Lokasi Kerajaan awal

7
KERAJAAN AWAL DI MALAYSIA Lokasi Kerajaan Gangga Negara 1. Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11) Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

description

sejarah

Transcript of Lokasi Kerajaan awal

Page 1: Lokasi Kerajaan awal

KERAJAAN AWAL DI MALAYSIA

Lokasi Kerajaan Gangga Negara

1. Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada

disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung

yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan

sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini

berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari

Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan

sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat

Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja

Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau

keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Keistimewaan

Dipercayai kerajaan Melayu pertama menerima dakwah Islamiah daripada putera Raja

Acheh. Selepas menerima Islam, Gangga Negara bertukar menjadi Beruas.

Page 2: Lokasi Kerajaan awal

Lokasi Kerajaan Langkasuka

Langkasuka (Kurun ke 2 hingga kurun ke 14)

Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China),

Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-

pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia

Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley

1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli

sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur

Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah

lokasi asal negeri Patani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang

terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan

Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu.

Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang

Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah

ke Pattani.

Keistimewaan

Sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka

(Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh

dan berlindung daripada ribut tengkujuh.

Page 3: Lokasi Kerajaan awal

Lokasi Kerajaan Pan-Pan

3. Pan Pan (kurun-3 hingga kurun-5) 

Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga

hingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu,

Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini. Adalah juga dipercayai

bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu Srivijaya.

Semasa Dinasti Utara dan Selatan pada tahun 529, 533, 534, 535 dan 571, Kerajaan

Pan Pan menghantar ufti ke China. Pada tahun 616 dan 637 Kerajaan Pan Pan

menghantar ufti kepada Dinasti Tang.

Keistimewaan

Sebuah negara kecil yang mampu berdiri bersama kasa besar lain seperti Srivijaya.

Bernaung di bawah kuasa Sriviaya.

Page 4: Lokasi Kerajaan awal

Lokasi Kerajaan Srivijaya

4. Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)

Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu

purba yang berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak

mempengaruhi Asia Tenggara. Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7;

apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya

selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683

masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.

Kemahsyuran Srivijaya sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara berkemungkinan

besar menarik minat para pedagang dan ulama Muslim dari Timur Tengah

menyebarkan agama Islam. Beberapa kerajaan yang pada mulanya merupakan

sebahagian dari Srivijaya, bakal muncul menjadi kerajaan-kerajaan Islam di

Semenanjung dan Sumatera.

Keistimewaan

 Srivijaya juga adalah negara yang sangat kaya dengan emas, bahkan I-Tsing pernah menggelarnya

sebagai "Chin Chou" atau "Kepulauan Emas". Rakyatnya menyediakan sembahan kepada Buddha dalam

bentuk bunga teratai emas, menggunakan bekas-bekas dari emas, dan membina arca-arca dari emas.

Berbeza dengan mata wang China pada zaman tersebut yang biasanya diperbuat dari tembaga, loyang

atau besi, orang Srivijaya hanya menggunakan emas dan perak dalam perdagangan.

Page 5: Lokasi Kerajaan awal

Lokasi Kerajaan Kedah Tua

5. Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di

Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah,

Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga

disebut sebagai Cheh-Cha.

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas

merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua

dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh

Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah

Bujang.

Keistimewaan

Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh

penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan,

tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga

menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.