MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai...

29
1/29 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.5 (2) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 1 TAHUN 2018 Tarikh : 29 Januari 2018 (Isnin) Masa : 10.30 Pagi 12.27 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 12 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Januari 2018. Video tersebut turut memaparkan pelantikan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar sebagai Timbalan Setiausaha berkuatkuasa mulai 8 Januari 2018. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas segala nikmat kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Hari ini, merupakan Mesyuarat Majlis yang pertama pada tahun ini. Beliau selaku Datuk Bandar berharap agar semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan warga kerja Majlis sentiasa bersama-sama di dalam memberikan kerjasama dan komitmen kepada Majlis bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang.

Transcript of MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai...

Page 1: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

1/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.5 (2)

MINIT MESYUARAT MAJLIS

(PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 1 TAHUN 2018

Tarikh : 29 Januari 2018 (Isnin)

Masa : 10.30 Pagi – 12.27 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 12 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Januari 2018. Video tersebut turut memaparkan pelantikan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar sebagai Timbalan Setiausaha berkuatkuasa mulai 8 Januari 2018.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas segala nikmat kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Hari ini, merupakan Mesyuarat Majlis yang pertama pada tahun ini. Beliau selaku Datuk Bandar berharap agar semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan warga kerja Majlis sentiasa bersama-sama di dalam memberikan kerjasama dan komitmen kepada Majlis bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang.

Page 2: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

2/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan dan ekspektasi penduduk khususnya penduduk Petaling Jaya. Justeru itu, beliau berharap agar layanan dan perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan Majlis adalah yang terbaik dan secara langsung mencerminkan kualiti, ketelusan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.

3.2 FOKUS BELANJAWAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

BAGI TAHUN 2018

Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan memastikan belanjawan yang diperuntukkan digunakan dengan penuh cermat dan berintegriti. Majlis juga akan terus memperkasakan penyampaian perkhidmatan di dalam memastikan penyampaian perkhidmatan berada di tahap optimum dengan memberi penekanan kepada pembersihan awam dan kutipan sampah bagi setiap kawasan di bawah seliaan Majlis serta akan menjadikan kebersihan awam sebagai keutamaan perkhidmatan selaras dengan Anggaran Belanjawan Negeri Selangor tahun 2018.

Majlis mengambil pendekatan „people centric‟ dalam perancangan pembangunan setempat dengan melaksanakan „participatory budgeting process‟ yang memberi ruang kepada penglibatan langsung masyarakat untuk merencanakan program dan projek yang perlu dilaksanakan. Majlis akan menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Pembangunan untuk tujuan ini.

Selain itu, Majlis akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada keseluruhan rizab tunai bersih untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan awam seperti :

a) menambah bilangan petak kereta untuk Orang Kelainan Upaya

(OKU) serta kemudahan-kemudahan lain yang mesra OKU seperti handrail, ramp dan laluan pejalan kaki khas „tactile‟.

b) Menambah baik kemudahan first mile dan last mile sistem

pengangkutan awam termasuk „connectivity‟. c) Memasang CCTV di kawasan „Hotspot‟ sebagai usaha untuk

memantau dan menjamin keselamatan rakyat. d) Menaiktaraf kemudahan medan selera dengan konsep moden

yang menjamin kebersihan.

Page 3: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

3/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

e) Kemudahan laluan berbumbung untuk pejalan kaki. f) Membaiki peralatan dan kemudahan di padang permainan

kanak-kanak. Majlis juga akan menggunakan simpanan Tabung Amanah seperti tabung Amanah Caj Kemajuan dan Tabung Amanah Insfrastructure Sevice Fund bagi tujuan kepentingan awam. Anggaran Belanjawan Tahun 2018 ini adalah selaras dengan hasrat tema Kerajaan Negeri iaitu ‘Fastabiqul Khairat’ yang membawa maksud berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan.

3.3 MINI SMART CENTRE CITY PLANNING WORKSTATION MBPJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyokong penuh strategi Kerajaan Negeri Selangor untuk „Smart Selangor Ke Arah Globalisasi‟ dengan membangunkan „Projek Petaling Jaya Smart City‟ yang bertunjangkan 5 teras utama iaitu A Clean, Green, Safe, Connected & Happy City ke arah A Total Solutions For Intelligent City Planning & Management.

Projek PJ Smart City dirancang secara menyeluruh dengan mengambil kira keperluan semua pihak berkepentingan dengan penggunaan secara meluas dan inovatif platform GIS dan teknologi maklumat di dalam pengurusan bandar dan integrasi serta keupayaan untuk mencerap data kritikal yang berkaitan dengan semua sektor perkhidmatan bandar seperti pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial ke arah kehidupan lebih pintar dan mampan.

Projek Petaling Jaya Smart City adalah gabungan penggunaan IOT (Internet of Things) dengan elemen IOP (Internet of People). Ia memfokus kepada pembentukan komuniti yang pintar. Elemen IOP ditentukan berdasarkan keutamaan sebenar masyarakat dan penduduk bandar raya Petaling Jaya.

