkat secara pemangkuan untuk DG berikutnya. Contoh: DG44 (time-base) = Pemangkuan DG48 DG48 (time-base) = Pemangkuan DG52.

b) Tarikh lantikan untuk kenaikan pangkat untuk DG48 bagi mereka yang diproses pada fasa kedua dan seterusnya juga perlu sama dengan mereka yang dilantik pada fasa pertama iaitu 25 Ogos 2008. c) Pensyarah berkelulusan PhD perlu diberikan jawatan Pensyarah Kanan DG52.

Rumusan

Pemberian kenaikan pangkat secara pemangkuan kepada mereka yang terlibat ini akan mendatangkan impak yang besar dan bermakna. Para pensyarah terlibat akan berasa gembira dan terbela kerana turut sama menikmati faedah daripada penstrukturan IPG. Tidak timbul isu ada pihak yang untung dan ada pihak yang rugi. Konsep “win-win situation” perlu diwujudkan. Dalam hal ini para pensyarah terlibat akan lebih berkeyakinan, berfokus dan komited dengan tugas. Para pensyarah akan lebih komited untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dan IPG menjadi gedung ilmu yang mantap dan disegani.

Jawatan

Pengetua

Pengetua

Guru Besar

Penolong kanan

Status SekolahMenengah / Rendah

-Sekolah Tingkatan 6-Sekolah pelajar melebihi 1750

SMK biasa

Sekolah Rendah

Sekolah Rendah

GredPengetua/GB/PK

DG 52

DG 48

DG 34

-

Gred semasaPengetua/GB/PK

DG 48

DG 44

DG 32

DG 29/32

Permohonan /Saranan

Automatik DG 52

Automatik DG 48

Automtik DG 34

DG 32/34

ISU-ISU1.Guru-guru yang kini menjawat jawatan : Pengetua / Guru Besar yang bukan / tidak berada pada Gred yang sepatutnya hendaklah diberikan / dinaikkan ke Gred berkenaan dengan serta merta / segera tanpa mengambil kira seminit dan samada telah menduduki / lulus PTK.

JAWATANKUASA TERTINGGI DAN CAWANGAN KGMMB PRESIDEN CIKGU HJ MOHAMED SABRI MOHD ARSAD, PKC 013-9306553TIMBALAN PRESIDEN CIKGU MAT JIDIN BIN AHMAD, PJK 013-3691778NAIB PRESIDEN I CIKGU ROSLAN BIN SAADON 013-4567947NAIB PRESIDEN II CIKGU ISHAK BIN HAMID 013-4568245NAIB PRESIDEN III CIKGU ABD. SALAM BIN ZAKARIA 012-7075737SETIAUSAHA AGUNG CIKGU AHMAD NAWAWI BIN SHAARI 012-2619523PENOLONG SUA I CIKGU HJ. JAMALUDDIN HJ. JALI, PKT, PJK., PJM. 019-4654244PENOLONG SUA II CIKGU HJ. MOHAMAD BIN ISMAIL 019-9542698PENOLONG SUA III CIKGU MOHD SAID BIN HUSSIN 019-3152096BENDAHARI AGUNG CIKGU HJ. ATAN BIN NORDIN, BCM, PJK 013-6270747PEN. BEND. AGUNG CIKGU AMRAN BIN GHANI 017-9155536

PENTADBIRAN IBU PEJABAT : PEGAWAI EKSEKUTIF PN. KAMARIAH BT MOHD SARI PEMBANTU TADBIR (KWK) PN. MARLINAWATI BT HASHIM PEM. TADBIR (KEAHLIAN) PN. NOROMAH BT MOHAMED PEM. TADBIR (AKAUN) PN. NOR AZURA BT MAHAMD RAHIM PEM. TADBIR (PENTADBIRAN) CIK NOR FADZILLAH M. RUSLAN PEM. TADBIR (PENERBITAN) EN. MUHAMMAD SHAHARIZUAN PEGAWAI KANAN KGMMB CAWANGAN SESI 2008 - 2010

PERLIS

PENGERUSI CIKGU ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH 019-4748661SETIAUSAHA CIKGU KAMARUL ISAM ISA 012-5900191BENDAHARI CIKGU ROSLE BIN ISHAK 019-4547629

KEDAH UTARA 1

PENGERUSI CIKGU AHMAD HULMI BIN ISMAIL 019-4426262SETIAUSAHA CIKGU JASNI BIN KECHIK 013-4201263BENDAHARI CIKGU ISHAK BIN HAMID 013-4538345 KEDAH UTARA 2

PENGERUSI CIKGU HJ. FADZALIH B HJ MAHMUD 012-4208096SETIAUSAHA CIKGU HJ. GHAZALI BIN OMAR 019-4782245BENDAHARI CIKGU AZIZAN BIN ABD RAHMAN 019-4411096

KEDAH TENGAH

PENGERUSI CIKGU ABU BAKAR BIN AWANG 019-4501956SETIAUSAHA CIKGU HJ. FADZIL BIN DARUS 019-4195547BENDAHARI CIKGU ABD. JALIL BIN HASSAN 017-5585184

KEDAH SELATAN PENGERUSI CIKGU MUHAMAD NOH BIN OTHMAN 019-4585961SETIAUSAHA CIKGU YUSOF BIN MOHAMAD TAIB 019-4747350BENDAHARI CIKGU ABU BAKAR MEH 013-4370392

PULAU PINANG PENGERUSI CIKGU SAIDIN BIN RASHID 016-5066248SETIAUSAHA CIKGU ROSLAN BIN SAADON 013-4567947BENDAHARI CIKGU MOHD MASHOR MUSTAPA 019-4192324 PERAK UTARA

PENGERUSI CIKGU HJ. JAMALUDIN BIN HJ. JALI 019-4654244SETIAUSAHA CIKGU MOHD ARSHAD MAT JELANI 013-4406671BENDAHARI CIKGU ABDUL RAHIM BIN HJ. MOHD 013-5106401 PERAK SELATAN PENGERUSI CIKGU NOR AZMAN BIN NORDIN 012-5130051SETIAUSAHA CIKGU MOHAMAD RAMLI BIN MOKIAT 019-5779110BENDAHARI CIKGU ABAS BIN AWANG 012-5213343

SELANGOR PENGERUSI CIKGU MAT JIDIN BIN HJ AHMAD 013-3691778SETIAUSAHA CIKGU MURTADZO BIN MOKHTAR 019-3280871BENDAHARI CIKGU ISHAK BIN MD NOR 017-3421971

