lompat jauh.docx
-
Upload
koh-jia-xian -
Category
Documents
-
view
48 -
download
4
Transcript of lompat jauh.docx
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN
_________________________________________________________________________
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JANUARI 2013
_________________________________________________________________________
LOMPAT JAUH
NAMA PELAJAR : HENDRY THEN TZE YEAN (930907 – 13 – 5263)
KOH JIA XIAN (930411 – 01 – 6463)
WONG TECK YONG (920606 – 13 – 6027)
NO. ANGKA GILIRAN : 2013151340094
2013151340095
2013151340110
KUMPULAN : PISMP SEMESTER 5
UNIT : PENDIDIKAN PEMULIHAN (SJKC) / BC/ SJH
NAMA KURSUS : KOKURIKULUM - OLAHRAGA
KOD KURSUS : WAJ3121
NAMA PENSYARAH : EN. AWANG ABDULLAH BIN YAAKOB
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 SEJARAH LOMPAT JAUH 1
3.0 PERALATAN-PERALATAN DIGUNAKAN 2
4.0 TEKNIK-TEKNIK LOMPAT JAUH 5
5.0 PRINSIP-PRINSIP LOMPAT JAUH 8
6.0 FASA-FASA LOMPAT JAUH 9
7.0 OTOT-OTOT YANG TERLIBAT 10
8.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH 10
9.0 KESELAMATAN DALAM LOMPAT JAUH 13
10.0 ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH 13
1.0 PENGENALAN
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga dimana seseorang atlet mencuba mendarat
sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian
daripada Sukan Olimpik. Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya
peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan
yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh
pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara. Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan
merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut
bertanding dan memenangi acara ini.
Kini acara rekod acara tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan
lompatan sejauh 8.95 meter manakala bagi acara wanita rekod acara tersebut telah dipegang
oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter.
2.0 SEJARAH LOMPAT JAUH
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam
sebarang acara balapan dan padang. Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah
dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Teknik dan
gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa
kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada
zaman dahulu, lompatan dibuat secara berkali-kali sama ada dalam bentuk multiple, double
triple atau quin-triple.
Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga
1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani
Purba. Seseorang atlet akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil
halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk
menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke
hadapan. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh
Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta.
1
3.0 PERALATAN-PERALATAN DIGUNAKAN
(a) Lorong Larian Lorong larian mempunyai jarak yang
sesuai adalah penting untuk membuat
pecutan, larian dan lompatan. Jarak
standard lorong larian ialah 45 m x 1.22
m. Lorong hendaklah bebas daripada
sebarang halangan atau gangguan yang
boleh mengganggu peserta membuat
lompatan.
(b) Papan Pelepas Papan pelepas digunakan sebagai
petanda dan permulaan lompatan.
Papan pelepas yang standard ialah
bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar
yang diletakkan satu meter dari hujung
yang terdekat dengan kawasan
pendaratan. Papan ini biasanya
diwarnakan putih seluruhnya.
(c) Kawasan Pendaratan Kawasan pendaratan digunakan untuk
mendarat dalam satu-satu lompatan.
Kawasa ini penting dan merupakan
peralatan utama dalam setiap acara
lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan
dilembapkan. Saiz standard kawasan
pendaratan ialah 9 m panjang dan 2.75
m lebar.
2
(d) Pita Pengukur Pita pengukur digunakan unutk
mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak
lompatan diukur dari hujung terdekat
papan pelepas ke hujung terdekat
tempat pendaratan dalam kotak
pendaratan. Kini, dalam kejohanan-
kejohanan olahraga utama dunia, pita
pengukur telah digantikan dengan alat
pengukur elektronik, yang menjadikan
pengukuran lebih mudah, cepat dan
tepat.
(e) Pengukur Halaju Angin Pengukur halaju angin digunakan untuk
mengukur halaju angin ketika satu-satu
lompatan dibuat. Ia penting untuk
menentukan sama ada lompatan
tersebut dibantu oleh angin atau tidak.
Untuk perjumpaan peringkat sekolah
atau kelab, alat ini tidak digunakan.
(f) Bendera Isyarat Bendera digunakan oleh pengadil yang
mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat
dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu
bendera putih dan bendera merah.
Bendera putih untuk lompatan bersih
manakala bendera merah untuk
lompatan batal.
3
(g) Kasut Berpaku Kasut yang sesuai adalah penting untuk
larian dan juga sebagai perlindungan
kepada pelompat. Kasut yang berpaku
dan bertumitkan plastik sesuai
digunakan untuk acara ini.
(h) Penyapu Penyapu digunakan untuk meratakan
pasir di kawasan pendaratan.
4.0 TEKNIK-TEKNIK LOMPAT JAUH
4
TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA LAYAR
Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana gaya lompatan ini
mudah dilakukan. Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam
keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.
Fasa Penujuan
Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah atau jarak 35-
45 meter.
Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah keempat yang telah ditandakan.
Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk
mengatasi halangan gravity.
Fasa Lonjakan
Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.
Hayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin untuk menambah kelajuan
menegak.
Fasa Layangan
Rapatkan lutut ke dada dan hayunkan kedua-dua tangan ke atas dank e hadapan.
Fasa Mendarat
Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.
Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.
Condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.
5
TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA GANTUNG
Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa
fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat.
Fasa Penujuan
Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah atau jarak 35-
45 meter.
Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah keempat yang telah ditandakan.
Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk
mengatasi halangan gravity.
Fasa Lonjakan
Lonjak dengan kuasa maksimum.
Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama
angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.
