Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program...

24
1

Transcript of Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program...

Page 1: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

1

Page 2: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil Fitri Kepada Isi Rumah Berpendapatan Rendah Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 Lawatan Mangsa Ribut Di Kawasan Dun Penaga Oleh YB Ahli Parlimen Kepala Batas Dan YB Adun Penaga

Program Kesejahteraan Rakyat

3

Program Negaraku Mobile CTC Siri 2 Tahun 2017 Di Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Sps, Pulau Pinang Program Gotong Royong Jom Bantu Rakyat Di Parlimen Balik Pulau

Sesi Dialog: Transformasi Nasional (TN50) Pulau Pinang Majlis Sambutan Hari Guru Kafa Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 Program Berbuka Puasa Bersama Pelajar Madrasah Miftahul Irfan Majlis Perasmian Surau Al-Mubarak, Kampung Air Melintas Besar, Pinang Tunggal, Kepala Batas Majlis Pelancaran Projek Pemasangan Dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung Fasa 8 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Program Pembangunan Masyarakat Dan Institusi

Lawatan Turun Padang

Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang Bilangan 3 Tahun 2017 Majlis Pelancaran Buku Inisiatif, Peruntukan Dan Ikhtiar Murni Kerajaan Persekutuan Demi Mensejahterakan Rakyat Pulau Pinang Pencapaian Tahun 2008-2017 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan Negeri

Pulau Pinang (JKTPNg) Bilangan 4/2017 dan Bilangan 5/2017 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (JKTPNg) Bilangan 5/2017 dan Bilangan 5/2017

Mesyuarat–Mesyuarat Utama

Malam Jasamu Dikenang Majlis Perhimpunan Bulanan 5P Bilangan 2/2017 Sesi Ramah Mesra YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga 5P Program Ziarah Kasih Ramadhan Majlis Perhimpunan Bulanan 5P Bilangan 3/2017 Pegawai Bertukar Masuk/Bersara/Keluar Aktiviti/Program Warga 5P

Pengurusan Organisasi

5

6

Ringkasan Prestasi RP2 RMK-11 Pulau Pinang (Sehingga 30 Jun 2017)

Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun

(RMLT)

12

14

17

4

7

8

10

11

13

13

15

16

16

20

Lawatan Turun Padang

Majlis Sumbangan Dan Bantuan Mengimarah Ehya Ramadhan Kepada Masjid Dan Surau Dalam Parlimen Nibong Tebal

Pembangunan Projek / Program Persekutuan

Lawatan Turun Padang Dan Tinjauan Projek-projek Di Bawah Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri Di Kawasan Parlimen Kepala Batas Lawatan YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Projek Pembinaan Unit Kediaman Kos Sederhana Rendah, Sg Nibong, Pulau Pinang

21

22

24

9

10

17

Lawatan Turun Padang Dan Tinjauan Projek Membina Sebuah Dewan Serbaguna Masyarakat Di Kawasan Nibong Tebal Dan Dewan JKKKP Jalan Baru SPS Lawatan Turun Padang Dan Tinjauan Projek Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang Ke Parlimen Nibong Tebal

18

19

23

Page 3: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Program Kesejahteraan Rakyat

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN HARI RAYA AIDIL FITRI

KEPADA ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH NEGERI PULAU PINANG

TAHUN 2017 PADA 7 & 8 JUN 2017

Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (SKR, PPPPP)

dengan kerjasama PUSPANITA Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah

mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil Fitri Kepada Isi Rumah

Berpendapatan Rendah Negeri Pulau Pinang melibatkan 60 kanak-kanak daripada keluarga

berpendapatan rendah dan eKasih sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis

telah diadakan di dua (2) lokasi iaitu di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Jalan Bharu dan

Pasaraya Mydin Bertam, Bandar Putra Bertam. Majlis ini bertujuan meraikan anak-anak yang

kurang berkemampuan di samping membantu meringankan beban keluarga masing-masing dalam

persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba. Kanak-kanak berkenaan menerima sumbangan

berbentuk pakaian raya manakala ibu bapa menerima sumbangan duit raya dan kuih raya. Majlis

turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau

Pinang. Pelaksanaan majlis seumpama ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara

Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan dengan masyarakat yang kurang berkemampuan selain

menyampaikan bantuan atau sumbangan secara terus kepada golongan sasar.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat 3

Penerima Bantuan Bergambar Bersama Pegawai-pegawai Dari 5P

Page 4: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

LAWATAN MANGSA RIBUT DI KAWASAN DUN PENAGA OLEH YB AHLI

PARLIMEN KEPALA BATAS DAN YB ADUN PENAGA PADA 13 JUN 2017

Program Kesejahteraan Rakyat

YB Dato’ Sri Rezal Merican Bin Naina Merican,

Ahli Parlimen Kepala Batas dan YB Datuk Haji

Mohd Zain Bin Ahmad, ADUN Penaga bersama

YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah,

Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah

mengadakan satu lawatan ke sekitar kawasan

DUN Penaga bagi melawat mangsa ribut.

Kejadian ribut yang berlaku pada awal pagi isnin

itu telah mengakibatkan 170 buah rumah

penduduk di kawasan berkenaan mengalami

kerosakan. Antara kawasan yang teruk dilanda

ribut adalah kawasan sekitar Pasir Gebu dan

Taman Penaga.

Atas keprihatinan kepada mangsa-mangsa ribut,

YB Ahli Parlimen Kepala Batas dan YB ADUN

Penaga telah menyalurkan sumbangan wang tunai

kepada setiap mangsa yang terlibat di Dewan PPK

Penaga. Pada masa sama sejumlah RM600 Ribu

telah diperuntukan oleh YAB Timbalan Perdana

Menteri bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih

rumah yang terlibat dan segera disiapkan

sebelum menjelang sambutan Hari Raya Aidil

Fitri pada 25 Jun 2017.

4

Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Seberang Perai)

YB Ahli Parlimen Kepala Batas Melawat Mangsa Ribut

Page 5: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Program Pembangunan Masyarakat Dan Institusi

PROGRAM NEGARAKU MOBILE CTC SIRI 2 TAHUN 2017 DI SEKOLAH

KEBANGSAAN SERI TASEK, SPS, PULAU PINANG PADA 8 APRIL 2017

Program Negaraku Mobile CTC Siri 2 Tahun 2017 telah diadakan dengan jayanya bertempat di

Padang Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat, SPS. Uniknya bagi siri kali ini, program

telah bermula lebih awal iaitu pada 7 April 2017 (Jumaat) dengan penganjuran Malam Kesenian

Islam yang diisi dengan pementasan Pentarama Nasyid daripada Jabatan Penerangan Malaysia yang

membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama yang bertajuk 'Keluarga

Bahagia' oleh Imam Muda Asyraf. Pada 8 April 2017, Program Negaraku Mobile CTC telah dimulakan

dengan aktiviti kecergasan dan disusuli dengan ucapan aluan oleh YB. Dato’ Hj. Mahmud Bin

Zakaria, ADUN Sg. Acheh dan lafaz perasmian oleh YB. Dato’ Hjh. Jahara Binti Hamid, ADUN Teluk

Air Tawar. Selaku penganjur bersama, Kementerian Kewangan Malaysia diwakili oleh YBhg. Dato’

Jana Santhiran Muniayan, Timbalan Pengarah Kanan (Fasilitasi), Unit Strategi Nasional dan ICU, JPM

dihadiri oleh YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang.