Pelaksanaan Projek PJ Smart City melibatkan pembinaan sebuah bangunan baru Pusat Data Utama ‘PJ Smart Centre’, pembinaan 11 Mini Smart Centre melalui kerja ubah suai di jabatan-jabatan dan pembangunan sistem aplikasi secara dashboard dengan 5 sektor perkhidmatan bandar meliputi city planning and development, city community development, city management and enforcement, city business dan city town services yang melibatkan 22 dashboard secara keseluruhannya.

Page 4: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

4/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

Mini Smart Centre City Planning Workstation dan Aduan Workstation telah beroperasi pada 15 Disember 2017 yang lalu. Kedua-dua mini smart centre ini menjalankan kerja-kerja mencerap data, mengemaskini data, menganalisis data dan menghasilkan pelaporan bagi setiap dashboard. Pelaporan yang dihasilkan di Mini Smart Centre akan dipaparkan dan dipantau di Pusat Data Utama PJ Smart Centre.

Bagi Mini Smart Centre City Planning Workstation, sebanyak 11 dashboard dibangunkan meliputi aspek landuse planning, transportation, development control, universal design, safe city, community engagement (citiven profile, citizen resources, Pj Pedia, Citizen Awareness) dan Occupational Safety, Health and Environment (OSHE). Manakala Mini Smart Centre Aduan melibatkan i-Map Aduan.

Smart PJ Delivery Unit (SPjDU) ditubuhkan di Jabatan Perancangan Pembangunan sebagai urusetia induk untuk merangka dan melaksana inisiatif Projek PJ Smart City secara keseluruhan Majlis.

3.4 KUTIPAN HASIL LESEN

Pada tahun 2017, Majlis telah mengutip sebanyak RM 27,488,182 hasil lesen daripada sasaran sebanyak RM 31,223,890 iaitu sebanyak 88%. Namun demikian, ingin dinyatakan bahawa sasaran pada tahun 2017 adalah termasuk dengan lesen penjaja yang telah diberi pengecualian oleh kerajaan Negeri sebanyak RM 2.5 juta. Selain itu, sebanyak RM 224,500 hasil tidak dapat dikutip oleh Majlis bagi lesen iklan luaran kerana lokasi papan iklan terlibat dengan pembinaan MRT, pembinaan jejantas dan lain-lain lagi. Sekiranya mengambil kira kedua-dua jumlah ini, Majlis telah pun mengutip hasil sebanyak 97% daripada jumlah yang disasarkan.

Daripada jumlah keseluruhan lesen perniagaan iaitu 43,695 lesen, sebanyak 3,569 lesen telah memohon pembatalan lesen kerana telah menghentikan operasi dan aktiviti yang paling banyak memohon pembatalan lesen adalah aktiviti pejabat pengurusan iaitu sebanyak 605 lesen. Manakala sebanyak 1,424 lesen telah tidak diperbaharui pada tahun 2017. Daripada 1,424 lesen, lesen yang paling banyak tidak diperbaharui adalah lesen establisymen makanan iaitu sebanyak 599 lesen. Sehubungan dengan itu, Jabatan Penguatkuasaan telah membuat semakan di lapangan bagi memastikan semua premis mempunyai lesen Majlis yang sah dan tindakan kompaun telah dikenakan kepada premis-premis yang tidak berlesen.

Page 5: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

5/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

Sepanjang tahun 2017, Majlis telah merencanakan pelbagai perancangan bagi memungut hasil baru antaranya ialah melesenkan premis dan iklan di kawasan komersial dan pusat membeli belah, melesenkan iklan-iklan dan premis perniagaan di dalam stesen MRT, melesenkan iklan jejantas dan lain-lain lagi. Namun terdapat sebilangan daripada perancangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan-kekangan di lapangan seperti kawasan komersial masih belum siap dibina, syarikat iklan di senarai hitam dan sebagainya.

Selain itu pada tahun 2017 juga, Majlis telah mengadakan bancian ke atas Penjaja Tanpa Lesen melibatkan 42 lokasi dan Bancian Penjaja Pasar Malam melibatkan 28 lokasi. Tujuan bancian-bancian ini dijalankan adalah untuk memastikan lebih banyak penjaja dapat dilesenkan seterusnya membantaras isu peniaga tanpa lesen di Petaling Jaya. Di samping itu, selaras dengan penyusunan semula pasar malam, Majlis juga telah mengecat semula petak pasar malam di 6 lokasi untuk kemudahan masyarakat.

Pada tahun 2018, Majlis optimis merencanakan pelbagai perancangan yang baru bagi meningkatkan hasil bukan cukai dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk keselesaan masyarakat. Majlis juga akan memastikan tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana premis perniagaan dan iklan yang menjalankan aktiviti tanpa lesen yang sah.

3.5 SMART 3R PJ

Petaling Jaya merupakan salah satu bandar raya yang mempunyai populasi yang agak ramai di dalam negeri Selangor dan dianggarkan sejumlah hampir 700 ribu orang penduduk. Oleh hal demikian, perubahan di dalam hasil kutipan sampah juga meningkat secara mendadak. Pada tahun 2015 sebanyak 400 tan sampah setahun dihasilkan dan pada tahun ini, ianya telah meningkat sebanyak 600 tan setahun.

Berdasarkan kajian, sebanyak 45% hasil kutipan sampah terdiri daripada sisa makanan. Manakala kutipan sampah kitar semula masih rendah iaitu kurang daripada 8% setahun.

