PERUBATAN TRADISIONAL

21
PERUBATAN TRADISIONAL Perubatan cara trdisional adalah warisan turun temurun . Ia telah bermula pada nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan , keadaan atau cara telah dilakukan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesanan .Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga. Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan negara ini.Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin canggih.Malahan dalam beberapa jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada perubatan moden. Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat hariini kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan dan pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan begitu kencang bertiup. Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit bermula daripada lebihan kecairan ,racun dan pengaruh makhluk halus.Kalau hendak menyembuhkan penyakit yang sebegitu rupa ,amalan perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih gagal mngubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib ,misalnya santau ,histeria atau rasukan hantu. Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika waktu,muntah darah atau menjerit- jerit .Penyakit –penyakit ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden.Kaedah perubatan tradisional memang berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini.Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan seperti ini.

Transcript of PERUBATAN TRADISIONAL

Page 1: PERUBATAN TRADISIONAL

PERUBATAN TRADISIONAL Perubatan cara trdisional adalah warisan turun temurun . Ia telah bermulapada  nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan , keadaan atau cara  telah dilakukan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesanan .Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati  daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.           Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu  perubatan yang penting  kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan   taraf kesihatan negara ini.Perubatan tradisional masih diperlukan  biarpun dunia perubatan  semakin canggih.Malahan dalam beberapa  jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan   daripada perubatan moden.       Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat  hariini  kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional   masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan  dan pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme  dan saki baki  kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan  begitu kencang bertiup.         Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit  bermula  daripada lebihan kecairan ,racun  dan  pengaruh makhluk  halus.Kalau  hendak menyembuhkan penyakit yang sebegitu rupa ,amalan perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih gagal mngubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib ,misalnya santau ,histeria atau rasukan hantu.           Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika waktu,muntah darah atau menjerit-jerit .Penyakit –penyakit  ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden.Kaedah perubatan tradisional memang  berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini.Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan seperti ini.          Perubatan tradional  masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya .Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,lelah ,lumpuh ,patah tulang  dan  penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan perubatan  tradisional  jika dibandingkan dengan perubatan moden.         Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan  yang baik ,khasnya dalam mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden.Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .         Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat .Manakala di kalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal  sejak zaman berzaman lagi.Kedua-dua  jenis perubatan

Page 2: PERUBATAN TRADISIONAL

ini mujarab bagi beberapa penyakit  seperti darah tinggi ,sakit lelah dan lumpuh .Tambahan pula rawatan  akupunktur boleh menggantikan  ubat bius dalam proses  pembedahan.             Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan  tradisional .Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit  ayng berbahaya .Dan perubatan tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan  kejayaan rawatan dan penemuan  khasiat ubatan  tradisional yang mujarab .Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan  untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS ,penagihan dadah ,kencing manis dan penyakit mental.Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden.Untuk penyakit  hilang akal atau gila umpamanya ,terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya.                      Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan tradisional ,bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden.Dalam penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional .Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan .          Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum mampu hendak  membiayai belanja dan kos perubatan moden.Bayaran perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden.Maksudnya kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden ,kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan  oleh orang ramai.Contohnya kos sebanyak RM20,000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan laser.        Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat ,tetapi dengan kos yang tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya ?Bagi rawatan tradisional ,bayarannya  murah kerana  perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan .Maka ,bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit  .Dari segi rawatan  pula ,perubatan tradisional tidak diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit ,tetapi perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.            Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga  ubat-ubatan  tradisional yang murah.bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.        Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk Di negara ini.Perubatan  cara ini  bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja, malahan oleh masyarakat lain seperti  India  dan Cina.Semua kaum  mempunyai sistem  rawatan tradisional masing-masing.          Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan  daripada Bomoh atau dukun Melayu, sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan  daripada sinseh dan bomeh  Cina .Ini membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh

Page 3: PERUBATAN TRADISIONAL

masyarakat dan tidak  terhad kepada sesuatu kaum sahaja.Hakikat  bahawa amalan ini adapada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk  menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.      Selain itu sistem  rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini  masih diperlukan di negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal  di pedalaman dan masih tertinggal dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek moyang  sejak zaman-berzaman lagi.          Dalam semua jenis penyakit,mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya.Kepercayaan ini  telah dibuktikan benar melalui  pengalaman sehari-harian mereka .Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak boleh disembuhkan.                    Kesimpulannya,kemajuan ilmu dan materialistik yang  kita  capai, Kita tidak seharusnya menyebabkan kita melupkan  sistem  perubatan Tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dan kehidupan manusia.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang .Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meninggikanmutu perubatan di negara ini. RujukanIntroductiun . traditional medicine John L.Vancat 1970, Pretice Hall

