MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · di bawah NEW URBAN AGENDA di mana projek ini...

21
1/21 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (18) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 9 TAHUN 2017 Tarikh : 27 September 2017 (Rabu) Masa : 10.00 Pagi 12.35 Petang Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 14 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan September 2017. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menghadiri Mesyuarat Majlis pada kali ini. Beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang di kawasan Majlis.

Transcript of MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · di bawah NEW URBAN AGENDA di mana projek ini...

1/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (18)

MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017)

BILANGAN 9 TAHUN 2017

Tarikh : 27 September 2017 (Rabu) Masa : 10.00 Pagi – 12.35 Petang

Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO

2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 14 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan September 2017.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menghadiri Mesyuarat Majlis pada kali ini. Beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang di kawasan Majlis.

2/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

3.2 KESELAMATAN MENJADI KEUTAMAAN MAJLIS

Pada 14 September yang lalu, kita digemparkan dengan suatu peristiwa yang sangat menyayat dan meruntun hati kita semua. Kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Dato‟ Keramat, Kuala Lumpur telah membuka banyak mata pihak-pihak berkuasa dan berwajib mengenai isu-isu keselamatan.

Di peringkat Majlis, pelbagai pendekatan dan usaha telah dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi. Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan kepentingan keselamatan awam, terutama dilihat dari sudut pembangunan di samping mengekalkan taraf kualiti hidup masyarakat bandar.

Jabatan Kawalan Bangunan memainkan peranan sebagai pihak yang memastikan pelan bangunan yang dikemukakan mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, Selangor 1986 (UBBL), Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor (JPPD) dan polisi-polisi Majlis dipatuhi lebih-lebih lagi dalam aspek keselamatan dan kesihatan dalam pembangunan.

Di samping itu juga, Jabatan Kawalan Bangunan akan memastikan „guide for fire protection‟ dari segi keperluan Bomba dipatuhi selaras dengan kelulusan pelan Bomba.

Lawatan tapak berkala dilaksanakan mengikut proses OSC 3.0 bagi memastikan bangunan dibina mengikut seperti kelulusan pelan dan jabatan memastikan Borang Perakuan Berperingkat iaitu Borang G1 – Borang G21 perlu dikemukakan mengikut status pembinaan di tapak sebelum Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan.

3.3 NEGARA PALING BERDAYA SAING

IMD World Competitiveness Yearbook adalah salah satu laporan tahunan daya saing dunia yang dirujuk oleh MIDA dalam memantau ranking daya saing di Malaysia. Laporan ini diterbitkan semenjak 1989 oleh Pusat Penyelidikan Daya Saing IMD Business School di Switzerland.

3/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Pada Mei 2017, laporan kedudukan bagi 63 Negara Paling Berdaya Saing Di Dunia telah dikeluarkan. Hong Kong berada di kedudukan pertama, diikuti Switzerland, Amerika Syarikat di kedudukan ketiga.

Malaysia berada di kedudukan ke-24 daripada 63 negara berbanding kedudukan ke-19 daripada 61 negara pada 2016. Persekitaran luar yang dinamik dan pertumbuhan global yang tidak menentu telah menjejaskan daya saing negara. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya Malaysia berada dalam kalangan 25 negara paling kompetitif.

Di kalangan Negara Asia-Pasifik pula, Malaysia berada di kedudukan ke-7 dan berada di kedudukan ke-2 dalam kelompok rantau ASEAN. Sebanyak 346 indikator yang dikaji yang merangkumi 4 faktor iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur.

Perkongsian maklumat pencapaian daya saing ini secara tidak langsung adalah berkaitan dengan pelaksanaan OSC 3.0 yang bertujuan menambah baik Urusan Pengeluaran Permit Pembinaan berdasarkan Kajian Doing Business yang menyumbang kepada pencapaian daya saing negara khususnya bagi Faktor Kecekapan Kerajaan.

Penambahbaikan terhadap urusan pengeluaran permit pembinaan boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa secara kreatif dan inovatif tetapi mestilah berdasarkan prinsip, dasar atau garis panduan yang telah ditetapkan. Ini bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang kukuh, mantap dan terkini dan kekal berdaya saing.

3.4 MAJLIS PERKENAL PENGURUSAN SISA DI PUNCA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah memperkenalkan Smart PJ Waste Solution Lab sebagai pendekatan pelupusan sampah di punca bagi mengurangkan kos pelupusan sampah di tapak pelupusan. Projek berkenaan dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal di samping pengurangan penjanaan karbon dioksida.

4/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Bagi melaksanakan kaedah pelupusan sampah di punca, 3 kawasan di SS2 telah dipilih sebagai kawasan projek perintis iaitu Medan Selera Malam, Pasar Lambak Pagi dan Gerai Ibumee yang melibatkan kira-kira 300 orang peniaga. Kawasan ini dipilih berdasarkan kemudahan bangunan kebuk sampah sedia ada, jumlah sisa makanan yang banyak dan kawasan SS2 yang diisytiharkan perintis LIVEABILITY@SS2 sejajar dengan wawasan PJ SUSTAINABLE 2030 sebagai sebuah pusat bandar yang menjadi tumpuan ramai dan berhampiran dengan Ibu Pejabat Majlis.

Bagi memastikan projek pelupusan sisa di punca dapat terus bertahan dan bukan sekadar projek demonstrasi sahaja, MBPJ telah menggunakan pendekatan model perniagaan PUBLIC-PRIVATE PARTNERSHIP dan mewujudkan elemen CIRCULAR ECONOMY di bawah NEW URBAN AGENDA di mana projek ini diuruskan oleh pihak swasta pada peringkat awal dan dapat menjana pendapatan sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya dengan kewangan Majlis.

Pada masa kini, sisa makanan telah dibekalkan oleh peniaga Medan Selera Malam, Pasar Lambak Pagi dan Gerai Ibumee. MBPJ telah mengedarkan tong sisa makanan kepada peniaga-peniaga ini dan mereka akan menghantar ke pusat ini setiap hari. Sisa yang dihantar akan ditimbang dan direkodkan. Sejak pusat ini mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei 2017, sebanyak 15 tan sisa makanan telah diproses iaitu kira-kira 200 kilogram sehari.

Sebanyak 6 jenis produk telah berjaya dihasilkan melalui projek ini. Daripada jumlah tersebut, 3 adalah produk asas iaitu baja kompos cecair, biogas dan baja kompos kering. Manakala 3 lagi adalah produk tambah nilai iaitu baja cecair dengan EFFECTIVE MICROORGANISMA (EM), pengawal bau busuk dan tanaman organik dan hidroponik. Namun begitu, lab ini akan menjalankan kaji selidik yang berterusan bagi mengenal pasti pendekatan dan kaedah inovatif lain dalam pengurusan 3R sisa yang lebih efektif.

Smart PJ Waste Solution Lab ini telah direka bukan sahaja sebagai pusat pengkomposan tetapi juga sebagai pusat pembelajaran kepada masyarakat. Logo pusat ini yang mempunyai huruf „t‟ seakan nombor 7 adalah gambaran fungsi dan matlamat pusat ini iaitu EARTH, ECONOMY, EXHIBITION, EDUCATION, EXPLORATION, ENERGY dan EFFECTIVE MICROORGANISM. Pusat ini menempatkan sebuah galeri, mesin anaerobic digester, kawasan penerimaan dan pengasingan sisa makanan, kawasan kompos kering, rumah hijau, tanaman hidroponik, tanaman organik dan juga green kiosk yang bertindak sebagai kiosk jualan produk.

5/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Melalui Smart PJ Waste Solution Lab ini, amalan 3R dapat juga dipromosikan di kalangan masyarakat bagi mewujudkan kesedaran awam. Pusat ini terbuka kepada semua pengunjung sama ada pelajar sekolah, persatuan penduduk, agensi kerajaan dan syarikat swasta. Majlis berharap agar pusat ini boleh menjadi contoh dan model terbaik kepada mana-mana pihak yang mahu melaksanakan projek pelupusan sisa di punca bagi memastikan kemampanan projek pada masa hadapan.

Pada masa ini, Majlis menggunakan kaedah itu ke atas sisa makanan. Majlis juga telah menguruskan kira-kira 600 tan sampah sehari. Menurut kajian ke atas komposisi sampah yang dibuang oleh isi rumah, hampir 49% adalah sisa organik. Oleh itu dianggarkan sisa organik yang dikutip oleh Majlis adalah sebanyak 295 tan sehari. Berikutan jumlah sisa organik yang tinggi ini, Majlis berpandangan kaedah ini merupakan landasan tepat bagi melakukan inovasi dalam kaedah pelupusan sampah.

