m1fwagq7 Kluster 1

11
MINGGU 17 Tajuk : Mencari Bahan Dalam Internet Dan Perpustakaan Dan Membuat Nota Ringkas Mengenai Sekolah Kluster Kecemerlangan Dan Sekolah Berprestasi Tinggi http://cikgumuzlimi2012.blogspot.com/2012/03/maklumat- ringkas-sekolah-kluster.html MAKLUMAT RINGKAS SEKOLAH KLUSTER Banyak pihak yang sebenarnya kurang faham tentang sekolah kluster yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah diturunkan maklumat berkaitan Sekolah Kluster yang boleh diakses melalui laman Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah disebar luas kepada semua warga pendidik. Latar Belakang Idea mewujudkan kluster kecemerlangan institusi pendidikan telah disuarakan oleh YB Menteri Pelajaran pada 3 April 2006. Hasrat KPM ialah untuk melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara menerusi kluster kecemerlangan institusi pendidikan. Kertas konsep Pelaksanaan Sekolah Kluster telah dibentangkan kepada YB Menteri Pelajaran pada 27 Februari 2007. Rentetan daripada kertas konsep tersebut, YB Menteri Pelajaran telah bersetuju supaya Sektor Sekolah Kluster diwujudkan di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengurus pelaksanaan Sekolah Kluster. Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga 1

description

zvsafwagq

Transcript of m1fwagq7 Kluster 1

MINGGU 17

MINGGU 17

Tajuk : Mencari Bahan Dalam Internet Dan Perpustakaan Dan Membuat Nota Ringkas Mengenai Sekolah Kluster Kecemerlangan Dan Sekolah Berprestasi Tinggihttp://cikgumuzlimi2012.blogspot.com/2012/03/maklumat-ringkas-sekolah-kluster.htmlMAKLUMAT RINGKAS SEKOLAH KLUSTERBanyak pihak yang sebenarnya kurang faham tentang sekolah kluster yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah diturunkan maklumat berkaitan Sekolah Kluster yang boleh diakses melalui laman Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah disebar luas kepada semua warga pendidik.

Latar BelakangIdea mewujudkan kluster kecemerlangan institusi pendidikan telah disuarakan oleh YB Menteri Pelajaran pada 3 April 2006. Hasrat KPM ialah untuk melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara menerusi kluster kecemerlangan institusi pendidikan. Kertas konsep Pelaksanaan Sekolah Kluster telah dibentangkan kepada YB Menteri Pelajaran pada 27 Februari 2007. Rentetan daripada kertas konsep tersebut, YB Menteri Pelajaran telah bersetuju supaya Sektor Sekolah Kluster diwujudkan di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengurus pelaksanaan Sekolah Kluster.Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan(niche area)yang menggambarkan watak sekolah.Tinjauan literatur menunjukkan amalan mengelompokkan sekolah dengan tujuan peningkatan kualiti pendidikan telah dilaksanakan di banyak negara berlandaskan asas-asas yang berbeza. School Learning Cells di Filipina dan Association of Schools di Colorado, Amerika Syarikat adalah dua contoh di mana sekolah dikelompokkan untuk mengoptimumkan sumber yang ada dan berkongsi kepakaran. Begitu juga di Singapura di mana sekolah dikelompokkan dalam kluster mengikut lokasi bagi menyediakan ...a framework for a group of schools to come together, ideas, facilities, personnel and other educational resources can be effectively pooled and utilized(Wong, 2000). Atas dasar yang sama juga, New Zealand mewujudkan Ruapehu Cluster. Bilangan sekolah bagi setiap kluster kurang daripada 10 buah. Peru di Amerika Selatan mengumpulkan 30 - 40 buah sekolah dalam sesebuah kluster.Pewujudan sekolah kluster ada yang berdasarkan kecemerlangan sekolah sepertiPockets of Educational Excellencedi daerah Abbott, New Jersey, Amerika Syarikat. Di United Kingdom, terdapat Sekolah Kluster Cemerlang seperti Scunthorpe Excellent School Cluster, Halifax Excellence Cluster (22 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah), serta Lancaster Schools Excellence Cluster (8 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah). Pengelompokan sekolah cemerlang ini bertujuan berkongsi amalan baik dan membina jaringan kerjasama dalam kalangan sekolah. Di Hong Kong, terdapatCluster Schools Gifted Educationyang berfokus untuk menyediakan peluang pembelajaran khusus bagi murid pintar cerdas menerusipull-out programmes.Bertolak daripada tafsiran luas mengenai sekolah kluster sebagaimana ditunjukkan di atas, KPM mewujudkan pengelompokan sekolah dalam bentuk kluster di mana dalam setiap kluster itu ada sekolah yang cemerlang. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kluster sebagaimana dirujuk oleh YB Menteri Pelajaran (NST, 14 Januari 2007). Pewujudan Sekolah Kluster ini sesuai dengan pendekatan kedua PIPP, iaitu mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia (PIPP, 2006, ms. 31).