Perubatan Tradisional dan Moden20 August 2004

Dalam kehidupan moden, yang lama dianggap lapuk dan tidak lagi berguna. Maka atas dasar itu, yang lama terus tersisih, tidak diperlukan malah enggan mempedulikannya kerana kononnya mendakwa yang moden itu mempunyai prinsip terbaik dan diterima umum.

Begitu halnya dengan sistem perubatan tradisional yang telah ditinggalkan zaman kerana kebanyakan pengamal perubatan hari ini, malahan orang ramai sendiri lebih memberikan tumpuan dan mengutamakan sistem perubatan alopati (moden) yang dikatakan lebih berjaya berbanding dengan sistem perubatan tradisional.

Perubatan moden yang berasaskan kepada kepakaran pengamalnya di samping penggunaan peralatan canggih, umpamanya jarum suntikan, ubat-ubatan secara mekanikal, alatan pembedahan, teknologi komputer dan sebagainya yang dikatakan dapat mengesan dan merawat sesuatu jenis penyakit yang dihadapi oleh pesakit dengan pantas. Namun, tanpa kita sedari bahawa terdapat juga beberapa kelemahan ketara sehinggakan sesetengah penyakit tidak dapat dirawat dengan sempurna, pesakit mendapat kesan sampingan dan ada yang menemui maut berpunca dari beberapa faktor tertentu.

Page 4: PERUBATAN TRADISIONAL

Amat malang sekali, sistem perubatan tradisional tidak mempunyai ruang untuk menyumbang jasa walaupun sebelum kehadiran sistem perubatan moden merampas takhta dunia perubatan, sistem perubatan tradisional turut memainkan peranan penting dalam menangani dan membendung masalah penyakit sehinggakan penyakit-penyakit yang kronik dapat diubati dengan sempurna menyebabkan pesakit-pesakit yang pernah menjadi mangsanya dapat hidup dengan sempurna.

Istilah sistem perubatan tradisional ialah sistem penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bomoh, bidan, dukun, singseh, penyembuh yang menggunakan ayurveda, sidha serta pengamal perubatan di kalangan orang-orang asli.

Malaysia sebuah negara yang terdiri dari berbilang kaum turut melahirkan pengamal-pengamal perubatan tradisional termasuk Melayu, Cina, India dan orang asli. Kebanyakannya menggunakan sumber alam seperti tumbuh-tumbuhan yang berasaskan kepada akar-akar kayu, buah, kuduk, badang dan daun sebagai ubat-ubatan asli yang masih segar selain penggunaan tumbuh-tumbuhan herba dan ulam dalam usaha untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang merupakan beberapa konsep sepadu dalam dunia perubatan tradisional.

Amalan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan urutan refleksi yang menggunakan kepakaran dalam ilmu saraf tradisi adalah gabungan yang mantap sehingga pesakit dapat merasai kehebatan dan luar biasanya sistem perubatan berkenaan.

Namun, apabila wujudnya sistem perubatan moden yang diasas dan ´dihebohkan´ oleh saintis dan pengamal perubatan Barat, sistem perubatan tradisional tidak lagi diiktiraf dan pergerakannya terus dihalang oleh undang-undang kesihatan. Sedangkan tanpa disedari umum, sistem perubatan tradisional adalah pengasas dan pelopor asal dunia perubatan. Sebaliknya sistem perubatan moden yang sering dibangga-banggakan oleh perubatan Barat dan segelintir masyarakat moden hari ini adalah cedokan dan saduran dari perubatan tradisi masyarakat dahulu yang kemudiannya disesuaikan menurut kehendak sistem perubatan hari ini.

Melalui sistem perubatan moden kebanyakan pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang teruk, rawatannya memerlukan pebelanjaan yang terlalu mahal. Jika mangsanya ialah golongan yang berkemampuan, ia tidak menjadi masalah tetapi bagaimana pula dengan golongan yang berpendapatan rendah?

