Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang...

download Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang Johor 09 24

of 24

Transcript of Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang...

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    1/24

    MENGENALPASTI PUNCA-PUNCA KEDATANGAN PELANCONG YANG

    BERMUSIM DALAM PELANCONGAN DI GUNUNG LEDANG, JOHOR

    RESEARCH MANAGEMENT INSTITUTE (RMI)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

    40450 SHAH ALAM, SELANGOR

    MALAYSIA

    DISEDIAKAN OLEH:

    CHEW SZE SIONG

    NOR ASIKIN BINTI SHAHARUDDIN

    LIM LEE SAH

    JULAI 2009

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    2/24

    MENGENALPASTI PUNCA-PUNCA KEDATANGAN PELANCONG YANG

    BERMUSIM DALAM PELANCONGAN DI GUNUNG LEDANG, JOHOR

    INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

    40450 SHAH ALAM, SELANGOR

    MALAYSIA

    DISEDIAKAN OLEH:

    CHEW SZE SIONG

    NOR ASIKIN BINTI SHAHARUDDIN

    LIM LEE SAH

    JULAI 2009

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    3/24

    MENGENALPASTI PUNCA-PUNCA KEDATANGAN PELANCONG YANG

    BERMUSIM DALAM PELANCONGAN DI GUNUNG LEDANG, JOHOR

    DISEDIAKAN OLEH:

    CHEW SZE SIONG

    NOR ASIKIN BINTI SHAHARUDDIN

    LIM LEE SAH

    JULAI 2009

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    4/24

    Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

    Universiti Teknologi MARA

    Kampus Alor Gajah78000 Alor Gajah

    Melaka

    Tarikh: 28 Julai 2009No Fail Projek: 600-IRDC/SSP.5/3/Rsp(32/2008)

    Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)

    Institut Pengurusan Penyelidikan

    Universiti Teknologi MARA

    40450 Shah Alam

    Yang Berbahagia Prof.,

    LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN MENGENALPASTI PUNCA-PUNCA

    KEDATANGAN PELANCONG YANG BERMUSIM DALAM PELANCONGAN

    DI GUNUNG LEDANG, JOHOR

    Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 2 (dua) naskhah Laporan

    Akhir Penyelidikan bertajuk Mengenalpasti Punca-Punca Kedatangan Pelancong YangBermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang, Johor.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    CHEW SZE SIONGKetua Penyelidik

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    5/24

    KUMPULAN PENYELIDIK

    CHEW SZE SIONG

    Ketua Penyelidik

    Tandatangan

    NOR ASIKIN SHAHARUDDIN

    Ahli

    Tandatangan

    LIM LEE SAH

    Ahli

    Tandatangan

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    6/24

    PENGHARGAAN

    Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas kepada Puan Nor Azina binti Dahlan dan

    Prof Dr. Amran Hamzah di atas perhatian dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

    Terima kasih juga ditujukan kepada pihak Gunung Ledang Resort Sdn. Bhd. yang telah

    menyalurkan maklumat dalam menyiapkan projek ini.

    Akhir sekali, penghargaan ikhlas dirakamkan buat rakan-rakan seperjuangan yang telah

    memberi kerjasama, semangat dan dorongan sepanjang penyelidikan ini.

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    7/24

    ABSTRAK

    Seasonality dalam permintaan pelancongan merupakan satu isu yang semakin mendapat

    perhatian daripada semua sektor yang terlibat dalam industri pelancongan khasnya di

    kawasan tarikan yang terletak di kawasan sempadan (peripheral destinations) dan

    kawasan tarikan pelancong yang mempunyai perubahan empat (4) musim di sepanjang

    tahun. Fenomenaseosonality paling ketara yang boleh dilihat di negara Malaysia adalah

    di destinasi pelancongan kepulauan yang terletak di Pantai Timur Semenanjung

    Malaysia. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawaseasonality mungkin juga berlaku

    di kawasan-kawasan terikan yang lain di Malaysia. Tujuan penyelidikan ini dijalankan

