MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG...

22
Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ 1/22 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 (54) MINIT MESYUARAT MAJLIS (SESI-2009-2010) BILANGAN 6 TAHUN 2010 Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa) Masa : 10.30 Pagi – 12.55 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Mohd Rosnani bin Hj. Hamid, Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO KORPORAT Tayangan video korporat daripada Unit Perhubungan Awam dan Korporat mengambil masa selama 8 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis sepanjang bulan Mei hingga Jun 2010. 3. PERUTUSAN DATUK BANDAR Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Ahli Mesyuarat Majlis bilangan 6 tahun 2010. Memandangkan YBhg. Datuk Bandar kurang sihat, maka pengerusi mesyuarat akan membaca perutusan Datuk Bandar seperti berikut:-

Transcript of MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG...

Page 1: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

1/22

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYAJALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA.

Telefon : 03-79563544-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 (54)

MINIT MESYUARAT MAJLIS(SESI-2009-2010)

BILANGAN 6 TAHUN 2010

Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)Masa : 10.30 Pagi – 12.55 TengahariTempat : Dewan Bunga Tanjung,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Mohd Rosnani bin Hj. Hamid, TimbalanPengarah (Sumber Manusia), Jabatan Khidmat Pengurusan, MajlisBandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO KORPORAT

Tayangan video korporat daripada Unit Perhubungan Awam dan Korporatmengambil masa selama 8 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlissepanjang bulan Mei hingga Jun 2010.

3. PERUTUSAN DATUK BANDAR

Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Ahli Mesyuarat Majlisbilangan 6 tahun 2010. Memandangkan YBhg. Datuk Bandar kurangsihat, maka pengerusi mesyuarat akan membaca perutusan DatukBandar seperti berikut:-

Page 2: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

2/22

3.1 Beliau mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan dan jutaanterima kasih di atas komitmen dan sokongan semua Ahli Majlis danKetua-ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai MBPJ di dalammemastikan semua aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkanberjalan dengan lancar dan teratur.

3.1 PROGRAM BANDAR LESTARI – ANUGERAH ALAMSEKITAR 2009/2010

3.1.1 MBPJ telah disenarai pendekkan bagi AnugerahAlam Sekitar 2009/2010 yang dianjurkan olehJabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli danAlam Sekitar dengan kerjasama KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 24 dan 25Jun seramai 4 orang ahli panel professional telahmenilai program dan aktiviti yang dijalankan olehMBPJ ke arah bandar lestari. Panel penilai turutdibawa ke tapak projek bandar lestari antaranyaHutan Bukit Gasing, Pusat CETDEM, SekolahKebangsaan Seri Kelana, Beautiful Gate dan ProjekWater. Program Local Agenda 21 Petaling Jaya telahdan sedang dijalankan dengan usahasama NGO,penduduk, sekolah dan sektor korporat telah banyakmemberikan impak positif kepada Petaling Jaya kearah pembangunan mampan.

3.2 LAPORAN ANALISIS RANCANGAN KAWASAN KHAS

3.2.1 Laporan Analisis Rancangan Kawasan Khas bagikawasan PJU 1, PJU 2, SS dan PJS telahdibentangkan kepada orang awam untukmaklumbalas dan cadangan pada 2 Jun 2010 yanglepas. Kajian ini meliputi penemuan dalam aspekrekabentuk bandar, impak lalulintas, infrastruktur danutiliti serta impak sosial. Antara penemuan yangkritikal adalah termasuk:-

a) Penambahan gunatanah kediaman sebanyak6.78%, perniagaan 3.45% dan jalan 7.8% tetapitiada kawasan lapang bertambah antara tahun2003 hingga 2010.

b) 8 pusat bandar utama daripada 12 buah telahdikenalpasti sebagai `hot spot’ trafik.