Satu hal yang perlu diutarakan ialah, perubatan moden banyak menggunakan kaedah rawatan menggunakan ubat-ubatan umpamanya dalam bentuk pil, kapsul mahupun dalam bentuk cecair. Kesemuanya ubat-ubatan yang dihasilkan mengandungi bahan-bahan kimia yang secara langsung atau tidak, boleh menimbulkan kesan sampingan terhadap pesakit, menyebabkan alahan dan mungkin boleh melumpuhkan sistem imun dalam tubuh manusia. Ini kerana, ubat-ubatan yang berasaskan kepada bahan-bahan kimia akan lebih beracun jika berlakunya kecuaian dan aspek penjagaanya yang tidak diberikan keutamaan.

Malah sesuatu yang mengerikan ialah apabila seseorang pesakit itu memerlukan pembedahan. Konsep pembedahan yang cermat dan sentiasa berhati-hati mungkin tidak akan menimbulkan sebarang masalah dan dapat menghadapi risiko yang bakal wujud. Namun jika berlakunya kecuaian yang berpunca dari tidak menumpukan kepada kerja dengan sepenuhnya atau bersikap sambil lewa, pesakit akan menjadi mangsa. Keadaan ini menimbulkan kesukaran dan tentunya boleh menakutkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat perubatan berkenaan.

Page 5: PERUBATAN TRADISIONAL

Di Malaysia, sistem perubatan tradisional lagaknya kurang mendapat tempat dalam mewujudkan keseimbangan kesihatan yang sepatutnya diperolehi oleh setiap pesakit. Keadaan ini bukan sahaja didorong oleh kekangan undang-undang kesihatan tetap juga sikap di kalangan sesetengah pengamal perubatan moden itu sendiri termasuk beberapa pandagan oleh penulis pro-perubatan moden dan iklan-iklan yang disebarkan melalui risalah dan juga dalam media-media cetak elektronik.

Dalam dunia global hari ini yang sering berubah, sudah nampak beberapa negara yang seolah-olah ingin kembali kepada sistem perubatan tradisional. Ini kerana konsep perubatan moden yang kerap menemui kegagalan apabila khidmatnya untuk merawat pesakit sering mengalami masalah. Telah ramai saintis moden yang menyedari bahawa, rawatan secara tradisi menggunakan kaedah alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, serangga dan hidupan kecil mampu menjadikannya penawar dan pesakit yang malang dapat hidup lebih lama.

Contoh yang paling jelas ialah apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kumpulan pertubuhan kesihatan lain turut menyedari bahawa perubatan tradisional memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan orang ramai pada masa lalu dan untuk masa hadapan. WHO sendiri sedang giat menggalakkan perubatan tradisional sebagai satu komponen sistem kesihatan negara yang penting.

Kebanyakan negara telah kembali kepada sistem perubatan tradisional kerana konsep dan amalan yang wujud dalam rawatan tradisional tidak menyusahkan dan tidak menakutan pesakit. Malah orang ramai menerimanya sebagai rawatan yang terbaik sama ada boleh dilakukan sendiri dengan nasihat, tunjuk ajar atau dengan bantuan pengamalnya. 

Di Singapura, hampir seorang bagi setiap lapan orang rakyatnya memilih untuk rawatan tradisional berbanding perubatan Barat. Di China, sistem perubatan tradisional diiktiraf secara rasmi dan disatukan ke dalam sistem penjagaan kesihatan. Di Vietnam, kerajaan menggalakkan setiap keluarga menanam sekurang-kurangnya 12 daripada 58 tanaman berubat di rumah masing-masing.

Tahun lalu, India menggandakan belanjawannya untuk menggalakkan amalan perubatan tradisional seperti ayurveda, sidha, unani, naturopati, ubatan dari Tibet dan homeopati. Kementerian Kesihatan juga telah meminta semua menteri untuk mengenalpasti sistem perubatan tradisional untuk membiayai belanja perubatan pekerja dalam sektor kerajaan.

Maka apabila dilihat kepada jasa dan sumbangan sistem perubatan tradisional terhadap kemampuannya mengubati pelbagai jenis penyakit yang sukar dirawat oleh sistem perubatan moden, maka apakah perubatan tradisional akan disia-siakan begitu sahaja? Apakah tidak ada alternatif lain supaya sistem perubatan tradisional diiktiraf dan dapat bergerak seiring dengan perubatan moden di samping dapat berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing?