3.5 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA LANCAR PROGRAM

DAN BENGKEL ‘KEBUN KITA’ BERSAMA KOMUNITI

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melancarkan program Kebun Kita di Bandar Utama bersama Persatuan Permastautin Penduduk (PPP) BU/12. Kebun Kita merupakan antara platform memberdayakan serta membina pasukan masyarakat yang berdaya maju dan mewujudkan keharmonian di kalangan penduduk setempat di Petaling Jaya.

Untuk makluman, Kebun Kita dahulunya dikenali sebagai Kebun Komuniti dan telah dijenamakan semula sebagai Kebun Kita pada 21 Mac 2017. Kebun Kita merupakan usaha Majlis untuk meningkatkan tahap kehidupan dan suasana persekitaran masyarakat dengan menggalakkan aktiviti pelbagai jenis penanaman yang dapat menjana hasil seterusnya menghilangkan beban terutamanya ketika menangani kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak menentu.

6/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Program Kebun Kita juga selaras dengan Pelan Strategik MBPJ 2016-2026 ke arah mencapai sasaran-sasaran berikut:

Sasaran #5: Memaksimakan jaringan pintar berasaskan situasi menang-menang

Sasaran #6: Memacu PJ yang makmur, berdaya huni dan terangkum

Sasaran #7: Membangun masyarakat progresif, berbudaya, sihat dan sejahtera

Sasaran #9: Meneraju agenda Kehijauan Metropolis

Kerajaan Negeri di bawah Seksyen Pemberdayaan Ekonomi Kerajaan Selangor (portfolio Kemiskinan, Kerajaan Prihatin) juga telah melihat program Kebun Komuniti dengan lebih luas dan menggunakannya sebagai model untuk memperkasakan ekonomi dan keusahawanan sosial bagi memberi peluang kepada golongan miskin untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik dan meningkatkan diri mereka dari segi kewangan.

Kebun Komuniti „Kebun Kita‟ bermatlamat untuk MEMBERDAYA, MENYATUPADUKAN CBO (Community Base Organisation/ Komuniti Penduduk Setempat) dan MENSINERGIKAN pelbagai agensi kerajaan, perniagaan, komuniti dan orang awam ke arah satu penyelesaian MAMPAN yang mendokong Matlamat Pembangunan Mampan Sejagat (United Nations Global Sustainable Development Goals).

Kebun Kita akan memanfaatkan tapak terbiar/tanah Majlis/tanah bukan milik Majlis (mengikut syarat-syarat ditetapkan) dengan bantuan Agensi Kerajaan yang berkaitan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bekerjasama rapat dengan matlamat yang lebih luas bagi kebaikan komuniti penduduk setempat dan sekitarnya.

3.6 MAJLIS KOMITED MENYELESAIKAN ADUAN

Sehingga 31 Ogos 2017, jumlah aduan yang diterima melalui semua sumber dan saluran menunjukkan pengurangan positif sebanyak 2% - 3% dengan pengurangan aduan berulang dan aduan yang sama. Untuk rekod sehingga Ogos 2017, sejumlah 12,794 aduan telah diterima melibatkan aduan kerosakan jalan, kutipan sampah, cantasan pokok, longkang tersumbat dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, peningkatan dari jumlah penghargaan yang diterima juga menunjukkan keberkesanan pekhidmatan Majlis dengan peningkatan penghargaan diterima sebanyak 12%.

7/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Respons dan maklum balas dari Jabatan turut menunjukkan peningkatan yang baik terutama bagi aduan Kategori 1 dan Kategori 2. Secara keseluruhan, hampir 95% aduan yang diterima mendapat maklum balas daripada Jabatan dan Unit dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di samping itu, tahap penyelesaian aduan di peringkat Jabatan dan Unit juga merekodkan peningkatan yang positif khususnya bagi aduan-aduan yang kritikal. Untuk rekod, sejumlah 13,875 aduan telah diselesaikan sehingga Ogos 2017 melibatkan aduan-aduan dari tahun 2016.

Secara keseluruhan, semua Jabatan dan Unit di Majlis Bandaraya Petaling Jaya menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan aduan-aduan awam. Untuk rekod sehingga Ogos 2017, purata aduan yang diselesaikan dari Januari hingga Ogos 2017 di antara 80% - 90%. Justeru, saya berharap agar ketua-ketua Jabatan dan Unit akan terus memberikan perhatian yang serius terhadap aduan-aduan yang diterima dan tidak mengambil mudah aduan-aduan penduduk bagi memastikan kelestarian bandar raya Petaling Jaya dapat dikekalkan dan tahap kepuasan pelanggan dapat ditingkatkan. Ini sangat penting kerana penduduk meletakkan harapan yang tinggi kepada Majlis dalam menangani aduan-aduan yang diajukan oleh mereka.

3.7 CEGAH AEDES HAPUS DENGGI

Jumlah kes denggi mingguan MBPJ pada tahun 2017, menunjukkan penurunan kes sebanyak 37% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016 dengan purata kes mingguan adalah 77 kes seminggu.

Jumlah kes kumulatif MBPJ bagi tahun 2017 ini adalah yang terendah berbanding 2 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain di daerah Petaling jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga 2 September 2017 (minggu epid ke 35/2017), adalah sebanyak 2685 kes sehingga minggu epid 35.

8/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Jumlah lokaliti wabak adalah 25.

LOKALITI WABAK JUMLAH WABAK ME

35/2017 (SEHINGGA ME 35)

Wabak terkawal (wt)* 15

Wabak baru (wb) 2

Wabak tidak terkawal (wtk) 5

Hotspot (hs) 3

Jumlah lokaliti wabak 25

Pada akhir minggu epid ke 35/2017 jumlah lokaliti wabak adalah 27. (27 wabak terkawal, 5 wabak tak terkawal dan 3 wabak hotspot) seperti berikut:

Manakala bagi pecahan bilangan kes mengikut ADUN pula adalah seperti berikut:

ADUN JUMLAH KES

Dun Seri Setia 459

Dun Bukit Lanjan 699

Dun Kota Damansara 499

Dun Damansara Utama 245

Dun Taman Medan 411

Dun Bukit Gasing 227

Dun Kg Tunku 145

Jumlah keseluruhan 2,685

9/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Bilangan kawasan hotspot terkini dilaporkan (sehingga 4/9/2017)

BIL SENARAI NAMA LOKALITI

WABAK JUMLAH

KES

TARIKH WABAK DI JANGKA TAMAT

1 BL PJU 8 Empire City 15 11/09/2017

2 Sri PJS 10 Ridzuan Kondo 21 05/09/2017

3 Sri SS 6 Kompleks Kediaman Kastam

11 16/09/2017

Jumlah

47

Kempen Tembak Gagak tahunan Majlis telah diadakan pada 5hb dan 6hb, dan berakhir pada 26hb dan 27hb Ogos 2017. Sebanyak 2,981 ekor gagak berjaya di tembak pada tempoh 4 hari tersebut.

Sebanyak 109 pasukan SEDAR telah di tubuhkan di kawasan MBPJ dengan kerjasama Ahli Majlis, JMB dan ahli komuniti. Dengan penubuhan ini, ia dapat menyumbang pengurangan kes demam denggi. Sejumlah 16 pasukan SEDAR sekolah telah ditubuhkan dan tambahan sebanyak 4 pasukan SEDAR tapak binaan telah ditubuhkan

Sehubungan itu, Majlis menggesa agar semua pihak berkepentingan bersama-sama berganding bahu bagi memastikan penurunan kes wabak denggi serta aduan kacau ganggu di kawasan bandar raya Petaling Jaya bagi mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian Petaling Jaya.

Beliau ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kumpulan Generasi Kita dari Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan di atas kemenangan tempat pertama Kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) dan Projek Inovasi Hibrid terbaik di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2017.

