MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

12
MAHKAMAH HARTA INTELEK MAHKAMAH HARTA INTELEK MAHKAMAH HARTA INTELEK MAHKAMAH HARTA INTELEK MAHKAMAH HARTA INTELEK ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA MENGANJURKAN PAMERAN MENGANJURKAN PAMERAN MENGANJURKAN PAMERAN MENGANJURKAN PAMERAN MENGANJURKAN PAMERAN KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENGURUSAN SISA PEPEJAL PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA

Transcript of MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

Page 1: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

MAHKAMAH HARTA INTELEK MAHKAMAH HARTA INTELEK MAHKAMAH HARTA INTELEK MAHKAMAH HARTA INTELEK MAHKAMAH HARTA INTELEK

ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI

PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN PAKEJ PELANCONGAN YANG TIDAK MEMUASKAN

PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA

MENGANJURKAN PAMERAN MENGANJURKAN PAMERAN MENGANJURKAN PAMERAN MENGANJURKAN PAMERAN MENGANJURKAN PAMERAN

KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH KEMAHIRAN MEMBELI-BELAH

PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA PRIHATIN KESIHATAN GINJAL KITA

Page 2: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

Negara akan mencapai umur kemerdekaan ke-50 tahun pada bulan hadapan.Dalam usia setengah abad ini, pengguna di Malaysia telah melalui perkembanganyang pesat.

Kini terdapat lebih 30 undang-undang yang berkaitan perlindungan pengguna,termasuk undang-undang yang dianggap sebagai undang-undang induk, iaituAkta Perlindungan Pengguna 1999.

Namun begitu, undang-undang sahaja tidak mencukupi. Kesedaran penggunajuga perlu dipertingkatkan. Pelbagai program, aktiviti, kempen kesedaran dansebagainya telah diadakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna serta pertubuhan bukan kerajaan. Namun begitu masihterdapat banyak masalah yang dihadapi oleh pengguna. Masih banyak laporantentang pengguna yang tertipu oleh pelbagai helah dan taktik tidakbertanggungjawab sesetengah pihak.

Justeri, pengguna juga perlu mengupayakan dan memperkasakan diri merekaagar memahami tentang hak-hak dan tanggungjawab serta peraturan yang sediawujud.

Tidak ada maknanya pelbagai program dan kempen dijalankan jika tidakdisahut oleh pengguna. Peranan kerajaan melalui Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan persatuan pengguna adalahmenimbulkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Pengguna sendiri yangperlu menjalankan peranannya bagi mendapatkan hak-hak tersebut.

Jika ini dapat dilaksanakan, maka berkurangan kes-kes yang berkaitan denganskim cepat kaya, gores dan menang, pelaburan melalui internet yang tidakberlesen dan sebagainya.

* * *Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna mengadakan Hari Pengguna Malaysia 2007. Temayang dipilih pada tahun ini ialah “Pengguna Bijak: Menjana Ekonomi Negara”.Pelbagai aktiviti dan program diadakan bersempena dengan Hari Pengguna ini.Sertailah pelbagai aktiviti dan program tersebut kerana ia adalah hari bagi semuapengguna di Malaysia.

“SELAMAT HARI PENGGUNA MALAYSIA”

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. En. Mohd Zain Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGIsamil bin Jantan

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNorliana bte Ismail

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

MINDA EDITOR

Page 3: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

Pengguna Bijak, Menjana Ekonomi Negara merupakantema Hari Pengguna Malaysia pada tahun 2007. Tema inidipilih bagi menunjukkan peri pentingnya kedudukanpengguna yang bijak, yang dapat membantu dalamperkembangan ekonomi negara.

Seperti juga pada tahun-lalu yang lalu, Hari PenggunaMalaysia (HPM) disambut pada 26 Julai setiap tahun.Sambutan Minggu Pengguna Malaysia pula disambut mulai25 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun.

Objektif sambutanuntuk memaparkan tanggungjawab Kerajaan danKementerian di dalam program pendidikan danperlindungan pengguna;

untuk memupuk kesedaran kepenggunaan yang positifdi kalangan semua anggota masyarakat di negara ini;dan

untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama yangerat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan pertubuhanbukan kerajaan di dalam aspek konsumerisme yangboleh membantu negara mencapai Wawasan 2020.

Majlis PelancaranSambutan Hari Pengguna Malaysia peringkat

Kebangsaan diadakan pada 25 Julai 2007, yangdisempurnakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bertempat diStadium Malawati, Kompleks Sukan Shah Alam.

Majlis perasmian ini dihadiri oleh seramai 10,000 orangjemputan yang terdiri daripada orang kenamaan, wakilagensi kerajaan, wakil industri, pelbagai NGO, dewan-dewan perniagaan, wakil MHEPN, ahli-ahli RakanPengguna, ahli-ahli akademik, pelajar IPT dan sekolah-sekolah dan orang awam.