    ialah untuk mengenalpasti punca-punca seasonality dalam pelancongan di Gunung

    Ledang. Kewujudan seasonality adalah hasil daripada permintaan pelancongan yang

    bermusim di sesebuah kawasan destinasi yang tertentu. Oleh itu, soal selidik pelawat

    dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk mengenalpasti

    faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan pelancong di Gunung Ledang. Hasil kajian

    mendapati bahawa Gunung Ledang merupakan kawasan tarikan yang sering dikunjungi

    oleh pelawat harian yang terdiri daripada golongan belia dan pelawat yang datang

    bersama seisi keluarga. Oleh itu, cuti hujung minggu dan cuti sekolah merupakan masa

    yang paling sesuai bagi mereka untuk membuat lawatan atau bercuti. Tambahan pula,

    jarak perjalanan yang jauh dan kekurangan kawasan tarikan lain di sekitar Gunung

    Ledang tidak dapat menarik kedatangan pelawat pada hari-hari biasa selain daripada

    musim cuti. Ini jelas menunjukkan bahawa masa cuti, jarak perjalanan dan kawasan-

    kawasan tarikan yang terhad di sekitar Gunung Ledang merupakan punca-punca yang

    menyebabkanseasonality dalam pelancongan di Gunung Ledang.Gunung Ledang dilihat

    berpotensi untuk dibangunkan dan dipromosikan sebagai sebuah wilayah pelancongan

    yang mempunyai pelbagai produk pelancongan yang berasaskan sumberjaya tempatan.

    Maka, tindakan yang sewajarnya harus diambil oleh pihak-pihak yang terlibat supaya

    masalahseasonality dalam pelancongan di Gunung Ledang dapat diatasi dengan secepat

    mungkin.