Sebagai usaha untuk mencapai bandar raya bersih dan mampan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah melancarkan “Smart 3R PJ”. Sebagai sebuah bandar raya yang mengamalkan teknologi hijau, masyarakat haruslah “Think Global, Act Local” yang memberi maksud memikirkan sesuatu perubahan yang akan memberi kesan

Page 6: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

6/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

positif kepada seluruh dunia dan mengamalkannya dahulu di kawasan yang sekarang ini diduduki.

Terdapat tiga prinsip yang harus penduduk teladani iaitu Reduce, Reuse, Recycle (3R). Reduce atau pengurangan bermaksud mengurangkan penjanaan sisa sebelum, semasa dan selepas menggunakan sesuatu produk. Antaranya ialah membawa bekas atau beg sendiri semasa membeli makanan, membeli makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran dan merancang pembelian dengan menyediakan senarai sebelum membeli bagi mengelakkan pembelian tidak perlu.

Reuse atau pengunaan semula adalah menggunakan sesuatu produk secara berulang kali seperti menggunakan semula beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli dan menyimpan beg plastik setelah membeli belah. Recycle atau kitar semula iaitu memproses sisa bagi tujuan menghasilkan bahan mentah untuk pembuatan produk baru sama ada melibatkan proses fizikal ataupun kimia seperti meletakkan sisa yang boleh dikitar semula ke dalam tong kitar semula yang disediakan, penghasilan kertas dan kotak daripada kertas kitar semula dan menjual barangan kitar semula yang telah dikumpulkan kepada pembeli barangan kitar semula berdekatan.

Sehubungan dengan itu, beberapa inisiatif telah dilancarkan bagi mengurangkan hasil kutipan sampah. Inisiatif tersebut adalah upcycling semula barang-barang daripada kutipan spring cleaning yang selalu dijalankan semasa empat perayaan utama di Malaysia. Hasil jualan barang-barang upcycling tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Akaun Amanah 3R.

Selain itu, inisiatif food waste treatment juga telah dilancarkan dan diberi nama Smart PJ Waste Solution Lab di SS 2, Petaling Jaya. Hasil produk daripada food waste treatment adalah baja kompos yang dijual kepada umum dan juga digunakan untuk tanaman sayur-sayuran.

Dengan wujudnya Smart 3R PJ, ianya dapat membantu dalam mencapai matlamat Majlis iaitu sebanyak 30% penduduk rumah bertanah melakukan kitar semula pada tahun 2018. Ini juga dapat meningkatkan lagi ekonomi sekeliling dan menjadikan Petaling Jaya ke arah sebuah bandar raya hijau berkabon rendah.

Page 7: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

7/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

3.6 PROGRAM PASUKAN KESELAMATAN KEJIRANAN PETALING JAYA (PKKPJ) Program Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) yang berkonsepkan penglibatan awam/komuniti “Public Engagement” di dalam menangani isu-isu keselamatan setempat ini telah berjaya di amalkan di Petaling Jaya selari dengan Pelan Induk Keselamatan Petaling Jaya. Pada tahun 2017, sebanyak 140 permohonan telah diluluskan.

Pada tahun 2018, Majlis telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta dengan hasrat menarik lebih ramai penglibatan komuniti penduduk untuk membuat permohonan sekaligus menambah lebih banyak penyertaan ke arah menjadikan “PJ Smart, Sustainable And Resilient City” selain memberikan pengiktirafan kepada komuniti yang terlibat dalam PKKPJ.

Sehubungan dengan itu, Majlis dengan ini mempelawa semua Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang layak dan memenuhi kriteria untuk membuat permohonan secara atas talian melalui portal PKKPJ yang baru diperkenalkan atau hadir ke pejabat urusetia PKKPJ iaitu Jabatan Penguatkuasaan di tingkat 1, Menara MBPJ mulai 29 Januari 2018 sehingga 15 Februari 2018 pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:- 4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING

JAYA BILANGAN 12 TAHUN 2017 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 12 Tahun 2017 bertarikh 15 Disember 2017 telah diluluskan dengan pindaan bagi muka surat 18 perkara 7.3.1 b) iaitu:- b) Jawatankuasa Iklan Penguatkuasaan dipengerusikan

oleh Encik Tang Fuie Koh.

Page 8: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

8/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 12 TAHUN 2017 YANG TELAH DIADAKAN PADA 15 DISEMBER 2017.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.1

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK AHMAD AKHIR BIN PAWAN CHIK

i) Pelaksanaan Jalan tepi

sekolah PJS2 masih belum dibuat sepenuhnya.

ii) Terminal bas Jalan Othman, walaupun di bawah Kementerian, akan tetapi perlu disegerakan untuk kegunaan penduduk Petaling Jaya.

i) Jabatan Kejuruteraan masih dalam proses untuk melantik juruukur bagi menyemak data „invert level‟ longkang. Tujuan data ini perlu diperolehi adalah untuk mengatasi masalah air bertakung di jalan tersebut dan kelulusan pelantikan dijangka akan diperolehi pada 12 Februari 2018.

ii) Jabatan Kejuruteraan telah menjalankan mesyuarat koordinasi pada 14/01/2018 bagi memberi makluman kemasukkan pegerai di Hub Bas Jalan Othman kepada Jabatan teknikal iaitu Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Pihak kontraktor dijangka akan menyerahkan bangunan kepada pihak majlis pada hujung bulan Januari iaitu pada 31/01/2018 dan bangunan tersebut akan diserahkan kepada pihak MOT untuk perasmian.