Program & AktivitiPelbagai program dan aktiviti yang dijalankan sempena

dengan sambutan HPM 2007 ini. Di antaranya:

Karnival PenggunaKarnival ini akan melibatkan dua segmen utama iaitu,

informatif dan interaktif iaitu aktiviti yang akan diadakan

adalah termasuk pameran yang berbentuk informatif danmemberi pengetahuan kepada pengunjung. Pada masayang sama karnival ini juga menghidangkan pelbagai aktivitiyang interaktif seperti jualan istimewa barangan danperkhidmatan kepada pengguna, Walk-A-Hunt, TreasureHunt, persembahan artis-artis jemputan, kuiz-kuiz danpertandingan, demonstrasi produk, acara sukan sepertipertandingan futsal dan acara-acara lain .

Karnival ini membabitkan penglibatan dari Jabatan/Agensi Kerajaan, pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGOs) dan dari pelbagai sektor dan industri seperti daripengeluar barangan dan perkhidmatan pengguna sepertisektor pelaburan dan kewangan, sektor pelancongan,sektor perumahan, sektor tekstil dan fesyen dan programkhas Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Seminar / BengkelBeberapa siri seminar, bengkel atau konvensyen akan

diadakan bersempena dengan sambutan ini. Acara-acaraini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan kumpulansasar dengan isu kepenggunaan dan hak sertatanggungjawab sebagai pengguna bersesuaian denganperkembangan keadaan semasa. Antara program yangdiadakan ialah:

Konvensyen Pengguna dengan kerjasama PersatuanPengguna Islam Malaysia (PPIM)

Seminar Peniaga (dengan kerjasama PersatuanPeruncit Malaysia – MRA)

Seminar Pengguna peringkat Kebangsaan dan negeri(dengan kerjasama Persatuan –persatuan pengguna)

HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007

Pengguna Bijak,MenjanaEkonomi Negara

ISU PENGGUNA

JULAI 2007 > 3

bersambung ke muka 4..

Page 4: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

4 < JULAI 2007

PROGRAM SEMPENASAMBUTAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007

Khutbah JumaatKementerian dengan kerjasama Persatuan Pengguna

Islam Malaysia dan JAKIM akan bersama-samamenyediakan Khutbah Jumaat khusus mengenai penggunadan peniaga sempena HPM 2007.

Peraduan Mengarang Esei, Melukis Poster danDebat, Kartun, Fotografi, Filem Pendek,Pertandingan “Scrap Book” dan fotografiProgram pertandingan ini diadakan dengan kerjasama

FOMCA. Program ini yang berlangsung selama dua bulan,sejak melibatkan semua peringkat, termasuk pelajar prasekolah, sekolah rendah, menengah, institusi pengajiantinggi dan orang awam.

Pertandingan SayembaraPuisi/ Sajak/ Pantun/Syair Bertemakan Kepenggunaan

Pertandingan ini akan diadakan dengan kerjasamaGAPENA bertujuan untuk memupuk nilai Pengguna Bijakdi kalangan masyarakat. Kategori pertandingan akanditentukan melalui perbincangan lanjut dengan penganjurbersama.

Forum Perdana Ehwal IslamForum Perdana Ehwal Islam yang bertemakan

kepenggunaan dari perspektif Islam akan diadakan dengankerjasama PPIM dan JAKIM di lokasi yang strategik.

Karnival Sukan Pengguna 2007Acara Karnival Sukan Pengguna 2007 ini akan diadakan

bagi mendidik pengguna supaya mengamalkan gaya hidupsihat. Beberapa acara disusun bagi memeriahkan lagikarnival sukan ini seperti pertandingan futsal, bola jaring,sepak takraw dan beberapa sukan tadisional sepertipermainan gasing, galah panjang dan sukan rakyat.

Treasure Hunt Pengguna 2007Acara ini pertama kali diadakan dengan tujuan untuk

menguji minda para peserta tentang perkara-perkara yangberkaitan kepenggunaan. Dijangkakan sebanyak 75keluarga akan mengambil bahagian dan para peserta akandilepaskan oleh Y.B Menteri Perdagangan Dalam NegeriDan Hal Ehwal Pengguna. Dicadangkan “route” bagiTreasure Hunt Pengguna 2007 ini bermula dari Putrajayadan berakhir di Damai Laut, Lumut, Perak. Acara initerbuka kepada pegawai KPDNHEP dan orang ramai.

