Lukisan 2

115
1.0 PENGENALAN Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: a) Arca timbul b) Asemblaj c) Mobail d) Stabail e) Model f) Diorama g) Boneka h) Topeng i) Origami

Transcript of Lukisan 2

Page 1: Lukisan 2

1.0 PENGENALAN

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi

aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat

memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada

aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai

jenis kraf.

JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang

Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca

stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Bidang kegiatan

membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

a) Arca timbul

b) Asemblaj

c) Mobail

d) Stabail

e) Model

f) Diorama

g) Boneka

h) Topeng

i) Origami

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan

peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat

melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam

proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan

kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat

dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak

Page 2: Lukisan 2

3.1 TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau

binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman,

pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik

tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

a) Teknik Picitan

b) Teknik Lipatan

c) Teknik Potongan

d) Teknik Cantuman

e) Teknik Pembungkusan

f) Teknik Guntingan

g) Teknik Luakan

3.2 ALAT DAN BAHAN

Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan

karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat

dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas

yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat

dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

a. Arca Timbul

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua

dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan

objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan,

binaan atau asemblaj

b. Arca Mobail

Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan.

Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak.

Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah

kimpalan, gam, skru dan lipatan.

Page 3: Lukisan 2

c. Arca Stabail

Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek

dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk

menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau

binaan.

d. Assemblaj

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi

satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik

penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau

gam.

e. Model

Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit.

Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan

adalah gam, kimpalan, skru dan acuan

f. Diorama

Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita,

maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya

digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan

kimpalan.

g. Boneka

Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan,

serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah

jalitan, gam, kimpalan dan skru.

Page 4: Lukisan 2

h. Topeng

Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam

konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau

diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau

kimpalan.

Terdapat 3 jenis topeng iaitu:

  

1. Topeng muka

2. Topeng mata

3. Topeng serkup  

i. Origami

Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi.

Teknik yang digunakan adalah teknik lipatan.

Page 5: Lukisan 2

2.0 Membuat Corak dan Rekaan

DEFINISI

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara

bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak

Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau

Corak Tidak Terancang.

Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau

daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai

nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:

a) Corak Terancang

b) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan

dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai

jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Page 8: Lukisan 2

7. Lipatan dan guntingan

8. Capan

Jenis susunan dalam corak terancang

Susunan Ulang Sekata

Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi

menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan

grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara

ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak

yang menarik dan teratur.

Page 9: Lukisan 2

Susunan Batu Bata

Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya

disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal

Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang

bertentangan.

Susunan Bertindih

Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain

sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun

Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak.

Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

Susunan Berpusat

Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif

ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan

sebagainya.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia

boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan

sebagainya.

Page 10: Lukisan 2

Contoh corak tidak terancang ialah:  

1. Ikat dan celup

Teknik dalam ikat dan celup pula ada 4 iaitu:

 

 - Simpulan

 - Lipat dan ikat

 - Ikat dengan objek

 - Jahitan

2. Pualaman

Page 11: Lukisan 2

3. Titisan

 4. Percikan atau renjisan

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:

1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi

2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri

yang lain.

3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia

4. Rupa atau bentuk angka dan huruf

5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.

Page 12: Lukisan 2

TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1. Perlakuan

a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.

b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.

c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.

D) Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan

gubahan seni.

e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.

f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.

G) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.

h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.

i) Membezakan jenis corak tertentu.

j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.

k) Mengatur corak.

l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.

m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.

n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata

dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.

o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara

terperinci terhadap ciptaan tersebut.

2. Persepsi

a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding,

penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.

b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.

c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.

d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.

e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.

f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.

g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.

h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.

Page 13: Lukisan 2

i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.

j) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.

k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.

l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan

kaitannya dengan kehidupan mereka.

m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan

menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.

n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

3. Pengetahuan Budaya

a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.

b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf

tradisional.

c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada

alat kegunaan harian.

d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf

tradisional.

e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan

kebangsaan.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek

b) Corak sebagai elemen hiasan

c) Corak sebagai nilai estetik

Page 14: Lukisan 2

Mengenal Kraf TradisionalPENGENALAN

Kraf Tradisional merupakan warisan bangsa,pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas terzahir melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Kebiasaannya barang-barang kraf ini dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian.

Ni contoh-contoh seni kraf tradisional:

1. Batik

Page 22: Lukisan 2

MenggambarDEFINISI MENGGAMBARMenggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.(Lebih lanjut)

ALAT,MEDIA DAN TEKNIKMurid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus

Page 23: Lukisan 2

hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

TUJUAN MENGGAMBAR• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukisdan membuat gambar• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman• Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari• Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.

Page 24: Lukisan 2

• Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi

(b) Aras Aplikasi dan Analisa• Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan• Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual denganperasaan gembira• Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif

(c) Aras Sintesis dan Penilaian• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual• Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti

Page 25: Lukisan 2

bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan• Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif

LUKISAN(a) Definisi LukisanLukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

Page 26: Lukisan 2

(b) Alat, Media dan Bahan   - Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras  - Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut  - Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna  - Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan  - Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus  - Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut  - Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin  - Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal  - Marker pelukisan (rendering marker)  - Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.• Kertas cat air - tebal dan bermutu

Page 27: Lukisan 2

tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Tekniki. Coreng / contengii. Garisan konturiii. Titikiv. Pangkah silangv. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau

Page 28: Lukisan 2

tidak bernyawa(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan(iv) Kesan cahaya pada imej(v) Pembentukan bayang-bayang(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Contoh Lukisan

1. Lukisan menggunakan pensil

Page 30: Lukisan 2

 

CATANCatan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. (Wikepedia)

Jenis Warna1. Warna Poster2. Warna Air3. Cat Akrilik4. Cat Minyak5. Cat Tempera

Page 31: Lukisan 2

6. Cat Gouache7. Fresko - Kapur plaster

PROSES CATAN CAT AIR

1. Penyediaan Kertas Cat AirRegangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk CatanPemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi

3. Membuat LakaranMenghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses MewarnaMemulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih

Page 32: Lukisan 2

berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span.

5. Kemasan dan PersembahanCatan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.( Untuk maklumat lanjut dantontonan video--> Klik Sini)

CIRI-CIRI CATAN CAT AIR - Bersifat lutsinar - Boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali - Membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

Page 33: Lukisan 2

TEKNIK CAT AIR - basah atas kering - basah atas basah - kering atas kering - kering atas basah   

Teknik Basah Atas Kering 

Ciri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran WarnaCampuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

CaraWarna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah

Page 34: Lukisan 2

Ciri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran warnaCampuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

CaraKertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair.Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik berus kering (kering atas kering)

Ciri-ciriTeknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warnaGunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara

Page 35: Lukisan 2

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

 Teknik kering atas basah

Ciri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Campuran warnaWarna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

CaraAmbil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

Page 36: Lukisan 2

CAT MINYAK  Cat minyak merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang mengandungi sejumlah kecil partikel pigment terapung dalam pelarut ringan selain daripada air. Cat minyak telah digunakan di England seawal abad ke 13 bagi hiasan mudah, tetapi tidak digunak pakai secara meluas bagi tujuan artistik sehingga abad ke 15. Kegunaan moden paling meluas bagi cat minyak adalah kegunaan harian, di mana ciri-ciri tahan lasak dan warna terang menjadikannya digemari bagi kegunaan dalaman dan luaran.(Klik sini untuk maklumat lanjut dan video proses)

Page 37: Lukisan 2

Sifat cat minyak- Pewarna cat minyak menggunakan bahantaranya turpentine.- Ia menggunakan linsid oil( minyak biji rami) sebagai pengilat dalam lukisan.- Dalam cat minyak ia boleh membuat berbagai kesan, tetapi sesuai untuk kesan tegap- Cat minyak ini juga lambat untuk kering- Menggunakan kain kanvas untuk mencatan- Berus jenis keras atau pisau palit

TEKNIK-TEKNIK CAT MINYAK

  Teknik Titik (Pointilistic) Titikan warna dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna. Jika dilihat dari jarak yang jauh, titik-titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna baharu. Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara optikal.

