Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai...

12
Dengan adanya ambulans-ambulans tersebut adalah dihasratkan supaya akan dapat meningkatkan lagi kualiti dan keupayaan Perkhidmatan Ambulans Kecemasan Perubatan atau dikenali sebagai ‘Emergency Medical Ambulance Services (EMAS)’ dalam menangani situasi-situasi kecemasan perubatan di samping sebagai tambahan kenderaan ambulans yang sedia ada. Kementerian Kesihatan akan terus komited untuk membekalkan ambulans-ambulans di masa akan datang. Majlis Penyerahan dan Pelancaran Ambulans Baru telah diadakan pada 15 Januari 2015 bertempat di Kawasan Letak Kereta, Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyaksikan penyerahan kunci ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya penyerahan kunci daripada Pengarah Syarikat Bayu Ilham Motor Sdn Bhd kepada Yang Mulia Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kesihatan, dan seterusnya menyerahkan kepada Dr Ang Swee Hui, Penguasa Perubatan dan Dayang Hajah Nora binti Haji Mohd Yussof, Ketua Perkhidmatan (EMAS) yang disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • JANUARI 2015 • BILANGAN 163 Aktiviti Kesihatan p.12 Berita p.8 Berita p.3 Berita p.2 Memorandum Perjanjian di antara Kementerian Kesihatan dan Syarikat Fitness Zone bagi Program Klinik Cara Hidup Sihat dan Program Kegiatan Fizikal Sesi Dialog Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Kesihatan ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Kementerian Kesihatan dan Jabatan- Jabatan di bawahnya Tahun 1436H / 2015M MAJLIS PENYERAHAN DAN PELANCARAN AMBULANS BARU KEMENTERIAN KESIHATAN

Transcript of Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai...

Page 1: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

Dengan adanya ambulans-ambulans tersebut adalah dihasratkan supaya akan dapat meningkatkan lagi kualiti dan keupayaan Perkhidmatan Ambulans Kecemasan Perubatan atau dikenali sebagai ‘Emergency Medical Ambulance Services (EMAS)’ dalam menangani situasi-situasi kecemasan perubatan di samping sebagai tambahan kenderaan ambulans yang sedia ada. Kementerian Kesihatan akan terus komited untuk membekalkan ambulans-ambulans di masa akan datang.

Majlis Penyerahan dan Pelancaran Ambulans Baru telah diadakan pada 15 Januari 2015 bertempat di Kawasan Letak Kereta, Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyaksikan penyerahan kunci ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya penyerahan kunci daripada Pengarah Syarikat Bayu Ilham Motor Sdn Bhd kepada Yang Mulia Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kesihatan, dan seterusnya menyerahkan kepada Dr Ang Swee Hui, Penguasa Perubatan dan Dayang Hajah Nora binti Haji Mohd Yussof, Ketua Perkhidmatan (EMAS) yang disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• JANUARI 2015 • BILANGAN 163

Aktiviti Kesihatan p.12Berita p.8Berita p.3Berita p.2

Memorandum Perjanjian di antara Kementerian Kesihatan dan Syarikat Fitness Zone bagi Program Klinik Cara Hidup Sihat dan Program Kegiatan Fizikal

Sesi Dialog Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN)

Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Kesihatan ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Tahun 1436H / 2015M

Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru KeMenterian Kesihatan

Page 2: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

2 FOKUSKesihatan Januari 2015 Bilangan 163

MeMOranduM Perjanjian di antara KeMenterian Kesihatan dan syariKat Fitness ZOne baGi PrOGraM KliniK cara hiduP sihat dan PrOGraM KeGiatan FiZiKal

Kementerian Kesihatan dan Syarikat Fitness Zone telah menandatangani Memorandum Perjanjian pada 8 Januari lalu bertempat di Fitness Zone, Kiulap.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Datin Paduka Doktor Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abd Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

Menandatangani bagi pihak Kementerian Kesihatan ialah Dr Ernina Nidszarinah binti Haji Abd Rani, Pegawai Perubatan Kanan, Pusat Promosi Kesihatan, disaksikan oleh Dr Hajah Norhayati binti Haji Md Kassim, Pemangku Pengarah Umum, Kementerian Kesihatan. Manakala, bagi pihak Syarikat Fitness Zone pula ditandatangani oleh Goh Kiat Chun, Pengarah Pengurusan Syarikat Fitness Zone dan disaksikan oleh Citadel Alfaro, Pengurus Am, Syarikat Fitness Zone.

