MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN...
Transcript of MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN...
MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
DISEDIAKAN OLEH URUS SETIA MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN
BUKU PANDUAN
MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
1
ISI KANDUNGAN
1. LATAR BELAKANG .................................................................................................................................. 1
2. MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK) ................................................................ 1
3. VISI ........................................................................................................................................................ 1
4. MISI ....................................................................................................................................................... 2
5. TUJUAN DAN MATLAMAT MKPK........................................................................................................... 2
6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MKPK ................................................................................................. 2
7. KEAHLIAN MKPK .................................................................................................................................... 4
8. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL (JKK) .................................................................................... 4
9. KEAHLIAN JKK ........................................................................................................................................ 5
10. OBJEKTIF PENGIKTIRAFAN KELULUSAN/KELAYAKAN ............................................................................ 5
11. TAFSIRAN KELULUSAN/KELAYAKAN ...................................................................................................... 6
12. PRINSIP PENILAIAN................................................................................................................................ 6
13. KEPERLUAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN ............................................................................................ 7
14. KEPERLUAN MENJALANKAN PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN ............................................................ 7
15. KRITERIA PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN MKPK ................................................................................ 8
15.1 Kriteria Asas Pengiktirafan............................................................................................................ 8 15.2 Kriteria Pengiktirafan Institusi ...................................................................................................... 9 15.3 Kriteria Pengiktirafan Kursus/Kelulusan/Kelayakan ..................................................................... 9 15.4 Kriteria Pengiktirafan Profesional ............................................................................................... 10
16. URUS SETIA MKPK ............................................................................................................................... 10
17. SUMBER MAKLUMAT .......................................................................................................................... 11
18. TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR) ...................................................................................... 11
19. PROSES TEMPOH DAN PENGIKTIRAFAN ............................................................................................. 12
20. PERANAN URUS SETIA MKPK SEBAGAI URUSETIA JAWATANKUASA PENGAWALAN PAMERAN
PENDIDIKAN (JPPP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN ....................................................................................... 15
20.1 Bidang tugas dan tanggungjawab JPPP. ........................................................................................... 15 20.2 Syarat dan Peraturan mengadakan Pameran Pendidikan. ............................................................... 16
21. PERANAN MKPK TERHADAP KURSUS-KURSUS KELOLAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA ... 17
22. PENUTUP ............................................................................................................................................. 18
i. Lampiran A .......................................................................................................................................... 19
ii. Lampiran B .......................................................................................................................................... 21
iii. Lampiran C .......................................................................................................................................... 22
1
1. LATAR BELAKANG
Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam telah
dibentuk pada tahun 1990 iaitu pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
Penubuhan Majlis ini telah dititahkan oleh baginda pada 19 Julai 1990 di majlis
sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-44 di Daerah Temburong.
Antara lain titah baginda adalah seperti berikut:
“... beta telah memperkenankan pembentukan Majlis Kebangsaan
Pengiktirafan Kelulusan Ijazah, Diploma dan seumpamanya. Majlis ini
adalah sebuah badan tunggal bagi seluruh negara Brunei Darussalam yang
diamanahkan bertanggungjawab meneliti dan menilai semua kelulusan
yang dikeluarkan oleh institusi tempatan dan luar negeri dalam semua
bidang bagi memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu
adalah konsisten.”
(Petikan dari Pelita Brunei keluaran 1 Ogos 1990 – Lampiran A).
2. MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK)
MKPK merupakan sebuah badan kebangsaan tunggal yang bertanggungjawab ke atas
segala hal yang berkaitan dengan penilaian dan pengiktirafan kelulusan-kelulusan yang
diiktiraf oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. VISI
Menjadi sebuah agensi pengiktirafan yang mantap dan mempunyai reputasi di
peringkat serantau dan antarabangsa.
2
4. MISI
Memastikan dan memelihara kualiti serta taraf kelulusan atau kelayakan mengikut
peruntukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.
5. TUJUAN DAN MATLAMAT MKPK
Antara lain tujuan dan matlamat MKPK adalah seperti berikut:
i. Untuk memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu adalah selaras
(consistent) dan cara-cara atau kaedah penelitian terhadap kelulusan adalah
juga selaras dengan keutamaan-keutamaan (priorities) negara.
ii. Untuk menyediakan garis panduan mengenai pengiktirafan dan menerbitkan
publikasi senarai kelulusan-kelulusan serta institusi-institusi yang diiktiraf (dalam
bentuk compendium atau register) oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
iii. Untuk memastikan supaya segala keutamaan adalah berdasarkan falsafah
kenegaraan yang mengambil kira keadaan politik, hak, kepentingan, hasrat serta
aspirasi bangsa dan negara yang berlandaskan konsep Melayu Islam Beraja.