Page 3: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

3/22

c) Pembangunan pusat bandar yang `piecemeal danad hoc’.

d) Tahap kualiti rekabentuk pusat bandar perlupenambahbaikan lagi terutamanya di kawasanPJS dan SS dengan skor 9 dan 13 markahdaripada jumlah 21 markah penuh masing-masing.

e) Perancangan pembangunan khas diperlukan bagiKampung Kayu Ara, Kampung Chempaka danPJS supaya satu identiti moden dan bersesuaiandengan urbanisasi sebagai mercu tanda, kualitivisual dan rekabentuk yang menggambarkanidentiti PJ dapat diciptakan.

f) Sistem rangkaian pejalan kaki yang tidakmenyeluruh dan berintegrasi.

g) Nodus dan ruang bandar lebih mirip kepadakomersial saja dan ini adalah berperikemanusiaandengan adanya reruang dan aktiviti kesenian,kebudayaan dan rekreasi.

h) Persepsi penduduk ke atas jenayah adalah masihtinggi.

i) Kemudahan masyarakat terutamanya kesihatan,tempat ibadat, sekolah, krematorium danperkuburan adalah masih berkurangan.

j) Integrasi komuniti terbatas disebabkan olehhalangan fizikal dan gaya hidup bandar.

3.2.2 Seiring itu, kajian telah mengemukakan beberapa

cadangan awalan untuk maklumbalas ini termasuk:-

a) Pelbagai strategi bagi meningkatkan kawasanhijau hendaklah dilaksanakan seperti pematuhanpiawaian perancangan kawasan lapang 2 hektarbagi setiap 1000 orang, pewujudan koridor hijau,menaiktaraf kawasan lapang sedia ada, melarangpenggunaan rizab kerajaan secara haram danlain-lain lagi.

Page 4: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

4/22

b) Pembangunan Transit Oriented Developmentyang mengoptimakan kelebihan moodpengangkutan awam dan terminal diutamakan.

c) Aplikasi program Local Agenda 21 dan BandarSelamat bagi menangani masalah persepsi danimpak sosial.

d) Aplikasi Garispanduan Pengangkutan dan Utilitiyang berunsurkan mampan dan mesra pengguna.

e) Pembangunan PJU2 sebagai zon pelanconganbandar.

f) Pusat Bandar dilengkapi dengan kemudahan hubpengangkutan.

g) Memperkukuhkan lagi `entry statement’ ke PJkepada pintu masuk dari Jalan Sungai Buluh,Lebuhraya Sprint, Jalan Lapangan TerbangSubang dan Jalan Kuala Selangor.

3.2.3 Memandangkan bahawa kajian ini sedang

diperingkat mengumpul maklumbalas dan cadangan

semua pihak berkepentingan, saya menyeru kepada

semua agensi dan jabatan yang terlibat mengambil

perhatian teliti ke atas penemuan dan cadangan awal

tersebut demi memberikan pandangan kepada Majlis

supaya RKK ini yang dimuktamadkan nanti adalah

lebih `representative’ dan menyeluruh serta

digunakan bersama sebagai panduan perancangan

pembangunan.

3.3 PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR

PETALING JAYA

3.3.1 Di dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di

kawasan Petaling Jaya, MBPJ telah menyediakan

pelbagai kemudahan antaranya Bas Komuniti

Percuma yang bertujuan untuk memberikan

perkhidmatan kepada golongan berpendapatan

rendah dan warga emas di kawasan perumahan kos

Page 5: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

5/22

rendah, Kad Rawatan Percuma (bantuan perubatan

percuma di Klinik Kesihatan MBPJ), Klinik Komuniti

Bergerak (Taman Sri Manja dan PPR Kota

Damansara), Program Bimbingan Perniagaan dan

Keusahawanan, Program Pendidikan (tuisyen untuk

pelajar UPSR, PMR, SPM) dan Program Motivasi,

Program Pembangunan ICT dan Bengkel Kemahiran.

Di samping itu juga Majlis turut menyampaikan

sumbangan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri,

Tahun Baru Cina dan Deepavali. Pemberian

kemudahan ini adalah berdasarkan pendapatan

isirumah tidak melebihi RM1500 dan menetap di

kawasan pentadbiran MBPJ sahaja.

