Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

download Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

of 25

Transcript of Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    1/25

    PENGENALAN

    Ini topik terakhir untuk modul ini. Tahniah kerana anda telah berjaya mengikutisebahagian besar kursus ini! Bersabar dan baca modul ini dengan tenang keranasebaik sahaja anda tamat topik ini, ia bermakna peperiksaan akhir akanmenjelang. Topik terakhir ini banyak memfokuskan kepada aspek daya ingatandan bagaimana untuk meningkatkan kapasiti maklumat khususnya dalampembelajaran motor.

    Memori, sebahagian daripada pemprosesan maklumat yang menyimpanmaklumat untuk mendapatkan semula, juga terlibat dalam persepsi. Memorimemainkan peranan penting dalam aktiviti harian kita. Sama ada dalam

    perbualan dengan rakan, penyelesaian masalah kerja harian atau semasa aktivitiriadah, kita menghadapi situasi yang memerlukan kegunaan memori untukmenghasilkan tindak balas. Memori adalah berkait rapat dengan pembelajaran.

    Apakah memori sebenarnya?

    Memori sering dirujuk sebagai penyimpanan atau peringatan. Dengan itu,memori selalu dianggap sebagai satu kebolehan mengingat.

    TTooppiikk

    1100 Memori dalam

    PembelajaranMotor

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan konsep model memori stor berganda (multi-store)secara umum;

    2. Menyatakan tiga peringkat pemprosesan maklumat; dan

    3. Membandingkan tiga jenis memori dalam konteks tempoh dankapasiti maklumat.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    2/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 257

    Apakah pendapat tentang memori?

    Memori sering diukur dengan ujian mengingat kembali dan bukti pengeluaransemula memori merupakan apa yang kita harapkan daripada seseorang individudalam merujuk apabila memori pembelajaran telah berlaku. Sebagai contoh, jikaanda mempelajari kemahiran servis tenis hari ini dan dapat melakukannyakeesokan hari, maka anda telah mengekalkan atau menyimpan sesuatu yangmembolehkan anda untuk mengingat kembali corak pergerakan servis tersebut.

    MODEL KONTEMPORARI MEMORI:MODEL STOR BERGANDA ATKINSONDAN SHIFFRIN

    Model memori menjelaskan kepada kita bagaimana memori dipercayaiberfungsi.

    Siapakah yang memperkenalkan model stor berganda?

    Menggunakan analogi komputer, mereka mengandaikan bahawa strukturmemori seharusnya sama seperti komputer. Mereka menganggap bahawaperisian (software) yang membolehkan komputer berfungsi merupakansebahagian daripada proses kawalan yang melibatkan proses memori seperti

    penyimpanan dan pengeluaran maklumat serta adalah di bawah kawalanseseorang.

    Komponen strukturalnya terdiri daripada:

    (a) Satu memori sensori;

    (b) Stor jangka masa pendek; dan

    (c) Stor jangka masa panjang.

    10.1

    Tulving (1985), seorang pengkaji dan ahli teori memori, telah menyatakan

    bahawa memori merupakan kapasiti yang membolehkan organisma untukmemperoleh faedah daripada pengalaman lepas mereka.

    Model stor berganda yang juga dikenali sebagai model memori Atkinson-Shiffrin pertama kali diperkenalkan oleh Atkinson dan Shiffrin pada tahun1968.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    3/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR258

    10.1.1 Model Memori Stor Berganda

    Model memori stor berganda merupakanmodel yang cuba menjelaskan

    bagaimana proses memori berfungsi. Anda mendengar, melihat dan merasapelbagai benda tetapi cuma sebilangan kecil sahaja diingati. Model ini pertamakali dikemukakan oleh Atkinson dan Shiffrin pada tahun 1968 dan telahdisokong oleh Clive Wearing. Lihat Rajah 10.1 dan 10.2 berikut.

    Rajah 10.1:Model Atkinson dan Shiffrin

    Rajah 10.2:Model stor berganda

    Organ deria mempunyai kebolehan yang terhad untuk menyimpan maklumat.Sistem visual akan memproses memori ikonik untuk rangsangan visual seperti

    bentuk, saiz, warna dan lokasi, dan bukan dalam bentuk maksud, sedangkansistem pendengaran mempunyai memori bergema (echoic) untuk rangsanganauditori.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    4/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 259

    Coltheart et al. (1974) telah mempertikaikan bahawa pembekuan seketika(momentary) input visual membolehkan kita memilih aspek di mana input harusditeruskan untuk pemprosesan memori seterusnya. Kewujudan memori sensori

    telah dikaji dan dijelaskan oleh Sperling (1960) dengan penggunaan takistoskop.

    Maklumat dipilih dengan tumpuan daripada memori sensori akan mara kememori jangka masa pendek. Ini membolehkan kita mengekalkan maklumatyang cukup lama untuk digunakan. Contohnya, melihat nombor telefon danmengingatinya untuk mendail nombor berkenaan.

    Mari kita lihat pandangan tentang memori jangka pendek yang berikut.

    Memori jangka masa panjang membenarkan pengekalan atau penyimpananmaklumat dan kemahiran dari minit ke sepanjang hayat. Memori jangka masapanjang mempunyai kapasiti tidak terhad untuk pengekalan atau penyimpananmaklumat tetapi ia tidak dapat diukur kerana ia akan mengambil masa terlalulama untuk melakukannya.

    Maklumat jangka masa panjang adalah dienkod terutamanya dalam bentukmaksud (memori semantik) seperti yang dijelaskan oleh Baddeley (1986, 1995). Ia

    juga mengekalkan atau menyimpan kemahiran dan bayangan.