Semoga dengan anugerah yang diterima ini menjadi pemangkin semangat kepada kumpulan-kumpulan KIK yang lain agar dapat berterusan membudayakan kerja secara inovasi dan kreatif dan dapat menyumbangkan idea-idea yang kritis dan bernas kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

10/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

4. MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:- 4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING

JAYA BILANGAN 8 TAHUN 2017 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 8 Tahun 2017 bertarikh 29 Ogos 2017 telah diluluskan tanpa pindaan.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 8 TAHUN 2017 YANG TELAH DIADAKAN PADA 29 OGOS 2017.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.1

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN FERNANDEZ

- Bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada penduduk Petaling Jaya, beliau berharap agar isu krematorium yang kini sudah tidak berfungsi diselesaikan segera memandangkan ia merupakan perkhidmatan terakhir yang majlis berikan kepada penduduk.

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan telah menerima pengesahan laporan kebakaran daripada pihak bomba bertarikh 30 Ogos 2017 berikutan kes kebakaran yang berlaku di Krematorium Jalan 229/51A, Petaling Jaya pada 15 Ogos 2017. Arcing yang berlaku di bahagian `connector‟ (penyambung) pada pendawaian di bahagian televisyen akibat daripada penyambungan yang longgar/ tidak kemas (Loss Connection) adalah punca kebakaran berlaku.

Sementara itu, Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan pula telah membuat pembaikan ke atas pendawaian elektrik yang terbakar di bilik rehat pekerja dan juga pendawaian ke atas mesin pembakar mayat. Bahagian Mekanikal dan Elektrikal telah melantik perunding bagi kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan kuasa elektrik di Krematorium dan seterusnya akan menggunakan peruntukan tahun 2018 untuk sistem pendawaian yang baru dan juga sistem genset tunggu sedia.

11/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan turut memaklumkan bahawa operasi di Krematorium telah berjalan seperti sedia kala pada 01 September 2017. Pada ketika ini terdapat dua (2) mesin pembakar mayat (diesel) yang digunakan serentak dan satu (1) lagi mesin pembakar mayat (gas) untuk tunggu sedia. Tambahan satu (1) unit mesin pembakar mayat (diesel) akan dibeli pada tahun 2018. Encik Derek John Fernandez memaklumkan bahawa mengikut laporan punca kebakaran adalah terdapat sambungan televisyen di bilik rehat kakitangan. Adakah bilik televisyen perlu diletakkan di dalam bilik rehat? YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa televisyen hanya boleh dipasang di tempat yang melibatkan orang awam seperti kaunter, tempat menunggu dan sebagainya. Pejabat dan bilik rehat kakitangan tidak perlu dipasang televisyen. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar Ketua Jabatan/Bahagian serta Audit OHSAS melihat perkara ini untuk mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

12/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-

JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK BERTARIKH 11 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (44) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, Sumber Manusia, MBPJ. 6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 29 OGOS 2017, 11 SEPTEMBER 2017 DAN 19 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (8) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (10) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (12) 6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 12 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (18)] 6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas. Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 13 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (12)] 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas. Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

13/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 13 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (84)] 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan minit seperti berikut:-. Pembetulan minit bagi muka surat 10 perkara 4.1.13 4.1.13 Cik Lim Yi Wei berkata berdasarkan pembentangan

ada menyatakan bahawa jalan-jalan yang telah diturap melibatkan Jalan Semangat tetapi di tapak jalan jenis `interlocking‟ masih belum dibaiki.

6.5.2 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:-

a) perkara 4.2.1 iv di muka surat 13 iaitu Mula kerja pada

26 November 2013 dan tamat tempoh pada 25 November 2017. Encik Ariffin bin Mahayuddin memaklumkan bahawa hasil pemerhatian beliau didapati projek di tapak tidak dapat disiapkan pada 25 November 2017 memandangkan masih lagi banyak kawasan yang belum disiapkan.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat memutuskan agar perkara ini dibangkitkan semula di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Penasihat Lalulintas untuk perbincangan semula.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 14 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (107] 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan minit seperti berikut:-

Tambahan Ayat bagi perkara 3.0 perkara 7.5 di muka surat 17 iaitu:-

14/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Jabatan Perbendaharaan diminta untuk mengkaji satu kadar yang sesuai bagi penggunaan petak letak kereta yang melebihi tempoh yg dihadkan sekarang.