6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MKPK
Butiran mengenai bidang tugas dan tanggungjawab MKPK telah disiarkan melalui Surat
Keliling Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bil: 3/1991, Negara Brunei Darussalam, rujukan
(3) JPM/SK/1991 bertarikh 3 Januari 1991 iaitu seperti berikut:
3
i. Bertanggungjawab sebagai sebuah badan kebangsaan tunggal terhadap
pengiktirafan kelulusan dan institusi-institusi (sole national accrediting body)
ii. Meneliti dan menilai semua kelulusan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi
tempatan dan luar negeri untuk pengiktirafan bagi maksud perlantikan ke dalam
perkhidmatan kerajaan atau apa jua keperluan kerajaan dan negara dari masa
ke semasa.
iii. Bertindak sebagai sebuah badan rujukan dalam aspek-aspek penilaian dan
pengiktirafan untuk membantu kementerian-kementerian dan pihak-pihak yang
memerlukannya.
iv. Meneliti semula status mana-mana kelulusan yang menimbulkan keraguan (jika
ada)
v. Mengadakan perundingan serta perhubungan dari masa ke semasa dengan
institusi-institusi atau badan-badan pengiktirafan di negara lain
vi. Bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas (ad hoc
committee) jika perlu untuk membantu dalam bidang-bidang tertentu
vii. Memikirkan dan menggubal dasar-dasar pengiktirafan yang mengandungi
kriteria-kriteria tertentu
viii. Bertindak ke atas mana-mana perkara yang berkaitan dengan bidang tugas
Majlis ini yang tidak tersebut di atas sama ada pada menjunjung titah Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara
Brunei Darussalam ataupun jika Majlis memikirkannya perlu berbuat sedemikian
4
7. KEAHLIAN MKPK
Keahlian MKPK ialah tiga belas (13) orang iaitu seperti berikut:
Menteri Pendidikan - Pengerusi
Timbalan Menteri Pendidikan - Timbalan Pengerusi
Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan - Setiausaha
Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama - Ahli
Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan - Ahli
Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan - Ahli
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan - Ahli
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - Ahli
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam - Ahli
Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam - Ahli
Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei – Ahli
Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali – Ahli
Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan - Ahli
Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (MKPK) – Setiausaha
Carta organisasi MKPK disertakan dalam Lampiran B.
8. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL (JKK)
Bagi membantu MKPK membuat pertimbangan dan keputusan, sepuluh (10)
Jawatankuasa Kecil (JKK) dalam berbagai bidang telah dibentuk iaitu seperti berikut:
i. JKK Bidang Pendidikan
ii. JKK Bidang Kejuruteraan dan Seni Bina
iii. JKK Bidang Perakaunan dan Pengurusan
iv. JKK Bidang Pengajian Ugama Islam
v. JKK Bidang Perubatan
5
vi. JKK Bidang Perhubungan
vii. JKK Bidang Undang-Undang
viii. JKK Bidang Sains dan Alam Sekitar
ix. JKK bidang ICT
x. JKK bidang Ketenteraan dan Keselamatan
9. KEAHLIAN JKK
Ahli-ahli JKK dipilih dan ditentukan oleh MKPK berdasarkan kepada kelayakan dan
pengalaman mereka dalam bidang-bidang tertentu. Mereka adalah terdiri dari kalangan
pegawai-pegawai kerajaan (ketua-ketua jabatan), wakil-wakil dari universiti atau
institusi pengajian tinggi, ahli profesional dari pihak swasta dan individu atau orang
perseorangan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakatan dalam bidang
tertentu.
Secara amnya, sebuah JKK lazimnya mengandungi keahlian seperti Pengerusi, Timbalan
Pengerusi dan Ahli; yang mana jumlah purata bagi setiap JKK adalah 6 – 9 orang ahli.
Tempoh keahlian JKK adalah 5 tahun.