Memorandum Perjanjian ini adalah bertujuan untuk mengeratkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi memantapkan lagi serta menyokong Program Cara Hidup Sihat dan Program Kegiatan Fizikal yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan. Kerjasama ini merupakan kesinambungan yang telah terjalin selama 5 tahun.

Melalui perjanjian ini juga, Kementerian Kesihatan berharap agar peserta/klien program Klinik Cara Hidup Sihat dan juga warga Kementerian Kesihatan khususnya akan dapat mengambil manfaat dari perkhidmatan gimnasium yang telah disediakan serta pelbagai jenis aktiviti dan senaman yang lain bagi mendokong amalan kehidupan yang lebih aktif.

Program Cara Hidup Sihat merupakan sebuah program pengurusan berat badan yang berdasarkan perubahan tingkah laku dan amalan gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan sihat, melakukan kegiatan fizikal secara aktif dan berfikiran positif. Program ini juga bertujuan untuk membantu peser ta mengurangkan berat badan mereka secara purata sebanyak 1-2 kg sebulan atau 5-10% dari berat badan asal dalam tempoh 12 minggu.

BERITA

Page 3: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

3FOKUSKesihatanJanuari 2015Bilangan 163

sesi dialOG KeMenterian Kesihatan bersaMa yanG berhOrMat ahli-ahli Majlis Mesyuarat neGara (MMn)

BERITA

Sesi Dialog Kementerian Kesihatan bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah diadakan pada 31 Januari 2015 bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Sesi Dialog ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan.

Sesi Dialog ini dihasratkan bagi perkongsian maklumat mengenai perkembangan Sistem dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan dan cabaran-cabarannya di Negara ini dalam menyokong Wawasan Negara 2035. Sesi Dialog ini juga adalah sebagai ‘platform’ yang akan memberikan manfaat dalam mengeratkan lagi kerjasama Kementerian Kesihatan dengan ‘stakeholders’ berkenaan dalam menuju ke arah mengukuhkan lagi kualiti Sistem dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan agar lebih efisien, efektif dan bersiap siaga menghadapi sebarang cabaran masakini dan yang akan datang.

Turut hadir di Sesi Dialog ini ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan.

Page 4: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

4 FOKUSKesihatan Januari 2015 Bilangan 163

1. Kementerian Kesihatan telah terus melipatgandakan usaha bagi memperkembangkan dan mengemaskini perkhidmatan y a n g s e d i a a d a d a n seterusnya mengukuhkan lagi perkhidmatannya supaya lebih efisien, efektif dan berkualiti dengan mengamalkan dasar Universal Health Coverage,

PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATANNEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA TAHUN BARU MASIHI 2015

IntI SarI tekS-tekS Ucapan MenterI keSIhatan JanUarI 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

Temburong telah siap dan digunapakai pada 28 Julai 2014;

(ii) Perkhidmatan Occupational Therapy di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha juga diubahsuai dan siap digunapakai pada 25 September 2014;

(iii) Pejabat Kesihatan Kuala Belait telah siap sepenuhnya dinaiktaraf pada 1 Oktober 2014;

(iv) Unit Rawatan Perubatan Intensif (Medical Intensive Care Unit) di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah siap dan digunapakai pada 8 Oktober 2014;

(v) Surau di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah siap diperbesarkan dan dinaiktaraf serta seterusnya dinamakan sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan pada 14 Disember 2014;

(vi) Pembesaran dan menaiktaraf serta pengubahsuaian Jabatan Kecemasan & Kemalangan serta Kaunter Farmasi Pesakit Luar, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang dalam proses pembinaan yang dijangka siap pada tahun ini;

(vii) Pembesaran, menaiktaraf dan memperbaiki Bangunan Pusat Pergigian Negara yang sedang dalam proses pembinaan; dan

(viii) Menaiktaraf dan memperbaiki Pusat Kesihatan Sungai Kelugos, Daerah Tutong.