Pembetulan Minit bagi muka surat 18 perkara 5.1.1.1 ii) :-

Encik Ariffin bin Mahaiyuddin memaklumkan mengenai aliran air yang perlahan di surau Majlis dan memohon agar jabatan terlibat membuat penyelenggaraan dengan kadar segera. Selain daripada itu, beliau memohon agar jabatan berkaitan menyemak semula kedudukan tandas lelaki yang menghadap kiblat. Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEWANGAN BERTARIKH 18 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 4 (12)] 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ. 6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 20 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (89)] 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi muka surat 75 bagi perkara 6.3 seperti berikut:-

6.3 Permohonan Penukaran Nama Jalan Persiaran Barat

6.3.1 Ahli Majlis, Encik Terence Tan Teck Seng

meminta penjelasan berhubung status permohonan menukar nama Jalan Persiaran Barat kepada Jalan Dr. V. David yang dikemukakan sejak Mac 2010 lagi.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan

Pembangunan, MBPJ.

15/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 20 SEPTEMBER 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (62)

6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1.1 YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan tiada ucapan penangguhan

dikalangan Ahli Majlis dan beliau akan menyampaikan beberapa perkara berkaitan Bajet MBPJ bagi tahun 2018.

a) Pembentangan Bajet bersama NGO dan Penduduk pada 26

September 2017 Beliau memaklumkan Majlis telah membuat pembentangan bajet 2018 bersama NGO dan penduduk yang bertemakan “PJ Bandaraya Pintar – PJ Smart City”. Beliau turut memaklumkan tidak semua penduduk terlibat semasa bajet dibentangkan, walaupun terdapat maklumbalas yang akan diambil kira bagi penyediaan bagi dalam bajet 2018.

b) Permohonan Bajet Mengikut Zon oleh Ahli Majlis Berkaitan permohonan bajet mengikut zon Ahli Majlis, beliau memaklumkan bahawa Majlis tidak dapat menyediakan sebagaimana permohonan memandangkan perbelanjaan dan penyelenggaraan di zon ahli majlis tidak sama. Cadangan bajet yang disediakan adalah mengikut keperluan dan berdasarkan kepada aduan-aduan yang diterima dan permintaan serta telah mengambilkira keperluan bagi menentukan keutamaan menyediakan peruntukan bagi tahun 2018. Beliau mengulas pentadbiran Majlis tidak boleh disamakan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri di mana cadangan bajet adalah mengikut agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Saliran, Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi. Di Majlis cadangan bajet adalah mengikut vot yang telah diluluskan.

16/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Beliau turut memaklumkan bahawa cadangan bajet yang dibentangkan tahun 2018 adalah merupakan cadangan bajet yang tertinggi di antara Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor selepas Majlis Bandaraya Shah Alam iaitu menghampiri RM500 juta. Mengikut defisit bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM84 juta. Setakat 31 Ogos 2017, perbelanjaan dan hasil Majlis mempunyai lebihan sebanyak RM26 juta yang bermaksud terdapat peruntukan yang belum dibelanjakan. Encik Oon Chong Ling mengemukakan persoalan adakah lebihan sebanyak RM26 juta itu belum mengambilkira perbelanjaan selepas 31 Ogos 2017. YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa pengiraan adalah berdasarkan perbelanjaan sebenar sehingga 31 Ogos 2017. YBhg. Datuk Pengerusi memohon agar Ahli Majlis bersetuju dengan cadangan bajet yang dibentangkan kerana cadangan ini telah mengambil kira masalah atau aduan-aduan yang diterima serta keperluan-keperluan lain. Sebagai contoh cadangan saliran pada tahun 2017 adalah dinaikkan sebanyak RM16 juta bagi menampung penyelenggaraan saliran bagi keseluruhan kawasan Petaling Jaya bergantung kepada keutamaan. Beliau berpendapat sekiranya bajet diagihkan mengikut zon, dan jumlah tidak mencukupi, akan menyebabkan projek yang sedang dijalankan terbengkalai. Encik Derek John Fernandez memaklumkan terdapat salah faham yang timbul. Beliau setuju dengan apa yang dimaklumkan oleh YBhg. Datuk Bandar akan tetapi persoalan yang timbul adalah apabila tiada jawapan ke atas pertanyaan yang dikemukakan yang melibatkan jalan-jalan yang dikenalpasti untuk diselenggara serta justifikasi permohonan bajet semasa pembentangan bajet bersama Ahli Majlis tempoh hari. Perkara kedua yang dibangkitkan adalah apa yang dibentangkan di dalam bajet tidak dinyatakan. Sebagai contohnya beliau mengemukakan persoalan berapakah jumlah peruntukan yang dibajetkan untuk memulihara Bukit Gasing bagi tahun 2018. Akan tetapi Jabatan Perkhidmatan Kesihatan tidak membentangkan kertas dan tidak mengemukakan jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan.