Dalam konteks ini, sudah tiba masanya sistem perubatan tradisional di negara ini diberikan laluan sepenuhnya tanpa mendapat kekangan dan halangan dari memberikan khidmat yang terbaik dan terus berkembang supaya tidak ditinggalkan zaman. Biarlah masyarakat umum yang membuat pilihan dan menilai sendiri, sistem perubatan mana yang dianggap terbaik yang dianggap ´mesra kesihatan´ atau menakutkan malah membebankan mereka dalam urusan perbelanjaan rawatan.

Page 6: PERUBATAN TRADISIONAL

Perubatan moden

Tulisan ini adalah bertujuan mendidik penguna-penguna kesihatan memahami hakikat sebenar pilihan-pilihan perubatan yang ada. Agar mereka menjadi penguna yang bijak dan berilmu. Aspek ini jarang dijelaskan kepada orang awam. Lantas mereka sangat mudah terpengaruh dengan pelbagai dakwaan. Telitilah setiap dakwaan yang dilakukan dengan ilmu. Tanpa ilmu, anda akan disesatkan.

Perubatan moden

Perubatan moden juga dikenali sebagai perubatan conventional, perubatan barat ataupun alopathy. Apakah sebenarnya perubatan moden ini? Ini adalah satu tatacara mengenali penyakit, merawat penyakit dan juga pencegahan penyakit. Tatacara ini diperolehi berdasarkan kajian saintifik. Atau dengan kata lain ia adalah berasaskan evidence base. Maksudnya sebelum sesuatu rawatan itu dijadikan sebahagian dari perubatan moden, ia mesti melalui kajian-kajian saintifik yang biasanya memakan masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Ia mesti melalui kajian ke atas haiwan dan manusia. Ia mesti melalui ujian keberkesanan. Ia mesti melalui ujian toksisiti yang meliputi ujian penentuan dose toksik, kesan mutasi, kanser, kesan keatas bayi dalam kandungan dan sebagainya. Jika selepas melalui kajian saintifik ini, terbukti ia memberi manafaat perubatan tanpa kesan mudarat yang teruk, maka rawatan itu akan diterima sebagai perubatan moden. Ini bermakna perubatan moden boleh berasal dari rawatan herba, rawatan homeopathi, rawatan traditional, rawatan acupuncture, rawatan refleksilogi, atau apa-apa jua rawatan perubatan traditional dan alternative selagi mana rawatan itu dibuktikan oleh kajian saintifik. Dalam sejarah, banyak ubat-ubat traditional akhirnya menjadi ubat modern setelah melalui

Page 7: PERUBATAN TRADISIONAL

kajian. Syarikat-syarikat ubat gergasi dunia sentiasa mencari-cari ubat-ubat baru dan mereka biasanya sangat peka dengan perubatan traditional dan alternative ini. Mereka akan melakukan kajian dan seterusnya jika ia berkesan ubat itu akan menjadi sebahagian dari perubatan modern.

Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialahsains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.

Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.

Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).

Page 8: PERUBATAN TRADISIONAL

Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan danbioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

PERUBATAN MODEN DAN RITUAL TRADISI

KEPENTINGAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KELEMAHAN PERUBATAN MODEN.

SAMUEL MANI RAJ a/l DHARMARAJ

PENGENALAN

Pada dasarnya tumbuh-tumbuhan dan beberapa keluaran alam semulajadi yang lain turut menjadi sumber utama dalam sistem perubatan tradisional. Selain daripada itu, tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai jenis genera dan spesies ini juga menawarkan pelbagai bentuk asas untuk kegunaan manusia seperti sumber makanan, tempat perlindungan dan pakaian.

Page 9: PERUBATAN TRADISIONAL

Perhubungan antara rupa bentuk, warna atau bau sesuatu tumbuhan atau sering dikaitkan dengan penyakit yang sering diubati. Walau bagaimanapun tidak semestinya berhasil, kekurangan dari segi kemudahan dan pengetahuan sains generasi terdahulu membuat mereka menumpukan deria rasa, bau dan ubat untuk mengembangkan sistem perubatan tradisional. Oleh itu perkembangan sistem ini bergantung terutamanya kepada permerhatian sistematik terhadap perubahan fizikal seseorang termasuk perubahan suhu, bau, denyutan nadi, bahan kumuhan dan rembesan serta tekanan perasaan.