2.2 Kementerian Kesihatan berterusan memberi keutamaan bukan sahaja kepada pemberian perkhidmatan komprehensif yang menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan dari peringkat asasi kepada secondary dan tertiary tetapi juga berupaya memperkenalkan pembaharuan atau inovasi yang mengalakkan dari aspek perkhidmatan perubatan bagi mempastikan penjagaan kesihatan di negara ini mengikut arus perkembangan semasa dan teknologi perubatan serta setanding dengan perkembangan kesihatan di peringkat serantau dan global. Ini jelas apabila pada tahun 2014 telah melakar perkembangan perkhidmatan perubatan yang signifikan dan merupakan milestone dalam kemajuan dan pembangunan perkhidmatan kesihatan di negara ini sepertimana dengan kejayaan program-program seperti berikut:

(i) Jabatan Otorhinolaryngologi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah memperkenalkan perkhidmatan rawatan Bone Anchored Hearing Aids (BAHA) kepada pesakit-pesakit yang menghadapi masalah pendengaran di mana perkhidmatan ini memerlukan pemasangan alat pendengaran terus ke bahagian dalam telinga (cochlea) pada 6 Mac 2014;

(ii) Pusat Pendermaan Darah telah memperkenalkan satu pembaharuan teknologi pada bulan April 2014 iaitu kaedah Glycerolisation terhadap sel-sel darah merah di mana ianya membolehkan darah yang didermakan dapat disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama iaitu sehingga 10 tahun;

(iii) Kriteria bagi penderma darah di Negara Brunei Darussalam telah direbiu dan dikemaskini mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Tabung Darah Amerika (American Association of Blood Banks), di mana penderma darah sekurang-kurangnya berumur 17 tahun adalah layak untuk menderma darah secara sukarela yang mula dilaksanakan pada 14 Jun 2014. Ini diharapkan akan dapat menambahkan lagi tabung darah negara disamping mengalakkan lebih ramai lagi di kalangan belia tampil kehadapan untuk menderma darah khusus bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan;

(iv) Hasil kejayaan Program Pemindahan Buah Pinggang yang pertama di Negara Brunei Darussalam yang telah dilaksanakan pada tahun 2013, Jabatan Perkhidmatan

amalan-amalan terbaik yang berasaskan bukti dan juga yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di antara kemajuan dan pencapaian Kementerian Kesihatan sepanjang tahun 2014 yang menjadi ristaan yang antara lain adalah seperti berikut:

2.1 Dalam usaha mempertingkatkan dan memantapkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, langkah-langkah telah dilaksanakan bagi menambahbaik dan menaiktaraf fasiliti-fasiliti bagi tujuan meningkatkan kualiti dan efisiensi perkhidmatan-perkhidmatan demi keselesaan dan kesejahteraan pesakit dan orang ramai serta menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan selamat bagi para tenaga kerja profesional kesihatan. Ini termasuklah pembangunan infrastruktur dan fasiliti-fasiliti kesihatan bagi menaiktaraf dan juga kerja-kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti bangunan-bangunan Hospital, Pusat-Pusat Kesihatan, Klinik-Klinik Kesihatan, Makmal-Makmal, Wad-Wad dan kemudahan yang berkaitan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan.

2.1.1 Beberapa projek prasarana sama ada di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) atau Peruntukan Perbelanjaan Khas Kementerian Kesihatan Tahun 2014/2015 telah dilaksanakan seperti berikut:

(i) Bangunan baru Jabatan Perkhidmatan Farmasi bertempat di Kampung Madaras, Mukim Berakas telah siap dibina dan dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan pada 19 Jun 2014;

(ii) Rumah Cahaya Sejahtera, Kampung Kiarong telah disediakan untuk memberikan perkhidmatan proses pemulihan yang berasaskan kepada komuniti (community based) bagi pesakit psikiatri lelaki dan mula digunapakai secara rasminya pada 30 Januari 2014;

(iii) Pembesaran kepada Pusat Dialisis Temburong yang memberikan fasiliti dari 8 ke 16 unit telah siap dan mula digunakan pada 12 Ogos 2014;

(iv) Projek-projek lain sedang dalam proses pembinaan iaitu Bangunan Stor Perbekalan dan Kesihatan Negara di Kampung Madaras, Mukim Berakas dan Pusat Kesihatan yang lebih komprehensif yang baru bertempat di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan; dan

(v) Manakala pembinaan Pusat Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang telah siap dibina secara rasminya diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan kepada Kementerian Kesihatan pada 18 Disember 2014. InsyaAllah penggunaan Pusat Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ini akan mula beroperasi pada 9 Januari 2015.