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    8/24

    SENARAI RAJAH

    Mukasurat

    Rajah 1.1 Carta Alir Penyelidikan 12

    Rajah 2.1 Model Integrasi Pelancongan 28

    Rajah 3.1a Kedatangan Harian (Jun 2005) 66

    Rajah 3.1b Kedatangan Bulanan (Tahun 2005 & 2006) 68

    Rajah 3.1c Kategori Umur 69

    SENARAI JADUAL

    Mukasurat

    Jadual 2.3 Punca-Punca Seasonality Dalam Pelancongan 50

    Jadual 3.1a Kategori Pekerjaan 70

    Jadual 3.1b Asal Pelawat 71

    Jadual 3.1c Perkaitan Antara Masa Dan Tujuan Kunjungan 73

    Jadual 3.1d Perkaitan Antara Asal Dengan Kekerapan Kunjungan Responden 75

    Jadual 3.1e Perkaitan Antara Tempoh Perjalanan Dengan Kekerapan Kunjungan 78

    Mukasurat

    SENARAI PELAN

    Pelan 3.1.3 Kawasan-Kawasan Tarikan Di Daerah Muar 81

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    9/24

    ISI KANDUNGAN

    Mukasurat

    Penghargaan i

    Abstrak ii

    Senarai Rajah iii

    Senarai Jadual iv

    Senarai Pelan v

    BAB 1 : PENDAHULUAN

    1.0 Pengenalan 1

    1.1 Kenyataan Masalah 4

    1.2 Penyataan Masalah 8

    1.3 Tujuan Penyelidikan 8

    1.3.1 Matlamat Penyelidikan 8

    1.3.2 Objektif Penyelidikan 8

    1.4 Persoalan Penyelidikan 9

    1.5 Pendekatan Penyelidikan 91.5.1 Pemahaman Awal 10

    1.5.2 Kajian Teoritikal 11

    1.5.3 Kajian Lapangan 13

    1.5.4 Analisis Kajian 141.5.5 Penemuan Penyelidikan Dan Kesimpulan 14

    1.6 Skop Penyelidikan 15

    1.7 Falsafah Dan Kaedah Penyelidikan 16

    1.7.1 Falsafah Penyelidikan 16

    1.7.2 Kaedah Dan Instrumen Penyelidikan 17

    1.8 Kawasan Kajian 19

    1.9 Kepentingan Penyelidikan 23

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    10/24

    BAB 2 : PELANCONGAN DAN PERMINTAAN PELANCONGAN

    2.0 Pengenalan 23

    2.1 Pelancongan 232.1.1 Definisi Pelancongan 24

    2.1.2 Kategori Pelancongan 26

    2.1.3 Elemen-Elemen Penawaran Pelancongan 27

    2.2 Permintaan Pelancongan 28

    2.2.1 Konsep Permintaan Pelancong 31

    2.2.2 Kategori Permintaan Pelancong 44

    2.3 Seasonality 46

    2.3.1 Definisi Seasonality 482.3.2 Punca-Punca Seasonality 50

    2.3.3 Aspek Reruang Dalam Seasonality 55

    2.3.4 Kesan-Kesan Seasonality 57

    2.3.5 Cadangan-Cadangan Lepas 62

    BAB 3 : PENEMUAN PENYELIDIKAN DAN KESIMPULAN

    3.0 Pengenalan 65

    3.1 Seasonality Di Gunung Ledang 653.1.1 Ciri-Ciri Pelawat 68

    3.1.2 Ciri-Ciri Perjalanan 72

    3.1.3 Elemen-Elemen Penawaran 79

    3.2 Kesimpulan 86

    BAB 4 : IMPLIKASI DAN CADANGAN

    4.0 Pengenalan 89

    4.1 Implikasi 89

    4.2 Cadangan 914.2.1 Pasaran Pelancong 91

    4.2.2 Penentuan Harga 93

    4.2.3 Program Dan Aktiviti Musim Luar 934.2.4 Alat Promosi Dan Pemasaran 94

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    11/24

    4.3 Penutup 97

    Rujukan 98

    Lampiran

    Lampiran A - Soal Selidik Pelancong

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    12/24

    BAB I

    PENDAHULUAN

    1.0 PENGENALAN

    Pelancongan merupakan sektor kedua terpenting di Malaysia bersama-sama

    sektor pembuatan dan petroleum pada masa kini. Pada tahun 2005, ia

    menyumbang kira-kira 43% daripada Keluaran Kasar Negara dengan

    menghasilkan pendapatan sejumlah RM18.1billion kepada ekonomi negara,

    khususnya menerusi kemasukan pelancong asing dan rakyat tempatan yang

    melancong dalam negeri. Angka ini dijangkakan akan mencecah sehingga 59.4

    billion pada tahun 2010 (Rancangan Malaysia ke -9).

    Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8, industri pelancongan telah mengalami

    pembangunan yang menggalakkan dan menyumbang kepada pendapatan

    pertukaran mata wang asing yang tinggi serta menjana perniagaan baru dan

    peluang pekerjaan. Usaha ini diteruskan menerusi Rancangan Malaysia ke-9

    apabila industri pelancongan bakal menjadi sumber pertumbuhan baru yang

    utama dan pemacu kepada pembangunan sektor perkhidmatan. Tumpuan utama

    yang akan diberi adalah dalam mempertingkatkan kedudukan negara sebagai

    destinasi pelancongan global utama serta mempromosikan pelancongan domestik.

    Lebih banyak usaha bersepadu akan diambil daripada gabungan penglibatan

    sektor awam dan swasta untuk mengembleng dan menyalurkan sumber bagi

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    13/24

    menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih

    banyak produk pelancongan yang berbentuk inovatif dan mampan. Antara aktiviti

    utama dalam pertumbuhan sub-sektor pelancongan negara terdiri daripada industri

    hotel, kembara dan siar, peruncitan, restoran dan pengangkutan (Rancangan

    Malaysia ke-9).

    Pelancongan domestik merupakan komponen penting bagi industri pelancongan

    negara. Bilangan perjalanan pelancongan domestik meningkat sebanyak 30.2%

    daripada 12.3juta pada tahun 2000 kepada 16juta pada tahun 2005. Hasil daripada

    pertumbuhan ekonomi, pertambahan masa lapang dan waktu riadah, peningkatan

    pendapatan dan lebihan pendapatan, perkembangan promosi pelancongan dan

    aktiviti rekreasi, serta peningkatan kemudahan untuk melancong dan berekreasi,

    minat untuk membuat lawatan di kalangan masyarakat negara ini terus meningkat.