    Semenjak Atkinson dan Shiffrin mengemukakan teori struktur memori, masalahutama teoretikal adalah untuk menentukan keadaan sebenar struktur ini.Sementara pendebatan berterusan mengenai struktur memori, terdapat satupersetujuan bahawa struktur memori seharusnya merangkumi komponenpenyimpanan memori yang berlainan. Tambahan kepada berfungsi sebagai satuperanan fungsional untuk apa yang dilakukan dengan maklumat dalam setiapkomponen.

    Salah satu pendekatan yang memenuhi ciri-ciri ini telah dicadangkan olehBaddeley (1986, 1995). Menurut pandangan beliau, memori dilihat dalam duakomponen fungsional iaitu (rujuk Rajah 10.3):

    (a) Memori kerja; dan

    (b) Memori jangka masa panjang.

    Memori jangka masa pendek boleh berkekalan atau disimpan antara 15

    hingga 30 saat sahaja, kecuali seseorang itu melatihnya.

    Peterson & Peterson 1959

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    5/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR260

    Rajah 10.3: Skematik memori kerja dan sistem memori jangka masa panjang dengansubsistem yang dikenal pasti bagi setiap anak panah mewakili sifat interaktif dua sistem

    Setiap komponen memori ditakrifkan berdasarkan fungsinya. Walaupunpelbagai fungsi berbeza telah dicadangkan, kita akan memberi tumpuan kepadatiga yang utama iaitu:

    (a) Memasukkan maklumat ke dalam memori, dirujuk sebagai prosespenyimpanan;

    (b) Mendapatkan maklumat daripada memori, dirujuk sebagai prosesmengeluarkan kembali; dan

    (c) Fungsi spesifik dalam setiap komponen.

    10.1.2 Memori Kerja

    Memori kerja perlu dianggap sebagai satu sistem yang menggabungkan ciri-ciridan fungsi tradisinya yang dikaitkan dengan:

    (a) Sensori;

    (b) Deria persepsi;

    (c) Tumpuan; dan

    (d) Memori jangka pendek.

    Sebelum anda meneruskan pembacaan, adalah digalakkan melayari

    laman web berikut:

    http://www.simplypsychology.pwp.blueyonder.co.uk/multi-store.html

    Pada laman web ini, anda perlu klik ke pautan multi-store modelpadabahagian memory PowerPoint. Muat turun dan ikuti penerangannya.Semoga ia boleh membantu anda meningkatkan kefahaman.

    AKTIVITI 10.1

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    6/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 261

    Apakah maksud memori kerja?

    Memori kerja beroperasi dalam semua situasi yang memerlukan kegunaan danpenyimpanan sementara dan proses perlaksanaan memori dan penghasilanrespons. Oleh itu, memori kerja merangkumi fungsi tradisional yang dianggapmemori jangka masa pendek. Begitu juga fungsi lain, kebiasaannya ia dikaitkandengan proses tumpuan. Rajah 10.4 berikut memaparkan model memori kerja.

    Rajah 10.4:Model memori kerja

    (a) Fungsi Memori KerjaMemori kerja boleh dianggap sebagai tempat di mana maklumat disimpanuntuk satu jangka masa pendek dan sebagai satu struktur aktif fungsional.

    Tahukah anda kegunaan ciri-ciri fungsional memori kerja?

    Memori kerja merupakan satu konstruk teoretikal dalam psikologi kognitif

    yang merujuk kepada struktur dan proses yang digunakan untukpenyimpanan sementara dan pemanipulasian maklumat.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    7/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR262

    Untuk melakukannya, memori kerja memainkan peranan kritikal dalam:

    (i) Membuat keputusan;

    (ii) Menyelesaikan masalah;

    (iii) Menghasilkan pergerakan; dan

    (iv) Melakukan penilaian serta fungsi memori jangka masa panjang.

    Merujuk kepada pengaruh ke atas fungsi memori jangka masa panjang,

    memori berkerja membekalkan aktiviti pemprosesan penting yangdiperlukan untuk pemindahan maklumat yang mencukupi kepada memorijangka masa panjang. Akhirnya fungsi memori berkerja adalah berfungsisebagai ruang kerja interaktif di mana pelbagai aktiviti pemprosesan memori

    boleh berlaku, seperti pengintegrasian maklumat dalam memori berkerjadengan maklumat yang dikeluarkan dari memori jangka masa panjang.

    Oleh kerana memori berkerja melibatkan kedua penyimpanan danpemprosesan maklumat, ia adalah penting untuk mengambil kira setiapfungsinya berasingan.

    Dalam penyimpanan maklumat, dua ciri memori berkerja penting yang perludifahami adalah:

    (i) Tempoh masa maklumat akan kekal dalam memori berkerja, dikenalisebagai tempoh; dan

    (ii) Jumlah maklumat yang akan berada dalam memori berkerja pada bila-bila masa, dikenali sebagai kapasiti.

    Penjelasan tempoh maklumat dalam memori bekerja adalah hasil daripadakajian ke atas memori jangka masa pendek yang dijalankan oleh Peterson (1959).

    Kajian beliau mendapati bahawa kita akan kehilangan maklumat dari memoriberkerja selepas 20 hingga 30 saat.

    Isu kapasiti dalam memori berkerja pada asalnya adalah dikemukakan olehGeorge Miller pada tahun 1956. Miller mendapati bahawa kita cumamempunyai kapasiti mengekalkan tujuh item, tolak campur dua item, sepertiperkataan atau nombor dalam penyimpanan jangka masa pendek. Untukmeningkatkan saiz sesuatu item dalam memori, ia melibatkan satu proseskawalan yang dikenali sebagai organisasi.