SELANGOR PENGERUSI CIKGU MAT JIDIN BIN HJ AHMAD 013-3691778SETIAUSAHA CIKGU MURTADZO BIN MOKHTAR 019-3280871BENDAHARI CIKGU ISHAK BIN MD NOR 017-3421971

W.PERSEKUTUAN PENGERUSI CIKGU HJ. RUSLAN BIN MADON 019-3141705SETIAUSAHA CIKGU AHMAD NAWAWI BIN SHAARI 012-2619523BENDAHARI CIKGU ARBAIN BIN KASSIM 017-6554139

MELAKA PENGERUSI CIKGU HJ. MD YUSOF BIN OTHMAN 019-3639540SETIAUSAHA CIKGU HJ. ATAN BIN NORDIN 013-6270747BENDAHARI CIKGU MANSOR BIN BABA 012-3363346 NEGERI SEMBILAN

PENGERUSI CIKGU ABDUL RASHID BIN MOHAMED 019-3575254SETIAUSAHA CIKGU MOHD SAID BIN HUSSIN 019-3152096BENDAHARI CIKGU ZAKARIA BIN MOHAMED 019-2988244

JOHOR

PENGERUSI CIKGU ABD SALAM BIN ZAKARIA 012-7075737SETIAUSAHA CIKGU NORDIN BIN HJ MOHD YUSOF 013-7083980BENDAHARI CIKGU HJ. ESA BIN ABD RAHMAN 013-7537071

TERENGGANU

PENGERUSI CIKGU ABDULLAH BIN MAMAT 013-9236896 SETIAUSAHA CIKGU ROSDI BIN MOHAMAD SALLEH 019-9364713BENDAHARI CIKGU ABU BAKAR RA MD ABDULLAH 013-9204085

KELANTAN

PENGERUSI CIKGU HJ. MOHAMAD BIN ISMAIL 019-9542698 SETIAUSAHA CIKGU AMRAN BIN GHANI 019-9434380BENDAHARI CIKGU MUHAMAD ZANINI MAHMOOD 013-9114440

PAHANG BARAT

PENGERUSI CIKGU OTHMAN BIN IBRAHIM 013-9039190 SETIAUSAHA CIKGU AHAMAD NAWAWI BIN ABDULLAH 013-9278533BENDAHARI CIKGU ABDUL RASHID BIN MAHIDIN 016-9531454

PAHANG TIMUR

PENGERUSI CIKGU KHUSAINI MOHAMED YUSSOF 013-3411210 SETIAUSAHA CIKGU ABDULATIF BIN UMAR 019-9274673BENDAHARI CIKGU HJ. MAHMUD BIN MIHAT 019-9909552

Page 5: LO suara KGMMB correction

8 9

Isu-isu yang telah diselesaikan pada 4 Ogos 2009 semasa Mesyuarat Kesatuan dan Persatuan ialah :

1. Status 108 Pengetua di SM yang dibuat penempatan baru.2. PTJ sekolah kebangsaan ditarik balik.3. Status Pengelola di JPN/PPD/KPM.4. Pungutan sumbangan tambahan 2010.5. Penempatan Guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

HJ. MOHAMAD BIN ISMAILSetiausaha AgungKongres

11. Elaun intensif Guru di Pulau. Guru-guru yang mengajar di Pulau sememangnya sama saja menghadapi kesukaran sebagaimana guru di kawasan pendalaman. Masalah perjalanan ke tempat bertugas, kemudahan utiliti seperti letrik, air dan makanan adalah sama seperti yang dialami oleh guru di pendalaman.

Berikan insentif sebagaimana guru di pendalaman.1. Gaji Guru Besar DGA34 maksima pada Paras P1 lebih rendah daripada Gaji Penolong Kanan DGA32 P2 maksima.

2. Staf Sokongan 2.1 PT N17 (Kurikulum) 2.2 PT N17 (HEM) 2.3 PT N17 (Kokurikulum) 2.4 PT N17 (PSS) 2.5 Juruteknik Awam (J17) 2.6 Juruteknik Komputer (F17) 2.7 PT N17 (Data)

3. Guru-guru yang menghadiri simulasi kenaikan pangkat Guru Besar.

4. Perlantikan Pentaksir

ISU-ISU BARU YANG DIKEMUKAKAN OLEH KONGRES KESATUAN GURU-GURU DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA KEPADA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

ISU HURAIAN CADANGANGaji Guru Besar DGA34 maksima P1 adalah lebih rendah daripada Penolong Kanan DGA32 P2 maksima. Ramai Guru Besar yang terasa dengan kedudukan sebagai Guru Besar tetapi gajinya lebih rendah daripada Penolong Kanan.

Memandangkan kepada beban tugas guru yang terpaksa melakukan tugas perkeranian dan teknikal, maka staf sokongan tersebut amatlah diperlukan. Ini kerana staf sokongan ini boleh melakukan kerja-kerja perkeranian yang senantiasa dilakukan oleh guru.

Guru-guru yang telah menghadiri simulasi (KINI DIMANSUHKAN) dan mereka ini telah pun masuk zon untuk kenaikan pangkat ke jawatan Guru Besar tetapi ramai di kalangan mereka tertinggal dan dibiarkan tanpa diberi peluang untuk kenaikan pangkat sebagai Guru Besar.

Sudah ada Pegawai Pentaksir yang berkelulusan Ijazah dilantik di sekolah dan tidak diketahui apa sebenarnya tugas mereka.

Panjangkan gaji mati bagi DGA34 dari P1 ke T11

Lantik staf-staf sokongan tersebut ke semua sekolah.

Perlu dilihat semula dan sekiranya mereka ini layak hendaklah diberi untuk naik pangkat sebagai Guru Besar.

Lantik sahaja staf sokongan yang bertaraf perkeranian.

5. Kaunselor di PPD

6. Sisipan jawatan DGA 36

7. Kekosongan naik pangkat di KPM.

8. Pengawas Peperiksaan

9. Guru Kanan Pendidikan Islam

10. Perjawatan Pegawai Pelajaran Pendidikan Islam di PPD, JPN dan KPM.

Ada dalam 80 orang kaunselor diletakkan di PPD dan mereka ini hanya dilantik secara pinjaman. Fungsi sebenar mereka ini tidak diketahui.

Bagi menarikan lagi laluan kerjaya perkhidmatan perguruan peringkat Lepasan Diploma perlu ada sisipan Jawatan DGA36.- DGA29 - Guru Biasa- DGA32 – Guru Cemerlang/Time base.- DGA34 – Penolong Kanan- DGA36 – Guru Besar- DGA38 – Guru Besar Cemerlang- DGA40 – Guru Besar Cemerlang Khas

Adalah didapati sejumlah 22,000 jawatan naik pangkat di bawah KPM yang masih tidak dilaksanakan.