    Selain itu, kemunculan destinasi tarikan pelancongan yang lebih menarik dari

    semasa ke semasa turut mempelbagaikan lagi produk-produk pelancongan yang

    terdapat di pasaran. Dasar kerajaan terhadap pembangunan industri pelancongan

    bukan sahaja mengarah kepada pembangunan prasarana, tetapi turut meliputi

    galakan-galakan untuk berekreasi dan melancong serta penglibatan masyarakat

    dalam keusahawanan industri pelancongan (Badaruddin et. al., 2001).

    Malaysia mempunyai pelbagai sumber alam dan sumber budaya yang unik dan

    menarik yang dapat dibangunkan sebagai produk-produk pelancongan

    (Badaruddin et. al., 2001). Antaranya termasuklah destinasi pelancongan alam

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    14/24

    semulajadi dan eko-pelancongan, pelancongan berasaskan pertanian, program

    tinggal bersama keluarga, pelancongan warisan dan budaya, pendidikan, hiburan,

    kesenian, persidangan, insentif, konvesyen dan pameran (MICE), acara sukan

    antarabangsa dan aktiviti membeli-belah serta rekreasi (Rancangan Malaysia ke-

    9).

    Malangnya, terdapat satu sifat pelancongan yang tipikal telah menimbulkan

    ketidakseimbangan duniawi dalam industri pelancongan, dimana ia merupakan

    satu fenomena yang perlu diambilkira dalam usaha perancangan dan

    pembangunan produk-produk pelancongan sesebuah negara. Sifat pelancongan ini

    dikenali sebagai seasonality. Sehubungan ini, seasonality juga berlaku dalam

    industri pelancongan di Malaysia. Kebanyakan pulau peranginan di negara ini

    dipengaruhi oleh fenomena ini, khasnya pulau-pulau yang terletak di sebelah

    Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana Musim Monsun

    Timur Laut yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada bulan

    November hingga Februari setiap tahun.

    Musim tengkujuh yang berlaku pada setiap tahun menyebabkan banyak aktiviti di

    kawasan pulau peranginan di semenanjung Malaysia tidak dapat dijalankan.

    Aktiviti rekreasi air merupakan aktiviti utama di pulau peranginan, oleh itu

    sekatan untuk menjalankan aktiviti ini secara langsung akan menyebabkan

    bilangan pelancong menjadi berkurangan semasa musim tengkujuh. Sebaliknya,

    bilangan pelancong pada bulan April hingga September adalah amat tinggi kerana

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    15/24

    masa ini sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti menyelam dan aktiviti fotografi

    dasar laut sambil menghayati batu karang yang berwarna warni dan hidupan

    akuatik lain yang menarik.

    Perubahan cuaca ini menyebabkan perbezaan permintaan pelancong yang amat

    ketara antara Musim Monsun Timur Laut (bulan November hingga Februari)

    dengan musim puncak (bulan April hingga September). Ini menunjukkan bahawa

    perubahan cuaca merupakan faktor utama yang menyebabkan kedatangan

    pelancong yang turun naik mengikut musim di pulau-pulau peranginan tersebut.

    Fenomena permintaan pelancong yang bermusim atau kedatangan pelancong yang

    berubah secara sistematik dan berulang pada setiap tahun ini dikenali sebagai

    seasonality.

    1.1 KENYATAAN MASALAH

    Keadaan bermusim dalam permintaan aktiviti pelancongan merupakan salah satu

    isu polisi yang banyak dibincangkan, terutamanya di kawasan-kawasan tarikan

    yang mempunyai empat musim dan yang terletak di sempadan (peripheral

    destinations). Walau bagaimanapun permintaan pelancongan yang bermusim juga

    merupakan satu isu di kawasan tropikal seperti Caribbean dan sub-benua India,

    dimana berlakunya perubahan cuaca yang ketara seperti musim monsun dan

    musim kemarau. Fenomena ini seterusnya akan memberi kesan ke atas

    permintaan pelancong pada suatu masa tertentu dalam tempoh satu tahun. Seperti

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    16/24

    yang diutarakan tadi, Malaysia juga mengalami permintaan pelancong yang

    bermusim akibat daripada perubahan cuaca seperti musim monsun yang berlaku

    di Pantai Timur Semenanjung Malaysia setiap tahun.