    Ciri-ciri fungsional memori kerja membenarkan manusia bertindak balasmengikut kepada permintaan dalam situasi sekarang.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    8/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 263

    PERINGKAT PEMPROSESAN MAKLUMAT

    Terdapat tiga cara untuk mengklasifikasikan memori iaitu berdasarkan:

    (a) Tempoh;

    (b) Sifat; dan

    (c) Pengeluaran kembali maklumat.

    Dari perspektif pemprosesan maklumat, terdapat tiga peringkat utama dalampembentukan dan pengeluaran kembali memori (lihat Rajah 10.5).

    Rajah 10.5:Tiga peringkat pembentukan dan pengeluaran kembali memori

    (a) Peringkat pengekodan atau pendaftaranPeringkat pertama ini di mana pemprosesan dan penggabungan maklumatyang diterima. Pengekodan merupakan proses input sensori fizikal kedalam memori seseorang. Ia merupakan peringkat pemprosesan maklumat

    10.2

    Rehat sebentar, layari laman web berikut dan uji memori berkerja anda:

    http://cognitivefun.net/test/4

    AKTIVITI 10.2

    SEMAK KENDIRI 10.1

    Terangkan secara ringkas model memori stor berganda

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    9/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR264

    yang pertama. Semasa proses pengekodan, maklumat mungkin diprosesadalah tentang ruang dan frekuensi melalui proses automatik.

    Tiga jenis pengekodan adalah seperti berikut:(i) Pengekodan visual:Ia merupakan pemprosesan imej;

    (ii) Pengekodan semantik: Ia merupakan pemprosesan makna,terutamanya makna perkataan; dan

    (iii) Pengekodan sentuhan: Ia merupakan pemprosesan bagaimana rasasesuatu dan biasanya melalui sentuhan.

    Pengekodan untuk simpanan jangka masa pendek dalam otak adalahbergantung kepada pendengaran dan bukannya daripada pengekodan

    semantik.

    (b) Peringkat penyimpananPeringkat pemprosesan maklumat yang kedua adalah peringkatpenyimpanan di mana perwujudan satu rekod maklumat kekal yang telahdienkod. Pada peringkat ini, maklumat disimpan sama ada di:

    (i) Memori sensori;

    (ii) Memori jangka masa pendek; atau

    (iii) Memori jangka masa panjang.

    (c) Peringkat pengeluaran kembali atau mengingat kembaliPeringkat akhir ini di mana maklumat dikeluarkan kembali dari simpanansebagai tindak balas terhadap rangsangan untuk digunakan dalam sesuatuproses atau aktiviti.

    Mari kita perhatikan teori pemprosesan maklumat oleh George Miller dalamRajah 10.6 berikut.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    10/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 265

    Rajah 10.6:Teori pemprosesan maklumat George Miller

    Peringkat pemprosesan memori dapat dilihat melalui struktur memori iaitu titikdi sepanjang kontinum yang dikenali sebagai pendekatan peringkatpemprosesan memori. Pendekatan ini telah dikemukakan oleh Craik danLockhart pada tahun 1972. Pendekatan mereka adalah menumpukan kepada

    aspek fungsional memori.

    Apa yang penting untuk mengingati maklumat, menurut pandangan ini ialahapa yang telah individu lakukan dengan maklumat berkenaan. Mereka telahmencadangkan hierarki peringkat pemprosesan yang akan dapat menjangkakankekuatan maklumat dalam memori dengan memastikan berapa dalamindividu itu telah memproses maklumat itu. Sekiranya individu itu cumamelihat sepintas lalu maklumat atau menumpukan perhatiannya cuma ke atasciri-ciri fizikal maklumat itu sahaja, maka kedalaman atau peringkatpemprosesan adalah sangat cetek. Misalnya, jika anda melihat sesuatu perkataandan tidak berusaha untuk mencari maksudnya.

    Sebaliknya, sekiranya individu itu memproses maklumat itu sehingga dapatkaitkan maklumat baru itu dengan apa yang telah diketahuinya, makakedalaman atau peringkat pemprosesan adalah sangat dalam. Pemprosesancetek adalah bersamaan dengan sensori atau penyimpanan jangka masa pendekdalam model Atkinson dan Shiffrin, manakala pemprosesan secara dalam adalah

    bersamaan penyimpanan jangka masa panjang.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    11/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR266

    10.2.1 Kontinum Memori

    Kontinum memori merupakan pendapat daripada Craik dan Lockhart (rujuk

    Rajah 10.7). Mereka berpendapat bahawa memori boleh dilihat dengan jelasdalam satu kontinum, dari satu titik di mana maklumat dalam memori adalahpaling sementara kepada yang paling tahan lama. Perhatikan bahawastruktur biasa memori yang ditunjukkan dalam Rajah 10.7 sebagai peringkatsimpanan.

    Rajah 10.7: Kontinum memori

    Dua pendekatan biasa digunakan untuk membezakan peringkat simpananditunjukkan dalam hubungan dengan kontinum memori tersebut. Ia telahditunjukkan bahawa dua ciri struktural ini iaitu tempoh dan kapasiti,membekalkan asas untuk menerima anggapan bahawa kita sebenarnyamempunyai maklumat tersedia ada untuk kita dalam memori pada berlainantempoh masa. Setiap ciri ini akan dibincangkan dalam bentuk perhubungannya

    dalam peringkat simpanan memori seseorang.