Adalah didapati bahawa guru-guru yang dilantik bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan, elaun yang diberi kepada mereka dikenakan cukai pendapatan.

Guru Kanan Pendidikan Islam hanya dilaksanakan di SMKA dan tidak di SMK. Sepatutnya di SMK pun adakan Guru Kanan Pendidikan Islam.

Apabila penstrukturan semula di JPN dibuat, adalah di dapati perjawatan untuk Pendidikan Islam tidak cukup bila dibandingkan dengan beban tugas yang dijalankan.

Perlu dilihat semula.

Adakan sisipan Jawatan DGA36.

Perlu dilihat dan tindakan segera.

Pohon dilepaskan dari cukai pendapatan.

Wujudkan Jawatan Guru Kanan Pendidikan Islam di SMK.

Kaji semula keperluan Pegawai Pendidikan Islam di PPD, JPN dan KPM biar berpatutan dengan beban tugas yang ada.

1.

2.

FAIL RUJUKAN DAN TARIKH PERMOHONAN DIKEMUKAKAN

DITOLAK- Cadangan pemberian elaun keraian Guru Besar berasaskan tuntutan bulanan kepada imbuhan tetap bulanan

- Kenaikan kadar elaun Pengetua/ Guru Besar

DALAM PERTIMBANGAN- Pemanjangan elaun tanggungjawab (ETJ) kepada Penolong Kanan dan Guru Kanan mata pelajaran (ketua bidang) berdasarkan pertambahan jawatan dan kenaikan pangkat

- Kajian pemanjangan elaun dan bayaran kepada pegawai insentif yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah KPM kepada PPP di sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK).

STATUS PERMOHONAN

Permohonan tidak dapat dipertimbangkan oleh JPA melalui surat bil. JPA(SARAAN)(S) 256/4/10-2 Klt.2 (23) bertarikh 7 April 2009

Diperakukan kepada JPA melalui surat bil. KP(PP)0137/39/Jld. 8 (110) bertarikh 12 Jun 2008

Diperakukan kepada JPA melalui surat Bil. KP(PP)0137/39 Jld. 8 (101) 9 Oktober 2007

JPA melalui surat Bil. JPA (SARAAN)(S) 63/17-1 Jld. 2 (15) menyatakan bahawa permohonan ini sedang diteliti dan dibawa ke pengetahuan Kementerian Kewangan.

PERMOHONAN –PERMOHONAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PADA TAHUN 2008 DAN 2009 TETAPI TELAH DITOLAK ATAU MASIH DALAM PERTIMBANGAN JPA: ELAUN DAN KEMUDAHAN

PERJUMPAAN KGMMB DENGAN JHEKS WILAYAH PERSEKUTUAN & SELANGORPerjumpaan diadakan di Pejabat Jabatan Hal Kesatuan Sekerja Negeri Selangor di Shah Alam pada 19 Jun 2009. KGMMB djemput bagi membincangkan perjalanan dan pengurusan kesatuan. KGMMB diwakili oleh Tn. Hj Mohamad Sabri Hj. Arsad, Presiden; En. Mat Jidin bin Ahmad, Timbalan Presiden; En. Roslan bin Saadon, Naib Presiden 1; En. Ahmad Nawawi Shaari, Pen. SU2; En. Amran Ghani, Pen. Bendahari, Pn. Kamariah Mohd. Sari, Pegawai Eksekutif dan wakil KGMMB Selangor iaitu En. Murtadzo dan Bendaharinya. Turut hadir En. Wan Zaifolludean dan pembantunya dari JHEKS Putrajaya.Dalam perjumpaan tersebut, Presiden menjelaskan semua kemusykilan yang timbul dan JHEKS memberikan maklum balas dan nasihat untuk penambahbaikan kesatuan.

98

Page 6: LO suara KGMMB correction

10 11

AKTIVITI KGMMB CAWANGAN

Menghadiri Taklimat Presiden KGMMB di Darul Aman Golf Resort pada 15 Ogos 2009

Jam 3.00

Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Cenderahati oleh

Fauzi Agency di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada

19 September 2009

Jamuan Aidilfi tri Bersama Tuan Pengarah Pelajaran Kedah di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani pada 03 Oktober 2009 Jam 8.00 Malam

Majlis Bersama Presiden KGMMB pada 10 Oktober 2009 di Dynasty Inn, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

TARIKH : Ogos hingga Oktober 2008TEMPAT : Institut Perguruan Ipoh, PerakPESERTA: Ahli KGMMB dan Guru-Guru Agama seluruh PerakJUMLAH : 200 orangPERASMIAN PENUTUP/PENYAMPAIAN SIJIL: Tn. Hj. Jamaludin b Hj. Jali PKT.,PJK.,PJM (Pengerusi KGMMB/CPU)

KEDAH UTARA

KELANTAN

PERAK UTARA

BENGKEL NASYID PERINGKAT NEGERI PERAK MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGALAKKAN

NEGERI SEMBILAN

MELAKA

WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Ramah Mesra Dan Minum Petang Bersama Presiden dan ahli-ahli Cawangan Wilayah Persekutuan. Majlis diadakan pada 7 November 2009 (Sabtu) di Sekolah Kebangsaan

Setiawangsa, Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Astaman Abd Aziz, Pengerusi Yayasan Titiwangsa.

Pada 13 hingga 16 Mac, seramai 20 orang ahli cawangan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jogjakarta, Indonesia.

Majlis Hari Raya Aidilfi tridan penyampaian cek

Ceramah PTK 22 Ogos 2009 di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Presiden Menyampaikan Ceramah PTK