Pada keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang tinggi kepada orang ramai kerana

ianya telah memberi kemudahan kepada rakyat bersesuaian dengan konsep Merakyatkan

Perkhidmatan Awam, di mana perkhidmatan utama Kerajaan didatangkan kepada rakyat dan orang

ramai tidak perlu ke premis jabatan-jabatan Kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan 5

Lawatan YBrs. Pegawai Kemajuan Negeri Bersama

YB Dato’ Seri SUK Pulau Pinang Ke Booth 5P

Page 6: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Program Pembangunan Masyarakat Dan Institusi

PROGRAM GOTONG ROYONG

JOM BANTU RAKYAT DI PARLIMEN BALIK PULAU

PADA 23 APRIL 2017

Pejabat Pembangunan Daerah Zon Pulau telah

menganjurkan Program Gotong Royong Jom Bantu

Rakyat Parlimen Balik Pulau di Perkarangan Rumah

Pangsa Taman Sri Indah, Balik Pulau. Program yang

dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen

Balik Pulau, JKKKP Sri Indah dan Persatuan Penduduk

Taman Sri Indah telah berlangsung dengan meriah

dan berjaya menarik penyertaan warga rumah

pangsa tersebut melalui pelbagai aktiviti antaranya

senamrobik, pertandingan mewarna dan cabutan

bertuah. Selain aktiviti gotong royong membersihkan

kawasan perumahan tersebut, beberapa

perkhidmatan kaunter turut disediakan oleh

jabatan/agensi kerajaan seperti Jabatan

Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri,

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya,Pejabat Kesihatan

Daerah Barat Daya serta perkhidmatan servis

motosikal percuma oleh Giat Mara.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr.

Haji Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri

Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dan

turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Sr Muhammad Farid

bin Saad, ADUN Pulau Betong dan YBhg Tuan Syed

Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri

Pulau Pinang. Pada program tersebut, YB Ahli

Parlimen Balik Pulau turut menyampaikan

sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan

keperluan harian kepada 15 orang penerima yang

terdiri daripada warga emas, pelajar, ibu tunggal,

pesara dan mereka yang berdaftar di bawah eKasih.

Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Pulau) 6

Page 7: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Program Pembangunan Masyarakat Dan Institusi

SESI DIALOG: TRANSFORMASI NASIONAL (TN50) PULAU PINANG

PADA 7 MEI 2017

Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan di

Universiti Sains Malaysia (USM). Program ini merupakan siri jelajah ke-10 selepas ia dilancarkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Januari lalu. Menteri Belia dan Sukan, Khairy

Jamaluddin Abu Bakar telah bertindak sebagai moderator bersama dengan panel jemputan Datuk

Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir,

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya,merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau

sertan pemimpin-pemimpin tempatan Persekutuan. TN50 adalah dasar jangka panjang yang akan

dirangka berdasarkan aspirasi generasi muda hari ini bagaimana mereka mahu melihat Malaysia

dalam tempoh tiga dekad akan datang. Semua pandangan, input dan isi hati seluruh lapisan rakyat

akan dikumpulkan dan dijadikan sebagai visi TN50.

TN50 Pulau Pinang dihadiri lebih 2,000 hadirin melibatkan peserta generasi muda daripada

pelbagai peringkat termasuk mahasiswa, NGO, agensi kerajaan, agensi swasta dan pemimpin

masyarakat. TN50 Pulau Pinang telah melakar sejarah apabila mencatatkan bilangan aspirasi

tertinggi dimana lebih 80 aspirasi direkodkan manakala laman rasmi Facebook Live TN50 telah

ditonton oleh lebih 100,000 pelayar berbanding ketika penganjurannya di negeri-negeri lain.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi 7

YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar Bertindak Sebagai Moderator Bersama Panel Jemputan

YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi MTPNg Pulau Pinang

Page 8: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Program Pembangunan Masyarakat Dan Institusi

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU KAFA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

TAHUN 2017 PADA 20 MEI 2017

Ikatan Guru-guru dan Penyelia KAFA Pulau Pinang telah menganjurkan Satu Majlis Sambutan Hari Guru

KAFA Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas. Majlis ini telah

dirasmikan oleh YB Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri

merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas. Turut hadir pada majlis ini ialah YB. Datuk Haji Mohd. Zain Bin

Ahmad, ADUN Penaga, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau

Pinang, Ketua Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Pengerusi Ikatan Guru-

guru dan Penyelia KAFA Pulau Pinang serta Para Guru dan Penyelia KAFA yang diraikan. Sambutan hari

guru KAFA yang bertemakan “Jika Tiada Guru, Aku Tidak Kenal Tuhanku” ini telah dihadiri oleh

hampir 1,526 guru dan 12 penyelia KAFA dari seluruh Pulau Pinang. Pada majlis ini, YBrs. Tuan Syed

Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah dianugerahkan “Anugerah

Khas KAFA Negeri Pulau Pinang 2017”.