3.4 PERANCANGAN BANDAR BARU

3.4.1 Penekanan baru ke atas pewujudan bandaraya yang

`vibrant’ dan `livable’ di mana semua projek

perancangan bandar baru akan diberi penekanan

kepada kebajikan kualiti hidup dan kebolehhidupan

secara mampan dan sejahtera dan pemaju akan

dipandu arah berasaskan prinsip kepentingan awam

termasuk nilai estetika serta perancangan komuniti

dan kejiranan. Bagi projek pembangunan bercampur

diberi fokus untuk menggalakkan kehidupan dan

pekerjaan dengan melibatkan kawasan rekreasi

dapat diadakan di satu tempat yang sama.

3.4.2 Itulah harapan beliau untuk menjadikan Petaling Jaya

satu bandaraya yang mempunyai identiti sendiri dan

`shines on its own’, bukan lagi bandar di pinggiran

Kuala Lumpur.

Akhir kata beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua

Ahli Majlis bagi sesi tempoh perkhidmatan 2009 - 2010 dan akan tamat

pada 7 Julai 2010 dan untuk makluman lantikan Ahli Majlis baru akan

bermula pada bulan Julai akan datang.

Page 6: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

6/22

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS :-

4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS PENUH, MAJLIS BANDARAYAPETALING JAYA BILANGAN 5 TAHUN 2010

4.1.1 Minit mesyuarat Majlis Penuh bilangan 5 Tahun 2010 yangtelah diadakan pada 25 Mei 2010 diluluskan tanpa sebarangpindaan.

5. LAPORAN MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT MAJLIS PENUHBILANGAN 4 TAHUN 2010

Rujukan

MinitPerkara Tindakan Yang Diambil

6.3.2 Garis Panduan

Pengendalian,

Surat Sokongan

Daripada

Pemimpin

Kerajaan, Individu

Berpengaruh atau

mana-mana orang

Majlis telah mengedarkan Pekeliling

Garis Panduan Pengendalian Surat

Sokongan daripada pemimpin

Kerajaan, Individu Berpengaruh atau

mana-mana Orang Mengenai sesuatu

urusan kerajaan kepada Ahli Parlimen,

ADUN dan Ahli-Ahli Majlis pada 10 Jun

2010 untuk makluman.

6.4.3 Isu Perjanjian

Kolam Renang

Jalan Sultan

Isu ini telah dibentangkan di dalam

Mesyuarat Jawatankuasa

Pembangunan Ekonomi,

Penswastaan, Industri Dan Pelaburan

pada 14 Jun 2010.

6.5.2 Laporan PeBT Laporan PeBT telah dimasukkan

sebagai salah satu agenda Mesyuarat

Jawatankuasa Kebudayaan,

Pelancongan, Belia dan Sukan

bermula bulan Mei 2010.

Page 7: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

7/22

6.12.2 `Task Force’

Membincangkan

permasalahan

Sistem Kewangan

Majlis

Jawatankuasa telah bermesyuarat

pada 22 Jun 2010 dan telah membuat

keputusan iaitu Bahagian Teknologi

Maklumat akan meneliti Modul Sistem

Kewangan. Sekiranya ingin membuat

penambahbaikan terhadap sistem

sedia ada, pihak bahagian perlu

meneliti modul yang menjadi

keutamaan. Jika pembelian baru, satu

analisis perbandingan harga akan

dilaksanakan.

7.6 dan

7.6.3

Perkara yang

dibangkitkan oleh

Cik Tiew Way

Keng

-Lesen Judi Untuk

Sukan

Draf notis arahan tidak mengadakan

aktiviti judi berkenaan sukan di premis

pusat toto dan magnum telah dirujuk

ke Unit Perundangan (PUU) untuk

pengesahan bertarikh 21 Jun 2010.