Kegunaan herba memang telah menjadi amalan setiap bangsa yang terdiri daripada pelbagai kelompok kaum mewarisi amalan yang tresendiri. Ini turut melibatkan pelbagai jenis amalan perubatan termasuk penggunaan jampi mentera, kekuatan rohaniah, pergantungan kepada mahluk halus dan sebagainya. Ketika mengamalkan cara perubatan yang sedemikian, bahan-bahan seperti sirih pinang, kemenyan dan kayu gaharu sering menjadi dahan utama dalam perubatan tradisional.

Orang-orang dahulu mungkin memperolehi pengetahuan yang berguna khasiatnya ketika membuat kesan tumbuhan tersebut apabila dimakan oleh haiwan. Perkara ini sering menjadi bantahan terhadap penggunaan tumbuhan herba sebagai bahan ubat kerana ia didakwa tidak dapat memberi dos yang tepat apabila digunakan.

Mereka berpendapat penggunanya tidak dapat memberi kesan farmakologi seperti dihendaki. Tetapi para pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa sebatian yang dihasilkan oleh tubuh manusia hampir menyerupai dengan sebatian-sebatian yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Dengan itu tubuh manusia dapat bertindak balas terhadap sebatian tersebut dengan kesan yang minimum dan para pengamal berpendapat ubat-ubatan moden kurang berkesan.

Kepentingan Perubatan Tradisional

Page 10: PERUBATAN TRADISIONAL

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), hampir 70 % dari populasi dunia menggunakan ubat dari tumbuha-tumbuhan terutamanya di negara-negara sedang membangun dan mundur kerana ianya murah dan mudah didapati.Pengguna di negara-negara maju menggunakan ubat ini sebagai alternatif kepada rawatan moden.

Sebanyak 150,000 daripada 250,000 spesis tumbuhan yang diketahi di dunia adalah berasal dari kawasan tropika. Di samping itu, contohnya di Malaysia 1,230 daripadanya telah lama digunakan di dalam rawatan tradisional. Kaum Melayu misalnya menggunakan akar susun kelapa ( Tabernaemontana divaricata ), akar melur (Jasminum sambac ), bunga raya (hibisus rosa sinensis ) dan ubi memban ( marantha arundinacea ) untuk rawatan kanser. Kajian saintifik menunjukkanTabernaemotana divaricata mengandungi unsur-unsur anti-kanser.

Hutan torpika merupakan gudang semulajadi yang terbesar untuk perubatan moden. Tumbuh-tumbuhan merupakan sumber penghasilan analgesik, antibiotik enzim-enzim, hormon-hormon eiuretik, kompaun-kompaun anti parasit, laksatif,

anti – koagulan dan pelbagai bahan lagi. Tumbuh – tumbuhan juga menjadi " pelan induk " dan templat umtuk penghasilan beberapa produk perubatan , contohnya stuktur kimia kokain yang membawa sintesis prokain iaitu sejenis anaestetik.

Alkaloid tumbuh-tumbuhan mempunyai aplikasi perubatan termasuklah dalam penghasilan kokain, kuinin, kafein, nikotin, efedrin dan reserpin. Alkaloid yang paling terkenal ialah vinkristin dan vinblasti. Alkaliod ini terhasil daripada sejenis tropika iaitu ‘ Rosy periwinkle’. Ia memberi peluang tersebut 80 % kepada kanak-kanak yang menghidap pesakit leukimia. Kedua-dua alkaloid ini digunakan secara meluas di dalam rawatan kanser payu dara, kanser rahim dan testikular. ‘Rosy periwinkle ‘ diketahui dari seorang bomoh asli di Madagaskar serta Jamaica. ‘Physalis minima’ ( letup-letup ) digunakan untuk rawatan sakit pinggang dan kanser. Kajian saintifik ini menunjukkan tumbuhan ini mengandungi ekstrak alkoholnya

Page 11: PERUBATAN TRADISIONAL

yang dapat merendahkan tekanan darah. Di samping itu ‘ Nepahenehes gracili’ ( periuk kera ) di dapati boleh digunakan untuk rawatan selepas bersalin, sakit perut, cirit birit, batuk dan demam. ‘ Melastoma malabarthrium’ ( senduduk ) pula digunakan untuk rawatan buasir, keputihan dan cirit birit. Kajian saintifik menunjukkan ia menghentikan pendarahan dengan sifat anti agregasinya. Penemuan reserpin sebagai agen anti hipertensif dalam Rauwolfia Volvitria dan vinblastin serta vinkristin dari Cantraranthus Roseous sebagai agen anti kanser adalah beberapa contoh yang baik.

