Pertimbangan Semasa Mengumpul Data

download Pertimbangan Semasa Mengumpul Data

of 36

  • date post

    25-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    32
  • download

    3

Embed Size (px)

description

kumpul data

Transcript of Pertimbangan Semasa Mengumpul Data

Pertimbangan Semasa Mengumpul Data

Pertimbangan Semasa Mengumpul Data Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data Pensampelan, kesahan, kebolehpercayaan, biasPensampelan dan biasKesahan: - Kritikan luaran (keaslian data)- Kritikan dalaman (ketepatan data)- Data triangulationKebolehpercayaan generalisasi data Etika

Populasi dan Sampel KajianApakah definisi populasi? Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai: "Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan". Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian. Sebagai contoh, kajian tentang keperluan murid-murid untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka di sekolah luar bandar tertentulah berbeza daripada kajian tentang keperluan murid-murid luar bandar di Malaysia. Populasi bagi kedua-dua kajian adalah berbeza, saiz sampel akan berbeza, begitu juga reka bentuk kajian yang akan digunakan juga berbeza.Rajah 5.2 menunjukkan empat (4) kaedah yang boleh digunakan untuk memilih sampel kajian daripada populasinya, iaitu :secara persampelan rawak mudah (simple random sampling), persampelan rawak berstrata (stratified random sampling), persampelan sistematik (systematic sampling) dan persampelan kelompok (cluster sampling). Sesuatu sampel yang baik ialah sampel yang mewakili populasi kajian. Terdapat tiga (3) langkah dalam proses pemilihan sampel/persampelan, iaitu:tentukan populasinya;tentukan saiz sampel; danpilih sampel yang diperlukan.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIANContoh 1kita ingin memilih sampel daripada murid-murid tahun 1 di sebuah sekolah. Anda sebagai seorang guru, pertama sekali perlu menentukan populasi kajian, iaitu murid-murid Tahun 1. Selepas itu, anda perlu menentukan saiz sampel, misalnya, daripada 200 orang murid Tahun 1, anda memerlukan 30% daripadanya, iaitu 60 orang murid. Bagi Iangkah ketiga, anda perlu memilih 60 orang murid daripada 200 orang secara rawak. Anda boleh menggunakan salah satu daripada empat (4) kaedah yang dinyatakan sebelum ini. Kaedah-kaedah tersebut dihuraikan dalam bahagian berikut.

(a) Persampelan Rawak MudahPersampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:Kenai pasti populasi dan berikan definisinya (misalnya, murid-murid Tahun 1).Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka (misalnya, 250 orang).Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi (misalnya, 000 hingga 249).Tentukan saiz sampel (misalnya, 50 orang, iaitu 20% daripada populasi).Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sampel kajian, dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sampel.

(b) Persampelan Rawak BerstrataPersampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel di mana populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil [misalnya, murid lelaki pandai (MLP), murid lelaki Iemah (MLL), murid perempuan pandai (MPP), perempuan Iemah (MPL)] dan semua individu dalam setiap strata mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kelebihan PRS berbanding PRM ialahpenggunaan PRM Iebih meyakinkan kita untuk mendapat perwakilan daripada setiap strata populasi mengikut peratusan bilangan ahli-ahli dalam strata tersebut. Dari degi segi tekniknya, is perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:

Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:(i) & (ii) sama seperti teknik PRM.(iii) Bahagikan populasi kepada strata tertentu (misalnya, MLP, MLL, MPP, MPL).(iv) Tentukan bilangan ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 50 orang, MLL 70 orang, MPP 100 orang, MPL 30 orang).(v) Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 00-49, MLL 00-69, MPP 00-99, MPL 00-29).(vi) Tentukan saiz sampel bagi setiap strata (misalnya, 10 orang MLP, 14 orang MLL, 20 orang MPP, 6 orang MPL, iaitu 20% daripada populasi dalam setiap starata).(vii) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi daripada setiap strata sehingga mendapat saiz sampel yang dikehendaki.

(c) Persampelan SistematikPersampelan sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, di mana setiap ahli populasi diberi nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi yang bernombor dengan selang tertentu; misalnya nombor 5, 10, 15, 20,sehingga saiz sampel yang dikehendaki diperoleh. Kelebihan PS berbanding PRM dan PRS ialah. PS Iebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:(i), (ii), (iii) & (iv) sama seperti teknik PRM.(v) Untuk mendapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz sampel (misalnya, 250/50 = 5).(vi) Untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 4, 9, 14, 19, ..., 249; yang akhirnya kita akan dapat 50 orang murid sampel.

(d) Persampelan KelompokPersampelan kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, di mana ahli-ahli populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu, dan pemilihan sampel dibuat dengan, pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan, kedua, mengambil semua ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Kelebihan PK berbanding PRM, PRS dan PS ialah ia Iebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut:(i) Sama seperti PRM.(ii) Tentukan bilangan ahli populasi dan ahli sampelnya (misalnya, 250 orang populasi, 50 orang sampel).(iii) Tentukan bilangan kumpulan populasi ini dan berikan nombor kepada setiap satunya (misalnya, 10 kelas yang setiap satunya mengandungi 25 orang murid).(iv) Tentukan bilangan kumpulan populasi yang perlu dipilih sebagai sampel dan pilih kumpulan-kumpulan ini dengan menggunakan nombor rawak (misalnya, kita perlukan dua kumpulan untuk mendapat 50 orang sampel).(v) Ambil semua ahli daripada setiap kumpulan yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian.

Persampelan dalam Kajian KualitatifPersampelan dalam kajian kualitatif merupakan suatu pengalaman yang berbeza daripada kajian kuantitatif. Berikut adalah beberapa strategi pemerhatian persampelan yang dalam kajian kualitatif.

(a) Strategi PersampelanDalam kajian kuantitatif, besar kemungkinan kita akan meggunakan strategi persampelan berkebarangkalian (probabilty sampling), sebaliknya, dalam kajian litatif, kita akan menggunakan strategi persampelan bukan-berkebarangkalian -probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian adalah seperti berikut:persampelan mudah;persampelan bertujuan;persampelan snowball; danpersampelan kuota (quata sampling).

Persampelan MudahSampel mudah (convinience sampling) disifatkan juga sebagai sampel "accidental' atau available (Babbie, 1998). Sampel jenis ini dipilih berasaskan kepada subjek kajian yang mudah diperoleh untuk kajian tertentu. Sebagai contoh, adalah menjadi kebiasaan bagi guru menggunakan pelajar mereka sendiri sebagai subjek kajian mereka.

Persampelan BertujuanPersampelan bertujuan (purposive sampling) juga dikenali sebagai "persampelan membuat keputusan" (judgmental sampling). Logik persampelan bertujuan dalam kaedah kualitatif adalah amat berbeza dengan logik persampelan berkebarangkalian dalam kajian kuantitatif. Dalam persampelan bertujuan, pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi.Dalam kes tertentu, sampel bertujuan dipilih selepas kajian lapangan dibuat terhadap kumpulan tertentu untuk memastikan jenis individu yang mempunyai sesuatu atribut dapat digunakan dalam kajian yang dijalankan. Sebagai contoh, pemonteng sekolah, walaupun jumlah mereka kecil, mereka masih boleh digunakan untuk kajian berkaitan dengan ponteng sekolah.

Persampelan Snowball-Persampelan snowball (snowball sampling) merupakan kaedah persampelan yang paling popular digunakan oleh pengkaji kualitatif. Ia adalah cara terbaik bagi mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian. Misalnya, persampelan ini adalah terbaik untuk digunakan oleh guru yang berminat mengkaji kumpulan pelajar yang terjebak dengan penagihan dadah.Sebagai pengkaji, anda perlu mengenal pasti pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Kumpulan pelajar ini kemudiannya akan memberi nama pelajar-pelajar lain yang mempunyai atribut yang sama dengan mereka. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengetahui penggunaan dadah di kalangan pelajar, anda dari awal lagi perlu mengenal pasti pelajar yang mempunyai ciri-ciri penggunaan dadah. Kemudian, kumpulan pelajar ini diminta memberi nama pelajar-pelajar lain yang menggunakan dadah.

Persampelan KuotaPersampelan kuota (quota sampling) adalah pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan. Untuk menggunakannya, anda perlu menyediakan satu jadual yang menerangkan ciri-ciri sampel seperti jantina, umur, pendidikan dan atribut lain yang ditentukan oleh pengkaji. Kemudian, anda perlu menentukan pembahagian setiap ciri/atribut apabila anda meneliti atribut populasi kajian. Sebagai contoh, seorang guru ingin men