    Mungkin ciri yang paling unik pada model kontinum memori adalah simpananjangka masa panjang maklumat dalam situasi di mana tempoh dan kapasitisimpanan adalah infinit dan tidak terhad. Ciri ini sudah tentu berbeza daripadaperingkat simpanan jangka masa pendek yang lebih terhad.

    Untuk memudahkan perbincangan, implikasi teoretikal ke atas peringkatmemori difahami, rasional yang menyokong teoretikal pembahagian peringkatmemori ini akan menjadi lebih jelas. Kebolehan kita segera menggunakanmaklumat yang baru diberikan kepada kita, seperti nombor telefon daripadaoperator telefon atau arahan bagaimana melakukan servis rejaman dalam bolatampar, adalah hasil daripada simpanan maklumat ini dalam peringkatsimpanan jangka masa pendek. Pada peringkat memori ini, kedua-dua tempohmaklumat dan kapasiti maklumat memberi bukti bahawa fasa ini adalah berbezadaripada peringkat memori yang lain.

    (a) Simpanan jangka masa pendek dan tempoh maklumatPeterson dan Peterson pada tahun 1959 merupakan orang pertamamelakukan kajian ke atas tempoh maklumat dalam simpanan jangka masa

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    12/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 267

    pendek. Mereka mendapati kita sering kehilangan maklumat atau lupa darisimpanan jangka masa pendek selepas 20 hingga 30 saat.

    Kajian pertama dan mungkin kajian yang paling signifikan yang pernahditerbitkan berkaitan memori jangka masa pendek dan kemahiran motoradalah oleh Adams dan Dijkstra pada tahun 1966. Pada asasnya, ideamereka adalah jika maklumat verbal dalam memori simpanan jangka masapendek mempunyai tempoh yang lebih singkat, adakah maklumat motorpada peringkat memori ini mempunyai kesan yang sama? Hasileksperimen menunjukkan bahawa maklumat motor dan kinestetik akanhilang agak cepat dalam simpanan jangka masa pendek.

    Sejak itu, pendekatan Adams dan Dijkstra telah menjadi standard prosedur

    untuk kajian memori motor jangka masa pendek. Hasil kajian daneksperimen pada umumnya menyokong bahawa tempoh simpanan jangkamasa pendek maklumat kinestatik adalah antara 20 hingga 30 saat.Maklumat yang tidak kita proses selanjutnya atau latihan akan hilang.Dengan itu adalah penting kita memahami bahawa maklumat dalamsimpanan memori peringkat jangka masa pendek akan berkekalan seketikasahaja iaitu antara 20 hingga 30 saat sebelum ia mula hilang dari memori.

    (b) Simpanan jangka masa pendek dan kapasitiKita bukan sahaja mengambil berat tentang berapa lama maklumat akan

    berada di simpanan jangka masa pendek tetapi juga berapa banyakmaklumat kita boleh simpan dalamnya. Isu kapasiti dalam memori jangkamasa pendek adalah dikemukakan oleh George Miller pada tahun 1956,dalam satu artikel yang telah menjadi satu eksperimen klasik dalamkesusasteraan psikologi. Miller mengemukakan bukti yang menunjukkan

    bahawa kita mempunyai kapasiti untuk menyimpan hampir tujuh item,tolak campur dua item seperti perkataan atau nombor dalam simpanan

    jangka masa pendek.

    Untuk meningkatkan saiz sesuatu item dalam memori, ia melibatkan satuproses kawalan yang dikenali sebagai organisasi. Item yang besar atauketul yang diperkenalkan oleh Miller, memerlukan pemprosesanmaklumat melepasi peringkat simpanan jangka masa pendek. Oleh itu, iakelihatan bahawa dalam satu situasi mengingat kembali segera, kita bolehmengendalikan lima hingga sembilan item dengan mudah. Jumlah yangselebihnya akan meningkatkan kesilapan mengingat kembali.

    Untuk mentafsirkan kapasiti item tujuh campur tolak dua Miller kepadamaksud motor adalah satu tugasan yang tidak mudah. Wilberg danSalmela pada tahun 1973 telah mengambil kira masalah ini dalam

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    13/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR268

    kajiannya dengan menghendaki subjek-subjek mengingat kembali satuurutan dua, empat, enam atau lapan pergerakan dengan menggunakansatu kayu ria (joystik) dua dimensi.

    Hasil kajian menunjukkan bahawa lapan pergerakan kelihatan mewakilisatu jarak memori segera untuk memori motor jangka masa pendek.Malangnya kita mempunyai maklumat yang amat terhad mengenaikapasiti memori segera untuk pergerakan. Mungkin ia adalah lebih baikuntuk mengambil kira pengingatan kembali pergerakan sebagai satu aspekkognitif daripada proses motor. Jika ini benar, kita boleh menerimapendekatan item tujuh campur tolak dua Miller sebagai satu angkapenunjuk untuk membuat aplikasi lanjutan kepada situasi domain motorsetelah kita memahami lebih lanjut dengan proses memori sebagai latihan

    dan organisasi.

    (c) Meningkatkan daya ingatanSalah satu cara untuk meningkatkan daya ingatan ialah memindahkanmaklumat ke dalam simpanan jangka masa panjang. Ia memerlukan latihanterhadap maklumat tersebut. Proses kawalan ini membolehkan satu carapemprosesan maklumat ke tahap yang lebih sukar hilang atau lupa.

    Jika anda ingin mengingat kembali nombor telefon diberitahu oleh operatortelefon, anda akan mengingatinya dengan lebih baik sekiranya andamenyebut atau berlatihnya beberapa kali. Nombor telefon anda, alamat,poskod atau nombor kata laluan bank anda adalah biasa kepada anda. Jikaanda mengambil kira jumlah kali anda telah menggunakan nombor inidalam masa minggu, bulan atau tahun, anda akan menyedari bahawa satulatihan yang ekstensif telah pun berlaku. Dengan itu, maklumat ini telah

    berkekalan dalam sistem simpanan jangka masa panjang anda.

    Tempoh infinit dan kapasiti simpanan jangka masa panjang tidakbermaksud tidak ada unsur lupa. Kita tidak dapat elak daripadakehilangan memori. Lupaan merupakan satu persoalan mengeluarkankembali daripada satu masalah tidak mempunyai maklumat dalamsimpanan jangka masa panjang. Kita seakan-akan tidak dapat mencarilokasi di mana kita telah menyimpan maklumat tersebut. Ia seperti kitapergi ke perpustakaan di mana kad katalognya hilang. Buku yang andaperlu adalah dalam perpustakaan tetapi anda menghadapi satu masalah

    besar untuk mencari buku tersebut.

    Akhirnya kita dapat merumuskan bahawa struktur memori dapatditunjukkan sebagai satu kontinum yang boleh dicirikan dengan tempohmaklumat dalam memori dan dengan kapasiti maklumat disimpan dalam

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    14/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 269

    memori. Oleh itu, memori jangka masa pendek dan panjang adalah dirujuksebagai satu peringkat simpanan. Menurut peringkat pemprosesanmemori, peringkat di mana maklumat disimpan adalah bergantung kepada

    jumlah pemprosesan maklumat berkenaan oleh individu tersebut.Peringkat simpanan memori jangka masa pendek adalah terhad tempohnyaiaitu antara 20 hingga 30 saat dengan kapasiti yang terhad, iaitu limahingga sembilan item atau ketul. Peringkat simpanan jangka masa panjangmempunyai tempoh dan kapasiti maklumat yang tidak terhad.

    JENIS ATAU KOMPONEN MEMORI

    Perhatikan Rajah 10.8 berikut, apa yang anda lihat? Uji memori anda yang manasatukah yang lebih anda ingat? Wajah atau perkataan liar?

    Rajah 10.8:Wajah atau "liar"Sumber:http://www.nwlink.com

    10.3

    SEMAK KENDIRI 10.2

    Terangkan secara ringkas peringkat pemprosesan maklumat.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    15/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR270

    Memori merupakan perkara yang penting dalam semua hal apatah lagi semasabelajar. Kebolehan untuk belajar tidak dapat diteruskan tanpanya. Memoriadalah dirujuk sebagai pengekalan atau penyimpanan dan seterusnya

    pengeluaran kembali maklumat. Memori biasanya diukur dengan ujianpengenalpastian dan mengingat kembali.

    Memori dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

    (a) Sensori;

    (b) Jangka masa pendek; dan

    (c) Jangka masa panjang.

    Secara ringkasnya, jenis atau komponen dalam sistem memori dapat

    digambarkan dalam Rajah 10.9 berikut.

    Rajah 10.9:Jenis atau komponen sistem memori

    10.3.1 Memori Sensori

    Memori sensori merupakan aspek periferi bagi sistem memori di mana ia terletakdi lapisan paling luar. Ia menyimpan sementara maklumat yang diterima olehorgan sensori sehingga dikesan oleh individu. Fungsi utama ialah untukmengenal pasti rangsangan yang dikesan oleh reseptor sensori tetapi tidakmenyimpan lama maklumat yang telah dikenal pasti.

    Jangka masa yang digunakan untuk menyimpan maklumat persekitaran yangdikesan ialah di antara 200 hingga 250 milisaat. Pemprosesan maklumat pada

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    16/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 271

    peringkat ini berlaku secara selari atau serentak. Sekiranya maklumat yangdikesan tidak diproses, maklumat tersebut akan hilang dan maklumat baru akandikesan. Jika maklumat yang dikesan adalah maklumat yang bermakna dan

    diperlukan untuk menghasilkan lakuan, maklumat yang diproses tersebut akandi hantar ke komponen yang kedua, iaitu memori jangka pendek atau lebihdikenali sebagai memori kerja.

    10.3.2 Memori Jangka Pendek

    Apakah memori jangka pendek?

    Ia berfungsi untuk membolehkan seseorang bertindak balas mengikut keperluanatau kehendak semasa situasi berlangsung. Komponen ini mengawal aktivitipemprosesan maklumat yang boleh digunakan untuk maklumat yang relevan.Untuk melakukan tugas ini, memori kerja memainkan peranan yang kritikaldalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah, penghasilan dan penilaianpergerakan, dan fungsi memori jangka panjang.

    Dengan mengambil kira ia mempengaruhi fungsi memori jangka panjang,memori kerja menyediakan aktiviti pemprosesan penting yang diperlukan untukpemindahan maklumat yang mencukupi ke dalam ingatan jangka panjang.Seterusnya, perkara yang paling penting untuk diberi perhatian bahawa memorikerja adalah fungsi penting untuk bertindak sebagai ruang kerja yang interaktifdi mana pelbagai aktiviti pemprosesan memori boleh berlaku, sepertimengintegrasikan maklumat dalam memori kerja dengan maklumat yang telahdiambil dari memori jangka panjang.

    Walau bagaimanapun, kapasiti penstoran maklumat masih terhad iaitu tujuhhingga sembilan item dalam satu masa dan boleh kekal dalam tempoh 20 hingga30 saat sahaja. Untuk meningkatkan keupayaan kapasiti, maklumat yangdiperoleh perlu diulang dan dihubungkaitkan dengan item lain yangmempunyai kaitan.

    Memori jangka pendek uga dikenali sebagai memori kerja ialah satu tempat

    di mana maklumat disimpan untuk masa yang singkat dan struktur aktifyang berfungsi.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    17/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR272

    10.3.3 Memori Jangka Panjang

    Apakah memori jangka panjang?

    Ini adalah komponen memori yang mengandungi maklumat mengenai peristiwalepas yang spesifik serta pengetahuan umum kita mengenai persekitaran.

    Dari segi tempoh maklumat dalam memori jangka panjang, ia diterima secaraumum bahawa maklumat itu disimpan agak kekal dalam memori jangkapanjang. Biasanya, maklumat yang terlupa yang disimpan dalam memori jangkapanjang adalah di sana tetapi individu berkenaan mempunyai kesukaran untukmengingatinya.

    Dengan mengambil kira kapasiti memori jangka panjang, ia secara umumnyabersetuju bahawa terdapat kapasiti maklumat dalam memori jangka panjangyang secara relatif adalah tidak terhad. Malah, kita tidak tahu berapa banyakseseorang boleh menyimpan maklumat dalam ingatan serta bagaimana untuk

    mengukur kapasiti memori jangka panjang. Kapasiti tanpa had membawakepada masalah yang unik. Sebagai contoh, organisasi maklumat dalam ingatanmenjadi lebih kritikal dalam sistem kapasiti yang tidak terhad berbandingdengan satu kapasiti yang terhad. Oleh itu, terdapat keperluan untuk memahami

    bagaimana orang menganjurkan maklumat yang disimpan dalam ingatan jangkapanjang.

    Dari segi tempoh maklumat dan ciri-ciri keupayaan, ia menjadi jelas bahawamemori jangka panjang adalah berbeza daripada memori kerja. Satu lagi ciriyang berbeza memori jangka panjang ia jenis maklumat yang ia disimpan.

    Terdapat tiga jenis maklumat yang disimpan dalam memori jangka panjang ini.

    Tulving (1985) mencadangkan sekurang-kurangnya terdapat sistem atau jenismaklumat yang disimpan dalam memori jangka panjang iaitu:

    (a) Memori prosedurMemori prosedur menyimpan maklumat mengenai kemahiran motor.Sistem ini menggunakan maklumat tentang bagaimana untuk melakukansesuatu. Memori prosedur memudahkan penghasilan tingkah laku tertentuyang mencapai matlamat spesifik, berdasarkan tindak balas yang dipelajari.

    Memori jangka panjang atau juga dikenali sebagai memori stor adalahkomponen dalam sistem struktur memori yang bertindak sebagai sebuahrepositori penyimpanan yang secara relatif kekal untuk menyimpanmaklumat.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    18/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 273

    Memori prosedur boleh dianggap sebagai pengetahuan prosedur(procedural knowledge), di mana pengetahuan prosedur adalahpengetahuan yang membolehkan seseorang tahu bagaimana untuk

    melakukan kemahiran tetapi pengetahuan ini biasanya adalah sukar untukdinyatakan secara lisan.

    (b) Memori episodikDisimpan di dalam sistem memori episodik adalah peristiwa spesifik yangtelah dialami oleh individu dengan perkaitan waktu. Memori episod bolehdiungkapkan secara lisan, emosi dan tingkah laku motor.

    (c) Memori semantikMemori semantik sistem menyimpan maklumat tentang persekitaran

    umum yang telah terbina dari masa ke masa.

    Memori episodik dan memori semantik dianggap sebagai pengetahuandeklaratif, di mana ia adalah pengetahuan yang menjelaskan tentang "apa yangperlu dilakukan" dalam situasi. Pengetahuan ini biasanya boleh dinyatakansecara lisan.

    Satu perkara penting yang menghubungkan ketiga-tiga sistem memori ini dengankawalan motor adalah keistimewaan antara mengetahui apa perlu dilakukan danmampu melakukan sesuatu aksi dengan jayanya. Ada beberapa ahli teoripembelajaran berpendapat, maklumat dalam sistem memori episodik dan semantikseharusnya dianggap sebagai pengetahuan deklaratif. Pengetahuan ini adalahditakrifkan sebagai apa yang boleh kita gambarkan (declare) jika kita diminta

    berbuat demikian.

    Oleh itu, pengetahuan deklaratif adalah khusus kepada mengetahui apa yang perludilakukan dalam sesuatu situasi. Pengetahuan jenis ini adalah berbeza daripadapengetahuan prosedural, yang tidak dapat dinyatakan secara lisan. Sepertidijelaskan terlebih dahulu, pengetahuan prosedural membolehkan seseorang untukmengetahui bagaimana melakukan sesuatu kemahiran.

    INGATAN DAN LUPAAN

    Pelbagai sebab yang wujud untuk menjelaskan lupaan. Empat istilah perludikenal pasti dan diberi definisi sebelum perbincangan mengenai lupaan dibuatdengan lebih mendalam lagi seperti disenaraikan dalam Jadual 10.1.

    10.4

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    19/25

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    20/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 275

    seseorang adalah untuk mengenal pasti tindak balas betul denganmembezakan ia daripada beberapa alternatif. Dalam domain lisan,ujian aneka pilihan atau padanan contoh ujian kenal pasti. Sebagai

    contoh, anda boleh ditanya, "Yang manakah satu daripadanya adalahtulang tangan?" Anda akan diberikan empat pilihan jawapan untukdipilih, di mana hanya satu adalah betul.

    Untuk menjawab soalan ini, anda hanya perlu untuk kenal pasti yangmanakan merupakan alternatif yang betul, atau yang alternatif tidak

    betul. Bagi kemahiran motor, satu contoh untuk ujian kenal pastipergerakan akan memerlukan seseorang menghasilkan beberapapergerakan yang berbeza dan kemudian bertanya yang manadaripada ini paling sesuai untuk keadaan tertentu.

    Dalam segi pembelajaran dan melaksanakan kemahiran motor, kitasering berhadapan dengan ujian ingat semula dan ujian kenal pasti,kadangkala dalam situasi yang sama. Dalam konteks sukan, apabilapemukul dalam permainan sofbol mesti memutuskan sama ada atautidak untuk membuat ayunan memukul.

    Dalam situasi ini, dia terlibat dalam ujian kenal pasti apabila menentukansama ada bola berada dalam zon memukul atau tidak. Kemudian untukmenghasilkan ayunan yang sesuai, pemukul mesti ingat apa yang perludilakukan untuk melaksanakan tindakan ini dan kemudian dapatmengenal pasti jika ayunan yang telah dimulakan adalah sesuai untukmemukul bola yang telah dilemparkan.

    (b) Ujian memori implisitBanyak kali orang mempunyai maklumat yang disimpan dalam ingatantetapi ia disimpan dalam apa-apa cara yang mereka mempunyai kesukaranmengakses maklumat itu supaya mereka boleh bertindak balas dengan

    betul pada ujian ingatan eksplisit. Situasi ini adalah amat relevan untukmemori prosedur yang kita dibincangkan sebelum ini sebagai salah satu

    daripada sistem memori jangka panjang.

    Bagi kemahiran motor, kita boleh menilai memori implisit dengan memintaseseorang secara lisan menerangkan bagaimana untuk melaksanakankemahiran dan kemudian meminta dia melaksanakannya. Seperti yangsering berlaku, terutamanya dengan individu yang berkemahiran tinggi,mereka berjaya melaksanakan kemahiran tetapi tidak boleh secara lisanmenggambarkan apa yang dia lakukan.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    21/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR276

    Sebagai contoh, jika anda ditanya secara lisan menerangkan bagaimanaanda mengikat tali kasut anda tanpa menggunakan tangan anda, andamungkin tidak dapat melakukannya atau anda mungkin mengalami

    beberapa kesukaran melakukannya. Adakah ini bermakna anda tidak tahubagaimana untuk mengikat tali kasut anda atau yang anda telah terlupabagaimana untuk mengikat kasut anda? Tidak, dari segi perbezaansebelum ini, kita antara pengetahuan prosedur dan deklaratif. Ia bermakna

    bahawa anda tidak mempunyai akses kepada, atau akses segera kepengetahuan deklaratif anda tentang kasut mengikat.

    Bagaimana anda akan menyediakan bukti bahawa anda tahu bagaimanauntuk mengikat kasut anda? Anda secara fizikal atau amali akanmenunjukkan mengikat kasut anda di mana akan menunjukkan bahawa

    anda mempunyai pengetahuan prosedur yang perlu untuk melaksanakankemahiran ini.

    Terdapat dua teori asas lupaan iaitu (Shea, Shebilske dan Worchel, 1993):

    (i) Teori kerosakan jejak(tr ce dec y theory)Teori kerosakan jejak merujuk kepada tanggapan bahawa seseorang

    boleh lupa apabila sambungan saraf yang terlibat dalam memoritidak cukup kuat dan sambungan "mereput" berlaku dari semasa kesemasa.Teori gangguan(interference theory)Teori gangguan menyokong tanggapan bahawa lupa berlaku keranamemori lain menghalang atau mengganggu dengan memori yangseseorang itu cuba untuk mengesan. Ada dua jenis gangguan iaitu:

    Perencatan proaktif

    Apabila sesuatu yang baru dipersembahkan, kenangan lamamengganggu pembelajaran baru. Ini boleh disebabkan olehperencatan proaktif. Sebagai contoh, seorang individu telah

    belajar untuk membaling bola lurus dalam boling. Dalam usahauntuk individu memperoleh permainan yang sempurna (300

    mata), balingan bola lencung (hook) perlu dipelajari. Apabilabalingan bola lencung bola ia diajar tetapi kerana persamaandengan balingan bola lurus dalam banyak rentak dan corak,memori bola lurus bertindak secara proaktif menghalangpembelajaran balingan bola lencung.

    Perencatan retroaktifDalam perencatan retroaktif, pembelajaran yang baru telahdiganggu dengan telah memori yang telah lama. Seorang individutelah belajar untuk membaling bola lurus dan mempunyai

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    22/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 277

    kesukaran pembelajaran membaling bola lencung, jadi diamemutuskan untuk kembali ke membaling bola lurus. Apa yangmengejutkan, dia kini mempunyai kesukaran membaling bola

    lurus.

    10.4.2 Strategi untuk Meningkat Prestasi Memori

    Dalam usaha untuk mengatasi lupa, ia adalah penting untuk memahamikeberkesanan strategi yang digunakan dalam perkembangan memori.

    Strategi yang berikut (mnemonik) telah didapati berkesan apabila diaplikasikandengan kanak-kanak dan dewasa:

    (a) Pelabelan;(b) Latihan atau raptai; dan

    (c) Organisasi.

    Pelabelan, menyediakan ringkas, imej yang bermakna pergerakan melalui verbalatau lisan, boleh membantu dalam prestasi. Raptai atau latihan, atau secara aktifmelaksanakan pergerakan, mempunyai manfaat yang besar kepadapembangunan ingatan kerana ia menggabungkan latihan dengan pengalaman.

    Apabila berlatih lagu di piano (fizikal), menyanyi melodi (lisan) dan melihat jarimenekan papan kunci yang sesuai (secara mental) boleh membantu seseoranguntuk membangunkan satu pengalaman memori bersepadu untuk perbandinganpada masa hadapan hadapan. Strategi organisasi digunakan untukmenggabungkan maklumat bermakna dalam usaha untuk mengurangkanpermintaan kognitif. Istilah lain untuk strategi ini ialah pengelompokanchunking

    ). Dengan mengumpulkan dan pengekodan, maklumat menjadi lebihterkawal, dengan ini individu mudah dapat memahami dan ingat konsep urutan.

    Jelaskan secara ringkas perbezaan antara memori sensori, memori jangkamasa pendek dan memori jangka masa panjang dalam konteks tempohdan kapasiti maklumat.

    SEMAK KENDIRI 10.3

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    23/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR278

    Memori sensori, jangka masa pendek dan jangka masa panjang merupakan

    satu komponen pemprosesan maklumat yang menyimpan maklumat.

    Memori sensori menyimpan maklumat seketika sahaja sebelum ianyadiproses ke memori jangka masa pendek.

    Memori jangka masa pendek merupakan satu stesen untuk latihan maklumatpasif.

    Memori berkerja merupakan bahagian aktif memori jangka masa panjang.

    Memori jangka masa panjang merupakan satu jenis memori yang

    menyimpan maklumat dengan kekal.

    Latihan merupakan perlakuan sesuatu pergerakan berulang kali.

    Memori prosedural merupakan tempat penyimpanan maklumat berkaitankemahiran motor yang berhubung dengan bagaimana untuk melakukansesuatu.

    Memori semantik merupakan tempat penyimpanan maklumat mengenaipersekitaran umum yang dibentuk dari semasa ke semasa.

    Model stor berganda merupakan satu paradigma struktur memori yangmenggunakan satu perkakasan (hardware) komputer dan analogi perisiansebagai di bawah kawalan seseorang individu, mempermudah pengaliranmaklumat yang disimpan dan dikeluarkan semula.

    Teori tahap pemprosesan menjelaskan individu melalui kawalan tumpuan,menentukan kedalaman pemprosesan dengan menentukan kesignifikan danperhubungannya dengan maklumat yang diingatinya sebelum ini.

    AKTIVITI 10.3

    Anda digalakkan melayari laman web berikut untuk menambahkanbahan bacaan:

    http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/learning/memory.html#Sensory

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    24/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 279

    Pengekodan merupakan proses memori yang melibatkan transformasimaklumat yang akan diingat ke dalam bentuk yang boleh disimpan dalammemori.

    Pengeluaran semula adalah proses memori melibatkan carian melaluimemori jangka masa panjang untuk maklumat yang diperlukan untukmelakukan sesuatu tugasan yang diberi.

    Ujian peringatan adalah satu ujian memori eksplisit yang memerlukanseseorang menghasilkan tindak balas yang dikehendaki.

    Latihan

    Memori

    Memori berkerja

    Memori jangka masa pendek

    Memori jangka masa panjang

    Memori prosedural

    Memori semantik

    Memori sensori

    Model stor berganda

    Pengekodan

    Pengeluaran semula (retrieval)

    Persepsi

    Teori tahap pemprosesan

    Ujian peringatan

    Adams, J. A., & Dijkstra, S. (1996). Short term memory for motor responses.Journal of Experimental Psychology, 71, 314-318.

    Atkinson, R. C., & Shiffrin, R. M. (1968). Chapter: Human memory: A proposed

    system and its control processes. In Spence, K. W.; Spence, J. T. Thepsychology of learning and motivation, 2, pp. 89-195. New York, NY:Academic Press.

    Baddeley, A. D. (1986). Working memory. New York, NY: Oxford UniversityPress.

    Baddeley, A. D. (1996). Exploring the central executive. Quaterly Journal ofExperimental Psychology, 49A, 5-28.

  • 8/12/2019 Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor

    25/25

    TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR280

    Coltheart, M., Pattrson, K., & Marshall, J. C. (1980). Deep dyslexia. London:Routledge and Kegal Paul.

    Craik, F. I. M., & Lockhart, R. S. (1972). Levels of processing: A framework of

    memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behaviour, 11,671-684.

    Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton.

    Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications(7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.

    Peterson, L. R., & Peterson, M. J. (1959). Short-term retention of individual verbalitems.Journal Experimental Psychology, 58, 193-198.

    Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neuropsychological approach.

    Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd

    ed.).Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.

    Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: HumanKinetics.

    Shea, C. H.; Worchel, S., & Sheldiske, W. L. (1993). Motor learning and control.New York, NY: Prentice Hall.

    Shiffrin, R. M., & Atkinson, R. C. (1967). Storage and retrieval procession long-

    term memory. Psychological Review, 76, 179-193.Sperling, G. (1960). The information available in brief visual presentations.

    Psychological Monographs: General and Applied, 74 (11, Whole No. 498).pp. 1-29.

    Tulving, E. (1985a). How many memory systems are there? AmericanPsyscholigst, 40, 385-398.

    Tulving, E. (1985b). Memory and consciuousness. Canadian Psychology, 26, 1012.

    Wilberg, R. B., & Salmela, J. (1973). Information load and response consistency insequential short-term memory. Perceptual and Motor Skills, 37, 23-29.