2.1.2 Di samping itu, beberapa projek-projek menaiktaraf dan pengubahsuaian kemudahan kesihatan juga telah dilaksanakan seperti berikut:

(i) Bangunan Perkhidmatan Kesihatan Ibu-Ibu dan Kanak-Kanak (Maternal and Child Health) di Daerah

Page 5: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

5FOKUSKesihatanJanuari 2015Bilangan 163

IntI SarI tekS-tekS Ucapan MenterI keSIhatan JanUarI 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

2.14 Kementerian Kesihatan telah berjaya julung kalinya mengadakan Majlis Konvokesyen Diploma Lanjutan Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan Pengambilan Pertama sesi 2013-2014 kepada Pengurus dan Pentadbir Jururawat pada 11 Disember 2014. Ianya bertujuan bagi mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kepimpinan bidang klinikal termasuklah dalam memahami konsep teras pengurusan, kemahiran pentadbiran serta meningkatkan tahap profesionalisme yang ada kaitannya dengan penjagaan pesakit-pesakit.

2.15 Majlis Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang bagi Kementerian Kesihatan Tahun 2014 bagi kategori perkhidmatan Pusat-Pusat Kesihatan, Klinik-Klinik Kesihatan, Wad-Wad di Hospital-Hospital dan Klinik-Klinik Perubatan Pakar termasuk juga perkhidmatan meliputi Allied Health, Pergigian dan Renal telah diadakan pada 17 Disember 2014. Ianya bertujuan bukan sahaja untuk menghargai dan memberikan pengiktirafan di atas kejayaan serta pencapaian cemelrang terhadap perkhidmatan-perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan tetapi juga sebagai galakkan untuk membuat pembaharuan yang lebih dinamik dan proaktif yang menjurus kepada mempertingkatkan lagi kualiti dan tahap prestasi perkhidmatan dan penjagaan kesihatan.

Renal telah meneruskan usaha dan sekali lagi berjaya menjalankan prosedur pemindahan buah pinggang buat kali kedua pada 16 Oktober 2014. Prosedur pembedahan serta rawatan pada kali ini dikendalikan oleh gabungan beberapa Konsultan, Doktor, Jururawat dan profesional kesihatan Jabatan Perkhidmatan Renal dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta seorang Pakar Bedah Pemindahan Buah Pinggang dari Australia dan seorang Pakar Nefrologi Pemindahan Buah Pinggang dari Malaysia;

(v) Pusat Jantung, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah memperkenalkan pemasangan alat diagnostik Reveal Linq Insertable Cardiac Monitoring (ICM) pada 22 Oktober 2014. Peralatan ini adalah yang terkecil dan julung-julung kali dilaksanakan di rantau Asia khususnya bagi rawatan penyakit jantung. Kaedah Reveal Linq Insertable Cardiac Monitoring (ICM) ini membolehkan pakar perubatan memantau kesihatan pesakit jantung secara wireless dan secara berterusan dengan lebih selamat.

(vi) Gleneagles Jerudong Park Medical Centre dengan kerjasama Pusat Jantung, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah memperkenalkan perkhidmatan Left Ventricle Assist Device (LVAD) pada 11 November 2014 sebagai satu pilihan rawatan kepada pesakit-pesakit yang menghadapi penyakit jantung yang kronik; dan

(vii) Jabatan Perkhidmatan Farmasi memperkenal-kan perkhidmatan Telefon Dan Ambil (Call and Collect Service) dengan tujuan untuk memudahkan pesakit bagi memesan bekalan ubat secara bulanan melalui telefon dan mengambil ubat di waktu yang ditetapkan, sekaligus membantu menjimatkan masa menunggu para pesakit.

2.8 Perlaksanaan Sistem Maklumat dan Pengurusan Penjagaan Kesihatan Negara Brunei Darussalam (Bru-HIMS) telahpun terus dipergiatkan penggunaannya di kesemua fasiliti-fasiliti kesihatan seperti di Hospital-Hospital lain serta Pusat-Pusat Kesihatan dan Klinik-Klinik Kesihatan di seluruh negara yang telah mendatangkan kesan yang positif dan memberangsangkan dalam memperkesankan lagi kualiti dan penambahbaikan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan di negara ini. Bru-HIMS ini akan diperkukuhkan dan dimantapkan dari masa ke semasa dengan memperkenalkan sistem PACS. Bru-HIMs juga adalah sebagai alat pengumpul data maklumat yang sangat bernilai untuk digunakan dalam analisis-analisis penyelidikan bagi menjangka tren penyakit di negara ini serta membolehkan perancangan jangka masa panjang dibuat dengan berasaskan bukti.

2.11 Aspek perundangan mengenai kesihatan terus diperkukuhkan sebagai salah satu pendekatan penting yang mendukung kepada keselamatan dan kesejahteraan kesihatan mental di negara ini. Perintah Kesihatan Mental 2014 (Mental Health Order 2014) yang telah dikuatkuasakan pada 1 November 2014 adalah bagi menggantikan undang-undang lama lebih 80 tahun yang lalu iaitu Akta Gila (Penggal 48) [Lunacy Act (Cap 48)], 1929 yang tidak lagi bersesuaian dalam keadaan dan perkembangan masa kini. Perintah Kesihatan Mental ini adalah sangat unik di mana ianya sejajar dengan prinsip-prinsip Syariah dalam Hukum Kanun Jenayah Syariah, namun perlaksanaannya masih lagi di bawah Undang-Undang Sivil. Jerayawara telah diadakan bagi memberikan kefahaman terhadap Perintah tersebut sekaligus melancarkan Buku Kod Amalan (Code of Practice) yang diadakan pada 1 September 2014.

2.12 Di samping itu, Kementerian ini telah berupaya menghasilkan dan seterusnya membukukan Dasar Ubat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National Medicines Policy). Objektif Dasar Ubat Kebangsaan ini akan mengukuhkan lagi peranan Kementerian Kesihatan dalam melindungi keselamatan orang awam dengan penggunaan ubat yang berkualiti dan efektif bagi mencapai kesihatan dan kesejahteraan masyarakat yang optima. Ianya merupakan rangka kerja bagi penyelarasan aktiviti-aktiviti farmaseutikal di Negara Brunei Darussalam agar lebih bersistematik dan digunakan sebagai rujukan peta jalan yang proaktif, inovatif dan dinamik serta responsif ke atas perubahan dan perkembangan senario global dan teknologi yang sentiasa berubah.

4. …..adalah diseru kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan termasuk Konsultan-Konsultan, Pakar-Pakar, Doktor-Doktor, Jurawat-Jururawat, Allied Health Professionals, bidang pengurusan projek dan pemeliharaan, perkhidmatan dan pentadbiran serta kewangan akan terus memberikan kerjasama padu dan komitmen sepenuhnya dalam apa jua usaha-usaha bagi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan disetiap Jabatan khususnya serta Kementerian Kesihatan secara umumnya bagi memastikan semua projek-projek dan inisiatif-insiatif yang dirancang akan dapat direalisasikan atau yang baru akan terus dilaksanakan dan dipantau sehingga mencapai matlamat yang dihasratkan.

7. .....bagi tahun 2015 saya menyarankan supaya setiap warga Kementerian Kesihatan bertindak secara dinamik dan proaktif dalam memantapkan lagi perkhidmatan Jabatan masing-masing khususnya dan Kementerian Kesihatan pada umumnya ke arah kecemerlangan dan kegemilangan supaya kita sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi pelbagai cabaran yang akan datang. Disamping itu, setiap Jabatan hendaklah terus memantapkan lagi perkhidmatan masing-masing dengan memberi fokus kepada perlaksanaan program-program peningkatan kualiti dan juga secara proaktif menjalankan pengauditan dalaman masing-masing bagi memantau dan memastikan sebarang Standard Operating Procedure dan garispandu-garispandu yang disediakan adalah diikuti. Jika telah dikenalpasti sebarang kelemahan-kelemahan, ianya hendaklah diberi perhatian dan diambil tindakan yang sewajarnya untuk diperbaiki dan dimantapkan bagi mempastikan tidak menjejaskan keselamatan pesakit dan juga meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti Kementerian Kesihatan. Adalah diharapkan dengan mengambil langkah positif dan tindakan sedemikian ini, ianya bukan sahaja memberikan impak kepada meningkatkan efisiensi dan keberkesanan perkhidmatan malahan juga kepada meningkatkan imej dan integriti Kementerian Kesihatan serta keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan.

