087838671118, Lukisan Pemandangan, Lukisan Alam, Gambar Lukisan Tangan
LUKISAN PENYUBURAN DIRI
-
Upload
awan-khaled -
Category
Documents
-
view
62 -
download
2
description
Transcript of LUKISAN PENYUBURAN DIRI
LUKISAN
Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua
bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old
English’ iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan
tubuh badan.
Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan
bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu
permukaan.
Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang
pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas
permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah
lukisan bertajuk ‘Unforgettable Fire’ yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko
Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman
Bandar Hiroshima.
Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan
keperluan psikologi sejarah dan artistik. Hal ini terbukti bahawa pelukis perlu
mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisai, daya emosi dan
daya estetika.
Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua
manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding
merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk
visualisasi.
Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu
menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu
menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada
mencari nafkah.
Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan.
Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk
meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan,
antaranya ialah:
a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang
sebenar,
b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.
c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)
d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya
yang terbaik.
Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering. Karya
lukisan merupakan kerja peringkat awal yang dibuat untuk menghasilkan catan.
Karya lukisan mementingkan unsur garisan untuk membentuk imej dan tidak
menggunakan warna, kecuali warna daripada alat tulis seperti pensel warna atau
krayon. Lukisan biasanya dihasilkan secara sepontan serta dapat menunjukkan
keaslian dan keindividuan gaya persembahan pelukisnya.
JENIS-JENIS LUKISAN
Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau
binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis
figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang
menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap
tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti
sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek
alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan,
kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran
yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.
Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik.
Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk
melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan
pengguna.
Lukisan Konseptual: Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu
konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak
seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis
konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.
Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis
melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya
seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea
karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.
Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni
grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis
memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran
melukis figuratif.
ELEMEN ASAS LUKISAN
Kualiti Garisan: Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil
karya lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil lukisan sebaliknya
menjadi karya catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja dapat membentuk imej.
Misalnya karya Sochu Suzuki bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan
ala kaligrafi dapat menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan.
Sebenarnya kualiti garisan itu bukan tertumpu kepada kekuatan pada sesuatu karya
sahaja tetapi ia boleh memberi kesan ilusi kepada kita. Contoh karya ahli teori
kognitif ‘Gestalt’ menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi
kepada kita.
Perspektif: Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna.
Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis.
Pendedahan melukis di luar studio dapat menerangkan kedudukan perspektif yang
betul. Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif
pelbagai titik lelap.
Kesan Pencahayaan: Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya
pengkaryanya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan kesan
cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana
pada karya tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan
ialah kawasan paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan
bebayang objek.
Jalinan dan Gesture: Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna.
Kesan Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan
mempelajari lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang
hendak disampaikan.
Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan bergoris dan
sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton.
Corak dan reka bentuk: Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya
lukisan adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya
Jasper Johns bertajuk Flag (1958) sebagai contoh karya lukisan yang menekankan
satu corak dan reka bentuk. Beliau menggunakan pensil di atas permukaan kertas
untuk membentuk corak dan reka bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi
mempunyai gaya persembahan yang menarik.
Ruang: Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis
master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan
Cina menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga
jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang
dalam, ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur
objek yang akan dilukis.
Struktur: Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur
bentuk terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk struktur yang betul agar
lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang
banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik.
Bentuk: Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif,
ton, jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk
geometri seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya.
Media dan teknik lukisan
Media: Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal, berus,
pastel, semua jenis pen, berus, conte dan pensil warna. Manakala media basah
yang selalu digunakan ialah cat air, dakwat, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan
cat tempera.
Teknik: Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan
yang berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik ‘Gesture’ yang
menjadi satu identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh
diterokai untuk mendapatkan mutu karya yang baik.
Lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni. Di mana ia telah
dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada lewat abad ke-12 ia
telah meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada seniman dan amatur.
Lukisan juga menawarkan kita saluran yang menarik untuk seni imaginasi. Lukisan
boleh menyelamatkan pengalaman menarik dan sementara ia tidak membuat
perhubungan antara peribadi dan sejagat sepenuhnya dengan jelas, lukisan boleh
mempunyai pandangan sepintas lalu ke dalam pengalaman itu.
Ia boleh membangkitkan memori. Ia boleh menjatuhkan cahaya dorongan hidup
seperti kematian, percintaan, kuasa, mengejar intelektual, kerja, impian dan emosi.
Lukisan juga adalah bentuk seni yang bersifat demokrasi yang bermaksud pelukis
dapat atau mempunyai hak kebebasan dalam menghasilkan seni.
Nilai lukisan tidak sahaja untuk sesuatu yang mudah diperoleh tetapi terhadap
kerapatan kemesraannya dan potensi untuk bekerja melalui idea. Lukisan juga boleh
mempunyai kesannya dengan maksud yang lebih sederhana.
Lukisan kini dengan teguh wujud sebagai medium dalam pandangannya yang
tersendiri. Lakaran kini juga mempunyai nilai aestetik dan komersil yang memberi
taraf sama dengan catan dan arca. Konsep Renaissan tentang peraturan lakaran di
dalam seni tampak adalah dipengaruhi dengan mendalam sejak dahulu lagi. Zaman
Renaissan, mempunyai dua fungsi. Pertama melatih pelukis muda. Kedua menjadi
jalan kepada kelahiran pelukis untuk meluahkan idea sebelum karya sebenar.
PROSES PENGHASILAN LUKISAN
Untuk menghasilkan karya lukisan, penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis
lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang harus
dititikberatkan. Bagi kerja-kerja studio, pengamatan akan menumpukan kepada
pemokusan objek, komposisi dan susunan objek yang akan dilukis.
Manakala di luar studio penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan
tetingkap dan melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan. Aspek-aspek
pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan antaranya ialah: ruang dan
objek, subjek dan latar belakang dan saiz dan kadar banding. Perkara-perkara ini
adalah sebagai penilai kepada sesuatu karya.
Conto
h
Lukis
an
TOWN
SCAP
E
Kajian
dan
Pengo
lahan
Idea
Prose
s
Hasil
Kerja
KARYA AKHIR
Sumber Motif
Lakaran
Realistik
Kajian Dan
Pengolahan
Idea
Penghasilan
Karya
Contoh Lukisan
Media Arang
SEKAPUR SIREHMUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID:
Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia baginda Muhammad SAW, ahlul bayt, dan Para Sahabat baginda. Tidak lupa mendoakan kesejahteraan kehidupan ibu pendidik jiwa, bapa si jantung hati dan guru-guru termasuk para pensyarah yang pernah dan masih mendidik penulis semoga dalam lindungan dan berkah Allah senantiasa selalu.
Penulis mengucapkan rasa syukur di atas kejayaan menghasilkan tugasan ini dengan penuh lancar. Komitmen penulis terhadap tugasan ini teramat tinggi memandangkan penulis sudah menganalisis dan bermuhasabah di atas kesilapan penulis dalam tugasan sebelum ini termasuk dalam disiplin waktu dan komitmen kerja. Penulis melakukan tugasan ini dengan bantuan dan motivasi sahabat penulis dalam menyiapkan tugasan ini dengan waktu yang ditetapkan pensyarah walau bertembung dengan praktikum.
Segala kesyukuran di atas penghasilan tugasan ini. Mohon maaf diatas kealpaan penulisan ini mungkin terdapat kesalahan ejaan atau tertinggal mana-mana isi penting yang dikehendaki oleh pensyarah. Pelbagai manfaat penulis memperolehi dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Kerjasama pensyarah yang menilai tugasan ini amatlah penulis hargai. Semoga penilaian ini dinilai dengan sewajarnya. Wassalam.
BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR :…………………………………………………………
NO. MATRIK :.………………………………………………………..
KUMPULAN :………………………… SEMESTER: …………….
MATA PELAJARAN : ………………………………………………………..
PENSYARAH PEMBIMBING:
TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKAN
KOMENTANDATANGAN
PENSYARAH
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2013 ……………………………
MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID
910806-11-5433
Muhammad Hazwan bin Khairil Khalid
Unit PSV/PJ/BM Semester 6
910806-11-5433
Tugasan yang diberikan kepada kami ialah menghasilkan karya lukisan yang
bertemakan ‘townscape’(lanskap bandar) menggunakan media arang melalui
gambar yang kami ambil. Masa yang diberikan hanyalah seminggu lebih selepas
taklimat yang diberikan sewaktu kami masih lagi berpraktikum.
Perbincangan yang saya lakukan bersama pensyarah sempat berlaku apabila
pensyarah memantau pengajaran praktikum untuk kali akhirnya. Pensyarah kami,
Tuan Haji Nazli bin Hamzah sendiri menasihati saya untuk terus berhubung untuk
sebarang maklumat bagi mengelakkan berlaku salah faham dalam menyiapkan hasil
kerja kali ini.
Saya memulakan pencarian melalui sumber internet tentang lanskap bandar. Amat
kurang maklumat yang saya perolehi berkenaan lanskap bandar. Namun contoh-
contoh yang diperolehi banyak membantu saya untuk meneruskan tugasan ini.
Seterusnya saya mengambil langkah ke hadapan dengan mengambil gambar
secara di kawasan bandar Kuala Terengganu sehinggalah pandangan atas melalui
pemandangan daripada Taman Panorama.
Pelbagai perbincangan yang saya soal melalui SMS kepada pensyarah disebabkan
keterbatasan jarak untuk bertemu secara personal. Akhirnya keputusan hasil
perbincangan kami, saya putuskan untuk melakarkan pemandangan Masjid Putih
yang berhampiran Istana Maziah.
Lakaran dan penghasilan karya terakhir dihasilkan dalam masa 5 hari. Kemudiannya
saya menggunakan penyembur untuk memastikan keutuhan hasilkan karya. Saya
menyiapkan penulisan dan lakaran sehingga tiga malam tidak tidur dengan cukup
bersama-sama dengan rakan lain seperti Halim, Umzarul, Fahmi, Syuhada dan
Sayed Saufi.
Akhirnya bingkai yang ditempah melengkapkan hasil karya yang dihasilkan. Semoga
ini memberi inspirasi kepada kami untuk menghasilkan karya yang lebih baik.
NAMA: MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID
NO MATRIK: 124161
TARIKH LAHIR: 6 OGOS 1991
NO KAD PENGENALAN : 910806-11-5433
ALAMAT : 4278, JALAN TOK RENEK, KAMPUNG PADANG MIDIN,
21400 KUALA TERENGGANU.
NO TELEFON: 014-512 5835
EMEL: [email protected]
BIODATA DIRI
Refleksi
LAMPIR
AN
BIBIOGR
AFI
NAMA: MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID
NO MATRIK: 124161
TARIKH LAHIR: 6 OGOS 1991
NO KAD PENGENALAN : 910806-11-5433
NAMA PENSYARAH: TUAN HAJI NAZLI BIN HAMZAH
TARIKH HANTAR: 22 SEPTEMBER 2013
TUGASAN KERJA KURSUS AMALIPSV 3112LUKISAN
PENYUBURAN & DIRI