6. MENIMBANGKAN LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARATJAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAKEBUDAYAAN, PELANCONGAN, BELIA DAN SUKANBERTARIKH 8 JUN PRIL 2010.[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/12 (22)]

6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkanlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut diatas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan PembangunanKemasyarakatan, MBPJ.

Page 8: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

8/22

6.2 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAPUSAT SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 9 JUN 2010 DAN 24JUN 2010.[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/4 JLD. 2 (7)][RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/4 JLD. 2 (9)]

6.2.1 Mesyuarat telah menerima/mengambil maklum laporan dancadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Ketua Unit OSC, MBPJ.

6.2.2 Mesyuarat turut membuat keputusan supaya:-

a) Deraf minit mesyuarat majlis adalah `SULIT’. Selepaspengesahan mesyuarat, minit majlis menjadi `TERBUKA’dengan merujuk kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171) Bahagian IV Perjalanan Urusan perkara 27para

(3) Minit semua perjalanan pihak berkuasa tempatan

hendaklah disimpan di pejabat pihak berkuasa tempatan

dan hendaklah pada setiap masa yang munasabah

terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana Ahli Majlis atau

pembayar kadar kawasan pihak berkuasa atau Kerajaan

Negeri dalam mana terletaknya kawasan pihak berkuasa

tempatan itu, mana-mana di antara mereka boleh pada

setiap masa yang munasabah membuat salinan

mengenai mana-mana bahagian minit itu tanpa bayaran:

Dengan syarat bahawa minit perjalanan mana-mana Jawatankuasa tidak boleh terbuka untuk diperiksaoleh seseorang pembayar kadar melainkan jika pihakberkuasa tempatan itu mengarahkan sebaliknya.

b) Minit mesyuarat Majlis yang telah disahkan (MinitMesyuarat Majlis Penuh sahaja) dipaparkan di lamanweb rasmi Majlis untuk paparan awam setelah diturunkankelas menjadi TERBUKA.

Tindakan : Penolong Pengarah Kanan (Pentadbiran Am),

MBPJ,

Timbalan Pengarah (Teknologi Maklumat), MBPJ,

Urusetia Mesyuarat, MBPJ.

Page 9: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

9/22

c) Bagi minit OSC bertarikh 24 Jun 2010, muka surat 62hingga 66 perkara 17, penjelasan seperti di lampiran 1A-17 hendaklah dimasukkan ke dalam minit mesyuarat.

Tindakan : Ketua Unit OSC, MBPJ.

6.3 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAPEMBANGUNAN EKONOMI, PENSWASTAAN, INDUSTRI DANPELABURAN BERTARIKH 14 JUN 2010.[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 (37)]

6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkanlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut diatas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Penilaian Dan PengurusanHarta, MBPJ.

6.4 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAKESIHATAN, PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAANBERTARIKH 15 JUN 2010[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 (53)]

6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkanlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut diatas.

6.4.2 Mesyuarat turut membuat keputusan supaya

a) Bagi perkara 3 para 3.1 iaitu isu lombong busuk TamanSri Manja, Pengarah, Jabatan Kesihatan diminta untukmenyediakan satu laporan lengkap bersama statustanah dan membentangkan semula ke dalam mesyuaratjawatankuasa kesihatan bulan depan.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran,MBPJ.

Page 10: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

10/22

6.5 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAINFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH16 JUN 2010[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 (45)]

6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkanlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

6.6 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAKEWANGAN BERTARIKH 18 JUN 2010[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 (77)]

6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkanlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut diatas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

6.7 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAAUDIT DAN TADBIR URUS BERTARIKH 18 JUN 2010.[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/15 (31)]

6.7.1Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklumlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebutdi atas.

Tindakan : Pengarah, Audit Dalam, MBPJ.

6.7.2Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan :-

a) Pelancaran Unit Aduan Salah Laku kakitangan selepasmesyuarat bersidang di mana unit ini akan membuatsiasatan terhadap aduan bertulis yang diterima.

b) Jawatankuasa Audit dan Tadbir Urus sedang dalamtindakan siasatan ke atas isu pemilikan rumah kosrendah dikalangan pegawai dan kakitangan MBPJ.

Tindakan : Makluman.

Page 11: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

11/22

6.8 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAPERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN BERTARIKH 21 JUN2010[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 2 (04)]

6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkanlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut diatas.

Tindakan : -Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), MBPJ,

6.9 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAPEMBANGUNAN MAMPAN BERTARIKH 22 JUN 2010[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 (38)]

6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkanlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut diatas dan turut memutuskan agar perkara iii dan iv di mukasurat 43 ditangguhkan untuk dibuat kajian dan SOP sertadibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Mampanakan datang.

6.9.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan :-

a) Encik Derek John Fernandez menyuarakan rasa tidakpuas hati berkenaan kadar penurunan `billboad’.Menurut beliau lagi tindakan penurunan `billboard’ olehMBPJ terlalu lambat dan kadar pemasangan `bill board’haram oleh orang awam adalah terlalu tinggi. Beliauberharap agar MBPJ mengikut prosedur penurunan`billboard’ oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL).

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan,MBPJ.

6.10 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAKBERKUASA MELANTIK BERTARIKH 23 JUN 2010.[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 (06)]

6.10.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklumlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebutdi atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), MBPJ.

Page 12: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

12/22

6.11 LAPORAN/CADANGAN MINIT BANTAHAN BERTARIKH240JUN 2010.[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/8 (13)]

6.11.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklumlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebut diatas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan

Harta Benda, MBPJ.

6.12 LAPORAN/CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASATENDER BERTARIKH 25 JUN 2010.[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 (82)]

6.12.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklumlaporan/cadangan minit mesyuarat jawatankuasa tersebutdi atas.

Tindakan : Pengarah, Audit Dalam, MBPJ.

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK MOHD HALILBIN HAJI HARUN

7.1.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:-

a) Ucapan beliau di mana selama tempoh 2 tahun menjadiAhli Majlis banyak pengalaman manis yang telahditimba.

b) Ucapan terima kasih di atas kerjasama daripada KetuaJabatan dan Bahagian di MBPJ.

c) Harapan beliau agar sikap kakitangan bawahan dapatberubah dan dapat meningkatkan mutu kerja agar lebihbaik daripada sebelumnya.

d) Akhir sekali beliau memohon maaf di atas kesalahan dankesilapan yang telah dilakukan sama ada sengaja atautidak.

Tindakan : Makluman.

Page 13: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

13/22

7.2 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH CIK TIEW WAY KENG

7.2.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:-

a) Ucapan terima kasih beliau di atas kerjasama dansokongan rakan-rakan Ahli Majlis sepanjang beliauberkhidmat sebagai Ahli Majlis MBPJ.

b) Tidak lupa ucapan terima kasih kepada pegawai danwarga kerja MBPJ di atas sokongan yang diberi.

c) Terdapat banyak perubahan yang ketara jikadibandingkan tahun pertama menjadi Ahli Majlis.

d) Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan danberharap agar tahun ketiga terdapat lebih banyakperubahan yang memberangsangkan.

e) Harapan beliau agar hubungan dengan Kerajaan Negeriditingkatkan bagi memudahkan urusan sesuatu tugasdan keputusan.

f) Saranan beliau agar Ahli Majlis yang menerima ugutanmembuat laporan demi keselamatan diri sendiri dankeluarga.

g) Harapan beliau agar Petaling Jaya dinaik taraf kepadaDewan Bandaraya.

Tindakan : Makluman.

7.3 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH TUAN HAJI AHMADYUSOF BIN HAJI LUDIN

7.3.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:-

a) Ucapan terima kasih kepada kakitangan MBPJ yangmemberi sokongan dan kerjasama sepanjang menjadiAhli Majlis, MBPJ. Berharap agar kerjasama dansokongan ini diteruskan demi kejayaan MBPJ.

