MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG PERMOHONAN … JAWATAN KOSON… · Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun...

5
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG Kami merupakan organisasi Pihak Berkuasa Tempatan di Perbandaran Manjung, Perak Darul Ridzuan sedang mencari individu Warganegara Malaysia yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami. 1) AKAUNTAN GRED WA41 A. 1. JAWATAN : AKAUNTAN GRED WA41 ( PEGAWAI KEWANGAN ) KLASIFIKASI : KEWANGAN PERKHIDMATAN KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PERKHIDMATAN TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK ( 1 KEKOSONGAN ) JADUAL GAJI : RM 2,820.00 RM 9,585.00 (MINIMUM MAKSIMUM) KADAR KENAIKAN GAJI : RM 225.00 TAHUNAN IMBUHAN TETAP KHIDMAT : RM 300.00 AWAM IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM 300.00 BANTUAN SARA HIDUP : RM 250.00 SYARAT LANTIKAN : (1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 : RM 2,820.00); atau (ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 : RM 2,820.00); atau

Transcript of MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG PERMOHONAN … JAWATAN KOSON… · Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun...

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG PERMOHONAN … JAWATAN KOSON… · Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Kewangan dan ... Aspek Pengurusan Pembayaran ...

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

Kami merupakan organisasi Pihak Berkuasa Tempatan di Perbandaran Manjung, Perak Darul

Ridzuan sedang mencari individu Warganegara Malaysia yang profesional, dinamik, kreatif dan

bermotivasi untuk menyertai kami.

1) AKAUNTAN GRED WA41

A.

1. JAWATAN : AKAUNTAN GRED WA41

( PEGAWAI KEWANGAN )

KLASIFIKASI : KEWANGAN

PERKHIDMATAN

KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PERKHIDMATAN

TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK ( 1 KEKOSONGAN )

JADUAL GAJI : RM 2,820.00 – RM 9,585.00

(MINIMUM – MAKSIMUM)

KADAR KENAIKAN GAJI : RM 225.00

TAHUNAN

IMBUHAN TETAP KHIDMAT : RM 300.00

AWAM

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM 300.00

BANTUAN SARA HIDUP : RM 250.00

SYARAT LANTIKAN :

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 : RM 2,820.00); atau

(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh

Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 : RM 2,820.00); atau

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG PERMOHONAN … JAWATAN KOSON… · Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Kewangan dan ... Aspek Pengurusan Pembayaran ...

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).

(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 : RM 2,820.00); atau

[ Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1 (ii)

adalah seperti di Lampiran B3A ]

SYARAT TAMBAHAN KELAYAKAN :

Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan

Kewangan dan Akaun.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

(2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam

subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional

Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN :

(3) Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua

Jabatan / Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

SKOP FUNGSI & BIDANG TUGAS :

a) Aspek Pengurusan Kewangan dan Akaun

i) Membantu dalam penyediaan dan kawalan belanjawan tahunan serta perekodan vot

perbelanjaan.

ii) Membantu dalam penyediaan laporan kewangan, laporan hasil dan belanja mengikut

suku tahun.

iii) Memantau dan menyelaras vot bagi setiap unit.

iv) Mengurus dan memantau urusan permohonan pinjaman kenderaan, komputer dan

kebajikan, pinjaman perumahan untuk kakitangan.

v) Menguruskan semua urusan kawalan berkaitan invois dan sipiutang serta urusan

berkaitan dengan pembayaran bil-bil / tuntutan dan arahan bayaran agensi.

vi) Menyelenggara proses penyediaan laporan-laporan berkala.

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG PERMOHONAN … JAWATAN KOSON… · Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Kewangan dan ... Aspek Pengurusan Pembayaran ...

b) Aspek Pengurusan Belanjawan dan Kewangan Staf

i) Menyediakan belanjawan mengurus Majlis dan bertanggungjawab menguruskan

segala aspek pembayaran gaji untuk kakitangan bertaraf tetap, sementara, kontrak

dan sambilan.

c) Aspek Pelaburan

i) Menguruskan semua jenis kutipan hasil Majlis.

ii) Menguruskan aliran tunai harian, pelaburan jangka pendek dan panjang serta

menguruskan pengagihan pendapatan pelaburan.

iii) Memantau baki akaun bank semasa, menyediakan laporan daily cash flow forecast

dan menyediakan kertas cadangan bagi penempatan baru pelaburan tunai di bank dan

institusi kewangan.

iv) Menyelia dan memantau urusan pelaburan tunai; penempatan / pembaharuan /

pengeluaran pelaburan tunai, penerimaan sijil / faedah / pelaburan tunai dan

penyediaan penyata bulanan pelaburan tunai.

v) Menyelia dan memantau urusan pelaburan dengan pengurus dana; penyediaan kertas

cadangan pelaburan baru / tambahan, menyediakan laporan bulanan pengurusan

portfolio dan menyediakan peruntukan susut nilai pasaran pelaburan pada akhir

tahun.

d) Aspek Pengurusan Tunai dan Penguatkuasaan

i) Mengemaskini buku tunai setiap bulan untuk diselaraskan dengan GL (General

Ledger).

e) Aspek Pengurusan Pembayaran dan Perbelanjaan

i) Mengawal perbelanjaan mengurus, akaun pembangunan, akaun tabung, akaun

amanah dan akaun projek penyelidikan.

ii) Menyemak dan meluluskan pembayaran invois dan tuntutan dari jabatan.

iii) Pemantauan laporan perbelanjaan wang pendahuluan dan surat peringatan.

iv) Menyemak dan meluluskan panjar wang runcit.

f) Aspek Akaun

i) Memantau dan meluluskan baucar-baucar pembayaran serta menyemak laporan

kewangan bulanan, suku tahun dan tahunan.

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG PERMOHONAN … JAWATAN KOSON… · Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Kewangan dan ... Aspek Pengurusan Pembayaran ...

ii) Menyediakan penyata kewangan tahunan dan menyelia dalam penyediaan penyata akaun

projek untuk pelbagai kumpulan wang.

iii) Memantau dan menutup akaun-akaun projek yang tidak aktif.

PANDUAN PERMOHONAN :

(1) Permohonan boleh dibuat melalui portal https://egerbang.perak.gov.my/vacancy

sahaja.

(2) Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang

diperlukan dalam portal ini.

(3) Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi

secara ONLINE. Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk

Sesi Ujian Bertulis / Temuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan

dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK

BERJAYA.

(4) Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat

melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan

Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan

perlu diserahkan semasa Sesi Ujian Bertulis / Temuduga.

(5) Calon-calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki membawa dokumen asal dan

salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-

sijil persekolahan / akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu

dikemukakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

Tarikh tutup permohonan untuk jawatan yang diiklankan ialah pada 18 Ogos 2017 (Jumaat).

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG PERMOHONAN … JAWATAN KOSON… · Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Kewangan dan ... Aspek Pengurusan Pembayaran ...

LAMPIRAN B3A

SENARAI KEAHLIAN BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN

(i) Malaysian Association of Certified Public Accountants;

(ii) Institute of Chartered Accountants of Scotland;

(iii) Institute of Chartered Accountants in England And Wales;

(iv) Institute of Chartered Accountants in Ireland;

(v) Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);

(vi) Institute of Chartered Accountants in Australia;

(vii) Australian Society of Certified Practising Accountants;

(viii) New Zealand Chartered Accountants;

(ix) Canadian Institute of Chartered Accountants;

(x) Institute of Chartered Accountants of India;

(xi) Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom);

Nota:

Senarai ini seperti yang termaktub dalam Jadual 1, Seksyen 14(1)(b) dan Seksyen 15(b) Akta

Akauntan 1967 [Akta 94]