    Di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, musim cuti adalah apabila tibanya

    musim sejuk. Ramai pelancong akan mengadakan kunjungan atau melancong ke

    negara beriklim panas seperti Pasifik atau Sepanyol pada musim sejuk semata-

    mata hendak mencari cahaya matahari untuk memanaskan badan. Apabila musim

    sejuk berakhir, maka kawasan kunjungan tersebut akan menjadi sunyi semula

    (Yoeti, 1988). Ini menunjukkan bahawa fenomena perubahan iklim akan

    membawa kepada permintaan yang bermusim dalam industri pelancongan dari

    semasa ke semasa.

    Kawasan sempadan merupakan lokasi yang jauh dari pusat populasi utama.

    Akibatnya, jarang terdapat pelancong tempatan yang membuat lawatan harian

    atau berkunjung ke kawasan tarikan yang terletak di kawasan sempadan semasa

    cuti pendek. Seperti yang berlaku di Paris, Paris Disneyland telah dirancang dan

    dibangunkan di kawasan perindustrian berpopulasi tinggi yang mudah dicapai di

    utara Eropah supaya dapat menarik lebih ramai kedatangan pelawat harian pada

    setiap masa (Baum & Hagen, 1999). Jarak perjalanan yang jauh menyebabkan

    tempoh perjalanan yang lama untuk berkunjung ke destinasi tersebut. Justeru itu,

    para pelancong tempatan hanya akan berkunjung ke kawasan tarikan tersebut

    apabila mempunyai masa lapang dan cuti yang panjang.

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    17/24

    Dalam erti kata lain, masa lapang juga akan mempengaruhi seseorang semasa

    membuat keputusan untuk mengadakan kunjungan ke destinasi pelancongan.

    Biasanya cuti umum merupakan masa yang paling sesuai untuk mengadakan

    kunjungan tanpa menjejaskan waktu bekerja atau waktu persekolahan seseorang

    individu. Oleh itu, kebanyakkan orang lebih suka untuk mengadakan kunjungan

    semasa cuti umum supaya mereka dapat menghabiskan masa lapang mereka

    bersama keluarga atau kawan-kawan yang juga sedang bercuti.

    Keadaan ini berbeza dibandingkan dengan kawasan pusat bandaraya yang penuh

    dengan pelbagai tarikan pelancongan seperti taman tema, kedai cenderamata,

    restoran, kompleks membeli belah dan sebagainya, yang mana permintaan

    pelancong adalah lebih stabil khasnya permintaan pelawat harian kerana faktor

    jarak, kedudukan, kemudahan pengangkutan awam yang memudahkan pelawat

    sampai di setiap destinasi pelancongan di sekitar bandar. Ini menunjukkan

    bahawa tarikan-tarikan yang terdapat di sekitar destinasi pelancongan juga

    memainkan peranan penting dalam memanjangkan tempoh kunjungan pelancong

    dan menggalakkan kedatangan pelawat.

    Selain itu, musim cuti sekolah atau cuti panjang juga menjadi pilihan masyarakat

    kini untuk membuat kunjungan ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mengikut

    kemampuan dan masa yang terluang. Ini mencerminkan permintaan pelancong

    akan menjadi lebih tinggi semasa musim cuti umum dan cuti sekolah atau cuti

    panjang berbanding dengan hari-hari biasa yang lain. Oleh itu, cuti umum dan

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    18/24

    musim cuti sekolah atau cuti panjang di sesebuah negara akan menyebabkan

    permintaan pelancongan yang bermusim mengikut waktu-waktu yang tertentu.

    Di Malaysia khususnya, pendapatan isi rumah dan kualiti hidup serta gaya hidup

    mendorong lebih ramai rakyat tempatan semakin kerap melancong. Pengenalan

    penerbangan kos rendah (LCC) turut menawarkan perjalanan udara yang lebih

    murah dan terus menyumbang kepada pertumbuhan kembara dan siar di kalangan

    pelancong. Selain itu, pelaksanaan lima hari bekerja dalam sektor awam sejak

    tahun 2005 turut merancakkan aktiviti pelancongan domestik. Faktor-faktor lain

    yang menyumbang terhadap pembangunan aktiviti pelancongan negara

    termasuklah peningkatan bilangan retreat korporat, rekreasi keluarga dan kem

    belia yang diadakan di pelbagai destinasi pelancongan di seluruh negara.