Anugerah PenggunaBersempena dengan acara pelancaran perasmian Hari

Pengguna Malaysia, beberapa anugerah akan diberikanpada hari tersebut. Anugerah tersebut ialah:

Tokoh Pengguna 2007Akhbar Pengguna Terbaik 2007Organisasi Pengguna Terbaik 2007Syarikat Mesra Pengguna 2007Tokoh Pengguna Peringkat Sekolah

dari muka 3 ..

Page 5: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

MEKANISME TEBUS RUGI

MahkamahHarta Intelek

JULAI 2007 > 5

Bagi memperkasakan sistem perlindungan harta intelekdi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telahmenubuhkan Mahkamah Harta Intelek. Untuk tujuantersebut, sebanyak 21 Mahkamah Harta Intelekdiwujudkan, melibatkan 15 buah Mahkamah Sesyen danenam buah Mahkamah Tinggi. Mahkamah Harta Intelekpertama telah dilancarkan di Kompleks Mahkamah JalanDuta pada 17 Julai 2007.

Dengan tertubuhkan mahkamah yang khusus tentangharta intelek ini, ia menjadikan Malaysia sebagai negarakedua di rantau ASEAN selepas Thailand. Penubuhanmahkamah ini selaras dengan perakuan Malaysia padaperingkat antarabangsa menerusi Perjanjian PerdaganganBerkaitan Harta Intelek (TRIPS).

Penubuhan Mahkamah Harta Intelek yang diluluskanoleh jemaah kabinet ini bertujuan untuk mempercepatkanlagi proses pengendalian kes tentang pelanggaran hartaintelek di negara ini.

Selain itu ia juga akan menimbulkan keyakinan dalamkalangan pelabur dan masyarakat antarabangsa tentangkeseriusan Kerajaan Malaysia memerangi pihak yangterlibat dalam pelanggaran, seperti memuat turun tanpakebenaran, mengubah suai daripada karya asal, menciplak,mencetak rompak, memplagiat, meniru, mencedok,menyebar karya secara bebas dan sebagainya.

Undang-undang berkaitan harta intelekTerdapat dua aspek tentang harta intelek iaitu harta

intelek harta industri dan hak cipta. Harta industrimembabitkan cap dagangan, paten, reka bentukperindustrian, reka bentuk litar bersepadu dan sebagainya.

Hak cipta pula berkaitan dengan hak penguasaandilindungi undang-undang ke atas seluruh atau sebahagiandaripada hasil ciptaan merangkumi karya sastera, karyamuzik, karya seni, filem, rakaman bunyi dan siaran.

Undang-undang yang berkaitan harta intelek diMalayssia ialah:

Akta Perihal Dagangan 1972Akta Cap Dagangan 1976Akta Paten 1983Akta Hakcipta 1987Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000Akta Petunjuk Geografi 2000Akta Hakcipta 1987, Akta Cakera Optik 2000

Operasi Mahkamah Harta IntelekKes Mahkamah Harta Intelek ini akan dikendalikan di

15 buah Mahkamah Sesyen yang terletak di setiap ibunegeri dan Putrajaya. Manakala enam Mahkamah Tinggiakan bersidang sebagai mahkamah khusus di negerimempunyai banyak kes harta intelek seperti Kuala Lumpur,Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Projek rintis Mahkamah Harta Intelek ini telah dimulakanpada 1 Januari 2006 di Mahkamah Sesyen Jenayah 4,Kuala Lumpur, yang mendengar secara khusus kes-kesjenayah harta intelek. Mahkamah ini telah berjayamendengar dan melupuskan kes-kes dengan lebih efektifdan cepat. Pada tahun 2006, sebanyak 99 kes dapatdilupuskan dengan jayanya. Oleh itu, penubuhanMahkamah Harta Intelek yang khusus ini akan melupuskanlebih banyak kes-kes harta intelek.

Pindaan Akta Hak Cipta 1987Dalam pindaan Hak Cipta 1987 pada 15 Ogos 2003,

pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan halEhwal Pengguna telah diberi kuasa untuk menangkappesalah yang terlibat dalam jenayah harta intelek,termasuk mengedar dan menjual VCD cetak rompak.

Tunggakan Kes Harta IntelekSehingga pertengahan tahun 2006, terdapat 515 kes

berkaitan harta intelek telah tertunggak di MahkamahMajistret, manakala sebanyak 1,030 kes lagi di MahkamahSesyen dan 67 kes di Mahkamah Tinggi sehingga 31Disember 2006.

Kes Harta IntelekMahkamah Harta Intelek pertama telah membicarakan

kes berkaitan seorang penganggur yang memiliki 246 buahlagu yang dicetak rompak dalam 24 buah kaset. Dia telahdikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir dimahkamah. Jika tertuduh disabitkan kesalahan, dia akandikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara selamalima tahun, atau kedua-duanya di bawah Akta Hak Cipta1987. Selain itu, empat kes lain berkaitan hak cipta turutdibicarakan pada hari tersebut.

Page 6: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

6 < JULAI 2007

Buah DelimaBuah ini berasal daripada Iran, Afghanistan dan kawasandi sekitar Himalaya. Ia kini boleh didapati di negara iklimtropika dan subtropika.

Khasiat makananBuahnya boleh dimakan segar atau dibuat sebagaiminuman jus, sirap, sos, campuran salah buah dansayur serta rojak. Ia mempunyai kesan merencatkanpertumbuhan bakteria.Mengandungi tanin, asid sitrik, vitamin C dan asidborik.

Khasiat ubatanJusnya diminum untuk merawat penyakit demampanas, batuk, ulser mulut dan melawaskan buangair besar.Air rebusan kulit diminum untuk mengubati penyakitcirit-birit dan disenteri, sakit perut, batuk, terlalubanyak kahak dan melawaskan haid.

KHASIAT TANAMAN

Kulitnya dikeringkan dan kemudian direbus sertadikumur-kumur untuk merawat penyakit kerongkong.Boleh disapu atau dimasukkan di tempat yangmengalami masalah buasir, disapu ataudimasukkan dalam faraj untuk merawat penyakitkeputihan.Air rebusan kulit diminum untuk mengubat penyakitcirit-birit dan disenteri.Kulit dikering dan dihancurkan menjadi serbuk.

KESIHATAN

Memproses Sayur-sayurandengan Betul

Sayur-sayuran merupakan sebahagian daripada jenismakanan yang perlu diambil bagi mendapatkan diet yangserimbang. Ini kerana ia mengandungi sumber yang kayayang vitamin dan zat-zat galian.

Bagi memastikan sayur-sayuran yang dimakan beradadalam keadaan yang baik dan mengandungi zat-zatmakanan, ia perlu diproses secara yang betul sama adaketika mencuci, menyediakan dan memasaknya.

Apabila membeli sayur-sayuran, pilih yang masihsegar, berwarna terang dan bentuknya elok.Pastikan segala bahan kimia dan kekotoran yangmungkin melekat padanya dibersihkan.Jangan rendam sayur-sayuran itu terlalu lama dalamair garam sebelum dimasak kerana ia bolehmenyebabkan zat di dalamnya hilang.Potong sayur-sayuran hanya ketika hendak dimakanatau dimasak. Kebanyakan sayur-sayuran akankehilangan vitamin c apabila terdedah dengan udaradan kepanasan.Simpan sayur-sayuran di tempat yang sejuk dangelap untuk menghalangnya daripada kehilangan

vitamin.Jika ingin menyimpan sayur-sayuran di dalam petisejuk, ia hendaklah dalam keadaan segar. Simpandalam bekas tertutup yang terletak di bahagianbawah peti sejuk. Sayur-sayuran berdaun hijauhendaklah dimasukkan ke dalam plastik yangberlubang.Sekiranya ingin menyimpan sayur-sayuran jenisberubi, simpan di tempat yang kering dan dingin.Jangan diletakkan di atas lantai, terutamanya lantaisimen.Masaklah sayur-sayuran secara kukus kerana iadapat mencegah kehilangan vitamin B dan C.Jika sayur-sayuran perlu dimasak dengan berkuah,gunakan kuah secara mininum. Biarkan air ataukuah mendidih terlebih dahulu sebelum dimasukkansayur.Jangan menggunakan bahan penaik (sodabikarbonat) untuk membuat kuah sayur-sayurankerana ia boleh merosakkan vitamin C.

Page 7: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

Globalisasi telah mempengaruhi ekonomi antarabangsadengan pembangunan perdagangan dunia dan e-dagangyang pesat seperti pembangunan teknologi maklumat.Barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada hargayang berpatutan telah menjadi fokus utama ekonomi padamasa kini.

Bagi mendapatkan pelanggan yang setia ataupun untukmemasuki pasaran baru, pengeluar barangan atauperkhidmatan harus mengambil kira kualiti dan produktivitisebagai langkah yang strategik.

Kebanyakan syarikat pada masa kini menggunakanISO 9000, Sistem Pengurusan Kualiti. Apabila standardini diperkenalkan, ramai yang berpendapat sistem ini hanyaakan memberikan keuntungan kepada jurunding dan sistemini hanya untuk pelaksanaan jangka pendek. Inimenyebabkan organisasi/syarikat tidak berminat denganISO 9000 kerana ia banyak membincangkan rangka sistempengurusan kualiti. Malahan mereka tidak peka terhadapimplikasi persijilan ISO 9000 terhadap pemasaran podukdan perkhidmatan organisasi/syarikat. Namun merekamula menyedari kepentingan ISO 9000 apabila melihatpercetakan banner yang menyatakan ‘ISO 9000 registered’.

Pada peringkat awal kewujudan standard ini iaitu padatahun 1987, ia lebih kepada pematuhan kepada

pendokumenan prosedur. Namun, standard ini telah dikajisemula kesesuaiannya pada tahun 1994 dan 2000.Akhirnya, versi terbaru ISO 9001:2000, lebih menekankankepada operasi asasnya, proses-proses yang terlibat daninteraksi antara proses-proses tersebut.

Standard ini juga merangkumi penubuhan, pelaksanaan,pengawalan, penyeliaan, pengukuran dan menganalisa datauntuk improvement proses organisasi untuk mencapaiobjektif organisasi. ISO 9001:2000 telah menggantikan ISO9001:1994, manakala ISO 9002:1994 dan ISO 9003:1994telah dihentikan.

Kebaikan standard ISO 9000 ialah meningkatkanproses perniagaan atau pengeluaran produk danperkhidmatan, mampu menarik pelanggan/pengguna untukmenggunakan produk dan perkhidmatan mereka keranaia dijamin dan juga boleh memasuki pasaran antarabangsayang menuntut agar produk dan perkhidmatan mempunyaipersijilan ISO 9001.

Di Malaysia, terdapat banyak badan persijilan bagi ISO9001 : 2000. Di antaranya ialah Sirim QAS InternationalSdn Bhd, Moody International Certification (M) Sdn Bhd,BSI Management Systems (Asean) Pte Ltd dansebagainya.

ISO 9001:2000Sistem Pengurusan Kualiti

JULAI 2007 > 7STANDARD

Page 8: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

RUANGAN NCCC

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < JULAI 2007

NCCC telah menerima satu aduan daripada seorangpengguna yang mana pengguna tidak berpuashati dengankhidmat pelancongan yang diterima olehnya semasamengikuti satu percutian ke India. Pengguna rasa sepertidipermainkan apabila perkhidmatan yang disediakan olehpihak agensi pelancongan tidak seperti yang diiklankan.Kecewa dengan perkara yang berlaku, beliau telah memintabantuan NCCC.

TINDAKAN NCCCNCCC telah menulis surat rasmi kepada pihak penganjurdan sesalinan surat rasmi tersebut di hantar ke KementrianPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danKementrian Pelancongan Malaysia masing-masing. PihakNCCC memberi tempoh 7 hari kepada pihak penganjuruntuk memberikan penjelasan tentang tindakan merekaitu. NCCC menerima maklumbalas daripada KementrianPelancongan Malaysia melalui surat bertarikh 16 April 2007yang menyatakan keprihatinan kerajaan dengan hal-halbegini.

NASIHAT NCCCPengiklanan adalah satu medium penting dalammenjalankan apa jua jenis perniagaan. Akan tetapi, iklantersebut seharusnya mengambarkan gambaran sebenarperkhidmatan atau jenis tawaran yang disediakan.Mengambil contoh pengguna di atas, adalah wajar untukbeliau berasa tidak puas hati dan kecewa denganperkhidmatan yang disediakan. Pihak agensipelancongan seharusnya berhati-hati dan menunaikanjanji seperti yang di iklan kepada pengguna. Tidak wajarbagi pihak agensi pelancongan tersebut untuk mengautkeuntungan dari caj perkhidmatan yang tinggi taksetanding dengan khidmat yang disediakan. Penggunajuga seharusnya membuat pilihan yang paling bijak danbertanya dengan sepenuhnya untuk memastikan wangyang dilabur bersepadan dengan perkhidmatan yangbakal diterima.

PAKEJ PELANCONGAN YANGTIDAK MEMUASKAN

PENGGUNA LESTARI

KemahiranMembeli-BelahKepenggunaan membantu pengguna menjadi pembeliyang bijak. Ini bagi memastikan mereka tidak mudahditipu ketika membeli-belah.

Di antara kemahiran yang perlu dimiliki olehpengguna ialah:

Mengetahui keperluan. Buat senarai baranganyang diperlukan dan rancang masa untukmembelinya.Buat tinjauan harga di beberapa buah kedai yangmenjual barangan yang menjadi keperluan atauyang ingin dibeli.Baca semua panduan membeli yang berkaitandengan baranga yang ingin dibeli.Baca setiap label barangan yang ingin dibeli. Diantara maklumat yang perlu diperhatikan ialahisi, jumlah, pengilang, tarikh luput, nasihattertentu seperti kesan sampingan dan caramenggunakannya.