Setiap Jawatankuasa Kecil berkenaan adalah bertanggungjawab untuk meneliti, menilai
dan mempertimbangkan kes-kes pengiktirafan dalam jurusan masing-masing dari segi
profesional dan kemahiran sebelum cadangan dan sokongan mereka dihadapkan
kepada MKPK untuk ketetapan.
10. OBJEKTIF PENGIKTIRAFAN KELULUSAN/KELAYAKAN
Objektif penilaian dan pengiktirafan kelulusan/kelayakan MKPK ini adalah untuk
memastikan kesesuaian kelulusan/kelayakan dalam sesuatu bidang dari institusi
pengajian tinggi/universiti dalam dan luar negara untuk tujuan lantikan ke dalam
perkhidmatan awam.
6
11. TAFSIRAN KELULUSAN/KELAYAKAN
Kelulusan/kelayakan adalah ditafsirkan sebagai anugerah yang diberi oleh institusi
pengajian, institusi latihan, badan pensijilan atau badan peperiksaan kepada individu
yang telah berjaya mencapai hasil pembelajaran (learning outcomes) yang telah
ditetapkan bagi sesuatu pengajian atau latihan yang berkenaan. Kelulusan/kelayakan
juga menandakan pencapaian atau peningkatan secara positif individu setelah selesai
menjalani program pengajian atau latihan dan bukannya dianugerah sebagai gantirugi
atas kegagalan atau tidak memenuhi standard yang ditetapkan.
12. PRINSIP PENILAIAN
Prinsip penilaian dan pengiktirafan MKPK terhadap sesuatu kursus/kelulusan/kelayakan
antaranya ialah:
i. Penilaian dan pengiktirafan ke atas sesuatu kelulusan/kelayakan adalah dikaitkan
dengan keperluan dalam perkhidmatan awam;
ii. Selaras dengan prinsip (i) di atas, nilai taraf yang diberi kepada sesuatu
kelulusan/kelayakan akan dirujuk kepada struktur dan skim perkhidmatan awam;
iii. Pengiktirafan kelayakan-kelayakan profesional yang berkaitan dengan amalan dan
pendaftaran akan diselaraskan antara kerajaan dengan badan-badan profesional
yang berkenaan;
iv. Kelulusan/kelayakan dari luar negara adalah dibandingkan dengan standard dan
kualiti yang serupa daripada institusi pengajian tinggi awam tempatan, dan
v. Penilaian dan pengiktirafan tidak hanya berdasarkan kepada institusi sahaja tetapi
kepada program/kursus dan kelulusan/kelayakan yang dikeluarkannya.
7
13. KEPERLUAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN
Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, keperluan pengiktirafan telah termaktub
dalam General Order (Peraturan Am) 1961.
Keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan kelulusan bagi tujuan penerimaan dan
kemasukan ke dalam perkhidmatan awam telah disiarkan melalui Surat Keliling Jabatan
Perdana Menteri Bil: (3) JPM/SK/1991 bertarikh 3 Januari 1991 iaitu setelah MKPK
ditubuhkan, di mana menurut surat keliling berkenaan semua Setiausaha-Setiausaha
Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan disyorkan supaya akan dapat merujuk kepada MKPK
bagi tujuan penilaian dan pengiktirafan kelulusan-kelulusan. Ini adalah penting bagi
memastikan pengambilan pegawai dan kakitangan yang bakal berkhidmat dengan
kerajaan bukan hanya mempunyai kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan, malah
kelulusan mereka mempunyai kualiti dan tidak diragui kesahihannya.
Salinan surat keliling berkenaan disertakan dalam Lampiran C.
14. KEPERLUAN MENJALANKAN PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN
Keperluan untuk membuat penilaian untuk pengiktirafan adalah di atas sebab dan
alasan berikut:
i. Dikenalpasti beberapa bidang pengajian baru yang kelulusan/kelayakannya perlu
diberi penilaian dan pengiktirafan supaya pemegang kelulusan/kelayakan
berkenaan dapat dilantik ke dalam perkhidmatan awam;
ii. Permohonan dari universiti-universiti dalam dan luar negara untuk mendapat
pengiktirafan kerajaan;
iii. Kerajaan bercadang untuk menghantar pelajar-pelajar mengikuti sesuatu pengajian
di luar negara yang belum diiktiraf;
8
iv. Terdapat tawaran dermasiswa atau tempat belajar oleh kerajaan asing di mana
kelulusan/kelayakannya belum diiktiraf;
v. Terdapat permintaan dari kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan
atau Pihak Berkuasa Melantik yang memerlukan perkhidmatan seseorang yang
mana ijazahnya belum diiktiraf oleh kerajaan;
vi. Kerajaan memikirkan perlu ditarik balik pengiktirafan ke atas sesuatu
kelulusan/kelayakan di atas sebab-sebab tertentu.