    Justeru itu, kajian ini akan memberi tumpuan dalam pengenalpastian punca-punca

    seasonality dan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan industri

    pelancongan di Gunung Ledang. Isu ini berkaitrapat dengan pembangunan

    industri pelancongan di sesebuah negara pada masa kini dan masa yang akan

    datang. Dewasa ini, banyak tumpuan telah diberi kepada usaha pembangunan,

    pemasaran dan program promosi industri pelancongan supaya dapat menarik

    kedatangan pelancong yang lebih ramai dari seluruh dunia, termasuk Malaysia.

    Namun, masih tidak ada penyelidikan yang dijalankan untuk mengkaji senario

    permintaan pelancongan dan mengenalpasti punca-punca seasonality dalam

    pelancongan di Malaysia buat masa ini.

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    19/24

    1.2 PERNYATAAN MASALAH

    Seasonality berlaku di Gunung Ledang, oleh itu langkah-langkah untuk

    mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku perlu

    dijalankan bagi menangani masalah ketidakstabilan jumlah pelancong yang

    berkunjung ke destinasi tersebut.

    1.3 TUJUAN PENYELIDIKAN

    1.3.1 Matlamat Penyelidikan

    Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkanseasonality dalam

    pelancongan di Gunung Ledang, Johor

    1.3.2 Objektif Penyelidikan

    Untuk mencapai matlamat yang telah dibentuk, beberapa objektif telah

    digariskan seperti:-

    i. Mengkaji pola kedatangan pelawat untuk melihat bentukpermintaan di kawasan kajian.

    ii. Menjalankan kerja lapangan dan soalselidik dalam usaha untukmengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan

    pelancong di Gunung Ledang.

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    20/24

    1.4 PERSOALAN PENYELIDIKAN

    i. Siapakah pelawat/pelancongyang selalu mengunjungi Gunung Ledang?ii. Mengapakah kedatangan pelawat ke Gunung Ledang banyak tertumpu

    pada cuti hujung minggu?

    iii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan pelancong diGunung Ledang?

    iv. Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelawat/pelancong diGunung Ledang?

    v. Apakah elemen-elemen tarikan pengunjung yang ditawarkan di GunungLedang?

    vi. Adakah kawasan-kawasan tarikan lain di persekitaran Gunung Ledang?

    1.5 PENDEKATAN PENYELIDIKAN

    Satu rangka kerja penyelidikan dihasilkan sebagai panduan kepada para

    penyelidik dalam menjalankan penyelidikan ini secara teratur. Beberapa strategi

    digunakan untuk menjalankan penyelidikan ini dimana pendekatan kajian yang

    digunakan melibatkan 5 peringkat seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1.5.

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    21/24

    1.5.1 Pemahaman Awal

    Sebahagian input dan rujukan akan dijalankan bagi memberi gambaran

    awal terhadap kajian ini. Bahan-bahan bacaan yang dirujuk seperti jurnal-

    jurnal, buku-buku rujukan, kajian-kajian lepas dan bahan-bahan bacaan

    yang lain adalah lebih menjurus kepada isu dan masalah seasonality dalam

    pelancongan. Pemahaman yang jelas terhadap isu dan masalah kawasan

    kajian yang dikenalpasti merupakan idea pertama dan maklumat asas

    untuk menghasilkan matlamat dan beberapa objektif yang ingin dicapai.

    Seterusnya beberapa soalan akan dikemukakan untuk memperjelaskan

    skop penyelidikan yang akan dikaji nanti.

    Peringkat ini juga melibatkan lawatan awal ke tapak sebagai pengamatan

    dan pemahaman awal terhadap kawasan kajian. Satu perjumpaan dibuat

    dengan pegawai yang bertugas di Gunung Ledang untuk memahami

    latarbelakang dan perkembangan semasa industri pelancongan, corak

    permintaan pelancong serta impak-impak terhadap pelancongan di

    kawasan kajian hasil daripada isu dan masalah semasa yang berlaku di

    situ.