Keracunan ubat-ubatan moden

Pengenalan

Ubat-ubatan moden merupakan salah satu kumpulan racun yang berupaya menyebabkan akut (kesan keracunan yang ditunjukkan secara mendadak ) sekiranya arahan penggunaan tidak dipatuhi. Daripada statistik yang dikumpulkan oleh pusat-pusat Kawalan Racun Amerika Syarikat pada tahun 1981, sebanyak 29310 kes keracunan berpunca daripada ubat-ubatan moden. Manakala statistik keracunan di Malaysia pula menunjukkan sepanjang tahun 1988-1991, ia membabitkan sejumlah 1745 kes. Ubat-ubat moden sering menyebabkan keracunan adalah seperti ubat antidepkesi, ubat analgeik yang mengurangkan kesakitan , ubat selsema, ubat tidur yang mengandungi barbiturat, ubat sakit jantung, ubat penambah mineral sepaerti zat besi, ubat batuk yang mengandungi bahan narkotik dan ubat penenang

Ubat Antidepresi

Ubat Antidepresi digunakan untuk merawat depresi atau kesugulan yang merupakan satu gangguan psikologi. Ini termasuklah perubahan tingkah laku seperti bermuram, cepat marah, gangguan tidur, hilang berat bahan dan kurang selera makan. Rawatan kesugulan biasanya melibatkan kedua-kedua rawatan kaunselling dan ubatan. Daripada segi rawatan ubat, biasanya ubat antidepresi trisiklik seperti imipramin digunakan .

Page 12: PERUBATAN TRADISIONAL

Keracuan akibat pengambilan berlebihan ubat depressi trilisiklik boleh mengganggu rangsangan sistem sarat dan ganggaan denyutan jantung. Jika dos ubat impramin yang diambil melebihi 500 mg, ia boleh menyebabkan mangsa menunjukkan gejala seperti suhu badan menurun, sawan, tekan darah menurun, pernafasan tertekan, penglihatan kabur, gangguan denyutan jantung dan koma. Sebenarnya kes ini tiada penawar selaian daripada menggunakan ‘Sirup Ipecac’ untuk memuntahkan segala keracunannya didalam badannya.

Ubat Analgesik

Kumpulan ubat ini menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit perut, sakit sendi dan sebagainya. Ubat analgesik hanya membantu mengurangkan rasa sakt yang berkaitan. Sekiranya rasa sakit muncul semula atau pun tidak hilang, maka pesakit cenderung untuk menambah atau mengunakan semula dos ubat berulangkali sehingga menhasilkan keracunan. Terdapat dua jenis ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik.. Jenis narkotik merujuk khususnya kepada dadah narkotik seperti morfin atau petidin, satu lagi adalah seperti aspirin dan parsetamol.

Penggunaan ubat analgesik jenis narkotik sentiasa diawasi oleh doctor tentang dosnya manakala bukan narkotik bebas digunakan tanpa nasihat oleh doctor. Ubat ini boleh didapati di farmasi-farmasi. Kebanyakkan ubat seperti analgesik sering mengakibatkan keracunan yang terhasil akibat dari kumpulan ini akan diterangkan dengan menggunakkan dua jenis ubat yang popular iaitu parasetamol dan aspirin

Parasetamol

Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metaboit membahaya ini bergabung dengan sejenis enzim, glutation di hati untuk menjadi bentuk normal. Apabila ubat diambil secara berlebihan, jumlah enzim glutation yang terhad menyebabkan metaboit perantara tidak dapat dineutralkan.

