Maggie Goreng

download Maggie Goreng

of 4

Transcript of Maggie Goreng

MAGGIE GORENG360 gm Maggi

(rendam maggi dengan air panas. kejap je.. then toskan jangan bagi kembang sangat tau..kalau terlalu kembang nanti masa goreng hancur lembik2.

*1 biji bawang besar

*6 ulas bawang putih

*segenggam udang kering (kisar semua bahan2 bertanda *)

10 tangkai cili kering(rendam dgn air panas dan kisar)

tauhu

sedikit taugeh dan sawi

udang,kerang,sotong,dada ayam dan daging yang dipotong nipis

kicap manis,sos cili dan sos tiram secukupnya

daun sup dan daun bawang

untuk hiasan: bawang goreng

cili merah

daun sup dan daun bawang

telur mata

tomato

timun

limau kasturi/nipis

Cara2 membuatnya:

1. Tumis bawang dan bahan kisar tadi sehingga naik bau

2. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar.

3. Bila dah terbit minyak masukkan sos tiram dan kicap..letak agak2..kalau leh jangan letak garam dulu k.. sebab sos tiram dan kicap nanti dah masin...

4. Masukkan pula daun sup dan daun bawang

5. Kacau rata

6. Masukkan sotong,udang,kerang,isi ayam dan daging

7. Kacau sehingga ayam dan daging nampak kecut..

8. Masukkan tauhu

9. Masukkan Maggi

10. Jangan lupa masukkan taugeh dan sawi..

11. kacau semua sehingga mesra rakyat.hahaha.

12. Kalau colour tak cukup cantik... masukkan sos cili dan kicap lagi..then gaul2... rasa garam...

nak sedap masukkan sket ajinomoto.. tapi kalau nak jaga kesihatan.. xyah letak k.

ok..siap dah untuk dihidangkan...

Bahan-Bahan

1 paket maggi direbus dan disimpan air rebusannya

1 biji bawang besar bersaiz sederhana dihiris nipis

2 ulas bawang putih dihiris

1 biji telur

sedikit cili boh

sedikit kicap pekat

sedikit sayur sawi

sedikit isi ayam atau daging/udang

bahan perasa

minyak secukupnya

1 biji limau nipis

Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak dalam kuali.

Tumiskan semua bawang besar dan bawang putih hingga naik bau

Kemudian masukkan isi ayam serta cili boh,kicap pekat serta pecahkan telur.

Masukkan pula sayur serta maggi yang telah direbus bersama dengan sedikit air rebusannya jika terlalu kering.

Akhir sekali masukkan bahan perasa secukupnya.

Siap untuk dihidang bersama limau nipis.

BAHAN-BAHAN (3 Bungkus Maggi)

1) Mee Cintan Tanpa Goreng @ Mee Maggi

2) Bawang Merah Kecil dan Bawang Putih

3) Sos

4) Kicap

5) Lada Hitam Serbuk @ Lada Hitam Biji

6) Udang atau Ayam

7) Garam dan gula secukup rasa

8) Taugeh jika suka

CARA MEMASAK

1) Masak air di dalam periuk. Setelah mendidih, celurkan mee anda. Jangan terlalu lama, takut nanti terlembik sangat dan hancur bila digoreng.

2) Hiris bawang merah kecil dan bawang putih. Sukatan? Kalau aku gunakan sebungkus mee maggi, aku pakai 2 - 3 biji bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih. Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan putih yang kita hiris tadi sehingga kekuningan dan naik bau.

TIPS : Bawang merah kecil bagi aku lebih sedap dan manis jika dibandingkan dengan bawang merah besar. Dan selalunya, aku suka pakai banyak bawang sebab ianya menambahkan manis pada mee yang kita goreng. LAGI BANYAK BAWANG MERAH KECIL LAGI BEST!

3) Masukkan sos cili. Aku main curah saja. Agak-agak. Ikut rasa. Tapi lebih kurang dalam 5 - 6 sudu besar. Masukkan kicap cair. Ini pun agak-agak. Jangan terlalu banyak sebab nanti hitam dan masin. Ikut selera anda.

4) Gaulkan sos dan kicap tadi biar sebati. Masukkan udang atau ayam anda. Aku suka masukkan udang atau ayam dalam mee goreng sebab ianya memaniskan masakan dan tak nampak terlalu bosan. Jika anda rasa terlalu pekat, anda boleh campurkan air sedikit. Sedikit saja okay. Jangan terlalu banyak. Yang penting kelikatan kuah dia masih kekal. Jangan terlalu likat jangan terlalu cair. AGAK-AGAK. ^^

5) Taburkan sedikit lada hitam serbuk. Aku malas nak guna biji sebab malas nak tumbuk. Tapi kalau guna yang biji bagi aku lagi sedap rasanya. Orang kata, rasa dia bangkit. Anggaran dalam setengah sudu kecil.

6) Perisakan dengan garam dan gula ikut selera anda. Akhir sekali masukkan mee yang telah dicelur. Gaul sehingga bahan tumisan tadi kena pada mee anda dengan serata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam pada mee untuk memberi kepedasan pada masakan. Sukatan terpulang dan ikut selera anda.