Pertemuan Cawangan Melaka dengan Presiden KGMMB

MAJLIS PERTEMUAN PRESIDEN – PEGAWAI KANAN KGMMB CAWANGAN ZON UTARAProgram sehari ini diadakan pada 15 Ogos 2009 di Darulaman Suites, Bandar Darul Aman, Kedah. Majlis dianjurkan oleh KGMMB Cawangan Kedah Utara 1 yang bertujuan mengeratkan silaturrahim antara Pegawai Kanan Cawangan Zon Utara dan memperolehi pelbagai maklumat daripada Presiden KGMMB. Cikgu Ishak Hamid selaku Pengerusi Penganjur majlis, memulakan bicara dengan mengalu-alukan kehadiran para pegawai KGMMB ke majlis tersebut dan mempersilakan Cikgu Amran Ghani untuk membacakan doa sebelum menjamu selera. Sejurus selesai menikmati jamuan, Cikgu Ishak mempersilakan Tn. Hj. Mohamad Sabri, Presiden KGMMB menyampaikan ucapan. Ucapan sepanjang satu jam setengah itu dimuatkan dengan pelbagai isu dan peranan yang telah diperjuangkan oleh KGMMB Ibu Pejabat. Antara perkara yang dibangkitkan ialah: 1. Peranan KGMMB mendaulatkan bahasa Melayu telah membuahkan hasil hasil pemansuhan PPSMI. 2. KGMMB menyokong dasar Bahasa Inggeris diperkasakan dan mencadangkan agar waktu P&P bahasa Inggeris ditambah. 3. KGMMB menyokong dasar lulus Bahasa Inggeris untuk memperolehi Sijil SPM. 4. KGMMB akan meneruskan perjuangan memberikan hak senioriti 3 tahun PPLD kepada mereka yang berada

pada DG44 dan DG48. 5. KGMMB memperjuangkan status Guru Besar KUP kepada hakiki. 6. KGMMB juga memperjuangkan beban tugas guru. 7. Mencadangkan guru kumpulan A diberikan kebenaran terlibat dalam politik. 8. Isu yuran sekolah yang perlu diletakkan di bawah pentadbiran sekolah bukan PIBG. 9. Keahlian KGMMB bertambah hasil kerjasama dengan Fauzi Agency (insuran) 10.Presiden menasihatkan pegawai KGMMB Cawangan menjalankan tugas dengan baik dan telus terutama dalam menguruskan kewangan.

Page 7: LO suara KGMMB correction

12 13

ISU/ PERKARAISU/ PERKARA CADANGANBil.

3.

4.

PELUANG KENAIKAN PANGKAT KEPADA PPPS DG41 YANG MENGIKUTI PENGSISWAZAHAN GURU BESAR DI UNIVERSITI TEMPATAN.

1. Peluang kenaikan pangkat mereka tidak ada walaupun telah masuk zon kenaikan pangkat sekiranya masih kekal dalam PPLD2. Rakan Junior telah dilantik ke jawatan hakiki DGA32 dan DGA34 kerana tidak sambung belajar.3. Ilmu Pengurusan Pendidikan tidak dimanfaatkan oleh KPM

KENAIKAN PANGKAT PPPS DI JPN DAN PPD TIDAK MENGAMBIL KIRA PENGALAMAN BEKERJA

1. Kekosongan jawatan di JPN dan PPD tidak memberi laluan kepada pegawai yang sedia ada disebabkan tidak mengambil kira pengalaman bekerja di JPN dan PPD2. Perakuan Ketua Jabatan tidak diguna pakai dalam proses kenaikan pangkat.

1. Mereka hendaklah diberi peluang kenaikan pangkat sebagai GPK atau GB sekiranya telah masuk zon kenaikan pangkat berdasarkan pangkat perkiraan tahun perkhidmatan.2. Kelulusan Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dan MPQH diambil kira sebagai syarat kenaikan pangkat.3. Pemberian kenaikan pangkat sebagaimana GB dan GPK yang berada di jawatan mereka sebagai mengisi jawatan PPPS41 (KUP).4. Satu cara mengatasi kekurangan pegawai yang berminat untuk mengisi kekosongan Jawatan GB dan GPK di sekolah rendah terutamanya di luar Bandar.

1. Mohon KPM mengambil kira pengalaman seorang pegawai dan kecemerlangan sumbangan perkhidmatan untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat di JPN dan PPD sekiranya ada kekosongan jawatan. 2. Perakuan dan cadangan Ketua Jawatan untuk sebarang pengisian Jawatan Kenaikan pangkat di JPN dan PPD di utamakan.

ISU/ PERKARAISU/ PERKARA

KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN 2009

Tatacara perakaunan sekolah 2009 berkaitan kutipan bayaran tambahan 2009 yang diluluskan melalui Mesyuarat Agung PIBG merujuk kepada kepada surat Pekeliling Persediaan Awal Tahun Persekolahan Sesi 2009 (Ruj: SPI KPM Bil. 7 tahun 2008 bertarikh 17 Disember 2008)

ISU

1. Hubungan baik pentadbiran sekolah dengan AJK PIBG terjejas kerana kelulusan kutipan diluluskan oleh Mesyuarat Agung PIBG dan arahan kutipan diakaunkan ke dalam akaun PIBG 2. Pecahan Kutipan 2009 tidak seragam antara sekolah kerana kutipan berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung PIBG sekolah. 3. Semua kutipan menggunakan resit PIBG 4. Tatacara kutipan dan perbelanjaan PIBG tidak selaras dengan tatacara yang pengurusan kewangan kerajaan. 5. Arahan memindahkan kewangan perkara (a)iii telah menimbulkan bantahan ramai dikalangan pentadbir sekolah. 6. Ramai ibu bapa enggan menjelaskan bayaran tambahan kerana berpegang kepada kenyataan Akhbar Mantan YB Menteri Pelajaran 7. Ketetapan Mesyuarat Tatacara Perakaunan bagi perkara 9, bertarikh 20 Mei 2009 di Hotel Fedral Kuala Lumpur tidak wajar bagi perakaunan 2009 sedangkan keputusan kutipan bayaran tambahan di buat semasa mesyuarat Agung PIBG sebelum 31 Mac 2009 8. Tahun 2009 PIBG hanya membuat kutipan bayaran tambahan bukan YURAN PERSEKOLAHAN 9. Memberi tekanan kerja yang lebih kepada guru yang menjadi AJK PIBG khasnya Setiausaha dan Bendahari

PENGIRAAN PENGALAMAN MENGAJAR SETIAP 3 TAHUN SEBAGAI PPLD DI GRED DGA29, DGA32, DGA 34 DAN DGA 38 SEBAGAI SATU TAHUN PENGALAMAN DI GRED DG 41 DAN HAD MAKSIMUM PENGALAMAN 9 TAHUN PPLD

1. Perlaksanaan tidak dinikmati semua pegawai PPLD setelah dilantik sebagai PPPS dan pemberian menguntungkan PPPS tertentu sahaja2. Mewujudkan tekanan dan rasa tidak puas hati rakan sekerja PPPS yang dahulunya PPLD

CADANGAN

1. Sekolah dibenarkan membuat kutipan Bayaran tambahan 2009 yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung PIBG 2009 yang diuruskan terus oleh Jawatankuasa PIBG.2. SPI KPM Bil. 7/2008 bertarikh 17.12.2008 diguna pakai.3. Tatacara Perakaunan yang dikeluarkan sesuai dikuatkuasa melalui arahan persediaan persekolahan setiap awal tahun.4. Audit bersyarat tidak timbul berdasarkan SPI Bil 7. Tahun 2009 bertarikh 17.12 2009 sebagai punca kuasa memungut wang.

1. Semua pegawai PPLD yang berpindah ke skim PPPS layak diberi maksimum 3 tahun digred 41 tanpa mengambil kira gred mana mereka berada dalam PPPS.2. Pengalaman digred PPPS ini juga diiktiraf sebagai kekanan pegawai PPPS berkenaan dan bukan sahaja untuk tujuan kenaikan pangkat3. Punca kuasa boleh digunakan ke atas pengumuman YAB Perdana Menteri semasa pelancaran Sambutan Hari Guru Pkt. Kebangsaan di Melaka pada 16.05.2008 dan minit mesyuarat bersama KSN pada 08.05.2008. pertemuan berikutnya telah diadakan pada 25.08.2008 bersama KSN

ISU-ISU SEMASA PERGURUAN CADANGAN KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT

Bil.

1.

2. FAIL RUJUKAN DAN TARIKH PERMOHONAN DIKEMUKAKANFAIL RUJUKAN DAN TARIKH PERMOHONAN DIKEMUKAKAN STATUS PERMOHONAN

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)

- Cadangan pertambahan kuota baru guru cemerlang (PPPS)

- Cadangan pertambahan kuota baru pengetua cemerlang (PPPS) di Kementerian Pelajaran Malaysia

- Cadangan penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sekolah rendah di Kementerian Pelajaran Malaysia

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA(PPPLD)

- Cadangan pertambahan kuota baru guru cemerlang PPPLD

- Cadangan kuota baru pegawai cemerlang PPPLD

Diluluskan melalui surat JPA: JPA(S)NP.134/8/3Klt. 19 (32) 06.04.2009

Diluluskan melalui surat JPA: JPA(S)NP.134/8/3Klt. 19 (32) 06.04.2009

Diluluskan oleh surat JPA: JPA(S)NP.134/8/9Klt. 20 s.k1 (4) 19.05.2009

Diluluskan melalui surat JPA: JPA(S)NP.134/8/3Klt. 20 (34) 22.05.2009

Diluluskan melalui surat JPA: JPA(S)NP.134/8/3Klt. 20 (34) 22.05.2009

PERMOHONAN –PERMOHONAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PADA TAHUN 2008 DAN 2009 DAN TELAHPUN DILULUSKAN OLEH JPA : URUSAN KENAIKAN PANGKAT

Page 8: LO suara KGMMB correction

14 15

Kita sudah tahu mereka yang menceburi politik mempunyai keinginan yang tinggi dan sanggup bekerja secara sukarela memberi khidmat kepada masyarakat setempat dan sentiasa diajak bergiat dalam pelbagai aktiviti luar yang sihat sebagai pemangkin kepada masyarakat tempat bertugas. Justeru, guru bolah menyatukan individu lain dan masyarakat di kawasannya di samping menggunakan ilmu dan kemahiran semasa mereka belajar di Pengajian Tinggi.

Cadangan Mantan Menteri Pelajaran, Dato Seri Hishamuddin Tun Husain untuk membenarkan guru kelas A berpolitik menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Sesetengah pihak bersetuju kerana sumbangan guru dalam politik tanahair besar ertinya dan tidak kurang pula meminta supaya cadangan itu dikaji semula.

1. KGMMB bersetuju dengan cadangan Menteri Pelajaran.

Politik dilihat sebagai sesuatu organisasi dominant dalam sebuah Negara. Pemerintahan dan undang-undang juga membabitkan orang politik. Rakyat juga sentiasa mahukan dokongan kepimpinan politik dalam menyelesaikan masalah mereka. Justeru, jika guru diberi peluang. Secara tidak langsung guru sudah membantu bidang politik termasuk pentadbiran melalui pandangan dan pendapat bernas mereka. Guru juga adalah rakyat yang bertugas untuk rakyat. Mereka boleh membantu masyarakat setempat dan tugas mereka tidak pernah terhad, dari imam, ahli Jawatankuasa Kampung dan bilal di masjid. Golongan muda pula ramai yang terlibat dalam sukan dan khidmat sukarela di kawasan tempat bertugas terutama di luar Bandar dan kawasan pendalaman.

2. Bagaimana dengan yang tidak setuju.

Mereka sebenarnya tidak faham peranan guru. Guru bukan sahaja mengajar di bilik darjah tetapi sebagai pemangkin pembangunan agama, bangsa dan Negara. Di mana sahaja peranan guru ini diperlukan sama ada di Bandar dan luar Bandar. Mereka boleh memainkan peranan penting dalam politik kerana keperluan setempat yang sudah ditentukan bagi

tujuan menjalankan tugas sampingan dan sukarela kepada masyarakat. Kita sudah tahu mereka yang menceburi politik mempunyai keinginan yang tinggi dan sanggup bekerja secara sukarela dan sentiasa diajak bergiat dalam pelbagai aktiviti. Justeru, guru boleh menyatukan individu lain dan masyarakat di kawasannya. Sesuai dengan prinsip keguruan, guru yang dilatih sebagai pendidik yang sentiasa berdepan dengan masyarakat ketika dalam latihan dan kesinambungan semasa bertugas di sekolah sentiasa wujud dari mula perkhidmatan hingga bersara. Guru-guru mampu mengajak masyarakat menjayakan polisi dan hasrat kerajaan yang di dokong oleh kalangan ahli politik tanahair. Sejarah juga membuktikan perjuangan guru mampu membantu kemerdekaan Negara. Ketika itu ramai tokoh guru dan pensyarah dari Maktab Perguruan Tanjung Malim yang terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu memastikan Negara bebas dari kuasa penjajah dan memastikan rakyat Negara ini sebagai tuan.

3. Guru bagaimana yang sesuai menceburi diri dalam politik.

Kebolehan berpolitik sebenarnya kebanyakan di kalangan guru hadir secara semulajadi. Bagaimanapun, ada juga yang belajar dari bawah dan bakat politik di asah dari awal pembababitan. Jika dalam UMNO, contoh terbaik ialah PUTERA UMNO dan PUTERI UMNO. Guru kumpulan A juga boleh diberi pendedahan yang sama menceburi politik. Sebenarnya ini bukan persoalan menarik pengundi muda atau tidak melatiih guru menjiwai politik dan agenda Negara tercinta. Dalam keghairahan bersetuju dengan cadangan ini, saya tidak bersetuju jika guru berjawatan atau ketua jabatan turut terbabit kerana khuatir ada yang berlaku tidak adil kepada kakitangan bawahan. Jesteru, perlu ada garis panduan atau pemisah untuk menentukan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Saya percaya bukan guru yang bakal menimbulkan masalah jika berpolitik tetapi mungkin ketua bahagian atau cawangan, mereka yang selalu mendesak supaya mendahulukan parti walaupun ketika itu guru ada tugas di sekolah. Inilah yang perlu kita pantau dan ketua jabatan juga perlu tegas selain guru itu sendiri yang mempunyai intergriti yang tinggi membezakan tanggungjawab hakiki iaitu kerjaya dan penglibatan luar untuk berpolitik. Ramai guru yang berminat tetapi mereka tidak dihargai dan tidak diberi kepercayaan. Situasi ini merugikan Negara dan memberi peluang kepada pembangkang.

