Makluman Akhbar th October 18 2013 MOTOSIKAL Honda … · Bermula dari harga RM 5478.65 sehingga RM...

5
______________________________________________________________ Makluman Akhbar October 18 th 2013 MOTOSIKAL Honda FUTURE UNTUK PERJALANAN JAUH DI LEBUHRAYA. Boon Siew Honda Sdn. Bhd meningkatkan kecemerlangan moped jarak jauh. KUALA LUMPUR , 18 Oktober 2013: Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan satu siri penambahbaikan untuk motosikal kelas moped jarak jauh, dinamakan ‘Honda Future’, yang mampu memaksimumkan perjalanan jarak jauh sehingga 338 kilometer bagi satu tangki penuh sebagaimana yang diuji oleh ECE40 Mode, yang setakat ini diiktirafsebagai terbaik dalam kategorinya. ‘Honda Future’ kini muncul dengan warna dan jalur badan baru serta tayar tanpa tiub untuk pengalaman menunggang lebih dinamik dan selamat. Penunggang akan tetap merasakan penjimatan bahan api yang menakjubkan, praktikal dan selesa yang sesuai untuk semua kumpulan umur dan demografik. Keistimewaan motosikal ini adalah kebuk-U 19 liter, yang boleh memuatkan topi keledar muka penuh serta barang-barang peribadi untuk ketenangan fikiran. Tangki minyak 5.6 liter lebih besar yang ditambah pula dengan enjin 4-lejang SOHC 125cc kitaran penyejukan udara terbaru, serta keputusan 7.6% dalam peningkatan bahan api, menjadikannya peneraju yang tiada tandingan dalam kategori kecekapan bahan api . "Kami mempunyai usaha beterusan ke arah inovasi dan kecemerlangan evolusi seperti yang terkandung di dalam cita-cita ‘Spirit of Challenge’ Honda. Dalam banyak cara, ini merupakan inisiatif untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju pasaran di Malaysia selama bertahun-tahun. Syarikat kami faham bahawa usaha untuk menuju kecemerlangan adalah penanda aras yang sentiasa berubah. Oleh itu, dengan membawa bersama gabungan unsur-unsur berguna untuk sasaran pecahan besar pasaran , kami yakin Honda Future akan merapatkan jurang antara demografik yang lebih matang dan lebih muda daripada pelanggan kami yang dihormati, " menurut kata Satoshi Okada, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd …cont

Transcript of Makluman Akhbar th October 18 2013 MOTOSIKAL Honda … · Bermula dari harga RM 5478.65 sehingga RM...

______________________________________________________________

Makluman Akhbar October 18th 2013

MOTOSIKAL Honda FUTURE UNTUK PERJALANAN JAUH DI LEBUHRAYA.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd meningkatkan kecemerlangan moped jarak jauh.

KUALA LUMPUR , 18 Oktober 2013: Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan satu siri

penambahbaikan untuk motosikal kelas moped jarak jauh, dinamakan ‘Honda Future’, yang mampu

memaksimumkan perjalanan jarak jauh sehingga 338 kilometer bagi satu tangki penuh sebagaimana

yang diuji oleh ECE40 Mode, yang setakat ini diiktirafsebagai terbaik dalam kategorinya.

‘Honda Future’ kini muncul dengan warna dan jalur badan baru serta tayar tanpa tiub untuk

pengalaman menunggang lebih dinamik dan selamat. Penunggang akan tetap merasakan penjimatan

bahan api yang menakjubkan, praktikal dan selesa yang sesuai untuk semua kumpulan umur dan

demografik.

Keistimewaan motosikal ini adalah kebuk-U 19 liter, yang boleh memuatkan topi keledar muka penuh

serta barang-barang peribadi untuk ketenangan fikiran. Tangki minyak 5.6 liter lebih besar yang

ditambah pula dengan enjin 4-lejang SOHC 125cc kitaran penyejukan udara terbaru, serta keputusan

7.6% dalam peningkatan bahan api, menjadikannya peneraju yang tiada tandingan dalam kategori

kecekapan bahan api .

"Kami mempunyai usaha beterusan ke arah inovasi dan kecemerlangan evolusi seperti yang

terkandung di dalam cita-cita ‘Spirit of Challenge’ Honda. Dalam banyak cara, ini merupakan inisiatif

untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju pasaran di Malaysia selama bertahun-tahun.

Syarikat kami faham bahawa usaha untuk menuju kecemerlangan adalah penanda aras yang sentiasa

berubah. Oleh itu, dengan membawa bersama gabungan unsur-unsur berguna untuk sasaran pecahan

besar pasaran , kami yakin Honda Future akan merapatkan jurang antara demografik yang lebih

matang dan lebih muda daripada pelanggan kami yang dihormati, " menurut kata Satoshi Okada,

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd

…cont

Bermula dari harga RM 5478.65 sehingga RM 5840.93, Honda Future dijangka menjadi peneraju dari

sudut populariti , dan ia akan sejajar dengan kemampuan Honda yang dipercayai sekian lama, Honda

EX -5.

