PERCABANGAN Bagaimana Jika YA? Bagaimana Jika TIDAK? Bagaimana Jika BENAR? Bagaimana jika SALAH?
MAJLIS PERBANDARAN KLANGsebelum tarikh sebutan kes. Jika saman yang diserahkan dibayar, kes...
Transcript of MAJLIS PERBANDARAN KLANGsebelum tarikh sebutan kes. Jika saman yang diserahkan dibayar, kes...
MANUAL MPK BIL : 66 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
TINDAKAN PENDAKWAAN DI
MAHKAMAH-PENYAMPAIAN SAMAN
(TRAFIK)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 6
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 9
8.0 CARTA ALIR 10
9.0 PENUTUP 11
10.0 LAMPIRAN 12
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan
status Bandaraya tersebut.
Manual ini disediakan bertujuan untuk mempermudahkan lagi untuk
menjalankan tindakan pendakwaan di mahkamah, supaya ianya lebih
kukuh, teratur dan effisien di dalam menjalankan tindakan
pendakwaan. Oleh itu, penyediaan manual ini akan membantu MPK
dalam usaha pembaikan dari segi kelemahan dan kecacatan di dalam
urusan tindakan pendakwaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan
tepat dan sempurna.Ini adalah bertujuan supaya suatu pendakwaan
dapat diselesaikan dengan lebih kukuh dan mudah.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian, terima kasih.
Mohd Ikhsan bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum
w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu
saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan
kurnianya penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan
Jabatan Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja
bagi Jabatan Undang-Undang mengikut format dan bentuk
yang lebih tersusun dan sistematik.
Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan
terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-
Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam
menyediakan manual ini.
Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan
di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya
menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar
manual ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir
sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:
“ Buah pelaga makan dihilir,
Di bawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak digilir,
Supaya jangan mendapat malu”
Sekian, terima kasih.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga
Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.
1.3 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan
tindakan pendakwaan teratur.
1.4 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.
1.5 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan
adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.
1.6 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan
diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah.
1.7 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap
peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 6
2.0 LATAR BELAKANG
Untuk penyerahan saman, apabila saman telah didaftarkan di
mahkamah, maka proses penyerahan saman boleh dijalankan, Saman
perlu diserahkan kepada bailiff dan penguatkuasa untuk penyerahan
saman kepada orang kena saman (OKS). Tempoh masa yang
digunakan untuk menyerahkan saman kepada oks ialah 7 hari bekerja
sebelum tarikh sebutan kes. Jika saman yang diserahkan dibayar, kes
pendakwaan untuk saman tersebut akan ditutup, tetapi jika saman
tersebut tidak berbayar, OKS perlu hadir ke mahkamah bagi proses
pendakwaan.Menjalankan tindakan pendakwaan di mahkamah (trafik)
bermaksud Orang Kena Saman (OKS) ke hadapan mahkamah untuk
mengaku salah terhadap pertuduhan kesalahan yang bertentangan
dengan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).
3.0 DEFINISI
3.1 TINDAKAN
Peraturan dll (yang dilaksanakan), langkah yg diambil (untuk
mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu).
3.2 PENDAKWAAN
Perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian) sesuatu
dakwaan (tuduhan).
3.3 MAHKAMAH
Tempat membicarakan sesuatu yang ada hubungannya dengan
undang-undang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 7
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
CARTA ORGANISASI UNIT PENDAKWAAN TRAFIK
MUHAMMAD AZLAN BIN AB MALEK
Pegawai Undang-Undang (L41)(T)
MUHAMAD FAIZ BIN IBRAHIM
Pen. Peg. Undang-Undang (L29)(K)
IBNU AL-HAITHAM BIN ARASID
Pem. Tadbir (N17)(K)
ROZITA BINTI CHE ROS
Pem. Tadbir (N17)(T)
SITI ASLINDA BT OMAR
Pem. Tadbir (N17)(T)
MOHD RAZLAN B NORHAZIZI
Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)
MOHD FAZLI B. MASZUKI
Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)
S.V. VIJAYASINGHAM A/L VIJAYARATNAM
Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)
PATRICK A/L ALAPAN
Pem. Tadbir (N17)(T)
MUHAMAD FARID B MOHAMAD ZIN
Pem. Tadbir (N17)(T)
SITI NURHALIJAH BT. JALEL
Pem. Tadbir (N17)(T)
FANDI BIN ABDUL AZIZ
Pen. Peg. Undang-Undang (L29)(K)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 8
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
5.1 Akta
5.1.1 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171)
5.1.1 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133)
5.2 Undang-Undang Kecil
5.2.1 Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005
5.3 Perintah
5.3.1 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai
.....................Tempat Letak Kereta) (MPK) 2007
6.0 SKOP KERJA
Untuk menjalankan tindakan pendakwaan di mahkamah, saman
perlulah didaftarkan dahulu di mahkamah. Setelah mendapat tarikh
sebutan, saman bolehlah di sampaikan kepada OKS. Purata saman
yang perlu diserahkan kepada OKS untuk sebulan sebanyak 200
saman sebulan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 9
7.0 PROSES KERJA
7.1.Terima saman daripada Mahkamah sebanyak 2 salinan.
7.2.Nombor saman di rekod di dalam buku penyerahan saman dan saman
diserahkan kepada bailif.
7.3.Bailif membahagikan tugas penyerahan saman mengikut kawasan.
7.4.Menerima semula saman daripada Bailif dan direkodkan tarikh sebutan dan No.
saman di dalam buku bailif dan bailif bantuan (Penguatkuasa).
7.5. Sekiranya saman di luar kawasan, rekod ke dalam buku daftar dan sediakan
surat untuk ke:
7.5.1 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)-Surat rasmi mengikut alamat OKS.
7.5.2 OKS
7.6.Serahkan surat kepada Pegawai untuk di tandatangan.
7.7.Serahkan surat kepada Pembantu Am Pejabat untuk urusan pos.
7.8.Sekiranya saman di dalam kawasan, serah semula saman kepada Bailif dan
Bailif Bantuan (Penguatkuasa) untuk penyermpurnaan saman kepada
Orang Kena Saman (OKS).
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 10
8.0 CARTA ALIR
MENJALANKAN TINDAKAN PENDAKWAAN DI MAHKAMAH
Terima 2 salinan saman daripada Mahkmah.
Serah saman kepada Bailif untuk pembahagian
tugas dan kawasan.
Mula
Terima kembali saman daripada Bailif, rekod
tarikh sebutan dan no. saman di dalam buku
bailif dan bailif bantuan (Penguatkuasa).
Serah semula saman kepada bailif dan bailif
bantuan (Penguatkuasa) untuk penyempurnaan
saman kepada OKS.
Tamat
Kawasan Serahan?
Dalam
Luar Rekod ke dalam buku daftar dan
sediakan surat untuk ke:
i. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)-
Surat rasmi mengikut alamat
OKS.
ii. OKS
Serah surat kepada Pegawai untuk
tandatangan.
Serah surat kepada Pembantu Am
Pejabat untuk urusan pos.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 66 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Di Mahkamah 11
9.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, saman yang diterima perlu diserahkan kepada
OKS dalam masa 7 hari bekerja sebelum tarikh sebutan kes, Saman
berserah perlulah dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan,
walaubagaimanapun jika saman masih tidak berbayar walaupun
pendakwaan telah dibuat, waran tangkap akan dikeluarkan.