Lukisan

15
Lukisan Kanak-kanak Lukisan kanak-kanak agak berbeza daripada hasil lukisan orang dewasa. Ini kerana kanak- kanak masih dalam proses perkembangan psikomotor dan koordinasi yang masih belum begitu matang. Banyak hasil lukisan kanak- kanak hanya berbentuk contengan. Namun demikian setiap contengan mempunyai makna yang tersendiri (Norasmah, 2010). Menurut Anning dan Ring (2004) kanak-kanak mungkin melukis contengan berbentuk “zig-zag” untuk mewakili ingatan mereka tentang kereta mainan yang dipandu laju semasa hari pesta suka ramai. Kanak-kanakmelukis untuk memberitahu “makna” yang berlaku dalam diri dan kehidupan mereka (Matthews, 1999). Malchiodi (1998) menyatakan terdapat tiga cara kanak- kanak menghasilkan imej yang mereka lukis iaitu melalui ingatan (Rajah 3), imaginasi dan kehidupan seharian mereka. Antaraketiga- tiga cara ini lukisan yang menggambarkan kehidupan mereka amat kerap dihasilkan kerana lukisan tersebut

description

none

Transcript of Lukisan

Page 1: Lukisan

Lukisan Kanak-kanak

Lukisan kanak-kanak agak berbeza daripada hasil lukisan orang

dewasa. Ini kerana kanak- kanak masih dalam proses perkembangan

psikomotor dan koordinasi yang masih belum begitu matang.

Banyak hasil lukisan kanak-kanak hanya berbentuk contengan.

Namun demikian setiap contengan mempunyai makna yang

tersendiri (Norasmah, 2010). Menurut Anning dan Ring

(2004) kanak-kanak mungkin melukis contengan berbentuk “zig-

zag” untuk mewakili ingatan mereka tentang kereta mainan yang

dipandu laju semasa hari pesta suka ramai. Kanak-kanakmelukis

untuk memberitahu “makna” yang berlaku dalam diri dan kehidupan

mereka (Matthews, 1999). Malchiodi (1998) menyatakan terdapat

tiga cara kanak-kanak menghasilkan imej yang mereka lukis iaitu

melalui ingatan (Rajah 3), imaginasi dan kehidupan seharian

mereka. Antaraketiga-tiga cara ini lukisan yang menggambarkan

kehidupan mereka amat kerap dihasilkan kerana lukisan tersebut

Page 2: Lukisan

Kajian Literatur 21

Page 3: Lukisan

Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak

menggambarkan pengalaman seharian mereka. Namun demikian,

hasil lukisan masih berbentuk ringkas dan mungkin tidak lengkap

bentuknya.

Rajah 3 : Hasil Lukisan Kanak-kanak Selepas Menonton Televisyen Berkaitan Buah Strawberi Memakan Seorang Budak.(sumber : Anning & Ring, 2004)

Lukisan kanak-kanak merupakan satu perwakilan (Anning &

Ring, 2004) yang mempunyai makna tersendiri. Lukisan kanak-

kanak boleh menunjukkan diri mereka sendiri (Rajah 4), orang di

sekeliling mereka (Rajah 5), makanan kegemaran (Rajah 6) atau

peristiwa yang berlaku (Rajah 7). Kesemua lukisan kanak-

kanak biasanya dikaitkan dengan peristiwa yang mereka lihat atau

yang berlaku kepada diri mereka sendiri.Rajah 4 : Gambaran Kanak-kanak Tentang Diri Mereka(sumber : Jolley, 2010)

Page 4: Lukisan

Kajian Literatur 22

Page 5: Lukisan

Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak

Rajah 5 : Gambaran Kanak-kanak Tentang Ibunya(sumber : Anning & Ring, 2004)

Rajah 6 : Makanan Kegemaran(sumber : Anning & Ring, 2004)Rajah 7 : Peristiwa Persekolahan Hari Ahad(sumber : Anning & Ring, 2004)

Kajian Literatur 23Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak

2.6Peringkat Lukisan Kanak-kanak

Page 6: Lukisan

Peringkat-peringkat lukisan kanak-kanak yang akan dihuraikan

adalah berdasarkan dua teori utama iaitu Teori Perkembangan

Artistik Al Hurwitz dan Day (2001), dan Teori Perkembangan

Artistik Kanak-kanak Lowenfeld dan Brittain (1987).

2.6.1Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001)

Terdapat beberapa peringkat lukisan kanak-kanak berdasarkan teori

ini. Peringkat lukisankanak-kanak berkembang daripada peringkat

contengan sehingga kepada peringkat yang paling matang dalam

lukisan kanak-kanak, iaitu melibatkan unsur-unsur penggunaan

ruang, bayangan dan kesempurnaan pembentukan objek atau figura.

(i)Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-Kanak (2-4 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai kawalan

pergerakan tangan. Hasil lukisan merupakan garis-garisan yang tidak

menentu dan lukisan dihasilkan tidak terkawal dan lebih merupakan

contengan. Pada peringkat ini kanak-kanak banyak menggunakan

pelbagai media kering yang menampakkan rupa garisan. Kanak-

kanakbanyak menggunakan unsur garisan dalam peluahan rasa

mereka. Hasilan garisan ini tidak bersifat realistik. Kanak-kanak ini

lebih suka bereksperimen dengan teknik dan media. Keupayaan

menconteng ini sangat bergantung pada keupayaan otot dan

keselarasan koordinasi antara mata dan tangan. Pada peringkat

ini kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut rupa yang

dihasilkan. Inilah yang menjadi kekaguman kepada orang dewasa

kerana rupa bentuk lukisan yang dihasilkan hanya dapat dimengerti

Page 7: Lukisan

oleh penghasil karya tersebut. Karya kanak-kanak ini boleh

dibahagikan kepada 4 peringkat secara progresif seperti dalam Rajah

8 iaitu :

(a)Garisan tidak terkawal – kanak-kanak menghasilkan contengan secara

rawak dan tidak terkawal. Contengan begini biasanya tidak

menggambarkan imej.

(b)Garisan terkawal – contengan kanak-kanak mula memperlihatkan

koordinasi mata dan tangan. Garisan dihasilkan berulang-

ulang. Mula berbentuk mudah seperti bulat, garisan menegak dan

melintang.

(c)Rupa tidak terkawal – kanak-kanak mula menyedari hubungan

contengan dengan sesuatu objek. Mereka boleh menamakan

bahagian pada lukisan walaupun imej tidak jelas.

Page 8: Lukisan

Kajian Literatur 24Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak

(d)Rupa terkawal – lukisan sudah mula menggambarkan perasaan. Imej

yang dihasilkan menampakkan imaginasi. Objek mula berbentuk dan

menggambarkan apa yang mereka tahu.(a) garisan tidak terkawal (b) garisan terkawal(c) rupa tidak terkawal

Rajah 8 : Contoh-contoh Lukisan Kanak-kanak Pada Peringkat Garisan TidakTerkawal, Garisan Terkawal, Rupa Tidak Terkawal danRupa Terkawal(sumber : Malchiodi, 1998)

Page 9: Lukisan

(ii)Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)

Pada peringkat umur 6-9 tahun ini kanak-kanak mula

menghasilkan simbol-simbolsebagai perlambangan. Kebanyakan

simbol ini mempunyai tema dan berkisar kepada alam persekitaran

mereka. Figura yang dihasilkan dalam karya berbeza dari segi saiz

dan kedudukan. Saiz figura ini melambangkan hiraki seperti diri

sendiri, ibu bapa, rakan sebaya, keluarga terdekat, kawasan tempat

tinggal dan sebagainya. Kekuatan dan kekuasaan misalnya

dilambangkan kepada ikon-ikon tertentu seperti action figure

(Ultraman, Cicakman, Spiderman, Superman) atau bapa mereka

yang kadangkala dilambangkan dengan perbezaan saiz figura

tersebut. Pada peringkat awal, warna tidak menjadi fokus utama

dalam karya. Persimbolan warna hanya berlaku pada

Kajian Literatur 25Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak

peringkat kedua dan peringkat persimbolan ketiga pula

menitikberatkan kepada imej konkrit dan bukan konseptual.

(iii)Pra-Remaja (10-13 tahun)

Peringkat pra-remaja merupakan peringkat transisi dari

zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Pada peringkat ini kanak-

kanak membuat percubaan untuk melukis figura dengan saiz dan

skala yang betul dengan menitikberatkan saiz dan kadar berbanding

antara objek-objek dalam karya. Hasilan karya mereka lebih nampak

rasional dan boleh diterima dari kaca mata orang dewasa.

Penggunaan warna juga lebih matang, sesuai dengan warna alam

Page 10: Lukisan

serta terdapat unsur cahaya dan bayang dalam karya. Imej dan

komposisi nampak lebih realistik dengan memasukkan perspektif di

mana imej yang dekat lebih besar berbanding dengan imej yang jauh

akan kelihatan lebih kecil. Elemen ruang juga telah wujud di dalam

karya mereka.

2.6.2Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak Lowenfeld dan Brittain (1987)

(i)Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

Peringkat scribbling merupakan peringkat penghasilan contengan

secara rawak dan tidak terkawal. Pada peringkat ini kanak-

kanak membangunkan koordinasi otot motor tangan mereka dengan

melatih pergerakan tangan secara bebas. Kanak-kanak melukis

garisan menegak, melintang dan bulatan (elipse) setelah dapat

menguasai koordinasi otot tangan ini.

(ii)Peringkat Preschematic (4-7 tahun)

Selepas melalui peringkat scribbling dan sudah boleh menguasai

koordinasi otot tangan, tahap lukisan kanak-kanak berlaku

peningkatan dari melukis bulatan kepada objek yang terdapat di

persekitaran mereka. Elemen penting dalam peringkat ini ialah

pelbagai jenis, arah garisan dan bulatan. Mereka akan

menghasilkan watak-watak mudah yang melambangkan diri dan

orang yang terdekat dengan mereka seperti ibu bapa, rakan sebaya

dan sebagainya. Saiz imej pula berbeza-beza dan kelihatan terapung-

apung dalam karya.

Page 11: Lukisan

Kajian Literatur 26Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak

(iii)Peringkat Schematic (7-9 tahun)

Pada peringakat schematic kanak-kanak kurang kecenderungan

melukis imej objek. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema

tertentu. Penekanan lebih kepada penyusunanobjek-objek yang

terdapat dalam karya serta perkaitan antara objek-objek

ini. Peringkat ini kanak-kanak selalunya berfokus kepada manusia

dan objek-objek yang ada disekelilingnya. Mereka juga telah

memahami konsep ruang di mana pembahagian ruang boleh

dibezakan di antara satah udara dan satah tanah. Pemandangan satah

bawah disusun secara melintang. Lukisan dihasilkan berskala besar

bebas dan spontan. Mereka tidak peka pada karya mereka sendiri

dan tidak kisah tentang karya rakan sebaya mereka. Kanak-

kanak pada peringkat ini juga suka berkongsi

secara superficial tentang hasil karya mereka.

(iv)Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)

Peringkat Dawning Realisim merupakan peringkat yang

menampakkan kematangan. Imej yang dilukis nampak lebih teliti

dan realistik. Imej-imej yang dihasilkan mula mengecil jika

dibandingkan dengan peringkat sebelumnya. Pada peringkat ini

kanak- kanak mula menunjukkan sifat kritikal terhadap karya sendiri

dan mereka mula secara sedar membandingkan karya sendiri dengan

Page 12: Lukisan

karya rakan sebaya. Mereka mula menunjukkan sifat individualistik

serta mentitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

(v)Peringkat Pseudonaturalistic atau The Reasoning Age (12-14)

Pada usia 12 – 14 tahun, kanak-kanak mula peka terhadap konsep

realistik dalam karya mereka. Kanak-kanak lebih menitikberatkan

konsep kedudukan dan saiz serta rasional imej. Mereka lebih suka

meniru objek dihadapan mata daripada imaginasi dan tidak suka

berkongsi karya dengan rakan. Perasaan malu (rendah diri) akan

wujud sekiranya karya mereka tidak menarik atau dikritik.

(vi)Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art (14-17 tahun)

Merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya

seni dan penciptaan objek dengan memperlihatkan kematangan

dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang bersesuaian

untuk menghasilkan sesuatu karya. Para peringkat ini menampakkan

kematangan dan keaslian seni dalam penciptaan karya mereka.