15. KRITERIA PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN MKPK
Penilaian dan pertimbangan terhadap nilai taraf sesuatu kelulusan/kelayakan adalah
berasaskan kepada kriteria-kriteria lazim yang telah ditetapkan oleh MKPK.
Terdapat empat (4) kriteria utama yang dijadikan asas oleh MKPK dalam penilaian ke
atas sesuatu kursus/kelulusan/kelayakan iaitu kriteria asas, kriteria institusi, kriteria
kursus dan kriteria profesional.
15.1 Kriteria Asas Pengiktirafan
Kriteria asas mengambil kira dasar-dasar kerajaan terhadap kelulusan-kelulusan dari
sesebuah negara yang sudah mempunyai hubungan-hubungan tertentu dengan Negara
Brunei Darussalam. Umpamanya, negara-negara dari kalangan ahli Commonwealth, OIC
dan negara-negara ASEAN.
Selain itu, pengiktirafan mengikut kriteria ini juga mengambil kira keperluan-keperluan
negara, umpamanya dari segi perkembangan sumber tenaga manusia (Human Resource
Development) atau keperluan satu-satu jabatan/kementerian, tawaran dermasiswa dari
institusi luar negeri dan sebagainya.
9
15.2 Kriteria Pengiktirafan Institusi
Kriteria pengiktirafan institusi merujuk kepada aspek-aspek yang diambil kira oleh JKK
bagi menentukan sama ada sesebuah institusi atau universiti itu mempunyai status atau
reputasi yang tinggi, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara lain
aspek-aspek yang diambil kira ialah seperti berikut:
i. Latar belakang dan pengawalan penubuhan institusi
ii. Kedudukan kewangan yang kukuh
iii. Kemudahan fizikal dan berbagai prasarana pendidikan
iv. Kelulusan tenaga pengajar
v. Nisbah penuntut dengan pensyarah
vi. Quality assurance system
vii. Hubungan institusi berkenaan dengan universiti luar negeri
viii. Prestasi siswazah
ix. Pengiktirafan oleh negara-negara lain
15.3 Kriteria Pengiktirafan Kursus/Kelulusan/Kelayakan
Kriteria kelulusan/kursus/kelayakan merujuk kepada penilaian terhadap aspek-aspek
berikut:
i. Syarat kemasukan termasuklah sistem pendidikan sebelum seseorang mengikuti
kursus berkenaan.
ii. Tempoh kursus termasuklah contact hours.
iii. Isi kandungan kursus
iv. Kaedah penilaian kursus
v. Kaedah mengikuti kursus
vi. Bahasa pengantar yang digunakan
10
15.4 Kriteria Pengiktirafan Profesional
Kriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan sesuatu
kelulusan yang diasaskan kepada penerimaan oleh badan-badan profesional di negara-
negara tertentu untuk tujuan pendaftaran, pengamalan, peperiksaan dan sebagainya.
Bidang yang dikategorikan sebagai profesional ialah seperti perubatan, kejuruteraan,
undang-undang, farmasi, pergigian, seni bina, perakaunan dan sebagainya.
16. URUS SETIA MKPK
MKPK, Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa ad hoc dibantu oleh sebuah Urus Setia
iaitu Unit Urus Setia MKPK yang bertempat di bawah pejabat Setiausaha Tetap
(Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.
Tugas utama Urus Setia MKPK adalah menjadi Setiausaha kepada semua mesyuarat
MKPK, Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa ad hoc. Urus Setia juga akan menyelaras
semua kertas kerja dan laporan untuk pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa
berkenaan.
Urus Setia MKPK juga terlibat dalam urusan pentadbiran, kewangan, penggubalan dan
pelaksanaan dasar MKPK serta membuat penyelidikan dan kajian untuk menyediakan
kertas-kertas kerja mesyuarat MKPK dan JKK.
Selain itu, Urus Setia MKPK berfungsi sepenuhnya sebagai pemudahcara, penyedia,
pelaksana dan seterusnya berperanan sebagai katalist yang dapat menggerakkan MKPK
dengan ahli-ahlinya, di antara MKPK dengan JKK, di antara MKPK dengan orang ramai
serta hubungan MKPK dengan berbagai organisasi pengiktirafan luar negara.