Pelanggan akan dapat membuat pilihan melalui dua variasi berbeza daripada model yang sama, serta

Special Edition. Variasi 1 mempunyai roda sporti, penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan,

manakala Variasi 2 menggabungkan penghidup enjin elektrik , roda sporti dan brek cakera depan dan

belakang. Kedua-dua varian dipasarkan dalam pilihan tiga warna – Jingga Berkilau, Hitam Mutiara

Magelanik dan Merah Bersinar. Menariknya , warna Special Edition dipasarkan dalam Kelabu Mat

Metalik, dan yang mempunyai penghidup enjin elektrik , roda sporti serta brek cakera depan dan

belakang.

…cont

Special Edition Kelabu Mat Metalik

Jingga Berkilau Hitam Mutiara Magelanik

Merah Bersinar

CIRI-CIRI UNGGUL: Praktikal yang Berkekalan Honda Future mempunyai kebuk-U 19 liter yang lebih besar untuk memudahkan penyimpanan topi

keledar muka penuh. Tangki minyak 5.6 liter lebih besar juga membolehkan jarak perjalanan lebih

jauh, sehingga 338km, 100km lebih jauh daripada Wave 125 X Ultimo, tanpa perlu berhenti untuk

pengisian minyak semula secara berterusan. Kelebihan inovasi lain termasuk juga tempat letak bateri

sisi yang membolehkan akses penyelenggaraan mudah , akses pembukaan tempat duduk dan penutup

automatik kunci utama.

Kecekapan Bahan Api dan Mesra Alam yang Tiada Tandingan

Berdasarkan penyelidikan ECE40 MODE , penggunaan bahan api Honda Future menawarkan

kecekapan bahan api sehingga 60.3km seliter, peningkatan sebanyak 0.5km per liter berbanding

dengan Wave 125 X Ultimo . Enjin Euro 2 juga menyediakan kecekapan pembakaran bahan api dan

emisi bersih yang menjadikan Honda Future sebuah motosikal yang mesra alam.

Tunggangan Lebih Selesa Diutamakan

Reka bentuk keseluruhan Honda Future disesuaikan mengikut pelbagai bentuk dan saiz pengguna.

Selaras dengan fungsi sebagai moped jarak jauh , Honda Future dibina dengan tempat duduk yang

lebih lebar. Ruang tempat duduk yang luas membolehkan perjalanan yang lebih selesa untuk

penunggang dan pembonceng motosikal pada jarak yang jauh . Reka bentuk pintar bahagian depan

juga telah dibentuk bagi menghapuskan penggunaan skru untuk mengurangkan getaran dari penutup

depan.

Keselamatan. Untuk ketenangan sepanjang perjalanan

Honda Future mempunyai lampu belakang LED Berpadu yang lebih galak pada sebarang keadaan

cuaca. Menunggang malam juga akan menjadi lebih selamat dengan speedometer biru terang dan juga

integrasi lampu kabus.

______________________________________________________________

SPESIFIKASI:

ENJIN

Jenis Enjin Penyejuk Udara, Engine OHC 4 Kitaran

Gerek & Lejang 52.4 X 57.9 mm Sesaran Enjin 124.8cc Nisbah Mampatan 9.3 : 1 Sistem Penghidup Penghidup Tendang & Elektrik Muatan Minyak Pelincir 0.9L (Selepas Ditanggalkan) 0.7L (Selepas Pembuangan) TRANSMISI KUASA

Klac Automatik & Klac Basah Berbilang Plat

Transmisi Jejaring Tetap 4 Kelajuan Gear 1 2.500 (35/14) Gear 2 1.550 (31/20) Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 (24/26) Nisbah Penurunan Utama 3.350 (67/20) Nisbah Penurunan Akhir 2.571 (36/14) SISTEM ELEKTRIK Sistem Pencucuhan DC-CDI Bateri 12V / 3.-A.h DIMENSI Panjang Keseluruhan 1932mm Lebar Kesuluruhan 711mm Tinggi Keseluruhan 1092mm Jarak Roda 1258mm Berat Bersih Elektrik / Roda Sporti / Brek Cakera Depan 100kg Elektrik / Roda Sporti / Brek Cakera Depan & Belakang 101kg

…cont

______________________________________________________________

SPESIFIKASI:

CASIS Bentuk Kerangka Back Bone Suspensi Front - Telescopic 81mm Rear - Twin 81mm Muatan Tangki Petrol 5.6L Jenis Tayar Tubeless Ukuran Tayar Front 70/90-17M/C 38P Rear 80/90-17M/C 50P Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail 68mm PRESTASI Kuasa Kuda Maksimum 7.06kW (9.6PS) / 7500rpm Tork Maksimum 10.6N/m(1.08kgf.m)/5500rpm

*Note: Specifications are subject to change without prior notice.

- END-

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A) 721, Persiaran Cassia Selatan 1, Kawasan Perindustrian Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia Tel: 604-506 3333 Faks: 604-506 3300