Page 14: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

14/22

b) Sebagai pemimpin, adakah Ahli Majlis berjayamenyampaikan amanat yang telah diberikan olehKerajaan. Beliau berharap agar Ahli Majlis sebagaipemimpin mengkaji kelemahan diri sendiri untuk lebihberjaya.

Tindakan : Makluman.

7.4 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH CIK LATHEEFAKOYA

7.4.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:-

a) Harapan beliau agar Ahli Majlis tidak mengucapkanselamat tinggal kepada MBPJ memandangkanpemilihan Ahli Majlis masih belum diumumkan olehKerajaan Negeri.

b) Selain daripada itu Ahli Majlis perlu lebih `independent’.

c) Banyak perubahan polisi yang telah dilakukan oleh AhliMajlis sepanjang dua tahun berkhidmat dan ianyamerupakan satu cabaran yang perlu dihadapi

d) Ucapan syabas kepada Ahli Majlis, MBPJ yang kekal bagipenggal 2010/2011.

Tindakan : Makluman.

7.5 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK MICHAELSOON KWAI CHOY

7.5.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikanoleh rakan-rakan Ahli Majlis dan Warga Kerja MBPJsepanjang menjadi Ahli Majlis, MBPJ.

b) Dengan kerjasama yang diberikan banyak perubahanyang telah dibuat seperti wujudnya `QRT Team’, UnitAduan Salah Laku kakitangan, Cadangan Polis Bantuan,cadangan 3 Strike Rule’ dan lain-lain lagi.

Page 15: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

15/22

c) Sekali lagi ucapan terima kasih di atas kerjasama yangterbaik yang telah diberi.

Tindakan : Makluman.

7.6 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK KAMARUDDINBIN SUHAIMI

7.6.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ulasan beliau bahawa kakitangan MBPJ mengambiljalan selamat dalam melaksanakan sesuatu tugas yangdiberi dengan lambat. Hal ini disebabkan kakitanganMBPJ tidak mahu menanggung apa-apa risiko yangbakal timbul.

b) Sehubungan itu beliau berharap agar kakitangan MBPJlebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu tugas yangdiberi agar tidak timbul masalah lambat dan tertangguh.Jadikan kritikan yang diterima sebagai pembakarsemangat untuk berubah.

c) Beliau turut mengucapkan terima kasih di ataskerjasama dan perubahan ketara MBPJ sepanjangbeliau menjadi Ahli Majlis, MBPJ.

Tindakan : Makluman.

7.7 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH PUAN PROF. MADYADR. HJH. MELASUTRA BINTI MD DALI

7.7.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan MBPJ.

b) Beliau turut mengulas bahawa MBPJ ada potensi untuklebih berjaya dan berharap agar MBPJ terus majukehadapan.

c) Ucapan terima kasih juga kepada warga kerja MBPJyang memberikan pengalaman terbaik sepanjang beliauberkhidmat sebagai Ahli Majlis, MBPJ.

Tindakan : Makluman.

Page 16: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

16/22

7.8 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH PUAN CYNTHIAGABRIEL

7.8.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih kerana beliau telah fasih berbahasaMalaysia sepanjang dua tahun dilantik sebagai AhliMajlis, MBPJ.

b) Menurut beliau masyarakat lebih senang membuatkritikan dan sepanjang 2 tahun menjadi Ahli Majlisadalah terlalu besar tanggungjawab yang perludilaksanakan.

c) Akhir sekali beliau berharap agar semua orang gembirawalau apa sekalipun keputusan yang diterima daripadaKerajaan Negeri.

Tindakan : Makluman.

7.9 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH TUAN IR. TIONGBOON KEONG

7.9.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih terhadap kerjasama yang telahdiberi sepanjang beliau menjadi Ahli Majlis, MBPJ. Yangpaling utama menurut beliau, kita perlu menggunakanperuntukan yang diberi demi keselesaan rakyat PetalingJaya.

b) Akhir sekali `All the best’.