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    22/24

    1.5.2 Kajian Teoritikal

    Peringkat ini melibatkan pemahaman secara umum yang berkaitan dengan

    skop penyelidikan supaya ia dapat membantu dalam menjalankan analisis

    nanti. Banyak rujukan perlu dibuat berdasarkan topik-topik yang berikut:-

    i. PelanconganMerangkumi konsep, definisi, kategori dan elemen-elemen

    penawaran pelancongan serta hubungkait antara pelancongan

    denganseasonality.

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    23/24

    Rajah 1.1: Carta Ali r Penyeli dikan

    KENYATAAN MASALAH

    TUJUAN PENYELIDIKAN

    SKOP PENYELIDIKAN

    Seasonality

    PENGUMPULAN MAKLUMAT

    Data Primer Data Sekunder

    PERSOALAN

    PENYELIDIKAN

    Statistik & DiskriptifAnalisis Frekuensi &

    Crosstabulation

    PENEMUAN PENYELIDIKAN

    KESIMPULAN

    Pelancongan Permintaan Pelancongan

    Konsep dan definisiseasonality

    Punca-puncaseasonality

    Kesan-kesanseasonality

    Cadangan-cadanganumum untuk mengatasifenomenaseasonality

    Konsep dan definisipermintaan pelanconan

    Penentu-penentupermintaan pelancong

    Kategori permintaanpelancongan

    Situasi semasa antarapermintaanpelancongan dengan

    seasonality

    Konsep dan definisipelancongan

    Kategori pelanconganElemen-elemenpenawaran

    pelancongan

    Situasi semasa antarapelancongan danseasonality

    Pemahaman Awal

    Kajian Teoritikal

    Kajian Lapangan

    Temuramah pihak berkuasa:latarbelakang dan perkembangan

    semasa kawasan kajian, permintaan dan

    penawaran pelancongan sertaprojek/program pelancongan semasa.

    Temubual pelawat: demografi,ekonomi, geografi, tujuan lawatan,

    corak kunjungan, tahap kepuasan dan

    pendapat mereka.

    Dasar & strategi pelancongan peringkatnegara, negeri dan tempatan.

    Senario pembangunan negeri dantempatan.

    Rekod kedatangan pelawat/pelancong.Kalender Malaysia dan SingapuraKajian-kajian lepas, laman web dan

    keratan suratkhabar.

    ANALISA DATA

    Analisis Penyelidikan

    Penemuan Penyelidikan

    & Kesimpulan

  • 7/28/2019 Lp Mengenalpasti Punca Punca Kedatangan Pelancongan Yang Bermusim Dalam Pelancongan Di Gunung Ledang J

    24/24

    ii. Permintaan PelancongMelibatkan konsep, definisi, penentu-penentu dan ketegori

    permintaan pelancongan serta situasi semasa antara permintaan

    pelancongan denganseasonality.

    iii. SeasonalityMeliputi konsep, definisi, punca-punca dan kesan-kesan

    seasonality serta cadangan-cadangan yang terlibat dalam

    mengatasi fenomenaseasonality dalam pelancongan.

    1.5.3 Kajian Lapangan

    Peringkat ini melibatkan kerja pengumpulan data premier dan sekunder.

    Data primer akan diperolehi khasnya melalui temubual terhadap

    pelancong dan amnya pekerja-pekerja yang terlibat di kawasan kajian.

    Kaedah temubual dipilih sebagai pendekatan supaya faktor-faktor yang

    mempengaruhi permintaan setiap pelancong di kawasan kajian dapat

    dikenalpasti. Antara maklumat-maklumat yang terkandung dalam kertas

    soalselidik adalah seperti demografi, ekonomi, tujuan lawatan, corak

    kunjungan, tahap kepuasan dan juga cadangan para pelawat/pelancong.

    Untuk menyokong dan memperkukuh data yang dikumpul, data skunder

    juga akan dikumpul melalui terbitan rasmi seperti dasar dan strategi