7) Masukkan taugeh sebelum mee diangkat. Kaup balikkan kesemua bahan. Bila dah agak semuanya mesra (tak perlu terlalu lama atas api), tutup api dan bolehlah dihidang.

* * *

MAGGI GORENG VERSI KEDUA

BAHAN-BAHAN (3 Bungkus Maggi)

1) Mee Cintan Tanpa Goreng @ Mee Maggi

2) Bawang besar blend 2 sudu besar

3) Bawang putih blend 1 sudu besar

4) 2 sudu besar cili boh

5) 2 sudu besar sos cili + 1 sudu besar sos tomato

6) 2 sudu besar kicap

7) Udang atau Ayam

8) Garam dan gula secukup rasa

9) Sayur sawi atau taugeh ikut tekak anda

CARA-CARA

1) Tumis bawang besar + putih hingga garing dan naik bau. Masukkan cili boh dan tumis lagi sampai cili garing.

2) Masukkan ayam / udang.

3) Masukkan segala sos dan kicap. Gula dan garam. Ikut anda nak letak air sedikit atau tak. Bergantunglah pada tahap kepekatan bahan yang anda tumis. Kadang aku pakai air, kadang tak.

4) Selepas itu masukkan mee yang telah dicelur tadi bersama sayur. Gaul sampai sebati kesemua bahan. Biarkan beberapa minit dengan api sederhana. Selepas itu api dah boleh tutup. Dan serve.

Mudah serta cepat bukan. Rasanya pun enak. Daripada anda makan maggi goreng yang berperisa artificial, lebih baik anda masak sendiri. Lagi thorbaek!! Jadi inilah dia resepi pertama dari blog Cahaya Yang Riang Gembira untuk para bujang yang malas dan nak jimat belanja tapi nak makanan yang mudah, cepat dan enak. Kekeke.

Maggi Goreng Ala Mamak Resepi : MasDuniaku Bahan : 1 bungkus Maggi Kari udang, sotong atau isi ayam 1 ulas bawang putih - ditumbuk 1 sudu kecil cili mesin 2 cili padi - dihiris 1 sudu besar sos tiram kobis @ sawi 1 biji tomato - dibelah 6 1 biji telur 1 sudu kecil serbuk lada putih Cara Memasak : Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Masukkan dalam air biasa dan leraikan2kan maggi tu dan toskan. ( ini supaya maggi tu tak melekat2 masa menggoreng nanti ) Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili mesin, sos tiram,rempah kari dari maggi dan cili padi. Biarkan seketika dan masukkan udang @ ayam dan tomato. Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan. Kacau rata maggi tu seketika dan pecahkan telur dalamnya,tutup telur tu dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kobis @ sawi, kacau sebati semuanya dan last tabur serbuk lada putih. Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZBahan-bahan:- -*2 pek maggi (panaskan air hingga mendidih...masukkan kepingan maggi dan biar hingga maggi masak...jangan biar sampai terlalu kembang ye puan-puan...nanti tak sedap rasanya...biar agak kenyal-kenyal gitew...kemudian toskan dan ketepikan) -*100 gm isi ayam - potong kecil -*sawi -*tauge -*1 labu bawang besar - hiris nipis -*1 ulas bawang putih - ketuk -*secubit garam (lauk-lauk lain kalau nak boleh letak ye...sri letak ikut apa yang ada dalam peti ais je..hihi) Bahan Rencah:- -*3@4 sdb cili kisar -*1 1/2 sdb kicap manis -*1 1/2 sdb kicap masin -*1 sdb sos tiram -*2 sdb sos cili -*secubit cukup rasa -*1/3 cawan air Cara-cara:- -Satukan bahan rencah dan kacau bagi sebati...ketepikan. -Panaskan minyak...tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi dan masukkan bahan rencah tadi serta garam...masak selama 5 minit. -Masukkan isi ayam dan biar hingga isi ayam masak dan masukkan sawi serta tauge...kacau rata dan masukkan maggi yang telah direbus tadi...kacau hingga semua bercampur mesra...(jangan masak terlalu lama...nanti jadi kering...kurang sedap) ...tutup api. Jus lemon kesukaan saya...boleh buangkan lemak-lemak yang berlebihan...hihi (^_______^)*...ambil sebiji lemon...perahkan jusnya...tambah 800ml air dan juga letak air gula (ikut selera nak manis mana)...kemudian tambah ais kiub sikit...nyaman tekak.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZRESEPI MEGI KARI GORENG

1 peket maggi kari1/2 peket perencah kari1 ulas bawang putih dipotong dadu2 biji bawang merah dipotong dadu1 biji cili padi dihiris (kalau tak nak pedas tak payah letak)sebiji telur(digoreng scramble terlebih dahulu)sawi secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Rebus mi dahulu sampai kembang.(jgn sampai lembik)2. Panaskan minyak (aku guna minyak zaitun)3. Tumis bawang merah ,bawang putih & cili padi4. Masukkan sedikit air5. Masukkan perencah kari6. Masukkan mi segera & kacau rata7. Masukkan sayur & telur. Gaul sebati.8. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!