Teknik Glazing

Page 38: Lukisan 2

Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan berkaca yang lut sinar. Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah yang telah kering.

Teknik ScamblingDalam teknik ini, warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata, lut sinar, atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik Scumbling boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan terang. Ia boleh dilapiskan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Ia menggunakan berus yang terkawal, menggunakan lapisan warna.

Teknik Alla Prima ( Direct painting)Teknik ini merujuk cara di mana artis perlu mewarna secara tepat dan spontan

Page 39: Lukisan 2

dengan sapuan warna terus dari tiub. Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya terus dan spontan. Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini, taida lapisan kedua.

Teknik ImpastoTeknik ini mengaplikasikan penggunaan warna tebal dan banyak yang mana ia kontra dengan teknik glazing atau teknik scumbling. Warna yang tebal mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet (palette knife). Teknik impasto sering digunakan dalam catan alla prima apabila cat yang sapuan tebal dan sapuan berus yang cepat membenarkan catan itu disiapkan dengan cepat.

Teknik Hard EdgeIa merupakan teknik yang menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna yang mana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong. 

Page 40: Lukisan 2

Contoh Karya Cat Minyak

KOLAJKolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.

Page 41: Lukisan 2

Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolajperlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.

Contoh karya ( Contoh lain )

1. Kolaj dari kertas warna

2. Kolaj dari labuci

Page 42: Lukisan 2

3. Kolaj dari daun-daun kering

MONTAJMontaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.Aktiviti montaj menggunakan teknik

Page 43: Lukisan 2

memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.

Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.

Contoh karya

1. Montaj perkahwinan 

Page 44: Lukisan 2

2. Montaj wanita

CETAKANCetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan

Page 45: Lukisan 2

cara memotong permukaan plat dengan dakwat

Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.( Maklumat lanjut mengenai cetakan)

(a) Cetakan Timbulan (Relief)• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.• Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Cetakan Kayu(b) Cetakan Lino(c) Cetakan Kolograf

Page 47: Lukisan 2

• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu.• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem Leker(c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakanlukisan pensil.• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

Page 48: Lukisan 2

Contoh arca Lithografi

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Kaedah Turisan (engraving)(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)(c) Kaedah Akuantin (aquantint)

Page 49: Lukisan 2

(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

Contoh cetakan benam

(e) Cetakan Gurisan Asid• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka.

Page 50: Lukisan 2

• Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

(f) Cetakan Kayu• Kaedah yang paling awal digunakan.• Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.• Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.• Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.

Page 51: Lukisan 2

• Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.• Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.• Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.• Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.

Contoh cetakan kayu

Page 52: Lukisan 2

(g) Cetakan Lino• Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.• Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

Contoh cetakan lino 

(h) Cetakan Lithografi• Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.• Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik,

Page 53: Lukisan 2

iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil.• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(i) Cetakan Sutera Saring• Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.• Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.

Page 54: Lukisan 2

• Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.• Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.• Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem leker(c) Kaedah Lilin(d) Kaedah Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas PenduaKaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat

Page 55: Lukisan 2

perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar.

(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem LakerLangkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah

Page 56: Lukisan 2

tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

Proses membuat cetakan---> Klik sini

 

GOSOKANGosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

Teknik gosokan• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja

Page 57: Lukisan 2

• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan• Gosokan secara pusingan• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.• Gosokan potongan kertas

Contoh karya 

Page 58: Lukisan 2

 

RESISResis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertasResis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.

Page 59: Lukisan 2

Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

Contoh karya

Page 60: Lukisan 2

PERCIKANPercikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari

Page 61: Lukisan 2

berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.

Contoh karya

  

MOZEKSatu hasil kerja seni menggambar yang

Page 62: Lukisan 2

dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.

Contoh karya

Page 63: Lukisan 2

 

CAPAN Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakanIa menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang.Namun jalinan yang wujud mestilah secara semulajadi yakni tidak dibentuk menjadi jalinan tersebut. (Contoh jalinan bunga daripada kentang ialah cetakan bukan capan)

Page 64: Lukisan 2

Contoh karya

1. Capan tumbuh-tumbuhan

2. Capan putik kapas

Page 65: Lukisan 2

GURISAN Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.Cara melakukannya, permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.(Lapisan pertama menggunakan warna yang pelbagai. Lapisan kedua menggunakan warna yang

Page 66: Lukisan 2

gelap atau hitam) Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil.Kesan yang berlainan terhasil apabila menggunakan bahan yang berlainan.

Contoh karya

Page 67: Lukisan 2

STENSILANMenggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan  

Contoh karya

 

RUMUSAN• Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid.• Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap

Page 68: Lukisan 2

aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.• Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid• Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.• Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.• Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.• Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.• Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.• Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh

Page 70: Lukisan 2

Membuat Corak dan RekaanDEFINISICorak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

PENGHASILAN CORAKTerdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:

Page 71: Lukisan 2

a) Corak Terancangb) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Contoh corak terancang ialah:

1. Resis

Page 76: Lukisan 2

Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Susunan Berselang SeliMotif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Susunan Batu BataMotif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan BertimbalMotif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Page 77: Lukisan 2

Susunan BertindihMotif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan BeralunMotif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

Susunan BerpusatMotif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

  Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara

Page 78: Lukisan 2

seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

Contoh corak tidak terancang ialah:  

1. Ikat dan celup

Teknik dalam ikat dan celup pula ada 4 iaitu: 

 - Simpulan - Lipat dan ikat - Ikat dengan objek - Jahitan

2. Pualaman

Page 80: Lukisan 2

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAANMotif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia4. Rupa atau bentuk angka dan huruf5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.

Page 81: Lukisan 2

TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN1. Perlakuana) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.d) Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni.e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.i) Membezakan jenis corak tertentu.j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.k) Mengatur corak.

Page 82: Lukisan 2

l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

2. Persepsia) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.

Page 83: Lukisan 2

e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.j) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka.m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

3. Pengetahuan Budaya

Page 84: Lukisan 2

a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional.c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian.d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAANa) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objekb) Corak sebagai elemen hiasanc) Corak sebagai nilai estetikEmail This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

No comments:

Page 85: Lukisan 2

Post a CommentMembentuk dan Membuat BinaanPENGENALANMembentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANTerdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Bidang kegiatan membentuk dan

Page 86: Lukisan 2

membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:1. Arca timbul2. Asemblaj3. Mobail4. Stabail5. Model6. Diorama7. Boneka8. Topeng9. OrigamiUntuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak

Page 87: Lukisan 2

TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANTerdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan. - Teknik Picitan - Teknik Lipatan - Teknik Potongan - Teknik Cantuman - Teknik Pembungkusan - Teknik Guntingan - Teknik Luakan

ALAT DAN BAHANPenggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas

Page 88: Lukisan 2

yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

Arca TimbulBentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

Arca Mobail

Page 89: Lukisan 2

Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.

Arca StabailBahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

Page 90: Lukisan 2

AssemblajBahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.

Page 91: Lukisan 2

ModelBentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan

Page 92: Lukisan 2

DioramaGubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

.BonekaModel yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.

Page 93: Lukisan 2

TopengMewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan.

Terdapat 3 jenis topeng iaitu:  1. Topeng muka

Page 96: Lukisan 2