Akibatnya metaboit tersebut bergabung dengan sel hati musnah. Selain hati parasentamol juga menyebabkan

Page 13: PERUBATAN TRADISIONAL

kerosakan buah pinggang melalui mekanisme yang sama. Sekiranya rawatan diberikan sebelum kerosakan hati dan buah pinggang berlaku akan menyebabkan lebih banyak enzim glutation dihasilkan untuk bergabung dengan meteboit perantara.

Aspirin

Aspirin digunakan untuk meredakan sakit, mengurangkan demam dan radang dibahagian sendi. Ia juga boleh meredakan penyakit artritis dan melambatkan penbekuan darah. Untuk merawat kesakitan aspirin digunakan dos sehingga 1gm setiap empat jam dan maksimum empat dos sehari.

Penggunaan aspirin di kalangan kanak-kanak tidak digalakkan. Ini kerana aspirin didapati mengakibatkan kesan sampingan yang dikenali sebagai penyaki Reye, Suatu keadaan yang membawa kepada kerosakan hati, otak dan akhirnya maut. Ia mungkin boleh menyebabkan ulser da bahagian perut serta di sistem penghadaman. Rasa mual dan muntah sering berlaku sebagai kesan samping pada orang dewasa.

Memakan aspirin melebihi dos yang disyorkan iaitu 20-25gm boleh menyebabkan kematian. Kesan keracunan pada peringkat awal akan berasa muntah, lesu dsan sakit perut. Berlanjutan ia akan mengganggu pendengaran, berpeluh, suhu badan akan meningkat dan peringkat akhir mangsa tidak sedarkan diri dan denyutan jantung akan berhenti.

Ubat Selsema

Ubat selsema mengandungi kumpulan ubat antihistamin. Ubat ini meredakan selsema dengan cara mengurangkan kerengsaan saluran pernafasan terutamanya akibat alahan, ubat ini juga boleh mengurangkan pengeluaran lendir di tekak dan hidung,

Contohnya ubat antihistamin akan menyebabkan seseorang itu mengantuk. Sekiranya berlebihan simptom-simpton keracunan dapat dilihat pada mangsa tersebut iaitu penglihatan akan menjadi kabur, mulut kering, rasa mual, suhu badan meningkat dan sawan. Dalam merawat keracunan ubat

Page 14: PERUBATAN TRADISIONAL

antihistamin, tiada penawar boleh digunakan. Rawatan hanya dapat ditumpukan untuk mengeluarkan sebanyak boleh keracunan di dalam badannya.

Ubat tidur yang mengandungi Barbiturat

Ubat tidur digunakan utuk mengatasi isomnia, iaitu kesulitan untuk tidur secara berterusan. Ubat jenis ini, juga dikenali sebagai sedatif hipnotik digunakn untuk membantu seseorang tidur sebagai satu langkah jangka pendek. Terdapat dua jenis utama ubat tidur iaitu kelas barbiturat seperti amiloarbital dan kelas benzodiazepin seperti mtrazepam. Ubat ini boleh menyebabkan seseorang itu ketagih. Ubat ini juga digunakan untuk merawat sawan serta mnghasilkan kesan bius.

Keracunan barbiturat yang tidak serius boleh menyebabkan mangsa kelihatan seperti orang mabuk alkohol dengan fikiran keliru, percakapan kurang jelas dan pergerakan badan terhoyang-hayang,. Keracunan yang lebih serius akibat pengambilan lebih dari 2gm dos untuk amilobarbital dapat dilihat apabila mangsa tidak sedarkan diri, suhu badan serta tekanan darah menurun dan berakhir dengan kematian.

Ubat sakit jantung

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dalam kumpulan ini antaranya termasuklah ubat darah tinggi, antiangina, memulih kegagalan jantung dan pengatur denyatan jantung (antimia). Maklumat daripada segi keracunan akan ditunjukkan kepada sejenis dadah sahaja iaitu digoksin yang digunakan untuk kegagalan jantung. Dengan cara ini, jantung dapat berfungsi denan lebih baik dan cekap apabila kadar denyutan jantung kembali normal.

Kesan keracunan digoksin dapat dielakkan dengan dos yang rendah iaitu 2mg untuk kanak-kanak atau 5mg pada orang dewasa . Keracunan boleh berlaku apabila dos berlebihan iaitu muntah-muntah, denyutan jantung tidak seragam dan penglihatan bersinar-sinar. Dalam rawatan ini antiboti spesifik digoksin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan keracunan.