Tindakan : Makluman.

7.10 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK ANTHONYSIVA BALAN A/L THANASAYAN

7.10.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ulasan beliau bahawa sepanjang menjadi Ahli Majlisbanyak pengalaman dan ilmu ditimba.

Page 17: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

17/22

b) Ucapan terima kasih kepada Jabatan yang terlibat dantidak lupa ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Majlisyang banyak membantu beliau sepanjang menjadi AhliMajlis MBPJ.

c) Tidak lupa ucapan terima kasih kepada pihak media.

Tindakan : Makluman.

7.11 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK SELVARAJANA/L RATHINAM

7.11.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih beliau kepada warga kerja MBPJdan Ahli Majlis, MBPJ.

b) Sepanjang 1 tahun menjadi Ahli Majlis, beliau bekerjakeras untuk mencapai kejayaan dan membuatperubahan di Petaling Jaya.

Tindakan : Makluman.

7.12 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK TERENCETAN TECK SENG

7.12.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih beliau kepada semua KetuaJabatan/Bahagian MBPJ.

b) Beliau berharap agar Petaling Jaya mencapaipembangunan yang lebih menggalakkan di masa-masaakan datang.

Tindakan : Makluman.

Page 18: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

18/22

7.13 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIKPANEERSELVAM VARATHAN

7.13.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Kemungkinan ini adalah merupakan sesi terakhir beliausebagai Ahli Majlis.

b) Beliau amat berbangga dengan pembangunan yangdicapai oleh Petaling Jaya di mana semua Ahli Majlisbekerjasama untuk mencapai kejayaan tersebut.

Tindakan : Makluman.

7.14 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK CHAN CHEEKONG

7.14.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ulasan beliau bahawa Petaling Jaya merupakan bandarmembangun di Selangor. Cekap menjalankan aktiviti-aktiviti, kreatif, profesional untuk kemajuan PetalingJaya. Selain daripada itu semangat kerjasama yangkental dikalangan Ahli Majlis dan warga kerja MBPJamat jelas demi mencapai pembangunan Petaling Jaya.

b) Harapan beliau agar warga kerja MBPJ melipatgandakan usaha untuk menjadikan Petaling Jaya lebihterkenal lagi.

Tindakan : Makluman.

7.15 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK RICHARDYEOH YONG WOI

7.15.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih beliau kepada pihak pengurusanMBPJ.

b) Berharap agar Ahli Majlis yang bakal dilantik lebih fokusuntuk mencapai matlamat dan meningkatkan mutuperkhidmatan.

Page 19: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

19/22

c) Harapan beliau agar pembangunan semula PetalingJaya tidak menjejaskan kualiti hidup masyarakatnya.

Tindakan : Makluman.

7.16 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK TANG FUIEKOH

7.16.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ulasan beliau bahawa sepajang 2 tahun menjadi AhliMajlis terlalu banyak cabaran yang perlu diselesaikan.

b) Harapan beliau agar Ahli Majlis dilibatkan dalampenyediaan bajet dan meminta agar persiapan bajetdibuat lebih awal untuk lebih fokus di atas perkhidmatanyang perlu dilaksanakan agar lebih berkesan.

c) Cadangan beliau agar pejabat Datuk Bandar dinaiktaraf.

Tindakan : Makluman.

7.17 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK MAHHARULBIN ISMAIL

7.17.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih beliau kepada warga kerja MBPJdan semua Ahli Majlis .

b) Harapan beliau akan datang agar:-

i) Berharap agar kelemahan PeBT diperbaiki dan lebihaktif serta terdapat banyak pembaharuan. Menurutbeliau sepanjang 6 bulan penubuhan PeBT, beliaumelihat masih banyak kelemahan yang perludiperbaiki.

Page 20: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

20/22

ii) `Retreat’ diantara Ahli Majlis dan Pegawai MBPJdiadakan agar wujud lebih kerjasama danpersefahaman.

Tindakan : Makluman.