17/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

Beliau berpendapat pembahagian bajet mengikut zon Ahli Majlis yang dipohon adalah pecahan kepada berapa jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk setiap zon. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud turut memaklumkan bahawa jabatan perlu membentangkan cadangan kawasan untuk penyelenggaraan serta berapa anggaran setiap projek yang dipohon. Encik Terence Tan Teck Seng mengemukakan pertanyaan kenapa tahun 2017 majlis boleh menyediakan bajet mengikut zon dan tahun ini tidak mengikut zon. YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa bajet yang disediakan adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Petaling Jaya. Beliau turut memaklumkan bahawa mengikut kajian yang dibuat oleh Merdeka Center didapati bahawa aduan tertinggi adalah melibatkan isu infrastruktur, kedua sisa pepejal, ketiga keselamatan dan keempat alam sekitar yang berkaitan dengan aduan mengenai haiwan seperti anjing liar. Sehubungan dengan itu, dipohon agar Ahli Majlis bersetuju dengan cadangan bajet yang dibentangkan dan jabatan akan membentangkan perincian dan justifikasi projek sebagaimana permohonan.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 petang. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

Bertarikh : 13 Oktober 2017

18/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

LAMPIRAN KEHADIRAN

HADIR: 01. YBhg. Dato‟ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Onn Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ. 11. Puan Sia Siew Chin,

Ahli Majlis, MBPJ. 12. Encik Tang Fuie Koh,

Ahli Majlis, MBPJ. 13. Encik Suriase a/l Gengiah,

Ahli Majlis, MBPJ. 14. Encik Halimey bin Abu Bakar,

Ahli Majlis, MBPJ.

19/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

15. Encik Ong Swee Long, Ahli Majlis, MBPJ.

16. Puan Wong Yuet Leng,

Ahli Majlis, MBPJ. 17. Cik Jamaliah binti Jamaluddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 18. Puan Elaine Magdaline Nathaniel,

Ahli Majlis, MBPJ. 19. Encik Wong Swee Sang,

Ahli Majlis, MBPJ. 20. Puan Ghandimathi a/p Suppiah,

Ahli Majlis, MBPJ. 21. Puan Ermeemarianna binti Saadon,

Ahli Majlis, MBPJ. 22. Encik Derek John Fernandez,

Ahli Majlis, MBPJ. 23. Encik Sugumaran a/l R Annamalai,

Ahli Majlis, MBPJ. 24. Encik Daniel Lee Marn Zhi,

Ahli Majlis, MBPJ. 25. Cik Lim Yi Wei,

Ahli Majlis, MBPJ. 26. Encik Nor Azmi bin Abdul Kadir @ Ahmad Yuta,

Ahli Majlis, MBPJ.

HADIR BERSAMA: 01. Encik Mohamad Rosnani bin Hj. Hamid,

Wakil Timbalan Setiausaha, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Hajah Sa‟diyah binti Khasiman,

Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

20/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

03. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali,

Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ. 04. Tuan Ir. Ismail bin Shafie,

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 05. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, P.P.T, M.R.I.S.M,

Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Ar. Hajah Siti Azurah binti Mohd Ghazali,

Wakil Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Tuan Dr. Abdul Ghalib bin Sulaiman,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Mohd Fauzi bin Maarop,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Ruzaida binti Tormodi, Wakil Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

14. Encik Samsul Bahari bin Nonchi,

Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ. 15. Puan Haniza binti Abdul Hamid,

Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ. 16. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ.

21/21

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 27.9.2017, MBPJ

17. Encik Khairul Anwar bin Mohamed Yusof,

Wakil Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 18. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 19. Encik Mohd Redzuan bin Mohd Jaafri,

Wakil Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak). Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

AHLI PARLIMEN/ADUN: 01. Encik Mohd Munzir bin Sayuti,

Wakil ADUN Taman Medan.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

04. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.