Sumber : Seksyen Projek Khas 8

YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah Dianugerahkan

“Anugerah Khas KAFA Negeri Pulau Pinang 2017”

Page 9: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Program Pembangunan Masyarakat Dan Institusi

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR MADRASAH MIFTAHUL IRFAN

PADA 16 JUN 2017

Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Pembangunan

Persekutuan Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Berbuka

Puasa Bersama Pelajar Maahad Tahfiz di Madrasah Miftahul

Irfan, Sungai Pinang, Balik Pulau. Majlis tersebut diserikan

dengan kehadiran Pegawai Kemajuan Negeri, YBhg Tuan Syed

Shaari bin Syed Abdullah bersama pegawai dan kakitangan

Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang bagi

meraikan 220 orang pelajar di Maahad Tahfiz tersebut.

Antara pengisian majlis adalah bacaan Surah Yassin dan tahlil

ringkas sebelum berbuka puasa beramai-ramai. Pegawai

Kemajuan Negeri juga berbesar hati menyerahkan sedikit

sumbangan kewangan daripada pihak Kelab kepada Ustaz

Shamsudeen Mohd Hasan, Mudir Madrasah Miftahul Irfan bagi

membantu kelancaran pengurusan madrasah. Majlis diakhiri

dengan sesi solat Maghrib secara berjemaah.

Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Pulau) 9

Pegawai Kemajuan Negeri Menyerahkan Sumbangan Kewangan Kepada

Mudir Madrasah Miftahul Irfan

Page 10: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Pembangunan Projek / Program Persekutuan

MAJLIS PERASMIAN SURAU AL-MUBARAK, KAMPUNG AIR MELINTAS BESAR,

PINANG TUNGGAL, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA PADA 21 MEI 2017

Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Seberang Perai)

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMASANGAN DAN

PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN KAMPUNG FASA 8

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PADA 19 JUN 2017

10

Page 11: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Pembangunan Projek / Program Persekutuan

MAJLIS SUMBANGAN DAN BANTUAN MENGIMARAH EHYA RAMADHAN KEPADA

MASJID DAN SURAU DALAM PARLIMEN NIBONG TEBAL PADA 22 MEI 2017

Majlis Sumbangan Dan Bantuan Mengimarah Ehya Ramadhan Kepada Masjid Dan Surau Dalam Parlimen

Nibong Tebal telah diadakan di Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan dan dirasmikan

oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman. Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Dato’ Mahmud bin

Zakaria, ADUN Sungai Acheh, YBrs. Tuan Zulkifli bin Rashid, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau

Pinang (Pembangunan Fizikal), YBrs. Tuan Mohd. Hafiz Aswad bin Nadzri, Timbalan Pegawai Kemajuan

Negeri Pulau Pinang (Pengurusan dan Pembangunan Masyarakat), YBrs. Tuan Asuat bin Ahmad,

Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) dan YBrs. Tuan Mohd

Ali bin Haji Sebran, Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Sebanyak 22 buah masjid dan 67 buah surau telah

menerima sumbangan pada majlis tersebut.

Terdahulu pada 18 Mei 2017, Pejabat Pembangunan

Persekutuan Pulau Pinang telah mengagihkan cek

sumbangan berjumlah RM 211,000.00 kepada 211

buah masjid di Pulau Pinang yang mempunyai

qaryah dan ianya disalurkan melalui YB Ahli

Parlimen dan Pemimpin Persekutuan di kesemua 13

kawasan parlimen. Penyampaian kepada setiap

wakil Pusat Khidmat Parlimen Persekutuan telah

disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Negeri

Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed

Abdullah. Dalam ucapan ringkas beliau, Tuan

Pegawai Kemajuan Negeri berharap agar sumbangan

ini dapat membantu mengimarahkan lagi masjid-

masjid sempena bulan Ramadhan tahun ini.

11

Page 12: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian 12 12

Page 13: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Lawatan Turun Padang

LAWATAN TURUN PADANG DAN TINJAUAN PROJEK MEMBINA SEBUAH DEWAN

SERBAGUNA MASYARAKAT DI KAWASAN NIBONG TEBAL DAN

DEWAN JKKKP JALAN BARU SPS PADA 2 MEI 2017

Sumber : Seksyen Projek Khas

LAWATAN TURUN PADANG DAN TINJAUAN PROJEK PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI

PULAU PINANG KE PARLIMEN NIBONG TEBAL PADA 2 JUN 2017

13

Page 14: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Lawatan Turun Padang

LAWATAN TURUN PADANG DAN TINJAUAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH

PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI

DI KAWASAN PARLIMEN KEPALA BATAS PADA 18 MEI 2017

YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang telah

mengadakan satu lawatan turun padang untuk meninjau kemajuan terkini pelaksanaan projek-projek di

bawah Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri di kawasan Parlimen Kepala Batas. Lawatan ini turut disertai

oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama

Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Pejabat Agama Daerah Seberang

Perai Utara Kepala Batas serta wakil-wakil daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, Pusat

Khidmat DUN Bertam, Pusat Khidmat DUN Penaga dan kontraktor-kontraktor yang terlibat. Projek-projek

yang dilawati adalah seperti berikut:

Sumber : Seksyen Projek Khas

1. Menaiktaraf Masjid Jamek Padang Benggali, Kepala

Batas, Pulau Pinang

2. Menaiktaraf Dan Membina Bangunan Tambahan Masjid

Jamek Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang

3. Menaik Taraf Sekolah Rendah Agama Daerahtul Ma'arifil

Wataniah (SRA DMV) Kepala Batas

4. Membina Bangunan Baru Kafa Di Kawasan Paya Keladi

Masjid, Kepala Batas, Pulau Pinang

5. Membina Baru Masjid Qaryah Seri Serdang Di Atas Lot

1077 Pt 63, Mukim 6, SPU, Pulau Pinang

14

Pegawai-pegawai Dari 5P Turut Menyertai Lawatan Turun Padang Dan

Tinjauan Projek Di Parlimen Kepala Batas

Page 15: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Lawatan Turun Padang

LAWATAN YB DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI KE PROJEK PEMBINAAN UNIT KEDIAMAN KOS

SEDERHANA RENDAH, SG NIBONG, PULAU PINANG PADA 22 MEI 2017

YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di

Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan

turun padang bagi meninjau pelaksanaan Projek

Pembinaan Unit Kediaman Kos Sederhana Rendah, Sg

Nibong, Pulau Pinang. Lawatan ini turut di hadiri oleh

Ybhg. Datuk Seri Zainal Abdidin Bin Osman, Pengerusi

Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang

(MTPNg), YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah,

Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Ir.

Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Pengarah JKR Negeri

Pulau Pinang. Taklimat dan penerangan berhubung

status pelaksanaan projek ini telah disampaikan oleh

Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang yang mewakili

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku

pemilik projek. Pelaksanaan projek perumahan kos

sederhana rendah ini melibatkan pembinaan 77 unit

rumah kos sederhana dengan anggaran keluasan 850

kaki persegi setiap unit. Turut dilengkapi dengan

kemudahan asas lain seperti, Surau, Dewan

Masyarakat, Kedai 4 unit dan Bilik Pengurusan

Jenazah. Projek ini dijangka akan disiapkan pada 8

September 2017.

Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian 15

Pegawai Kemajuan Negeri Bersama Pengarah JKR Negeri Sedang Memberikan Taklimat Dan Penerangan Pelaksanaan Projek

Kepada YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Di Jabatan Perdanan Menteri

Page 16: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Mesyuarat–Mesyuarat Utama

Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan

Negeri (MTPNg) Pulau Pinang Bilangan 3 Tahun 2017

pada 4 Mei 2017

Majlis Pelancaran Buku Inisiatif, Peruntukan Dan Ikhtiar Murni

Kerajaan Persekutuan Demi Mensejahterakan Rakyat Pulau Pinang

Pencapaian Tahun 2008-2017 pada 4 Mei 2017

Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas 16

Page 17: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Mesyuarat–Mesyuarat Utama

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan

Negeri Pulau Pinang (JKTPNg) Bilangan 5 Tahun 2017 pada 15 Jun 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan

Negeri Pulau Pinang (JKTPNg) Bilangan 4 Tahun 2017 pada 25 Mei 2017

Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas 17

Page 18: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

MALAM JASAMU DIKENANG PADA 21 APRIL 2017

Pengurusan Organisasi

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan 18

Page 19: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Pengurusan Organisasi

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

PULAU PINANG BIL 2 TAHUN 2017 PADA 28 APRIL 2017

Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil. 2 Tahun 2017

telah berlangsung dengan kehadiran semua warga 5P bertempat di Anjung Putra. Dalam majlis ini,

YBhg. Tuan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah menyampaikan amanat beliau kepada

semua pegawai dan kakitangan 5P dan membuat kesimpulan bahawa setiap manusia mempunyai

kelebihan dan kelemahan yang telah dianugerahkan oleh Allah. S. W. T. Namun kelemahan yang

ada tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak boleh mencapai kecemerlangan. Justeru

itu, kelebihan dan kekurangan individu yang ada di dalam organisasi perlu diimbangi dengan

semangat bekerjasama untuk memastikan kelemahan yang ada pada setiap individu tidak menjadi

penghalang kearah mencapai kejayaan yang kita inginkan. Dalam erti kata lain ‘Working together

in harmony is a recipe for organization success in 5P’. Bagi tujuan tersebut, warga 5P perlu

sentiasa peka dan responsif terhadap keperluan organisasi dan semua pihak perlu sentiasa

mengamalkan sikap terbuka terhadap teguran kerana kerja yang kita lakukan akan sentiasa dinilai

oleh pelbagai lapisan masyarakat. Majlis diteruskan dengan sesi ceramah motivasi oleh YBrs. Encik

Haqqim Harun, Founder, Professional Learning Facilitator and SOIF Coach of Haqqim Harun

Consulting dengan tajuk Take Charge!. Sesi ceramah ini telah dikendalikan dengan kaedah

penyampaian secara interaksi dua hala yang diselang selikan dengan pelbagai aktiviti. Diakhir

ceramah yang disampaikan, warga 5P telah dapat melihat setiap permasalahan yang berlaku

dalam kehidupan dengan cara yang lebih positif dan belajar untuk tidak menyalahkan sesiapa

apabila menghadapi sebarang isu yang perlu diselesaikan.

19

Sesi Ceramah Motivasi Bersama Penceramah Motivasi Jemputan

Page 20: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

SESI RAMAH MESRA YBHG. DATUK SERI AHMAD ZAKI ANSORE BIN

MOHD YUSOF KETUA PENGARAH ICU JPM BERSAMA WARGA 5P

PADA 4 MEI 2017

Pengurusan Organisasi

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Sesi Ramah Mesra YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit

Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Bersama Warga Pejabat Pembangunan

Persekutuan Pulau Pinang telah diadakan pada 04 Mei 2017 (Khamis), jam 2.00 petang bertempat di

Bilik Mesyuarat Sri Perdana. Sesi ini telah dihadiri oleh semua warga Pejabat Pembangunan

Persekutuan Pulau Pinang yang mengalu-alukan kedatangan YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah ICU, JPM

ke Negeri Pulau Pinang. “Demi mencapai objektif perjuangan sebagai penjawat awam khususnya

warga ICU, JPM, 6 prinsip ini perlu dihayati dan diterjemahkan bersama secara teamwork; Reformist

Mentality, Independence of Mind, Justice for Humanity, Respect for Work Ethics, Passion of Work

and Performance Satisfaction. Ianya perlu sentiasa dijadikan panduan kita selaku penjawat awam

yang telah dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat di negara ini". Demikian adalah antara intipati

ucapan YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah ICU JPM semasa Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Pejabat

Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Kesempatan selama sejam setengah ini telah dijadikan

platform untuk semua warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang untuk bersua secara

terus dan bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan nasihat daripada YBhg. Datuk Seri Ketua

Pengarah, ICU JPM dalam suasana yang santai.