Jadikan penilai ekonomi barangan yang ingindibeli. Buat kiraan terhadap harga dan kuantitinya.Umpamanya barangan yang berharga RM1.00untuk 100 gram dan RM2.10 bagi 200 gram. Inimenunjukkan bahawa yang kecil lebih murah.Jadi pemeriksa resit jualan dan kontrak. Periksasetiap resit jualan di hadapan jurujual agarsekiranya berlaku kesilapan boleh diperbaikiserta-merta. Sekiranya terdapat kontrak bagisesuatu pembelian, baca kontrak itu dengan telitiagar tidak timbul perkara yang tidak diingini kelak.

Page 9: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

JULAI 2007 > 9KEWANGAN

Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF)

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dengan tujuan untuk

membangunkan modal insan dalam kewangan Islam bagi

memenuhi keperluan industri kewangan Islam global yang kini

berkembang dengan pesat.

INCEIF merupakan satu inisiatif Malaysia bagi menggalakkan

kecemerlangan pendidikan dalam bidang kewangan Islam

untuk komuniti kewangan domestik dan antarabangsa. Misi

utama INCEIF adalah untuk memartabatkan dan memper-

kasakan amalan kewangan Islam di persada antarabangsa.

Bagi menyokong misi yang agak unik ini, INCEIF melibatkan

cendekiawan ternama dan terkenal dari dalam dan luar

negeri. INCEIF juga menjalinkan hubungan strategik dengan

institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa. Rakan

strategik yang lain termasuk bank-bank pusat dan pertubuhan

pendidikan luar negeri.

Model perniagaan INCEI berbeza dengan apa yang diamalkan di sekolah-sekolah atau fakulti

perniagaan di institusi pengajian swasta yang lain. INCEIF merupakan satu-satunya institusi yang

menawarkan keseluruhan spektrum pengetahuan tentang kewangan Islam, termasuk program

Persijilan Kewangan Islam Profesional (CIFP), ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang

kewangan Islam.

CIFP, P yang merupakan program teras INCEI , boleh diikuti secara sepenuh masa atau secara dalam

talian (online) dari mana-mana lokasi di dunia. Program ini bertujuan mewujudkan profesional yang

berkaliber, berkemahiran dan berpengetahuan teknikal yang diperlukan dalam kewangan Islam,

khususnya dalam bidang Perbankan dan Takaful.TT

CIFP memberi peluang yang unik kepada individu bagi menambahkan pengetahuan sebagaimana

yang diperlukan oleh industri. Selain mempelajari tentang teori, pelajar program INCEI juga

berpeluang berbincang dengan profesor dan tenaga pengajar, memanfaatkan pengalaman kerja

peserta industri melalui kajian kes dan mengikuti latihan amali di institusi kewangan Islam.

CIFP dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian menawarkan modul menyeluruh yang

secara strategiknya menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, ketrampilan dan

pengalaman.

Bahagian I

Penekanan diberikan pada

aspek pengetahuan asas

pelajar dalam kewangan

Islam dari segi teori dan etika

perancangan dan peng-

urusan kewangan. Penilaian

dibuat melalui peperiksaan,

penganalisisan kes dan

penulisan kertas projek

sebelum pelajar diiktiraf se-

bagai Ahli Bersekutu.

Bahagian II

Pelajar mendapat kemahiran yang

diperlukan bagi menangani isu-isu

operasi dan transaksi kewangan

Islam. Pelajar mempunyai pilihan

membuat pengkhususan dalam

bidang perbankan dan/ atau takaful.

Bagi mendapat pengiktirafan se-

bagai Ahli Berkemahiran, pelajar

perlu lulus peperiksaan, membuat

kertas projek, menjalankan projek

baru dan menyediakan dokumen

transaksi.

Bahagian III

Penekanan diberikan

pada pembinaan

ketrampilan dan

pengalaman melalui

program latihan amali

yang dijalankan

selama enam bulan di

institusi kewangan

Islam.

Untuk maklumat lanjut tentang INCEIF, sila layari www.inceif.org

2nd Floor, Annexe Block,Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut,50350 KL Tel: +603 2781 4000 +603 2691 3714Mobile: +6012 6329699Fax: +603 26924094www.inceif.org

Page 10: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

KELAB PENGGUNA

10 < JULAI 2007

Sebelum memulakan aktiviti ini terlebih dahulu pelajar perlumemikirkan bentuk pameran yang akan dilaksanakan.Tujuan pameran haruslah berdasarkan tema dan topik-topikutama tertentu. Pastikan juga maklumat atau “message”yang hendak di sampaikan tepat pada golongan sasaran.

Aktiviti ini akan melibatkan penglibatan rakan-rakanyang lain atau bentuk kumpulan, tapak /lokasi danpenilaian orang terhadap pameran tersebut.

Contoh: Pilih tajuk pameran contohnya sepertiBarangan Palsu, Iklan yang mengelirukan, Isu CetakRompak, Penjimatan tenaga seperti air, elektrik dansebagainya, isu ubat-ubatan, isu barangan yang tiadastandard, menggalakkan pengguna makan secara sihatdan sebagainya.

Mengumpul BahanBahan-bahan boleh didapati dari buku-buku,majalah, keratan akhbar, poster-poster, risalah-risalah dan lain-lain.Hubungi agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukankerajaan atau pakar rujuk tertentu untukmendapatkan bahan.Setelah mengumpul semua bahan tersebut.Asingkan bahan-bahan kepada satu isu/tajuktertentu.

AturcaraTarikh / tempat/ masaPerlukan “soft board”

PengangkutanPermohonan penggunaan tempatMemahami kehendak pelawatRekabentuk pameran/ hiasan dalaman pameran- memastikan pintu masuk dan keluar pelawat, di

mana pelawat akan berdiri, kedudukan bahan-bahan pameran

Rancangkan bentuk pameran seperti pameranberbentuk poster, bahan-bahan bacaan dan gambar-gambar.Membuat publisiti atau promosi tentang pamerantersebut seperti:-- Menampal poster- Membuat pengumuman semasa perhimpunan

sekolah- Surat jemputan kepada Persatuan Ibu Bapa dan

Guru, keluarga terdekat, penduduk setempat,ketua kampung dan sebagainya.

Bahagikan tugas bagi penyediaan pameran kepadakumpulan-kumpulan kecil mengikut isu/tajuk-tajuktertentu.

MenganjurkanPameran

Ujian darahMengesan tahap kerosakan ginjalMengesan penyebab kegagalan ginjal sepertidiabetesMengesan komplikasi penyakit ginjal sepertikekurangan darah, penyakit tulang dan lain-lain

Anda mungkin dikehendaki menjalani ujianultrabunyi ginjal

Bagaimana saya boleh mencegah kegagalanginjal?

Perkembangan kegagalan ginjal peringkat akhirdapat dilewatkan dengan cara pengesanan awal,

pengawalan tekanan darah tinggi yang ketat, mengawalparas gula dan mengawal kandungan protin dalam airkencing.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatpenyakit ginjal digalakkan membuat saringan ujian airkencing dan ujian darah. Mereka yang berisiko tinggiialah:

Pengidap kencing manis (diabetes mellitus)Darah tinggi (hypertension)Penyakit ginjal batu karang (renal stones)Sejarah penyakit ginjal dalam keluargaPesakit yang mempunyai satu ginjal sahajayang berfungsiMengamalkan pengambilan ubat penahan sakitsecara berterusan

dari muka 12 ..

Page 11: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

JULAI 2007 > 11ALAM SEKITAR

Apakah anda faham tentang sisa pepejal?Biasanya di kenali sebagai sampah. Ianya terdiri

daripada bahan-bahan buangan seperti kertas, perkakaslama atau rosak, pakaian lama atau koyak, bahan bakiselepas makan, bateri dan banyak lagi.

Siapakah yang membersihkan sisa pepejal?Sisa pepejal dikumpul oleh kerajaan tempatan yang

terdiri daripada Majlis Bandaraya, Dewan Bandaraya danMajlis Perbandaran. Kerajaan tempatan akanmengendalikan dengan sendiri ataupun memberikankontrak kepada syarikat swasta untuk mengendalikan danmelupuskan sampah dengan sempurna.

Mengapakah kita perlu mengitar semula?Sisa pepejal tidak mudah dilupuskan kerana

kandugannya yang pelbagai dan agak sukar untuk teruraikepada bahan-bahan yang selamat kepada alam sekitar.Akan tetapi, terdapat juga bahan-bahan yang di buang tidakterurai langsung. Ini menyebabkan kawasan pelupusansampah semakin bertambah di negara kita. Dalam tapak-tapak ini juga terhasil gas metana, sejenis gas yangmempunyai fungsi yang sama dengan gas masak kita didapur. Kilat dan pembakaran di kawasan pelupusansampah boleh menyebabkan letupan, jika kawasanpelupusan sampah ini tidak di jaga dengan betul.

Bagaimana kita boleh amalkan sikap kitarsemula?

Kitar semula merupakan tabiat yang kita tidak sedarbiasanya. Penjualan surat khabar lama merupakan tabiatbiasa kebanyakan orang. Ini merupakan tabiat yang samauntuk mengitar semula botol-botol kaca dan plastik, bahan-bahan logam, kaca dan plastik, dan banyak lagi.

Apakah itu ’guna semula’?Guna semula adalah kaedah di mana kita sebagai

pengguna mengguna semula barang-barang yang kita belibeberapa kali sebelum di buang. Contohnya, kertas A4yang kita guna untuk mencetak, selepas kertas itu tiadakegunaan, bahagian belakang boleh diguna semula dankemudiannya dijual untuk kitar semula.

Apakah langkah lain dalam mengurangkanpenghasilan sisa pepejal?

Pengurangan penggunaan bahan-bahan yang tidakboleh terurai secara semula jadi merupakan langkahtambahan. Kadang-kadang kita juga membuangan kipas

elektrik yang rosak atau lama. Kipas ini boleh di baiki untukterus digunakan.

Mengapa pengurangan sisa amat penting?Setiap barangan yang kita gunakan dihasilkan atau di

buat daripada sumber yang di ambil daripada alamsemulajadi. Kebanyakan barangan ini tidak boleh bertukarmenjadi di tukar semula sebagai sumber dengan kadaryang segera ataupun tidak akan bertukar langsung. Maka,adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menjadikankitar semula, guna semula dan pengurangan penggunaansebagai amalan harian.

Apakah akan terjadi jika kita tidak mengamalkansemua itu?

Negara kita akan kehilangan sumber aslinya dan perlumembeli bahan-bahan ini dengan harga yang mahaldaripada luar negara. Rakyat akan menderita disebabkanpembuangan sampah secara haram yang berleluasa bolehmenyebabkan penyakit dan pencemaran yang teruk kepadaalam sekitar. Secara keseluruhan, keindahan dankeagungan alam kita akan hilang dan generasi akan datangtidak dapat melihat atau merasainya. Sebagai individu yanghidup di dunia ini, kita sama sekali tidak berhak untukmenghancurkan masa depan generasi muka.

Bagaimanakah saya boleh tolong untukmengekalkan keindahan dan keagungan alamsekitar untuk anak-anak saya di masa hadapan?

Amalkan cara hidup yang sederhanaSentiasa fikir dahulu sebelum membeli barangan-barangan untuk kegunaan harianPilih barangan kitar semulaAmalkan sikap guna semulaSenantiasa melaporkan kepada pihak berkuasa jikaterdapat orang-orang yang mencemarkan alamsekitar.

MASA DEPAN DI TANGAN ANDA!

PengurusanSisa Pepejal

Page 12: MAHKAMAH HARTA INTELEK - KonsumerKINI

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

Mengapakah buah pinggang (ginjal) sangatpenting?Buah pinggang atau Ginjal ialah sepasang organ berbentukkacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yangpenting. Fungsi-fungsi ginjal ialah :

Membuang bahan kumoh seperti urea dan toksindari badan.Membuang cecair yang berlebihan dari badan.Mengawal tekanan darah.Mengawal asid dalam darah.Mengawal mineral di dalam darah.Menghasilkan hormon untuk pembentukan seldarah merah dan vitamin D aktif, untuk mengekalkantulang yang sihat dan kuat.

Kekerapan penyakit kegagalan ginjal di MalaysiaDi Malaysia dianggarkan 2300 pesakit baru dikesan

mengidap kegagalan ginjal setiap tahun. Sehingga 31Disember 2004 pesakit yang mendapat rawatan dialysisberjumlah 11544 orang. 70% mendapat rawatan di pusatrawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapatsamada rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis dirumah.

Kegagalan ginjal terbahagi kepada beberapa peringkatmengikut tahap kerosakan:- Tahap 1 hingga Tahap V

Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsiginjal berada di tahap ke V

Apakah punca-punca utama kegagalan ginjal diMalaysia?

Kencing manis (Diabetes mellitus)Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)Penyakit batu karangHypertensi (tekanan darah tinggi)Punca-punca lain seperti toksin

Bagaimana saya mengetahui saya mengidappenyakit ginjal?

Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apatanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Andadinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatansekiranya anda tergulung dalam kumpulan berisiko tinggi.

Anda merasa syak mengidap kegagalan ginjal bilamempunyai tanda-tanda berikut:

Prihatin KesihatanGinjal Kita

Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)Rasa mual, muntah dan hilang selera makanGatal seluruh badanSakit tulangBengkak pergelangan kaki dan sesak nafasPucatKencing yang berbuih

. Darah keluar bersama air kencingJangkitan salur kencing berulang-ulangPengeluaran kencing berkuranganKerap kencing terutama sebelah malamMengalami hypertensi pada usia muda

Apakah ujian-ujian yang perlu dijalankan untukmengesan penyakit ginjal kronik?

Ia berbeza diantara satu individu dengan individu laintertakluk kepada punca atau sebab.

Ujian yang perlu termasuklah:Ujian air kencing

mengesan kehadiran protinmengesan darahmengesan kandungan bakteria

PENGGUNA LESTARI

12 < JULAI 2007

bersambung ke muka 10..