Page 9: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

9/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

iii) Blok E, Rumah panjang PJS1 perlu disegerakan.

Pihak jabatan menjangka pembukaan/ operasi bangunan secara menyeluruh akan dijalankan selepas Tahun Baru Cina iaitu pada 19/02/2018.

iii) Berhubung kawasan takungan

belakang rumah panjang, unit aset sedang menyediakan kelulusan inden dan dijangka kelulusan akan diperolehi pada Februari 2018.

7.2

7.2.1

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN ERMEEMARIANNA BINTI SAADON

Jawatankuasa Bencana Alam - Beliau amat berharap

agar jawatankuasa ini besedia menghadapi bencana di kawasan Petaling Jaya.

Jabatan Kejuruteraan telah menyediakan inventori banjir/ air bertakung di Petaling Jaya, dan telah menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah banjir dan air bertakung. Mengikut rekod Jabatan Kejuruteraan, tiga (3) projek tender sedang dilaksanakan manakala tujuh (7) projek tender dalam perancangan dan tiga (3) projek sebutharga dalam perancangan dan 11 inden dalam proses kelulusan. Keseluruhan projek di atas, dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.

Page 10: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

10/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Encik Derek mengemukakan persoalan sama ada kejadian banjir di Persiaran Surian dan dan Jalan Universiti yang berlaku baru-baru ini dimasukkan di dalam projek ini. Pengarah Kejuruteraan memaklumkan bahawa kejadian banjir di Persiaran Surian dan Jalan Universiti telah dimasukkan di dalam projek ini. YBhg. Datuk Pengerusi turut memaklumkan bahawa kejadian banjir di kedua-dua tempat di atas telah lama tidak berlaku dan memberi tamparan hebat kepada Majlis. Hasil tinjauan didapati punca banjir di Persiaran Surian adalah kerana Sungai Rumput yang cetek. Bagi perancangan jangka pendek, beliau mengarahkan agar jabatan teknikal majlis bersiap sedia dan membuat tindakan segera walaupun sungai tersebut di bawah JPS. Dalam masa yang sama, Pengarah Jabatan Kejuruteraan diminta membuat semakan dengan JPS sama ada telah memohon bajet daripada Kerajaan Negeri kerana difahamkan JPS tidak mempunyai bajet yang mencukupi dan peruntukan yang besar diperlukan untuk mendalamkan lagi Sungai Rumput.

Page 11: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

11/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Beliau memaklumkan bahawa di kawasan PJ Old Town, banjir kilat akan melanda sekiranya hujan turun tanpa henti melebihi satu (1) jam. Banjir kilat tersebut membawa bersama lumpur dan pasir memasuki rumah dan kedai-kedai di kawasan tersebut.

Selain daripada itu Pengarah Jabatan Kejuruteraan diminta untuk melihat semula longkang-longkang di sekitar kawasan terlibat bagi mengenalpasti masalah.

Encik Oon Chong Ling turut mencadangkan agar Pengarah Jabatan Sisa Pepejal dan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan memantau projek-projek pembangunan yang diluluskan serta kontraktor pembinaan agar bagi memastikan sisa pembinaan seperti pasir dan sampah sarap tidak memasuki longkang yang menyumbang kepada masalah banjir. Berhubung kejadian banjir di PJ Old Town, pihak jabatan telah mengenalpasti faktor utama kejadian banjir adalah disebabkan sistem saliran tersumbat dengan sisa makanan berpunca daripada premis-premis makanan yang berhampiran. Pihak jabatan juga telah merancang untuk melaksanakan kerja menaiktaraf sistem saliran di sebahagian Jalan Pasar 1/21 termasuk menaiktaraf paip pembentung yang merentasi jalan tersebut (dihadapan premis caring Old Town) dan tender dijangka akan dijual pada Mac 2018.

Page 12: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

12/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTAHAN

NILAIAN HARTA BERTARIKH 4 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/8 (51) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ.

6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 9 JANUARI 2018 DAN 19 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (26) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (28) 6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum

cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ.

6.2.1 Mesyuarat turut mengambil maklum barkaitan perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli Majlis seperti berikut:- a) Encik Tang Fuie Koh memohon agar perkara 4.3 di muka

surat 38 iaitu bagi perkara b) iaitu Ahli Majlis yang sepatutnya ialah Encik Wong Swee Sang bukan Puan Wong Yuet Leng. Akan tetapi di dalam buku agenda nama yang dicatatkan adalah Encik Wong Swee Sang. Perkara dua (2) yang beliau ingin bangkitkan adalah garis panduan TOD yang telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis.

Page 13: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

13/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

b) YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa MBPJ perlu mengikut garis panduan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan tidak perlu lagi kepada garis panduan yang berlainan. Beliau juga menegaskan bahawa garis panduan yang telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar tersebut masih belum diluluskan lagi. Garis panduan tersebut masih di dalam peringkat Deraf Penggubahan 3 RTPJ 1 dan Penggubahan 2 RTPJ 2 dan pindaan ke atas garis panduan TOD Majlis masih belum diluluskan.

c) Encik Tang Fuie Koh memaklumkan mengikut

pemahaman beliau bahawa garis panduan tersebut telah dibincangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar dan disahkan di dalam Mesyuarat Majlis.

d) Encik Derek John Fernandez pula menyatakan

sememangnya Kerajaan Negeri menetapkan mekanisma TOD maksima 1:8 mengikut garis panduan dasar perancangan pembangunan berorientasikan transit Negeri Selangor yang telah diluluskan di dalam MMKN ke 7/2016 pada 24 Februari 2016 yang telah disahkan oleh MMKN ke 8/2016 pada 2hb Mac 2016 akan tetapi perlu mengikut kesesuaian Pihak Berkuasa Tempatan.

Majlis telah membincangkan dan meluluskan garis panduan TOD yang bersesuaian dengan Majlis di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar dan telah disahkan di dalam Mesyuarat Majlis semasa pembentangan kertas kerja Cadangan Deraf Penggubahan 3 RTPJ 1 dan Penggubahan 2 RTPJ 2.

e) Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud memaklumkan beliau

berada di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC tersebut. Menurut beliau, walaupun Majlis mempunyai kuasa-kuasa yang tertentu berkaitan perancangan akan tetapi keputusan Majlis perlu mengikut garis panduan yang telah diluluskan diperingkat Kerajaan Negeri dan tidak boleh melampaui kuasa Kerajaan Negeri. Sekiranya Ahli Majlis tidak berpuashati dengan keputusan mesyuarat, perkara ini boleh dibangkitkan semula di dalam Mesyuarat Jawatnkuasa OSC akan datang. Namun memandangkan minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk makluman

Page 14: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

14/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

sahaja, sebarang keputusan mesyuarat Jawatankuasa OSC sebelum ini adalah mukamad.

Encik Derek John Fernandez membuat penyataan bahawa di dalam pandangan beliau, garis panduan MBPJ tidak bertentangan dengan garis panduan Kerajaan Negeri.

f) Encik Terence Tan Teck Seng memaklumkan bahawa keputusan yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC boleh dibawa semula ke mesyuarat untuk perbincangan dan pembetulan. Mengapakan di MBPJ keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC yang dicadangkan di dalam Mesyuarat Majlis adalah muktamad dan tidak boleh diputuskan semula.

g) YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat

Jawatankuasa OSC adalah untuk makluman Mesyuarat Majlis sahaja selaras dengan garis panduan Kerajaan Negeri.

h) Encik Ang Ming Ern mengemukakan pertanyaan mengapa

keputusan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC tidak boleh dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis.

i) Timbalan Datuk Bandar memaklumkan punca kuasa

seperti berikut:-

Akta 171 Perkara 28 Pelantikan Jawatankuasa. Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa melantik Jawatankuasa-jawatakuasa, sama ada dari jenis am atau khas, terdiri daripada seorang Pengerusi dan sesuatu bilangan Ahli Majlis dan beberapa orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan itu, bagi maksud memeriksa dan melaporkan apa-apa perkara atau menjalankan apa-apa perbuatan yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan itu akan lebih sesuai dijalankan dengan cara suatu Jawatankuasa, dan boleh mewakilkan kepada mana-mana Jawatankuasa apa-apa kuasa yang difikirkannya patut melainkan kuasa untuk mendapatkan wang melalui kadar atau pinjaman, dan boleh menetapkan kuoram bagi mana-mana Jawatankuasa itu.

Page 15: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

15/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bilangan 6 Tahun 2008 Penambahbaikan Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC).

(iii) Keputusan Permohonan Cadangan Pemajuan Keputusan bagi sesuatu permohonan cadangan pemajuan hendaklah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC. Seterusnya keputusan tersebut akan dimaklumkan di dalam Mesyuarat Majlis Penuh PBT. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Mac 2007 telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa OSC untuk membuat keputusan ke atas permohonan cadangan pemajuan. Perkara ini tidak bertentangan dengan peruntukan seksyen 28 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di mana PBT boleh dari semasa ke semasa menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa yang difikirkan wajar.

Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2017 iaitu Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Perkara 4.9 iaitu:-

4.9 LAIN-LAIN PERKARA

4.9.9 Semua keputusan Mesyuarat OSC adalah muktamad dan perlu dimasukkan sebagai

makluman di dalam Mesyuarat Majlis.

j) Encik Tang Fuie Koh memaklumkan bahawa beliau hanya ingin membangkitkan garis panduan berkaitan TOD yang telah tiga tahun dibincangkan diperingkat MBPJ dan telah diluluskan serta disahkan di dalam Mesyuarat Majlis. Beliau berharap agar isu ini dibawa semula ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

k) Encik Oon Chong Ling menyuarakan bahawa Ahli Majlis mempunyai hak untuk membincangkan perkara yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan tidak tertakluk kepada keputusan empat (4) orang Ahli Majlis sahaja. Beliau turut tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar

Page 16: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

16/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

pengundian ke atas keputusan bagi perkara 4.3.3 dibuat dikalangan Ahli Majlis sama ada setuju atau tidak dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC bertarikh 19 Januari 2018.

l) Encik Ong Swee Long menyatakan tidak perlu ada

Mesyuarat Majlis sekiranya Ahli Majlis tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara yang telah muktamad.