20

YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof Menyampaikan Ucapan Dan Amanat Kepada Warga 5P

Page 21: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADHAN PADA 19 JUN 2017

Pengurusan Organisasi

21 Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Page 22: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Pengurusan Organisasi

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

PULAU PINANG BILANGAN 3 TAHUN 2017 PADA 20 JUN 2017

Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil. 3 Tahun 2017

telah berlangsung dengan kehadiran semua warga 5P bertempat di Anjung Putra, Pejabat

Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. YBrs. Tuan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang

telah berkesempatan menyampaikan amanat beliau dengan menekankan bahawa tahun 2017

merupakan tahun penyampaian (year of delivery) oleh penjawat awam. Sehubungan itu, fokus

penyampaian bukan sahaja melibatkan aspek fizikal, malah turut meliputi cara dan nilai

penyampaian kepada rakyat. Maka dalam merakyatkan perkhidmatan awam, elemen sentuhan

kemanusiaan perlulah diterapkan melalui sikap empati dan cakna. Sebagai contoh,

perkhidmatan di kaunter wajar diteruskan sehingga pelanggan terakhir walaupun masa sudah

melewati waktu bekerja. Konsep turun padang dan amalan kaedah search and serve hendaklah

sentiasa dititikberatkan demi menawarkan perkhidmatan kita kepada rakyat. Selain itu, 6

prinsip ini perlu dihayati dan dijadikan panduan oleh penjawat awam khususnya warga ICU iaitu

Reformist Mentality, Independence of Mind, Justice for Humanity, Respect for Work Ethics,

Passion of Work dan Performance Satisfaction. Bagi memanfaatkan hari terakhir di bulan

Ramadhan ini, majlis diisikan dengan ceramah agama oleh YBhg. Ustaz Yusof Bin Yaacob,

Penolong Pengarah Unit Bahasa Arab, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang membawakan tajuk

“Ramadhan Dimuliakan, Syawal Diraikan”. Perhimpunan Bulanan ini telah selesai pada jam

12.30 tengahari.

22

Page 23: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Pengurusan Organisasi

ENCIK AHMAD

HARIZAL

BIN ZAINOL

(J44)

dari

JKR PENDANG,

KEDAH

ENCIK MOHD

SHAH BIN

ABDULLAH

(J44)

dari

JKR PULAU

PINANG

ENCIK MUHAMMAD

AKMAL BIN AZMI

(PTD M41)

lantikan

27.05.2017

CIK SITI

HASMIZA

BINTI PAMIN

(PTD M41)

lantikan

27.05.2017

PUAN ADIBAH

BINTI ABD AZIZ

(PTD M41)

lantikan

27.05.2017

PUAN WAN

RUSLINA BINTI

AHMAD

(PTD M44)

dari

SUK, PERLIS

TUAN HAJI

MOHD ISMAIL

BIN HARUN

(PTD M52)

berkuatkuasa

23.04.2017

TUAN HAJI

NADZIR BIN

SHAARI

(PTD M48)

berkuatkuasa

25.04.2017

ENCIK IR. ABDUR RAHMAN

AZZAM BIN CHE SOBRY

(J48)

Bertukar ke

Kementerian Kerja Raya,

Kuala Lumpur

pada 2 Mei 2017

23

Pertukaran Pegawai

Dari April- Jun 2017

(Masuk/Bersara/Keluar)

Page 24: Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil · Pelancaran Buku Inisiatif, ... Program Ziarah Kasih Ramadhan ... membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama