Majlis Selaut Budi Menggamit Memori

download Majlis Selaut Budi Menggamit Memori

of 9

description

qw

Transcript of Majlis Selaut Budi Menggamit Memori

MAJLIS SELAUT BUDI MENGGAMIT MEMORISEMPENA PERSARAANENCIK MANIAM A/L PONNUSAMYDI SJKT JALAN BUKIT RENGGAM, RENGGAM KLUANG JOHOR.

8.00pg - 8.45pg - PENDAFTARAN DAN KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

PEMBUKA 1Bismillahirahmanirahhim.Assalamualaikum w.b.t Salam sejahtera dan salam muafakat johor diucapkan dalam Majlis Selaut Budi Menggamit Memori. , , , , , , , , . .

Mengumumkan ketibaan yang diraikan Encik Maniam A/L Ponnusamy. Dipersilakan tuan...Biji selasih boleh dimakan, Menjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkan, Semoga majlis tambah berseri.

. .

PEMBUKA 2SIRIH BERLIPAT BERSAMA PINANG,PINANG DARI PULAU MUTIARA,PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Selamat datang ke Maj. Selaut Budi Menggamit Memori yang bertempat di SJKT JLN BUKIT RENGGAM, KLUANG JOHOR.

Yg. Berbahagia tuan haji a.manaf bin muslimanPegawai pendidikan daerah kluang

Yg Dihormati, Tuan Haji Hussin Bin Mustaffa,Pegawai Pelajaran Daerah Kluang.

Yg. Berusaha, En. A. Somathevan Pengerusi Sambutan Maj. Selaut Kasih Menggamit Memori

Yg Berusaha, En. R. ManogaranPenyelia sek-sek. Tamil Johor -wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Yg. Dihormati, Encik C.Pandu Rengan,Pengerusi MGB SJKT Negeri Johor.

Yg. Dihormati, Encik P. ManivannanPengerusi MGB SJKT Daerah Kluang.

Yg.dihormati, encik.vanithasan govindasamyPengerusi PIBG sjkt jalan bukit renggam

Yg Dihormati, Pegawai JPN Johor, barisan kepimpinan MGB daerah Kluang, guru-guru besar sekolah kebangsaan daerah Kluang,Bekas guru besar, guru-guru penolong kanan, barisan Kepimpinan MIC, Persatuan ibu bapa dan guru, AJK Ramakrisna Manimandram, Kluang, sahabat baik, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Selamat sejahtera serta salam 1 Malaysia.

.

tuan haji manaf bin musliman

TUAN HAJI HUSIN BIN MUSTAFFA ,

. ,

.R. ,

. ,

. ,

. ,

, , , , , , , , , .

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulilah kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama bersua bagi meraikan persaraan ENCIK MANIAM A/L PONNUSAMY GURU BESAR SJKT JALAN BUKIT RENGGAM di Maj. Selaut Budi Menggamit Memori.

. . Sebelum memulakan majlis, dijemput para tetamu sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu bangsa Johor.dipersilakan.

, .

BACAAN IRAI VALTHU

Para hadirin sekalian, Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama sebentar dalam bacaan Irai Valthu. Bagi menyempurnakan hasrat yang murni ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cik Kanmani a/p Bathumalai untuk memimpin Bacaaan Doa. Majlis mempersilakan.

.

=Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Kanmani a/p Bathumalai atas bacaan Irai Valthu yang disampaikan sebentar tadi.

= .

10.00 pg-UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Hadirin dan hadirat sekalian,Seterusnya majlis menjemput En. Somathevan a/l Annamalai Guru Penolong Kanan STBR merangkap Pengerusi Sambutan Majlis Selaut Budi Menggamit Memori untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan...

, . = Majlis merakamkan terima kasih kepada En. Somathevan a/l Annamalai - atas ucapan beliau sebentar tadi.

= .

UCAPAN PENGERUSI PIBGMajlis diteruskan dengan menjemput Encik Vanithasan a/l Govindasamy Pengerusi Persatuan Ibubapa Dan Guru untuk memberi ucapan. Majlis mempersilakan...

, . .

= Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Vanithasan a/l Govindasamy diatas ucapan beliau sebentar tadi.