4. Tahap penglibatan dan jawatan dalam politik.

Jawatan dalam politik sebenarnya tidak boleh ditentukan kepada guru terbabit kerana ia bergantung kepada kebolehan dan kemampuan mereka. Kita sudah ada ada contoh terbaik seorang guru yang mampu menjalankan amanah dan tugas dengan sempurna. Pujian perlu diberikan kepada Allayarham Tun Ghafar Baba (mantan TPM), Allahyarham Dato’ Hj. Razali Ismail, Dato’ Noh Omar, Dato’ Sri Hj. Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang yang mempu menerajui politik dan berjaya menjadi pemimpin hebat dan dipercayai rakyat.

5. Bagaimana jika penglibatan mereka dikaitkan dengan rasuah sedangkan mereka mempunyai hubungan rapat dengan pelajar.

Saya tidak menafi kan perkara ini, namun itu mungkin berlaku pada guru yang tidak mempunyai integriti dan lari dari prinsip asalnya pejuang dalam politik. Saya juga mencadangkan kerajaan mengenakan syarat-syarat khusus jika guru Kumpulan A diterima menceburkan diri dalam politik. Halangan berpolitik boleh menjurus kepada guru yang berminat dengan kegiatan berpolitik melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang Negara dan lebih buruk lagi boleh menjatuhkan imej Profesion Perguruan yang dipandang mulia.

5.1 Kerajaan perlu menentukan secara jelas Gred jawatan yang boleh berpolitik.

5.2 Masa berpolitik perlu ditentukan iaitu di luar waktu persekolahan.

5.3 Tidak boleh membawa ideology politik ke sekolah dan kuasa Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) perlu diberi untuk mengawal guru terlibat dari menyalahguna kuasa politik.

5.4 Pekeliling khusus perlu diwujudkan dan pindaan kepada pekeliling yang sedia ada perlu dibuat.

5.5 Aku janji disahkan ketua jabatan boleh juga diwujudkan agar penglibatan mereka terkawal.

5.6 Pihak luar perlu dilarang campur tangan dalam pengurusan guru terbabit dengan sekolah.

P E N G L I B ATA N G U R U artikel presiden

D A L A M P O L I T I K N E G A R A

Disediakan oleh:

Haji Mohamed Sabri bin Mohd Arsad, PKCPresidenKesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN

Pindaan kadar bayaran balik letak kereta PINDAAN:Pekeliling perkhidmatan bilangan 9 tahun1991 dan surat perkeliling perkhidmatan bilangan 4 tahun 1992.

Pemantapan pengurusan sistem penilaian prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam.PEMBATALAN:Pekeliling perkhidmatan bilangan 4 tahun 2002 kembaran D dan D1.

Borang laporan penilaian prestasi khas bagi Pegawai Perkhidmatan Awam.

Kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.

Penambahbaikan kemudahan cuti bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam.

Pembayaran imbuhan tetap perumahan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang disediakan kemudahan perumahan yang tidak dianggap sebagai rumah kerajaan di kawasan pedalaman.

Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara.

Panduan perlaksanaan kaedah pergerakan kumpulan sokongan yang ditempatkan secara kadar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pertukaran perlantikan bagi pegawai kumpulan sokongan yang ditempatkan secara kader oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Perlantikan syarikat bagi kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara atas urusan persendirian yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah KPM kepada PPP di sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK).

BILANGAN

Bil 1 Tahun 2009

Bil 2 Tahun 2009

Bil 3 Tahun 2009

Bil 4 Tahun 2009

Bil 5 Tahun 2009

Bil 6 Tahun 2009

Bil 7 Tahun 2009

Bil 8 Tahun 2009

Bil 9 Tahun 2009

Bil 10 Tahun 2009.

SENARAI SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN (SPP) YANG DIKELUARKAN OLEH JPA BAGI TAHUN 2009 YANG BERKAITAN DENGAN KPM

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

PEKELILING PERKHIDMATAN

Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978.

Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Skim Cepat Kaya.

Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib.

Panduan Penggunaan kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih Bagi mempertingkatkan lagi kualiti Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah Dan Operator Mesin Prosesan Data Serta Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi).

Penjumudan Skim Perkhidmatan Jaga.

Panduan Memanggil Balik Untuk Bertugas Semula Bagi Pegawai yang Ditahan kerja Akibat Prosiding Jenayah.

Perunahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Teknik Dan Pembantu Teknik Landskap.

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2009.

Dasar Dan Prosuder Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Sedang Berkhidmat.

BILANGAN

BIL. 1 TAHUN 2009

BIL. 2 TAHUN 2009

BIL. 3 TAHUN 2009

BIL. 4 TAHUN 2009

BIL. 6 TAHUN 2009

BIL. 7 TAHUN 2009

BIL. 10 TAHUN 2009

BIL. 11 TAHUN 2009

BIL. 17 TAHUN 2009

BIL. 18 TAHUN 2009

SENARAI PEKELILING PERKHIDMATAN (PP) YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI TAHUN 2009 YANG BERKAITAN DENGAN KPM

GURU ANTARA REALITI DAN CABARAN Disediakan oleh: Hj. Jamaludin bin Hj. Jali, PKT, PJK, PJM, Penolong Setiausaha Agung 1 Produk akhir pendidikan ialah modal insan. Justeru pendidikan yang berkualiti akan melahirkan generasi yang berkualiti. Namun pendidikan hanya terlaksana jika berlakunya pembelajaran pada setiap peringkat proses pendidikan. Dalam konteks sistem pendidikan kebangsaan, institusi pendidikan, kepimpinan dan guru memainkan peranan penting bagi membolehkan berlakunya pembelajaran berdasarkan kurikulum kebangsaan. Daya upaya organisasi menyempurnakan misi dan mencapai objektif sangat bergantung kepada kebolehan dan keupayaan organisasi tersebut melaksanakan strategi yang dirumuskan dan pelan tindakan yang direncanakan dengan cekap dan berkesan.

Dalam era globalisasi dan k-ekonomi, di mana masyarakat seluruh dunia bersifat futuristik dalam semua bidang, masyarakat pendidik khasnya, seharusnya berkemahiran dalam berkomunikasi, mengakses maklumat dan belajar menggunakan teknologi yang dapat diadaptasikan dalam profesion pendidikan. Tindakan untuk membangunkan modal insan direncana dan dilaksanakan dalam konteks Misi Nasional yang berhasrat menumpukan usaha negara kepada bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Bidang utama tersebut meliputi pembangunan modal insan, integrasi nasional, hubungan antara kaum, pengagihan pendapatan dan kekayaan, peningkatan mutu hidup dan keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global. Ini bertepatan dengan slogan ‘ 1 Malaysia’, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan . Seorang guru memerlukan komitmen dan daya ketahanan diri di segi jasmani, rohani, mental dan emosi dalam situasi yang semakin mencabar dan kompleks yang boleh menimbulkan stress atau tekanan akibat kegagalan dalam memenuhi harapan serta

tuntutan pihak-pihak yang berkepentingan. Kecemerlangan pendidikan memainkan peranan besar dalam pembangunan sesebuah negara. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti yang tinggi di kalangan ahli-ahli pendidik terutamanya para guru. Mutu pendidikan yang baik secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembentukan generasi gemilang sesebuah negara yang mampan, produktif dan sihat. Pemikiran yang cemerlang adalah penentu pencapaian sesebuah organisasi. Untuk mengelakkan stress, guru perlulah melihat profesion mereka sebagai satu cabaran dan bukan sebagai bebanan. Di samping itu guru perlu membuat jadual pengurusan masa, pendekatan tugas yang sistemetik yang sering fokus tentang tarikh akhir sesuatu kerja yang perlu disempurnakan. Menyenaraikan senarai tugas yang perlu diselesai hari ini juga, menentukan tugas yang perlu diberi keutamaan dan merancang tugas akan datang.

Ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran menjadi faktor utama dalam menentukan kecekapan, ketepatan dan keberkesanan sesuatu tugas, tetapi belum pasti menjamin seseorang itu dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan cemerlang dan produktif. Kelebihan ini juga belum tentu akan dapat meyakinkan dan dihormati oleh ahli-ahli dan rakan-rakan satu profesion, jika masih tidak berupaya mengamalkan etika kerja yang mulia. Untuk kekal relevan, guru-guru mesti memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuh sistem pendidikan negara demi menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk semua. Kesatuan-Kesatuan Guru hanya boleh memberikan sumbangan yang bermakna jika seluruh ahlinya yang bergerak sebagai satu pasukan profesional yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cekap, berkesan dan responsif. Oleh itu motto ` Hidup Berbakti ` seperti yang diamalkan oleh KGMMB mestilah dijulang dan diimplimentasi oleh semua ahli dan diusahakan bersama-sama pada segenap strata hierarki organisasi.

Page 9: LO suara KGMMB correction

16 17

KHAMIS 17 SEPTEMBER 2009KGMMB GESA PENSYARAH IPGM

DINAIKTARAF.

D I M E D I A C E T A K

KGMMBKGMMB

W A W A N C A R A02/OGOS/2009 (SINAR HARIAN)

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) memperjuangkan banyak hak guru bagi membolehkan golongan itu mendapat keistimewaan namun pada masa yang sama berbakti meningkatkan bidang pendidikan Diketuai Presidennya, Mohamed Sabri Bin Arsad yang berkhidmat dalam kerajaan kira-kira 28 tahun termasuk Guru Penolong Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kini bertugas sebagai Guru Besar. Ikuti temu ramah wartawan Sinar Harian Aswany Omar mengenai perjuangan kesatuan demi kepentingan pendidikan dan masa depan pelajar.

WARTAWAN: Apakah hala tuju perjuangan KGMMB?

MOHAMED SABRI: KGMMB adalah kesatuan guru dewasa boleh dianggap penting dan berpengaruh selain banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara ini. Bermula dari perkara berkaitan kebajikan guru hingga pembangunan pendidikan di negara ini. Dalam era globalisasi, KGMMB perlu menggembleng tenaga dan pemikiran untuk ‘membaiki’ ciri-ciri pengurusan dan penampilan sebagai organisasi profesional yang berketerampilan dalam menangani isu semasa.

WARTAWAN: Bagaimana KGMMB membantu ahlinya?

MOHAMED SABRI: KGMMB bersedia memberi bantuan keahlian kepada ahli-ahli yang mengalami masalah dalam perkhidmatan dan perjawatan. Masalah ahli boleh dibuat secara betulis dan dihantar kepada cawangan-cawangan masing-masing atau terus kepada Presiden. Melalui Biro Bantuan Perkhidmatan, Perjawatan dan Kebajikan, masalah ahli akan dibawa dan diproses ke peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan penyelesaian.

WARTAWAN: Mungkin boleh dijelaskan teras dan panduan perjuangan kesatuan ini.

MOHAMED SABRI: Sebagai kesatuan professional dalam bidang pendidikan, kita mendukung dan memperjuangkan pembinaan ‘Negara Bangsa’ berasaskan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara melalui perancangan dan perlaksanaan peningkatan profesionalisme, kebajikan serta maruah guru dan bangsa Melayu

WARTAWAN: Apakah antara perjuangan KGMMB yang boleh dibanggakan guru?

MOHAMED SABRI: Banyak yang kita sudah bincangkan untuk kepentingan pihak tertentu. Antaranya ialah kebenaran guru menyertai politik. Kami menerima banyak maklumbalas mengenai perkara itu dan ramai yang bersetuju dengan keputusan itu.

WARTAWAN: Baru-baru ini ada isu berkaitan penyelarasan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).Apakah pendirian KGMMB?

MOHAMED SABRI: Sebenarnya kami memerlukan sokongan ibu bapa untuk membantu meningkatkan pelbagai aktiviti di sekolah. Walaupun

keputusan sudah dibuat bahawa yuran PIBG berdasarkan persetujuan, namun diperlukan. Bagaimanapun sebagai ibu bapa, sumbangan mereka diperlukan. Bagaimanapun ramai ibu bapa yang enggan.

WARTAWAN: Bagaimana dengan keputusan Kementerian Pelajaran mengehadkan jumlah mata pelajaran dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)?

MOHAMED SABRI: KGMMB antara kesatuan yang berusaha ke arah itu. Kita turutbersetuju dengan keputusan berkenaan dan saya berpendapat guru menyokong kerana pelajar tidak dibebani dengan masalah pelajaran. Selain itu juga tugas guru semakin ‘kecil’ dan boleh menumpukan lebih perhatian kepada pelajar. Sebelum ini kita juga pernah mencadangkan supaya calon dibenarkan mengambil minimum mata pelajaran teras sahaja dan menetapkan jumlah maksimum bagi peperiksaan SPM sepuluh mata pelajaran untuk sekolah agama. Keputusan berkenaan membolehkan pengiktirafan diberikan kepada aspek kecemerlangan dalam bidang kokurikulum, kepimpinan dan pembangunan sahsiah.

WARTAWAN: Bagaimana dengan masalah kekurangan guru yang mungkin boleh dianggap ‘kronik’ di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

MOHAMED SABRI: Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan perlu mengambil langkah pro aktif dengan meningkatkan kapasiti pengambilan di institut perguruan dengan segera selain kaedah memberi keutamaan kepada 50 peratus orang tempatan di setiap negeri. Mod latihan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu di ubah dengan memanjangkan tempoh praktikal kepada dua semester.

WARTAWAN: Harapan kepada guru yang menjadi tunggak kecemerlangan pelajar.

MOHAMED SABRI: Kita berharap guru akan terus berjuang bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti kecemerlangan pelajar malah terus bersama kualiti pendidikan yang lebih baik.

KGMMB juga tidak lupa untuk menjaga kebajikan Ahli dengan mewujudkan tabung Kumpulan Wang

Kebajikan (KWK), Insuran Berkelompok

yang dinamakan ’Skim Ikhtiari KGMMB

Page 10: LO suara KGMMB correction

18 19

Laman web kgmmb.net memaparkan maklumat terkini dengan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi-agensi yang berkaitan. Laman web ini mengenengahkan Berita Utama, Profi le KGMMB, Carta Organisasi Ibu Pejabat dan Cawangan serta Keahlian. Borang Keahlian, Borang Kumpulan Wang Kebajikan dan Borang Perubahan maklumat ahli boleh diperolehi di sini.

3 SLIDE PERSEMBAHAN.

Untuk pengetahuan dan panduan para guru di seluruh Malaysia iaitu :

1. ISU-ISU PERKHIDMATAN

I) Pengesahan dalam perkhidmatan II) Kes kelewatan mengemukakan pengesahan dalam perkhidmatan III) Pelanjutan untuk percubaan IV) Kes kelewatan mengemukakan pelanjutan tempoh percubaan V) Pemberian tempoh berpencen VI) Kes kelewatan mengemukakan perakuan pemberian taraf berpencen VII) Perletakan jawatan VIII) Kes kelewatan mengemukakan surat peletakan jawatan

2. Kurikulum Transformasi Pra Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Proses Urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat PPPLD & PPPS Di Kementerian Pelajaran Malaysia.

INFORMASI TERKINI.

Tindakan KGMMB daripada aduan ahliContoh kes,Cikgu Kamal Rusdi, ahli KGMMB Cawangan Selangor mengemukakan aduan seperti berikut:-ADUAN BAHAWA AHLI KGMMB TELAH TERANIAYA KERANA BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH TIDAK MELAKSANAKAN ARAHAN SURAT PEKELILING JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA BIL. 2/2005 DAN BIL. 19/2008 BAHAWA PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN MEMPUNYAI ALTERNATIF MEMBERI NILAI TARAF SEBAGAI MENGGANTI KESELURUHAN ATAU MELENGKAPI SEBAHAGIAN KONPENEN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN SEJAK TAHUN 2005.

Datuk Hj Kamaruzaman Bin Hj. Mohd Noor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran Malaysia menjawab surat tersebut pada 15 Julai 2009 mengenai tiga perkara utama iaitu seperti berikut.

1) Bahawa Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) di KPM tidak mengedarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan SPP Bil. 5/2005 dan SPP Bil. 19/2008 kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah.

2) Ahli-ahli KGMMB telah dianiaya kerana tidak diberi peluang untuk lulus/Melepasi Tahap Kecekapan PTK melalui Pemberian Nilai Taraf Kelayakkan atau kelulusan yang ada pada ahli KGMMB. Selain daripada itu, tuan menuduh bahawa BPPK di KPM tidak melaksanakan arahan sepertimana yang dinyatakan dalam SPP Bil. 5/2005.

3) Maklumat tentang Pemberian Nilai Taraf tidak sampai kepada ahli KGMMB dan tidak diberi keutamaan semasa taklimat tentang PTK. Ketidaktahuan atau ketidaksedaran ahli KGMMB sejak tahun 2005 dalam aspek Pemberian Nilai Taraf yang menyebabkan ahli KGMMB tidak diberi peluang untuk lulus/Melepasi Tahap Kecekapan PTK melalui Pemberian Nilai Taraf dan seterusnya teraniaya kerana terlepas peluang untuk dinaikkan pangkat.

Untuk maklumat lanjut, layari kgmmb.net bahagian ADUAN….

KERATAN AKHBAR

KGMMB turut memperjuangkan pelbagai isu di media cetak dan elektronik. Contoh KERATAN AKHBAR turut dipaparkan di laman web tersebut. Di antara isu-isu yang diperjuangkan yang menjadi tajuk akhbar seperti:-

i) KGMMB GESA PENSYARAH IPGM NAIK TARAFii) GURU BI BERKUALITI PERLU DI SEMUA SEKOLAHiii) KGMMB BANYAK MEMPERJUANG HAK GURUiv) MASALAH BEBAN 350,00 GURU DIBERI PERHATIANv) MELANTIK PEMBANTU GURUvi) PEMANSUHAN PPSMIvii) PENGAJARAN DARIPADA PEMANSUHAN PPSMIviii) USAHA WUJUD JAWATAN

PESANAN

Para guru diberi kebebasan dan ruang untuk memberikan pendapat, komen dan cadangan dalam ruang PESANAN yang disediakan. Segala isu dapat dikongsi dan dibincangkan bersama dengan para guru di seluruh Malaysia. Sekiranya terdapat aduan atau persoalan yang berkaitan dengan profesion perguruan, sila pos atau email ke [email protected]

KEAHLIAN

Ahli-ahli KGMMB boleh berurusan dengan KGMMB Cawangan masing-masing berdasarkan nombor telefon yang disediakan. Halaman ini juga mempunyai hubungkait dengan laman web KGMMB Cawangan iaitu Cawangan Kedah Tengah, Cawangan Johor dan Cawangan Pahang Timur.

DARI LAMAN WEB kgmmb.net

Page 11: LO suara KGMMB correction

20