11
17. SUMBER MAKLUMAT
Dalam menyediakan kertas kerja untuk mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa bidang
masing-masing, Urusetia MKPK akan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber
berikut:
i. Universiti yang mana ijazahnya sedang dikaji untuk pertimbangan pengiktirafan; ii. Kementerian/Jabatan yang berkenaan; iii. Kedutaan-kedutaan asing di Negara Brunei Darussalam; iv. Kedutaan-kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di luar negara; v. Jabatan-jabatan penuntut Brunei Darussalam atau Ataci Penuntut di luar negara; vi. Badan-badan pengiktirafan luar negara yang mempunyai bidang tugas yang sama
dengan MKPK;
vii. Badan-badan profesional antarabangsa dan tempatan; viii. Lawatan kerja jawatankuasa penilai ke institusi/universiti berkenaan; ix. Individu-individu yang terlibat (pemohon); dan x. Sumber-sumber yang berkaitan.
18. TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR)
Urus Setia MKPK adalah komited dalam memberikan khidmat nasihat profesional
berkaitan dengan pengiktirafan kursus/kelulusan/kelayakan. Untuk tujuan tersebut,
Urus Setia MKPK boleh dihubungi melalui :
Telefon atau perjumpaan
Persuratan
Seminar, ceramah, taklimat dan forum bagi agensi-agensi kerajaan dan sektor
swasta
Emel
12
19. PROSES TEMPOH DAN PENGIKTIRAFAN
Proses pengiktirafan yang melibatkan kes-kes baru, lazimnya mengikut prosedur-
prosedur berikut:-
Menerima dan memberi respons terhadap pertanyaan atau permohonan.
Mengumpulkan maklumat yang relevan.
Menghasilkan kertas kerja untuk pertimbangan jawatankuasa kecil.
Menghadapkan sokongan-sokongan jawatankuasa kecil kepada MKPK.
Menyampaikan keputusan MKPK kepada pemohon berkenaan.
Tempoh yang diambil untuk membuat keputusan ke atas kes-kes baru tertakluk kepada
jenis-jenis kes yang dipertimbangkan. Bagaimanapun, kes-kes yang ada persamaan
dengan kes-kes yang pernah dipertimbangkan akan dapat dijawab dengan serta-merta.
Proses dan tempoh bagi menyelesaikan setiap permohonan pengiktirafan dapat dilihat
dalam carta berikut:
13
TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR) MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK)
Bil. Perkhidmatan Berhubung dengan Pengiktirafan Institusi / Kursus / Kelulusan / Kelayakan
TPOR
A Permohonan pengiktirafan institusi dan kelulusan/kursus/kelayakan
1 Memberi jawapan kepada setiap permohonan yang diterima 5 hari
Jawapan yang akan diberikan akan menyatakan sama ada :
i. Memenuhi kriteria atau tidak atau ii. Meminta maklumat lanjut dari pemohon atau iii. Permohonan dalam pertimbangan
2
Memproses permohonan setelah menerima maklumat lanjut daripada pemohon. Setelah disemak, maklumbalas akan diberikan yang menyatakan sama ada:
i. Memenuhi kriteria pengiktirafan yang ditetapkan oleh MKPK atau tidak atau
ii. Maklumat diterima dan permohonannya diberi pertimbangan. 5 hari
Proses pertimbangan lanjut melibatkan kegiatan-kegiatan berikut:
a. Menyiapkan kertas kerja untuk dihadapkan kepada Jawatankuasa Kecil (JKK) / MKPK
b. Mengadakan mesyuarat JKK c. Mengadakan mesyuarat MKPK d. Menyampaikan ketetapan MKPK kepada pemohon – 2 hari setelah
ketetapan MKPK diperolehi
10 hari
1 hari 1 hari 2 hari
3 Memproses permohonan pengiktirafan kelulusan/kursus untuk dihadapkan kepada JKK/MKPK
a. Menyiapkan kertas kerja untuk dihadapkan ke JKK/MKPK b. Mengadakan mesyuarat JKK c. Mengadakan mesyuarat MKPK d. Menyampaikan ketetapan MKPK kepada pemohon – 2 hari setelah
ketetapan MKPK diperolehi
10 hari 1 hari 1 hari 2 hari
14
4
Memproses kes-kes berbangkit dari Mesyuarat JKK/MKPK
a. Menyiapkan kertas kerja untuk dihadapkan ke JKK/MKPK b. Mengadakan mesyuarat JKK c. Mengadakan mesyuarat MKPK d. Menyampaikan ketetapan kepada pemohon – 2 hari setelah
ketetapan MKPK diperolehi