Fasa Layangan
Hayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan
keadaan seperti tergantung.
Bengkokkan kaki ke belakang.
Angkat kedua-dua lutut serentak dengan hayunan tangan ke hadapan untuk persediaan
mendarat.
6
Fasa Mendarat
Kedua-dua kaki dirapatkan ke hadapan.
Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta
badan dihamburkan ke hadapan.
TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA TENDANG KAYUH
Teknik ini lebih sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang peserta
seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di udara pada fasa
layangan sebelum mendarat.
Fasa Penujuan
Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah atau jarak 35-
45 meter.
Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah keempat yang telah ditandakan.
Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk
mengatasi halangan gravity.
Fasa Lonjakan
Lonjak dengan kuasa maksimum.
Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama
angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.
Fasa Layangan
7
Lakukan pergerakan ‘tendang kayuh’ satu setengah atau dua setengah langkah.
Langkah 1 – Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan.
Langkah 2 – Kedua-dua kaki berada di posisi yang bertentangan dengan langkah 1.
Badan bengkok ke hadapan. Tangan lurus ke hadapan.
Langkah setengah – Rapatkan kedua-dua kaki untuk mendarat. . Badan bengkok ke
hadapan. Tangan lurus ke hadapan.
Fasa Mendarat
Bengkokka badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.
Kedua-dua kaku dirapatkan ke hadapan.
Bengkokkan lutut semasa mendarat.
5.0 PRINSIP-PRINSIP LOMPAT JAUH
Tujuan utama lompat jauh adalah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum.
Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat
dan tinggi. Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa
pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut
satu lingkungan parabola di mana jarak lompatnya dapat ditentukan. Sebenarnya, gaya badan
semasa berada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan
pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.
6.0 FASA LOMPAT JAUH
Semua gaya ataupun teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan. Keempat-empat
fasa itu ialah:
8
Fasa penujuan – lari menuju ke papan lonjak
Fasa lonjakan – melompat dari papan
Fasa layangan – badan berada di udara
Fasa pendaratan – sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat
FASA PENUJUAN
1. Fasa ini memerlukan seseorang atlet untuk berlari dengan kepantasan yang optimum dan
terkawal.
2. Bilangan langkah larian adalah berbeza antara seyiap individu.
3. Gaya berlari untuk lompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila hampir sampai
papan lonjakan, atlet perlu bersedia untuk melonjak.
4. Pada langkah terakhir, atlet harus merendahkan sediki bahagian badannya utuk
mendapatkan tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah dibengkok.
FASA LONJAKAN
1. Tumpuan utama fasa ini adalah untuk mencapai lompatan yang tinggi.
2. Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjakan dengan tepat
di mana tapak kaki tidak melepasi bahagian hadapan papan.
3. Serentak dengan lonjakan tersebut, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
hadapan. Bahagian lutut dibiarkan tinggi.
4. Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas untuk
membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.
FASA LAYANGAN
1. Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada teknik yang hendak
digunakan.
2. Teknik yang biasanya digunakan adalah:
Gaya layar
Gaya gantung
Gaya tendang kayuh
FASA PENDARATAN
1. Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan
badan dan pencapaian jarak.
9
2. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut
dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayunkan ke
atas.
3. Badan dicodongkan ke hadapan spaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.
7.0 OTOT-OTOT YANG TERLIBAT
Antara bahagian-bahagian otot yang terlibat adalah seperti:
a) Gasteroid
b) Hamstring group & rektus femoris
c) Quadreceps & rektus abdominis
8.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH
1. Kawasan Lari Landas
Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan
sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.
2. Papan Lonjakan
10
Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22
meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter.
Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan
mendarat.
3. Papan Penanda Plastesin
Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan
1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya.
Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal.
4. Kawasan Mendarat
11
Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar. Kawasan mendarat
terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan
mendarat.
5. Peraturan Umum
Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga kali percubaan
lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut
susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka
diberi enam kali percubaan lompatan. Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan
lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik. Jika masih
sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan
bahagian penghujung papan lonjak.
9.0 KESELAMATAN DALAM LOMPAT JAUH
1. Sebelum melakukan latihan lompat jauh, langkah melakukan aktiviti memanaskan
badan harus dijalankan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa
latihan.
2. Regangkan otot-otot utama seperti di bahagian kaki, paha, badan dan tangan.
3. Kawasan lari landas dan pendaratan mesti selamat diguna dan bebas daripada apa -
apa gangguan sebelum melakukan aktiviti lompat jauh.
12
4. Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan
dapat dilakukan dengan selamat.
5. Papan lonjakan mesti diletakkan dengan baik dan betul.
6. Memastikan cara pemakaian murid - murid yang sesuai dan selesa.
10.0 ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH
MENGUKUR PENUJUAN
1. Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjokan di atas
papan lonjakan (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama
dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menandakan titik tersebut.
2. Selepas ini, pelompat menghadap tempat mendarat dan meletakkan tapak kaki bukan
lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
3. Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
LATIHAN LONJAKAN
1. Berlari dan melonjak dengan angkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh.
2. Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjakan.
3. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
4. Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.
LATIHAN GAYA LOMPATAN YANG BERBEZA
1. Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
2. Melonjak dari bangku dengan gaya yang berbeza. (layar, gantung. tendang kayuh)
3. Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya layar, gaya gantung dan gaya
tending kayuh.
LATIHAN MENDARAT
1. Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
2. Lompat dengan kaki lonjakan dan mendarat dari bangku atau papan lonjakan dan mendarat
ke dalam kawasan mendarat.
13