= .

UCAPAN PENGERUSI MGB SJK TAMIL NEGERI JOHOR.Majlis diteruskan dengan menjemput Encik C. Paandu Rengan Pengerusi MGB SJK Tamil Negeri Johor menyampaikan ucapan beliau.Majlis mempersilakan...

, .. .

= Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik C. Paandu Rengan diatas ucapan beliau sebentar tadi.

= .. .

Persembahan Murid (1)Seterusnya, mari sama-sama kita menjamu mata di pagi yang indah ini dengan persembahan Tarian Klasik daripada murid tahap 2 SJKT Jalan Bukit Renggam. Majlis dipersilakan

, . .

Terima kasih atas persembahan yang amat menghiburkan sebentar tadi.

.

UCAPAN WAKIL RASMI PPD KLUANG.

Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Haji Hussin Bin Mustaffa Pegawai Pelajaran Daerah Kluang menyampaikan ucapan beliau.Majlis mempersilakan...

, .

= Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Haji Hussin Bin Mustaffa diatas ucapan beliau sebentar tadi. = .

UCAPAN WAKIL RASMI PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR.Majlis diteruskan dengan menjemput Encik R. Manogaran Penyelia Sek.-sek. Tamil Johor merangkap wakil rasmi Pengarah JPNJ bagi menyampaikan ucapan beliau.Majlis mempersilakan...

, . .

= Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik R. Manogaran diatas ucapan beliau sebentar tadi.

= . .

Persembahan Murid (2)Seterusnya, mari sama-sama kita menenangkan halwa telinga di pagi yang indah ini dengan persembahan Choral Speaking daripada murid tahap 2 SJKT Jalan Bukit Renggam. Majlis dipersilakan. ,

Terima kasih atas persembahan yang amat menghiburkan sebentar tadi.

.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Kunang-kunang di atas bukit,Uratnya pula turun ke lembah,Bersenang-senang kami sedikit, kami hendak berdatang sembah.

.

Marilah kita sama-sama saksikan persembahan multimedia selembar imbauan kenangan En. Maniam A/L Ponnusamy sepanjang beliau berkhidmat.

. .

Selepas.

Ambil tali panjang tujuh,Minyak bercampur air mawar,Tuan laksana tali yang teguh,Boleh diambil jadi penawar.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cik B. Kala, pn.nor asyikin dan cik. Kanmani atas kerjasama beliau menyediakan persembahan multimedia sebentar tadi.

., puan norasyikin .

UCAPAN PERSARAAN DIRAIKAN

Raut wajah damai dan tenang, tiada terkalam kasih dijunjungJasa baktimu tetap dikenang, budi baikmu tetap disanjung

.

Para hadirin sekalian,Kini tibalah saat yang kita nantikan untuk menyampaikan ucap bicara mencurah rasa dari Yang Diraikan, Encik Maniam a/l Ponnusamy, Guru Besar SJKT Jln Bukit Renggam. Majlis mempersilakan tuan...

.

= Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada yang diraikan Encik Maniam a/l Ponnusamy diatas ucap bicara curahan rasa itu tadi.

Buah sena si buah berangan, mekar harum ditepian jambatanSenda gurau menjadi kenangan, jasamu tuan tak luput diingatan

Simpuh sila memintal benang, Benang dibawa mudik ke pekanWalau dilaman jauh dikenang, kami usah dilupakan.

.

PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PERSARAAN DAN CENDERAHATI

Memang tidak lengkap rasanya kalau yang akan berpisah, tidak kita berikan sesuatu tanda ingatan. Majlis beralih kepada acara penyampaian cenderamata. Dipersilakan En Manian a/l Ponnusamy tampil menerima cenderamata.

. .

Nota : Ikut senarai pemberi hadiah.

PENUTUPDengan acara penyampaian hadiah itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sekalung doa buan En. Maniam a/l Ponnusamy, dalam melalui kehidupan detik persaraan nanti. Semoga beliau akan hidup sihat sejahtera, tenang dan diberi kekuatan terbaik oleh Tuhan hingga akhir hayat.Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa baliJari disusun maaf dipintaPanjang umur bersua kembali.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum wbt.

. . . .