10 hari 1 hari 1 hari 2 hari
Bil. Perkhidmatan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus/program kelolaan institusi tempatan dan luar negeri
TPOR
B Permohonan pengiktirafan kursus kelolaan institusi tempatan dan luar negeri
1 Memberi jawapan kepada setiap permohonan yang diterima. 5 hari
Jawapan yang diberikan akan menyatakan sama ada :
i. Permohonan diterima (letter of acknowledgement) ii. Dokumen mengenai garispanduan pengiktirafan disertakan. iii. Pemohon dinasihatkan untuk berjumpa bagi membincangkan
maklumat yang diperlukan
2 Memproses permohonan setelah perjumpaan diadakan dan maklumat yang diterima adalah mengikut format yang dikehendaki:
a. Menyemak dan meneliti maklumat yang diterima – 10 hari setelah menerima maklumat
b. Menyampaikan hasil semakan dan pemohon dengan menyatakan sama ada : (2 hari setelah selesai membuat semakan)
10 hari
2 hari
i. Maklumat yang diberikan adalah teratur, jelas, mencukupi dan
pemohon akan dimaklumkan tarikh pemeriksaan institusi atau ii. Maklumat lanjut diperlukan
3 Meneliti permohonan setelah menerima maklumat lanjut daripada
pemohon: a. Menyemak dan meneliti maklumat yang diterima – 10 hari setelah
menerima maklumat b. Menyampaikan hasil semakan dan pemohon dengan menyatakan sama
ada : (2 hari setelah selesai membuat semakan) i. Maklumat yang diberikan adalah teratur, jelas, mencukupi dan
pemohon akan dimaklumkan tarikh pemeriksaan institusi atau ii. Maklumat lanjut diperlukan
10 hari
2 hari
4
Memproses permohonan setelah pemeriksaan diadakan ke institusi berkenaan: a. Menyediakan laporan untuk dimasukkan dalam kertas kerja b. Menyiapkan kertas kerja untuk dihadapkan ke JKK/MKPK
4 hari 10 hari
15
c. Mengadakan mesyuarat JKK d. Mengadakan mesyuarat MKPK e. Menyampaikan ketetapan MKPK kepada pemohon – 2 hari setelah
ketetapan MKPK diperolehi
1 hari 1 hari 2 hari
20. PERANAN URUS SETIA MKPK SEBAGAI URUSETIA JAWATANKUASA
PENGAWALAN PAMERAN PENDIDIKAN (JPPP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan sebagai sebuah badan tunggal pengiktirafan
di Negara Brunei Darussalam bertanggungjawab dan memandang berat terhadap kualiti
dan standard berbagai kursus atau program yang sering ditawarkan oleh institusi atau
universiti luar negeri semasa pameran pendidikan (education exhibition) dikendalikan
oleh berbagai agensi perkhidmatan pendidikan (education services agency) di negara
ini.
Bagi memastikan institusi/universiti yang terlibat beserta kursus-kursus yang
ditawarkannya dalam pameran berkenaan diiktiraf oleh MKPK, Kementerian Pendidikan
telah menubuhkan satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pengawalan Pameran
Pendidikan (JPPP) di mana Urusetia MKPK telah diberi tanggungjawab penuh sebagai
Urusetianya.
20.1 Bidang tugas dan tanggungjawab JPPP.
i. Bertindak sebagai sebuah badan rujukan bagi pihak agensi/firma yang berhasrat
untuk mengadakan pameran pendidikan di Negara Brunei Darussalam dengan
memproses dan meneliti permohonan-permohonan, memberi kebenaran
(approval) secara rasmi, memastikan institusi/universiti yang ikut serta dalam
pameran pendidikan berkenaan dan kursus ditawarkannya diiktiraf oleh MKPK
serta memberi khidmat nasihat secara berterusan (jika diperlukan).
ii. Memikirkan dan menetapkan syarat-syarat, peraturan-peraturan, proses serta
tatacara tertentu bagi mengadakan pameran pendidikan yang perlu dipatuhi
16
oleh semua agensi/firma perkhidmatan pendidikan (educational services
agency) yang terlibat.
iii. Memantau semua pameran pendidikan yang hendak/akan diadakan di negara
ini dari semasa ke semasa.
iv. Bertindak ke atas mana-mana perkara yang berkaitan dengan bidang tugas
Jawatankuasa ini yang tidak tersebut di atas, jika Jawatankuasa memikirkan
perlu berbuat sedemikian.