9. Kementerian Kesihatan juga perlu lebih giat berusaha bagi meningkatkan penglibatan dan kerjasama pelbagai stakeholder dari sektor swasta, agensi-agensi bukan kerajaan, civil societies dan masyarakat serta orang awam untuk sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat serta bagi bersama-sama melaksanakan tindakan dan pendekatan yang berteraskan health in all policies dan people centred health care bagi meningkatkan kualiti kesihatan dan juga kesejahteraan serta kemakmuran negara. Kita juga hendaklah lebih berinovasi dalam usaha-usaha mempromosikan pembudayaan cara hidup sihat dengan menggunakan saluran komunikasi yang berkesan dan sesuai dengan perubahan masa seperti melalui media sosial dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik perhatian serta penglibatan orang ramai di setiap peringkat umur.

Page 6: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

6 FOKUSKesihatan Januari 2015 Bilangan 163

sePanjanG Majlis FOruM seMPena KeMPen KebanGsaan MeMbanteras PenyaKit-PenyaKit tidaK berjanGKit

di daerah Kuala belait dan tutOnG

Aktiviti bulan Januari 2015

Daerah Tutong27 Januari 2015

Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Tutong

Daerah Kuala Belait20 Januari 2015

Dewan Persidangan, Kuala Belait

Page 7: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

7FOKUSKesihatanJanuari 2015Bilangan 163

sePanjanG Pelancaran benGKel KebanGsaan Kesihatan

rePrOduKtiF untuK PeMiMPin-PeMiMPin seKOlah seMPena

hari aids sedunia 201428 Januari 2015Dewan Al-'Afiah,

Kementerian Kesihatan

BERITAAktiviti bulan Januari 2015

Page 8: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

8 FOKUSKesihatan Januari 2015 Bilangan 163

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan telah mengadakan satu Lawatan Kerja ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 13 Januari 2015.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara lebih dekat lagi pengurusan Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak tersebut di samping mengenalpasti perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan

kepada orang ramai akan kekal berterusan tanpa sebarang gangguan dan membolehkan tindakan-tindakan segera dalam memperbaiki masalah-masalah yang timbul semasa dan sesudah pemindahan berkenaan dijalankan.

Kerja-kerja pemindahan perkhidmatan-perkhidmatan Pediatrik (Kanak-Kanak) serta Obstetrik dan Ginekologi (Perbidanan dan Pesakit Puan) ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak telah bermula pada 9 Januari lalu dan kesemua perkhidmatan-perkhidmatan/klinik-klinik Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi telah mula beroperasi pada 12 Januari 2015 di bangunan baru tersebut.

Pusat ini dilengkapi dengan alat-alat dan kemudahan serta fasiliti perubatan yang lengkap dan canggih bagi memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan berkesan bagi pesakit-pesakit.

Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Paduka Doktor Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abd Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

BERITALAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN

KE PUSAT PEREMPUAN DAN KANAK-KANAK HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

Page 9: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

9FOKUSKesihatanJanuari 2015Bilangan 163

BERITAsiMPOsiuM audit KliniKal Kali Ke-3 2015

Bahagian Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Simposium Audit Klinikal Kali Ke-3 pada 23 Januari 2015 bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Tema Simposium pada tahun ini ialah ‘Dari Bukti Kepada Amalan: Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi’.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional & Teknikal), Kementerian Kesihatan. Beliau menekankan manfaat mengadakan audit klinikal iaitu:

• Meningkatkan penjagaan pesakit dengan memastikan pesakit-pesakit menerima penjagaan klinikal yang terbaik melalui pendekatan amalan berasaskan ‘evidence based practice’;

• Menggalakkan kerja berpasukan dan kerjasama di antara ahli-ahli pasukan audit;

• Memberikan masa untuk kakitangan sesuatu unit untuk berjumpa dan mencerminkan amalan harian mereka;

• Menyumbang kepada pelan penjagaan kesihatan pada masa depan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan klinikal dan pengurusan pesakit di Negara Brunei Darussalam.

Simposium ini telah dihadiri seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada doktor-doktor, jururawat-jururawat dan Profesional Kesihatan Bersekutu (AHP) yang berkhidmat dengan Kerajaan mahupun institusi-institusi kesihatan swasta di Negara Brunei Darussalam.

Page 10: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

10 FOKUSKesihatan Januari 2015 Bilangan 163

K e n a p a s a r i n g a n pendengaran anak damit dilakukan?Sebilangan kecil anak damit dilahirkan dengan masalah pendengaran. Saringan pendengaran dapat mengesan masalah

tersebut dengan cepat selepas kelahiran anak damit awda. Mengetahui adanya masalah pendengaran dari awal lagi adalah penting bagi perkembangan pertuturan dan percakapan anak awda. Ia juga bermakna, ibu bapa boleh diberi sokongan dan maklumat mengenainya dengan lebih awal. “Kira – kira tiga dalam setiap 1000 anak damit yang berada sekurang-kurangnya dua hari di Unit rawatan rapi mempunyai masalah pendengaran”

B i l a k a h s a r i n g a n pendengaran akan dilakukan?Ia akan dilakukan dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, biasanya sebelum awda meninggalkan hospital.

Adakah pemeriksaan saringan pendengaran menyakitkan?Tidak. Ia biasanya dilakukan semasa bayi awda sedang tidur atau dalam keadaan selesa. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah yang terlibat dalam saringan pendengaran?Ia akan dilakukan di tempat yang sunyi dan tenang. Anak damit awda perlulah berkeadaan selesa. Terdapat dua cara saringan dilakukan: 1) Otoacoustic Emissions (OAE)OAE dilakukan pada saringan pertama. Kakitangan saringan akan meletakkan sejenis ‘earpiece’ lembut di bahagian luar telinga anak damit awda. Mesin ini akan memainkan bunyi klik semasa diuji.

2) Automated Auditory Brainstem Response (aABR)aABR dilakukan pada saringan kedua. Sensor kecil akan diletakkan di kepala anak damit awda dan ‘earpiece’ diletakkan pada kedua telinga. Seterusnya, bunyi klik akan dimainkan.

Kedua-dua ujian tersebut boleh mengukur tahap tindak balas pendengaran anak damit awda kepada bunyi. Apakah maksud keputusan LULUS pada kedua belah telinga?Ini bermakna anak damit awda mempunyai pendengaran yang hampir normal. Walau bagaimanapun, masih ada kemungkinan bagi anak damit awda bermasalah

saringan Pendengaran anak damit: Memahami Pemeriksaan saringan Pendengaran anak damit awda

INFO KEsIhATAN

pendengaran di masa akan datang. Oleh itu, pemantauan pendengaran anak awda semasa mereka membesar adalah penting. Jika awda bimbang akan pendengaran anak damit awda, berbincanglah dengan pusat kesihatan atau doktor pediatrik awda. Pendengaran anak awda boleh diuji pada sebarang usia. Apakah maksud keputusan RUJUK pada satu atau kedua belah telinga?Ini sering berlaku dan tidak semestinya anak damit awda mempunyai masalah pendengaran. Beberapa sebab-sebab adalah seperti berikut:• Anak damit awda mungkin resah semasa pemeriksaan

tersebut.• Mungkin terdapat cecair dalam telinga yang

menyebabkan halangan sementara selepas kelahiran.• Kemungkinan adanya bunyi latar belakang semasa

pemeriksaan dijalankan.

Awda akan diminta untuk membawa anak damit awda ke Klinik Audiologi di mana penilaian diagnostik akan dijalankan sekiranya keputusan saringan kedua adalah RUJUK. Apakah yang akan berlaku pada penilaian diagnostik?Penilaian diagnostik dijalankan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pendengaran anak damit awda.

Pakar Audiologi, yang merupakan seorang pakar dalam pemeriksaan pendengaran, akan menjalankan penilaian tersebut. Ia mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan pemeriksaan saringan pendengaran tetapi langsung tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Apakah kemungkinan anak damit saya mempunyai masalah pendengaran?Kebanyakan anak damit akan mencatatkan keputusan LULUS pada pemeriksaan saringan pendengaran dan juga tindak balas yang jelas pada penilaian diagnostik.

Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan anak damit awda mempunyai masalah pendengaran. Mengetahui situasi ini dari awal akan dapat membantu awda dan anak damit awda menerima nasihat dan sokongan yang sewajarnya.

Jika awda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ujian ABR anak damit awda, sila hubungi:

Unit Audiologi, Jabatan Otorhinolaringologi,Bangunan Klinik-Klinik Pakar,

Hospital Raja Isteri Pengiran Anak SalehaTel: 2232111 sambungan 5309

Page 11: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

11FOKUSKesihatanJanuari 2015Bilangan 163

DARI MEJA PENTADBIRANpegawaI-pegawaI yang MenghadIrI kUrSUS / perSIdangan / MeSyUarat / SeMInar

pegawaI dan kakItangan yang BarU BerkhIdMat

pegawaI dan kakItangan BerSara

Nama Kursus/Persidangan/Mesyuarat/Seminar

Dr Haji Osmali bin Haji Osman “3rd ASEAN Dengue Vaccination Advocacy (ADVA) Regional Meeting”, Thailand (7 – 9 Januari 2015)

Dr Sofian bin Dato Paduka Dr Haji Johar “1st Atrial Fibrillation Course (AFIB)”, Thailand (14 – 16 Januari 2015)

Dr Ak Md Khairul Hazman bin Pg Dato Paduka Haji OthmanDr Justin Wong Yun Yaw

“Western Pacific Regional Training on Integrated Neglected Tropical Disease Programme Management”, Filipina (19 – 23 Januari 2015)

Dr William Chong Chee Fui“Pre-Conference Meeting” dan “13th Asia Pacific Evidence-Based Medicine and Nursing (APEBMN) Workshop and Conference”, Singapura (19 – 23 Januari 2015)

Dyg Meela Adreeyana binti Awg Haji Aliuddin

“CTEC International AVT Training Programme Module 2”, Indonesia (19 Januari – 7 Februari 2015)

Dr Koh Kai Shing “Applied Basic Surgical Sciences for the Intercollegiate MRCS OSCE”, London (19 – 23 Januari 2015)

Dr Md Firdaus bin Mat DaudDr Haji Sharimie bin Haji Sahari

“MSH 2015 Malaysian Society of Hypertension 12th Annual Scientific Meeting”, Malaysia (23 – 25 Januari 2015)

Awg Ilham bin Haji Md AliAbd Al Bari bin Haji Muhammad KasimTeo Geok YinYeo Lee Ting

“9th Asia Pacific Conference on Clinical Nutrition (APCCN) 2015 Prevention and Management of Diseases Through Life Cycle: The Role of Nutrition and Physical Activity”, Malaysia (26 – 29 Januari 2015)

Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas Nama & Jawatan Tarikh Melapor

BertugasDyg Norayunie binti Haji Md TaibJuru X-Ray 5 Januari 2015

Dk Siti Noorazemah binti Pg AliJuruteknik Makmal Kanan 8 Januari 2015

Dyg Nurfaizah Nadiah binti Awg Haji SulaimanJuru X-Ray

5 Januari 2015Dyg Norhasidah binti Abd RahmanAhli Kimia Ubat

20 Januari 2015

Lim Kai WoonPegawai Podiatri 5 Januari 2015

Lim Pey SiawAhli Kimia Ubat 22 Januari 2015

Dr Shyh Poh TeoKonsultan Gred 2 (Perubatan) 5 Januari 2015

Dyg Azizan binti Haji BrahimAhli Kimia Ubat 22 Januari 2015

Dyg Nur Raihana binti YussofJurupulih Cara Kerja 6 Januari 2015

Dk Dr Nur Izyan Nadhirah binti Pg MohammadPegawai Perubatan Gred 2

24 Januari 2015

Nama & Jawatan Tarikh Bersara Nama & Jawatan Tarikh BersaraDyg Sing Damit binti Awg Haji Abd Hamid @ Haji AmitKerani

11 Januari 2015Dyg Hajah Fatimah binti Haji OthmanPembantu Jururawat Kanan

21 Januari 2015

Dyg Hajah Rohaimah binti Haji Md JamilPegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II 21 Januari 2015

Pg Haji Zahri bin Pg Haji AhmadPembantu Kesihatan 22 Januari 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Page 12: Majlis Penyerahan dan Pelancaran aMbulans baru … Kesihatan/Fokus Kesihatan Jan2015.pdf · sebagai Surau Nuurul Inayah dan mula digunakan ... kerja penambahbaikan ke atas kemudahan-kemudahan

12 FOKUSKesihatan Januari 2015 Bilangan 163

AKTIVITI KEsIhATAN

Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada 10 Januari lalu bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang H a j i A d a n a n b i n Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan adalah bertujuan bagi:

• Menyemarakkan lagi hari kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW;

• Meraikan saudara baru yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan; dan

• Untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara warga-warga Kementerian Kesihatan seluruhnya.

Antara yang hadir pada majlis ini ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan serta ahli keluarga.

Majlis saMbutan Maulidur rasul baGi KeMenterian Kesihatan dan jabatan-jabatan di baWahnya tahun 1436h / 2015M