7.18 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK MUZZAMILBIN HAFIZ

7.18.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih beliau kepada rakan-rakan AhliMajlis dan pegawai-pegawai Majlis di atas kerjasamayang diberikan bagi menjayakan acara dan program-program yang direncanakan.

b) Ulasan beliau berkaitan persepsi pegawai dankakitangan serta pembayar cukai terhadap peranan dansumbangan positif setiap Jabatan di Majlis BandarayaPetaling Jaya.

c) Sepanjang dua (2) tahun terdapat banyak perubahanterutama keceriaan pejabat. Beliau menyentuh keadaanUnit Audit Dalam yang malap sebelum ini sudah semakinceria dengan cat dan perabut baru.

d) Beliau dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Audit danTadbir Urus bertuah disebabkan sempat mengikuti`retreat’ bersama Unit Audit Dalam. Dengan adanya`retreat’ tersebut program dan tugas dapat diatur denganlebih baik memandangkan telah ada persefahaman dankerjasama yang erat dikalangan ahli-ahlinya.

e) Beliau amat berharap agar `retreat’ Ahli Majlis bersamaKetua Jabatan dapat dilaksanakan bagi meningkatkanlagi persefahaman dan kerjasama sesama ahli-ahlinya.

Tindakan : Makluman.Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), MBPJ.

Page 21: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

21/22

7.19 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH ENCIK HALIMEY BINABU BAKAR

7.19.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih beliau kepada semua kakitanganMajlis yang ada diantaranya telah berkhidmat melebihi10 tahun. Walaupun kadang kala timbul pertengkaranakan tetapi semua itu untuk kebaikan bersama bagimemberikan perkhidmatan terbaik kepada pendudukPetaling Jaya.

b) Sepanjang dua tahun menjadi Ahli Majlis, banyakperubahan ketara yang dapat dilihat seperti Ahli Majlisdah semakin dikenali dikalangan masyarakat dimanapenduduk meletakkan sepenuh kepercayaan kepadakepimpinan Ahli Majlis.

c) Harapan beliau agar sekiranya disambung perkhidmatanuntuk penggal 2010/2011, beliau berharap agar MajlisPerwakilan Penduduk setiap zon digerakkan bagimemperkenalkan lagi Kerajaan Negeri.

d) Harapan beliau juga sekiranya perkhidmatan beliautidak disambung perkhidmatan, tali silaraturrahim yangtelah terjalin diteruskan tidak kira walau apapun fahamanpolitik masing-masing.

Tindakan : Makluman.

7.20 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH TUAN HAJI GHAZALIBIN SHAARI

7.20.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kepada semua kakitangan dan rakan-rakan Ahli Majlis di atas kerjasama yang diberikan.

b) Harapan beliau agar prinsip keadilan harus ditegakkantanpa mengira agama dan bangsa dengan memberikanhak kepada yang berhak.

Tindakan : Makluman.

Page 22: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG …eps.mbpj.gov.my/agenda_mesy/MinitMesyMBPJBil62010.pdf · Kajian ini meliputi penemuan dalam aspek ... 3.4.2 Itulah harapan beliau untuk

Unit Mesyuarat, Jab. Khidmat Pengurusan, MBPJ

22/22

7.21 PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH TUAN HAJI SYEDABD MALIK BIN SYED A HAMID AL JAFREE

7.21.1 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) Ucapan terima kasih kepada semua dan berdoa semogaTuhan melindungi semua warga kerja Majlis BandarayaPetaling Jaya.

Tindakan : Makluman.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.55 tengahari. Tuan Pengerusimengucapkan terima kasih di atas ucapan penangguhan di atas dan akanmenyampaikan ucapan penangguhan serta harapan Ahli Majlis kepada YBhg.Datuk Bandar. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahlimesyuarat yang hadir.

( HAJI AHMAT MOHAAYEN BIN HAJI SAID),Timbalan Setiausaha,

b.p. Datuk Bandar,Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Bertarikh : 29 Julai 2010