20.2 Syarat dan Peraturan mengadakan Pameran Pendidikan.
i. Penganjur hendaklah dari kalangan agensi/firma tempatan yang berlesen atau
berdaftar dengan pihak-pihak berkenaan.
ii. Universiti/institusi yang ikut serta dikehendaki berurusan dan berdaftar dengan
pihak penganjur/agensi tempatan.
iii. Agensi swasta dari luar negara dikehendaki mencari local partner melalui urusan
joint venture atau rakan kongsi.
iv. Pihak penganjur mesti patuh kepada apa jua peraturan, syarat dan tatacara yang
ditetapkan oleh MKPK khususnya JPPP.
v. Institusi/universiti yang ikut serta dan kursus-kursus kelolaanya hendaklah
diiktiraf oleh MKPK.
vi. Semasa pameran dijalankan, setiap institusi/universiti hendaklah memastikan
hanya kursus-kursus yang mendapat kebenaran sahaja yang dipamerkan atau
ditawarkan.
17
vii. Pihak institusi/universiti yang berhasrat untuk mengadakan lawatan dan
counselling or consultation session ke sekolah/maktab hendaklah memohon
kebenaran bertulis daripada JPPP dan Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian
Pendidikan.
viii. Permohonan hendaklah dihadapkan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum
tarikh mengadakan pameran dan aktiviti-aktiviti dalam bilangan vii. di atas.
21. PERANAN MKPK TERHADAP KURSUS-KURSUS KELOLAAN INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI SWASTA
Bagi memastikan kualiti pendidikan yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi
swasta tempatan (IPTS) di negara ini terjamin, MKPK telah menetapkan syarat dan
peraturan yang perlu dipatuhi oleh IPTS-IPTS berkenaan.
Antara lain syarat dan peraturan yang dimaksudkan ialah IPTS-IPTS hendaklah
memenuhi quality assurance requirements yang ditetapkan oleh MKPK khususnya dari
aspek penyediaan prasarana pendidikan (infrastructure) dan menyediakan tenaga
pengajar yang mempunyai kelulusan/kelayakan yang relevan dan berkualiti bagi
mengajar kursus-kursus yang telah diberi pengiktirafan oleh MKPK.
Selain itu, MKPK melalui Urus Setianya juga akan membuat pemantauan secara
berterusan (continuous monitoring) ke IPTS-IPTS berkenaan melalui dua (2) kaedah
utama iaitu mengadakan lawatan ke IPTS-IPTS berkenaan (site-visit) dan membuat
pemantauan melalui laporan tahunan (bi-annual report) yang disediakan oleh IPTS-IPTS
berkenaan. Site-visit dan binneal report berkenaan akan dibuat sebanyak dua (2) kali
setahun. Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu dan jika terdapat keperluan, pihak
MKPK akan membuat lawatan segera ke IPST berkenaan dari semasa ke semasa.
18
22. PENUTUP
Bagi memastikan kelulusan atau kelayakan yang dimiliki oleh pemegangnya berkualiti
dan tidak diragui kesahihannya serta diiktiraf oleh kerajaan, maka pihak-pihak
berkenaan adalah disyorkan supaya akan dapat merujuk dan mendapatkan pandangan
serta nasihat daripada Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan seperti yang
dimaklumkan melalui surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: (3) JPM/SK/1991
bertarikh 3 Januari 1991.
Pihak-pihak berkenaan bolehlah melayari laman web Kementerian Pendidikan iaitu
http://www.moe.gov.bn atau menghubungi terus ke Urus Setia MKPK ini untuk
mendapat kepastian dan pengesahan di alamat berikut:
Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan B 211, Blok B, Tingkat 2 Bangunan Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam No. Tel: +673-2380017 No. Faks: +673-2381238 Emel: [email protected]
19
i. Lampiran A
20
21
ii. Lampiran B
22
iii. Lampiran C
23
24