Page 15: PERUBATAN TRADISIONAL

Ubat penambah mineral (Zat Besi)

Salah satu ubat penambah mineral yang sering menyebabkan keracunan ialah ubat zat besi. Biasanya ia diberikan kepada kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu mengandung. Zat besi yang diambil diperlukan dalam pembuatan sel darah merah dan protein tertentu dalam badan serta pengecutan dan pengenduran otot badan. Dalam keracunan zat ini akan menyebabkan hakisan dinding saluran usus sehinggakan dinding usus pecah dan berdarah. Disamping itu kesan lain adalah seperti kesakitan bahagian abdomen, kadar nadi menurun , cirit-birit dan koma. Penawarnya ialah deferioksamin boleh digunakan. Ia akan bergabung debgan zat besi yang berlebihan. Penawar ini diberikan secara berterusan sehingga keracunan pulih.

Ubat Penenang

Ubat penenang digunakan mengurangkan rasa resah, tegang dan kejang otot serta dapat menghasilkan rasa mengantuk dan menghentikan serta mencegah sawan. Kumpulan ubat penenang yang sering digunakan sekarang ialah kumpulan benzodiazepin seperti klordiazepoksid (librium), diazepal (valium) lorazepam (ativan) dan klorazepin (tranxene). Dalam keracunan ubat benzodiazepin, kesan yang diperhatikan ialah kesan penindasan sistem otak dan saraf pusat. Antara kesan keracunan yang diperhatikan ialah percakapan tidak lancar, anak mata mengecil terketar-ketar dan pernafasan terhenti. Dalam keracunan kumpulan ubat ini penawar khusus ialah flumazenil yang boleh digunakan bagi memulihkan kesan keracunan.

Ubat Batuk yang mengandungi Narkotik (Kodien)

Ubat batuk jenis narkotik merupakan ubat yang bertindak keatas pusat batuk di otak supaya batuk dapat diredakan secara langsung dan kekerapannya dikurangkan, salah satu jenis ubat batuk dalam kategori ini ialah kodien yang dikelaskan sebagai sejenis dadah berbahaya.

Page 16: PERUBATAN TRADISIONAL

Selain menyebabkan ketagihan ubat jenis ini jika diambil berlebihan akan menyebabkan mangsa kelihatan letih dengan tanda anak mata mengecil, otot anggota lembik serta tekanan darah dan kadar nadi menurun . Sekiranya kuantiti ubat diambil tinggi, pernafasan menjadi perlahan sehingga terhenti lantas menyebabkan kematian . Penawar adalah nalokson untuk menghalang kesan keracunan. Penawar ini juga boleh digunakan untuk lain-lain ubat yang sejenis kodein seperti opiat dan apioid.

Kesimpulan

Walaupun perubatan tradiosinal boleh mengubati pelbagai penyakit tetapi ia juga boleh membawa kemudaratan sekiranya cara pengunaannya salah. Disamping itu terdapat setengah-setengah tumbuhan membahaya kepada manusia iaitu mengandungi racun. Contohnya Digitalis Purpurea dikenalpasti mengandungi glikosida jantung yang boleh mendatangkan kemudaratan bila digunakan dengan cara yang tidak teratur. Comfrey (Symphytum Officinale) dengan foxglove (Digitalis Purpurea) di dalam satu penyediaan herba telah menyebabkan kes kemalangan di Amerika. Di negara kita antara beberapa kejadian keracunan yang pernah dilaporkan berlaku membabitkan tumbuh-tumbuhan seperti Datura Metel (pokok kecubung atau terung pungak), Elteriouspermum blame ( buah perah) dan Dioscorea daemona (ubi gadong). Antara bahan-bahan yang pernah ditemui didalam penyediaan herba ialah steroid, parasetamol, teofilina, asid salisilik dan klorfeniramina. Maka kesimpulan kita dapat lihat ialah segala perubatan mahupun tradisional atau moden harus digunakan dengan betul dan teratur.

33 PERUBATAN MODEN-Perkembangan perubatan moden-Kesan penggunaan ubat-ubat moden-Kemudahan perubatan di Malaysia

34 PERUBATAN TRADISIONAL-Peranan dan pengaruh bomoh-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional