Makanan Tradisional Orang India.doc

4
Makanan Tradisional Orang India Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana- mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia

Transcript of Makanan Tradisional Orang India.doc

Page 1: Makanan Tradisional Orang India.doc

Makanan Tradisional Orang India

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.

 Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua

orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. 

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

   Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Page 2: Makanan Tradisional Orang India.doc

Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Namun kini, ia semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. 

Selain itu, makanan sejenis kuih yang terkenal dikalangan masyarakat India ialah kuih Vadai atau (vada, wade, vade, ) yang disebut sebagai ‘Wah-dei’. Kuih ini merupakan sejenis makanan yang datangnya dari India Selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat daripada dal dan kentang. Ia enak dimakan dengan adanya hirisan cili hijau, daun kari, dan bawang merah dicampurkan sekali.

Page 3: Makanan Tradisional Orang India.doc

Ulundu Vadai pula merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang ditengah. Ia sedap dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap

dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka,Malaysia dan Singapura sebagai snek.

Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan

tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia danSingapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang.

Page 4: Makanan Tradisional Orang India.doc