Definisi Sekolah KlusterSekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan(niche areas)yang menggambarkan watak sekolah.TujuanPewujudan Sekolah Kluster dalam sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat merealisasikan Teras Strategik Ke-6, PIPP. Sekolah ini diwujudkan bertujuan: (a) Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia; (b) Membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok; dan (c) Menjadishowcasedi peringkat antarabangsa.Kluster SekolahModel sekolah kluster pada prinsipnya boleh berasaskan beberapa kelompok seperti berikut : (a) Lokasi (b) Jenis sekolah (c) Jenis program dan (d) Kebitaraan(Niche Areas)Bagi fasa pertama sekolah dikelompok seperti berikut:(a)Sekolah Rendah (SK, SJK(C), SJK(T), Sekolah Pedalaman, Sekolah Orang Asli dan Sekolah Kurang Murid);(b)Sekolah Menengah (SBP, SMT, SMKA, Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, Sekolah Model Khas);(c)Sekolah Pendidikan Khas (SPK, SMPK, SMPKV);(d)Institusi lepasan menengah (Kolej Matrikulasi, IPG); dan(e)Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta.Pengurusan Pelaksanaan Sekolah Kluster Peringkat KPMBagi memastikan sekolah kluster dapat beroperasi perkara-perkara berikut telah dilaksanakan : (a) Jawatankuasa Pelaksana Sekolah Kluster dipengerusikan oleh TKPPM Jabatan Sekolah dan ahlinya terdiri daripada Pengarah/wakil Bahagian KPM yang berkaitan serta Pengarah/wakil JPN. (b) Jawatankuasa Pemilihan Sekolah Kluster (Selection Committee) di peringkat kementerian Pelajaran Malaysia dipengerusikan oleh KPPM dengan 5 ahli dari KPM (TKPPM Jabatan Sekolah, TKPPM JPTek, TKPPM JAPIM, TKSU Kewangan dan Pemerolehan, dan TKSU Sumber Manusia). (c) Jawatankuasa Panel Penasihat terdiri daripada ahli luar KPM yang dilantik oleh YB Menteri Pelajaran dan dua orang ahli daripada KPM. (d) Sektor Sekolah Kluster diwujudkan di Bahagian Sekolah untuk menyelaras pemilihan dan pengurusan pelaksanaan Sekolah Kluster. (e) Jemaah Nazir Sekolah akan berperanan membuat penilaian verifikasi kepada calon Sekolah Kluster dan membuat penaziran ke atas Sekolah Kluster secara berkala. (f)Bahagian Pendidikan Guru berperanan mengendalikan latihan dan kursus kepada guru-guru(g)Institut Aminuddin Baki berperanan mengendalikan kursus dan latihan dalam dan luar negara kepada pengetua dan guru besarKriteria Pemilihan Sekolah KlusterPrasyaratSekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia -Sekolah (SKPM)terkini.Pencapaian akademik Sekolah MenengahPenentuan kecemerlangan kurikulum akan berbeza mengikut kategori sekolah. Gred Purata Sekolah untuk peperiksaan awam PMR dan SPM bagi setiap kategori adalah seperti yangberikut untuk tiga tahun berturut-turut tidak melebihi:i. SBP : GPS 2.5ii. SMKA : GPS 3.0iii. SMT : GPS 4.0iv. SM Harian : GPS 4.0Sekolah Rendahi.80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR,ATAUii. Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan;ATAUiii. Gred Purata Sekolah: GPS 2Syarat Pemilihani. Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiahii. Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.iii.Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.iv.Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.v.Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.vi.Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.vii.Keberkesanan pelaksanaan program KPMPemilihan Sekolah Kluster perlu mematuhi kriteria di atas.Sekolah mesti mencapai tahap sekurang-kurangnya 80% bagi semua syarat di atasWalau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran berhak membuat pengubahsuaian dari semasa ke semasa.Prosedur Pencalonan Sekolah KlusterPencalonan Sekolah Kluster adalah berdasarkan kepada:(a) Permohonan oleh sekolah dan (b)Pencalonan oleh KPMProsedur Pemilihan Sekolah KlusterLangkah 1 : Penerimaan pencalonan atau permohonanLangkah 2 : Penilaian borang pencalonan atau permohonanLangkah 3 : Penilaian sekolah dan verifikasiLangkah 4 : Penentuan standard (standard fixing) oleh JK PemilihanLangkah 5 : Senarai calon dimaklumkan kepada panel PenasihatLangkah 6 : Pengesahan dan pengumuman oleh YB Menteri PelajaranPengumuman Sekolah KlusterSenarai Sekolah Kluster akan diumumkan oleh YB Menteri Pelajaran dalam majlis yang akan diurus oleh Pejabat YB Menteri Pelajaran.Pengurusan SekolahPemimpin Sekolah(a)Gred jawatan pengetua/gurubesar adalah lebih tinggi daripada pengetua/gurubesar sekolah biasa (b) Barisan pengurusan sekolah terdiri daripada pengetua/guru besar, timbalannya dan guru-guru kananKepimpinan pengurusan sekolah adalah termasuk pemimpin sekolah merujuk kepada Pengetua/Guru besar dan Penolong Kanan. Mereka ialah pemimpin yang terpilih dan memenuhi syarat pemimpin cemerlang berdasarkan kriteria pentaksiran IAB. Gred jawatan pemimpin sekolahlebih tinggi daripada sekolah biasa. Dicadangkan gred jawatan Pengetua ialah DG52 dan Guru Besar ialah DGA 36.Guru(a)Guru yang berkhidmat di Sekolah Kluster berpotensi mencapai kriteria Guru Cemerlang. (b) Prestasi guru akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster. (c) Sekolah juga boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut kebitaraan secara kontrak atau sambilan (d) Nisbah kelas : guru ialah 1:2 . Norma perjawatan guru bagi Sekolah Kluster ialah 2.0Kemasukan MuridKriteria kemasukan murid ke sekolah kluster kekal. Bagaimanapun Sekolah diberi kuasa mengambil tidak lebih daripada 10% daripada jumlah murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah.KeyPerformance Indicator(KPI)(a)Sekolah menyediakan KPI (b) KPI yang akan dibuat oleh sekolah mesti merujuk kepada panduan KPI KPMKuasa Autonomi Sekolah Kluster(a)Sekolah Kluster diberi kuasa, ruang atau fleksibiliti oleh KPM untuk mengurus kurikulum program dan kegiatan dalam bidang autonomi yang ditetapkan dalam bidang seperti berikut :Kurikulum; Kokurikulum; Hal ehwal murid; Kewangan; Fizikal sekolah; Pemilihan dan pembangunan staf bagi pemimpin sekolah, guru, staf sokongan dan staf tambahan; Projek khas berdasarkan kebitaraan sekolah; Asrama; Penglibatan ibu bapa dan komuniti. (b) Kuasa Autonomi yang diberi kepada sekolah kluster tertakluk kepada pematuhan sekolah kepada piawai yang berikut: Akta Pendidikan 1996; Sistem Pendidikan Kebangsaan; Kurikulum Kebangsaan; Dasar, undang-undang dan arahan berkaitan penjawat awam; Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Siaran/Garis Panduan Kewangan.; Standard Kualiti Pendidikan MalaysiaSenarai AutonomiAutonomi yang tersenarai di bawah ini dicadangkan untuk membolehkan sekolah beroperasi secara optimum bagi melonjakkan kecemerlangannya. Senarai ini dikelompokkan mengikut kategori yang berikut:Pengurusan Sekolah(a) Mengguna pendekatan inovatif untuk melonjakkan kekuatan yang sedia ada; (b)School Based Management(SBM) - sekolah diberi pengupayaan untuk mengubahsuai tadbir urus sekolah untuk mencapai KPI sekolah;(c)Keputusan dibuat secara musyawarah (kolaboratif) dalamSenior Management Team(SMT) yang boleh melibatkan pengurus sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti;(d)Mewujudkan rangkaian hubungan dengan institut pengajian tinggi dalam dan luar negara, badan