Encik Terence Tan Teck Seng menyatakan di bawah Perintah Tetap Mesyuarat perkara 31, keputusan mesyuarat boleh ditangguhkan.

m) YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan perkara ini telah termaktub di dalam kaedah yang diluluskan. Sebagaimana mesyuarat jawatankuasa perolehan, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC juga untuk makluman mesyuarat sahaja.

Beliau turut tidak bersetuju dengan pengundian tersebut memandangkan perkara ini telah jelas sebagaimana Pekeliling daripada Kerajaan Negeri. Beliau turut memaklumkan bahawa wakil Ahli Majlis yang telah dilantik mengikut mesyuarat OSC di dalam mesyuarat tersebut. Keputusan yang dibuat adalah mengambil kira jawatankuasa yang terdiri daripada jabatan-jabatan teknikal yang dilantik. Beliau turut memaklumkan sekiranya Ahli Majlis tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, Ahli Majlis boleh membangkitkan perkara ini kepada Kerajaan Negeri atau membawa semula ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC akan datang. Mesyuarat pada hari ini hanya untuk memaklumkan keputusan yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC bertarikh 19 Januari 2018. Justeru ianya untuk makluman sahaja dan bukan untuk perbincangan dan kelulusan.

n) Encik Terence Tan Teck Seng meminta agar keputusan

bagi perkara 4.3.3 di bawa semula ke Mesyuarat untuk perbincangan semula.

o) Cik Lim Yi Wei membacakan akta berkaitan Perancangan

Bandar, Seksyen 22 dalam memohon agar keputusan OSC tersebut ditimbang semula.

Page 17: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

17/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

p) Encik Derek John Fernandez memaklumkan bahawa beliau tidak hadir semasa Mesyuarat Jawatankuasa OSC bertarikh 19 Januari 2018. Beliau turut memaklumkan bahawa tiada percanggahan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud memandangkan isu berkaitan TOD telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar dan disahkan di dalam Mesyuarat Majlis.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau setuju dengan arahan Kerajaan Negeri kepada MBPJ yang menyatakan keputusan OSC adalah muktamad dan untuk makluman mesyuarat, walaubagaimanapun beliau menyatakan Mesyuarat Majlis boleh meminta agar Mesyuarat Jawatankuasa OSC mengkaji semula keputusan yang melibatkan kes-kes tertentu.

q) Tuan Haji Mohd Ghazali bin Haji Daud sekali lagi

memaklumkan bahawa perkara ini telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan dibawa ke Mesyuarat Majlis untuk makluman.

r) YBhg. Datuk Pengerusi tidak bersetuju untuk

membincangkan semula perkara yang telah diluluskan sebagai makluman. Beliau memaklumkan bahawa beliau akan bersetuju dengan apa sahaja keputusan Kerajaan Negeri sekiranya Ahli Majlis mengemukakan bantahan terhadap keputusan mesyuarat tersebut kepada Kerajaan Negeri.

Beliau memaklumkan bahawa beliau tidak akan mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri. Akan tetapi oleh kerana keputusan Jawatankuasa OSC adalah muktamad maka beliau mencadangkan agar Ahli Majlis membawa perkara ini sama ada ke Lembaga Rayuan atau Kerajaan Negeri untuk pertimbangan seterusnya. Beliau memohon agar Ahli Majlis faham peraturan ini dan memohon agar mesyuarat diteruskan dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC bertarikh 19 Januari 2018 adalah muktamad.

Page 18: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

18/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

s) Encik Oon Chong Ling meminta agar YBhg. Datuk Bandar menghormati Ahli Majlis dan menurut beliau terdapat undang-undang yang membolehkan Ahli Majlis bersuara dan membuat undian.

t) YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC adalah untuk makluman dan muktamad dan YBhg. Datuk Bandar sebagai pengerusi mesyuarat telah memberi peluang kepada semua Ahli Majlis untuk bersuara. Sehubungan dengan itu, beliau memohon agar mesyuarat diteruskan. Sekali lagi YBhg. Datuk Bandar memohon agar sekiranya Ahli Majlis tidak bersetuju dengan perkara ini, bolehlah membawa perkara ini kepada Kerajaan Negeri.

u) Encik Derek John Fernandez menyatakan bahawa

mesyuarat OSC tidak boleh dibincang semula, akan tetapi undian boleh dibuat untuk menyatakan persetujuan atau tidak.

v) Encik Ong Swee Long meminta agar undian dibuat. Encik

Azizi bin Ariffin pula tidak bersetuju dengan undian memandangkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC adalah muktamad.

w) Encik Terence Tan Teck Seng sekali lagi meminta agar

undian dibuat.

x) Cik Lim Yi Wei merujuk kepada Perintah Mesyuarat berkaitan perkara 14. (1) Kecuali ditetapkan selainnya, semua soalan yang dibawa ke dalam mesyuarat Majlis hendaklah diputuskan dengan undi lebih suara Ahli Majlis yang hadir.

y) Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud meminta agar Ahli Majlis yang tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat dan berniat untuk membincangkan lagi perkara ini agar keluar daripada bilik mesyuarat.

z) Memandangkan keadaan semakin tidak terkawal dan

terdapat perbalahan sesama Ahli Majlis serta ingin meredakan keadaan, YBhg. Datuk Pengerusi memohon agar Encik Terence Tan Teck Seng keluar daripada dewan mesyuarat kerana beliau masih ingin membincangkan isu berkaitan keputusan OSC di dalam

Page 19: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

19/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

mesyuarat majlis, walaupun YBhg. Datuk Pengerusi ingin meneruskan mesyuarat ke agenda seterusnya.

aa) Encik Terence Tan Teck Seng menyatakan beliau akan

keluar dari bilik mesyuarat. Dalam masa yang sama Encik Ong Chong Ling menyatakan beliau akan turut keluar dari bilik mesyuarat. Kesemua Ahli Majlis dikalangan Parti DAP dan seorang Ahli Majlis dari Parti PKR iaitu Encik Ong Swee Long turut meninggalkan bilik mesyuarat termasuk ADUN yang hadir pada hari tersebut iaitu Encik Rajiv a/l Risyakaran.

bb) Mesyuarat diteruskan dengan 12 orang Ahli Majlis

termasuk YBhg. Datuk Bandar yang tidak meninggalkan dewan mesyuarat iaitu Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud, Encik Ariffin bin Mahaiyuddin, Encik Azizi bin Ariffin, Encik Tang Fuie Koh, Encik Suriase a/l Gengiah, Encik Halimey bin Abu Bakar, Puan Wong Yuet Leng, Puan Ermeemarianna binti Saadon, Encik Derek John Fernandez, Encik Sugumaran a/l R Annamalai dan Encik Nor Azmi bin Abdul Kadir @ Ahmad Yuta.

3.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER BERTARIKH 14 DISEMBER 2017, 9 JANUARI 2018 DAN 22 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (74) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (76) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (78) 3.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ. 6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 15 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (24)]

6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

Page 20: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

20/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 16 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (92)] 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 7 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (20] 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT BERTARIKH 18 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/15 JLD. 2 (26) 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Audit Dalam, MBPJ.

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK BERTARIKH 19 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (54) 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, Sumber Manusia, MBPJ.

Page 21: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

21/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 22 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (97)] 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BERTARIKH 22 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 4 (24)]

6.8.2 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ. 6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 23 JANUARI 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (115) 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN FERNANDEZ 7.1.1 Penutupan Jalan Gasing

Beliau membangkitkan keadaan di Jalan Gasing berkaitan dengan kesesakan lalulintas, penutupan divider dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat insiden yang berlaku baru-baru ini di mana jalan tersebut ditutup dan dibuka. Perkara ini menimbulkan masalah kepada penduduk memandangkan ramai penduduk bersetuju dengan penutupan jalan bagi memudahkan mereka memandu kenderaan akan tetapi dalam masa yang sama penutupan jalan tersebut telah memberi kesan kepada orang lain.

Page 22: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

22/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar Jabatan Kejuruteraan menyelaraskan satu mesyuarat bersama persatuan penduduk, konsultan dan Ahli Majlis Kawasan iaitu beliau sendiri bagi membincangkan perkara di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

7.1.2 Status `Aerator‟ di Taman Jaya

Beliau pernah membangkitkan isu di mana `Sistem Aerator‟ di Taman Jaya tidak berfungsi di dalam Mesyuarat Majlis pada Penghujung bulan November 2017. Akan tetapi `Sistem Aerator‟ tersebut masih belum dibaiki di mana baru-baru ini terdapat ikan mati dan menimbulkan bau yang sangat busuk yang beriadah di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar jabatan terlibat menyelesaikan isu ini dengan segera memandangkan kita kekurangan taman rekreasi untuk beriadah.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap dan Kehijauan Bandar, MBPJ, Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ .

7.1.3 Penurapan Jalan di Seksyen 5 Beliau memaklumkan bahawa penduduk berasa kecewa dan dukacita di atas kerja-kerja menaiktaraf paip air dan sistem kumbahan oleh Syabas dan Indah Water di Seksyan 5. Menurut beliau perkara ini telah setahun setengah berlaku dan kerja-kerja tersebut masih berjalan. Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk adalah, agensi tersebut mengorek jalan dan hanya menurapnya setelah kerja-kerja selesai. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar Jabatan Kejuruteraan dapat memantau kerja-kerja oleh agensi tersebut di mana kerja-kerja penurapan hendaklah dibuat segera tanpa menunggu kerja-kerja pengorekan siap sepenuhnya.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

Page 23: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

23/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

7.1.4 Penjelasan Berkaitan Isu TOD di Petaling Jaya

Di Negeri Selangor, di dalam menggalakan pembangunan intensiti tinggi di kawasan yang mempunyai kemudahan HUB pengangkutan (transit) dengan memperkenalkan Transit Oriental Development (TOD) adalah suatu perkara yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor, walaupun diperingkat awalnya ianya mendapat bantahan daripada Ahli Parlimen, ADUN, Ahli Majlis dan penduduk di Petaling Jaya serta insiden sebentar tadi. Di dalam dasar TOD yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dengan jelasnya membenarkan kawasan-kawasan tersebut di dalam lingkungan 400 meter dengan nisbah plot 1:8 dan PBT Selangor boleh menyediakan justifikasi tertentu dalam membuat penilaian ke atas cadangan yang dikemukakan. MBPJ adalah PBT yang mula-mula melaksanakan dan memperkenalkan justifikasi penyediaan elemen-elemen seperti penyediaan perhentian bas/teksi, jejantas dan sebagainya dalam menyokong dan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur kawasan tersebut. Ini antara perkara yang dijelaskan oleh MBPJ kepada masyarakat Petaling Jaya untuk menyakinkan bahawa tidak semua pembangunan yang terletak di dalam lingkungan 400 meter boleh dibangunkan secara densiti atau intensiti yang maksima. Pembangunan di Seksyen 13 adalah suatu perancangan yang tidak mengambilkira peningkatan infrastruktur baru, di mana peningkatan infrastruktur dilaksanakan semasa proses kelulusan pelan pembangunan secara `lot base‟ dan tidak secara keseluruhan.

Beliau juga menyatakan bahawa Majlis tidak boleh menghalang suatu pembangunan dibangunkan di kawasan tersebut, persoalannya adalah berapa intensiti design yang sesuai dengan keupayaan infrastruktur dan keluasan tanah tersebut. Beliau memaklumkan bahawa garis panduan justifikasi nisbah plot telah pun diluluskan dengan beberapa penambahbaikan `item-item‟ yang baru. Sekiranya item-item baru ini tidak dilaksanakan, sebagai contohnya Pembangunan PJ Sentral mungkin tidak mahu menyediakan kawasan taman/lapang (park) seperti yang dirancangkan memandangkan ianya tidak disediakan oleh pemaju-pemaju tanah yang lain. Oleh yang demikian beliau meminta agar perkara yang berkaitan dengan garis panduan TOD MBPJ dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar untuk dibincangkan semula.

Page 24: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

24/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

Beliau turut menegaskan bahawa garispanduan MBPJ adalah tidak bercanggah dengan garis panduan Kerajaan Negeri kecuali soal pengiraan plot ratio telah diserahkan kepada MBPJ dari segi pelaksanaannya.

Tindakan : Timbalan Setiausaha, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.27 tengahari. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau memohon maaf di atas insiden yang berlaku serta kelewatan mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.

Bertarikh : 5.3.2018

Page 25: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

25/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

LAMPIRAN KEHADIRAN

HADIR: 01. YBhg. Dato‟ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Oon Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Tang Fuie Koh,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Suriase a/l Gengiah,

Ahli Majlis, MBPJ. 11. Encik Halimey bin Abu Bakar,

Ahli Majlis, MBPJ. 12. Encik Ong Swee Long,

Ahli Majlis, MBPJ. 13. Puan Wong Yuet Leng,

Ahli Majlis, MBPJ.

Page 26: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

26/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

14. Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Ahli Majlis, MBPJ.

15. Puan Elaine Magdaline Nathaniel,

Ahli Majlis, MBPJ. 16. Encik Wong Swee Sang,

Ahli Majlis, MBPJ. 17. Puan Ghandimathi a/p Suppiah,

Ahli Majlis, MBPJ. 18. Puan Ermeemarianna binti Saadon,

Ahli Majlis, MBPJ. 19. Encik Derek John Fernandez,

Ahli Majlis, MBPJ. 20. Encik Sugumaran a/l R Annamalai,

Ahli Majlis, MBPJ.

21. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

23. Encik Nor Azmi bin Abdul Kadir @ Ahmad Yuta, Ahli Majlis, MBPJ.

TIDAK HADIR: 01. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ. 02. Encik Azri bin Mohamad Arish, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ. 03. Puan Sia Siew Chin, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

Page 27: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

27/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

HADIR BERSAMA: 01. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali,

Timbalan Setiausaha, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

02. Puan Hajah Nik Nazli binti Nik Abdullah,

Wakil Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Tuan Ir. Ismail bin Shafie, Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

04. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, P.P.T, M.R.I.S.M,

Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 05. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 06. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 07. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 08. Tuan Dr. Abdul Ghalib bin Sulaiman,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

09. Encik Mohd Fauzi bin Maarop,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 10. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 11. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

12. Puan Norzita binti Mokhtar, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

13. Encik Samsul Bahari bin Nonchi,

Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ.

Page 28: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

28/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

14. Puan Haniza binti Abdul Hamid,

Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ. 15. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 16. Cik Nor Shabani binti Johari,

Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 17. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 18. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Timbalan Pengarah (Sumber Manusia). Bahagian Sumber Manusia, MBPJ.

19. Puan Sr. Hajah Saliza binti Mohd Masri, MRISM,

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak). Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

AHLI PARLIMEN/ADUN: 01. YB Tuan Rajiv a/l Rishyakaran,

ADUN Bukit Gasing. URUSETIA:

01. Tuan Haji Wan Samsudin bin Wan Ali,

Penolong Pengarah (Pentadbiran Am), Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Haslida binti Samat, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

Page 29: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN … Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap

29/29

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.1.2018, MBPJ

04. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

05. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.