korporat, NGO, komuniti dan ibu bapa untuk mendapatkan sokongan berbentukmaterialdan bukanmaterial(kepakaran); dan(e)mewujudkanjaringan dengan sekolah-sekolah yang berhampiran dan sekolah ternama di dunia.Pengurusan Sumber Manusia(a)Kemasukan dan pemindahan guru bergantung kepada pencapaian KPI; (b) Memilih 10% daripada jumlah murid baru berasaskan kebitaraan sekolah; (c) Pengambilan staf adalah mengikut kepakaran yang berkaitan; dan (d)Menentukan dasar latihan dan perkembangan staf dengan kerjasama IAB dan BPG yang berterusan mengikut keperluan.Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal(a)Mencari sumber kewangan sendiri selain peruntukan daripada negeridan kebangsaan; (b) Membuat keputusan berkaitan peruntukan dan perbelanjaan dengan adanya PTJ / akaun sekolah; dan (c) Memohon insentif untuk menjayakanRequest For Proposal (RFP)dalam bidang kebitaraan sekolah.Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum(a)Boleh menawarkan mata pelajaran selain mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan seperti mata pelajaran LCCI, CAT dan ABRSM;(b)Penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid; (c) Pemerolehan dan penggunaan bahan bantu mengajar berdasarkan ICT; dan (d) Penentuan penjadualan waktu belajar/interaksi pembelajaran.Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum(a)Boleh mendapatkan jurulatihberkelayakan bagi meningkatkan prestasi kokurikulum; dan (b)Boleh menentukan sendiri penyertaan pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa.Jaminan Kualiti Sekolah KlusterTKPPM Jabatan Sekolah akan mempengerusikan pemastian kualiti pengurusan pendidikan di Sekolah Kluster menerusi mekanisme Kawalan Luaran.(Quality Assurance Mechanism)Kawalan/Audit Luaran(a)Majlis Maklum Balas Bersama YB Menteri Pelajaran. (b) Sektor Sekolah Kluster di Bahagian Sekolah bertanggungjawab mengurus dan memantau pengurusan dan perjalanan Sekolah Kluster .(c)Jawatankuasa Pelaksana akan menyelaras pelaksanaan mengikut bidang tugas bahagian masing-masing (d) Penaziran Sekolah Kluster berdasarkan SKPM dan KPI sekolah.Kawalan Dalaman(a)Pihak pengurusan sekolah mesti memperkukuhkan mekanisme pemantauan secara profesional dalam semua aspek. (b) Pelaporan kemajuan sekolah dan pencapaian murid (termasuk Laporan Penarafan Kendiri menggunakan SKPM) dimaklumkan kepada Sektor Sekolah Kluster mengikut jadual yang ditentukan.Peranan Agensi LainPIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO boleh memainkan peranan dalam memastikan Sekolah Kluster berfungsi dengan berkesan. Antara peranan mereka ialah memberi sumbangan dalam bentuk:Biasiswa;Kewangan/Dana;Program Kecemerlangan Akademik;Program Kecemerlangan Kokurikulum;Program KerjayaStatus Sekolah KlusterSekolah yang telah terpilih untuk menjadi Sekolah Kluster perlu memastikan terus cemerlang dalam semua aspek sebagaimana dalam syarat pemilihan Sekolah Kluster.Sumbangan Sekolah Kluster Kepada Pembangunan PendidikanDalam memastikan usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan menerusi Sekolah Kluster,elitismtidak mewujudkan di dalam diri warga Sekolah Kluster. Sekolah Kluster boleh membantu pembangunan warga sekolah lain menerusi contohnya:i.Menjadi model kepada sekolah berhampiran;ii.Menjadienablerkepada pembangunan pendidikan sekolah berhampiran; daniii.Berkongsi kemudahan fizikal sekolah dengan sekolah berhampiran.Sekolah Kluster perlu bekerjasama secara kolaborasi dengan sekolah lain dalam kelompoknya atau di luar kelompoknya untuk melonjakkan lagi kecemerlangan atas prinsipKaizendansituasiwin-win.

10