Makluman Dari Ibu Pejabat Agro Multy Trading 18hb Mac 2012

download Makluman Dari Ibu Pejabat Agro Multy Trading 18hb Mac 2012

of 4

description

Makluman Dari Ibu Pejabat Agro Multy Trading 18hb Mac 2012www.agromultytrading.com

Transcript of Makluman Dari Ibu Pejabat Agro Multy Trading 18hb Mac 2012

MAKLUMAN DARI IBUPEJABATAGRO MULTY TRADING BERHADSelaras dengan pematuhan AMTB pada arahan pihak berkuasa, Skim lama akan terhapus dan tidak akan dipakai guna. Namun pihak AMTB tetap melihat HAK AHLI sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi menjaga kepentingan ahli-ahli yang khususnya yang masih belum memperolehi pulangan modal. Oleh itu, untuk tujuan tersebut, pihak syarikat telah memutuskan berkuatkuasa pada tarikh 15 April 2012 pihak Syarikat akan mengeluarkan SIJIL BAKI MODAL kepada SEMUA ahli Agro Multy Trading Berhad yang berstatus AHLI yang masih mempunyai baki modal kepada pihak Syarikat Agro Multy Trading. Pengeluaran Sijil ini turut melibatkan yang telah membuat penarikan diri. SIJIL BAKI MODAL ini dikeluarkan khas sebagai JAMINAN jumlah baki modal yang masih terdapat pada pihak syarikat Agro Multy trading Berhad dan pihak pemegang sijil berhak:1. Membuat Penebusan Sijil kepada Wang Tunai berdasarkan Jumlah Penuh Dari baki Modal tanpa sebarang penolakan kos seperti termaktub dalam terma dan syarat. 2. Menjadikan Baki Modal sebagai Penyerapan Modal ke Skim Baru seperti yang termaktub dalam terma dan syarat. 3. Menjadikan Baki Modal sebagai Saham Koperasi KUATRAD seperti termaktub dalam terma dan syarat. OBJEKTIF PENGELUARAN SIJIL 1. Sebagai Jaminan Hak Ahli Agro Multy Trading yang masih berada pada syarikat AGRO MULTY TRADING BERHAD. 2. Menzahirkan dalam bentuk Penyataan Jumlah Baki Modal sebenar yang ada pada Pihak Agro Multy Trading Berhad. 3. Memudahkan proses pemindahan dana Agro Multy Trading kepada Agro Multy Trading Berhad. 4. Memudahkan Ahli ketika berurusan dengan pihak Agro Multy Trading Berhad. 5. Ke arah mengemaskan system urusan data Ahli agar lebih sistematik selaras dengan keperluan dan persediaan perlaksanaan skim baru . PENERIMAAN/PENYERAHAN SIJIL Sijil Baki Modal boleh dituntut di Ibu Pejabat Agro Multy Trading Berhad pada 15 April 2012 atau akan dihantar melalui pos.( akan dimaklumkan dalam laman web) PENEBUSAN SIJIL KEPADA WANG TUNAI 1. Penebusan hanya boleh dibuat selepas 30 hari dari tarikh sijil dikeluarkan . 2. Setiap penebusan sijil perlu disertakan dengan SIJIL BAKI MODAL yang asal. 3. Bayaran penuh akan dibuat berdasarkan jumlah yang tertera pada sijil tanpa penolakan kos sampingan. 4. Penebusan hanya boleh dibuat oleh AHLI yang namanya tertera seperti dalam sijil sahaja. Penebusan bagi pihak orang ketiga tidak akan dibenarkan. 5. Tanda pengenalan diri perlu disertakan semasa penebusan sijil. 6. Ahli yang membuat penebusan tunai, secara automatic akan terlucut keahlian sebagai Ahli Agro Multy Trading Berhad yang akan menyebabkan terbatal segala hak dan keistimewaan sebagai ahli yang sekali gus akan disenarai hitamkan.

SIJIL BAKI MODAL SEBAGAIPENYERAPAN KE SKIM BARU 1. Perlu menyertakan SIJIL BAKI MODAL yang asal ketika membuat permohonan penyerapan baki modal ke skim baru. 2. Jumlah Baki Modal akan diserapkan terus ke Akaun Skim Baru dan layak menerima imbuhan seperti yang akan dimaklumkan sebelum menyetujui penyerapan. 3. Taklimat Skim baru akan diberikan kepada ahli yang terlibat sebelum menyetujui penyerapan. 4. Ahli yang terlibat dengan penyerapan Modal layak mendapat potongan 25% dari jumlah pakej yang disertai untuk tujuan penyerapan. Contoh: Berdasarkan Pakej Skim Baru Pakej 1 Pakej 2CONTOH JUMLAH BAKI MODAL (RM)

: :

RM 1,000 RM 5,000PAKEJ DISERTAI (RM) KELAYAKAN REBET 25% (RM) HARGA PAKEJ SELEPAS REBET (RM) BAKI MODAL BERBAKI (RM) TAMBAHAN MODAL (RM)

1 2 3 3 4

800 500 8,000 4,000 3,000

1,000 1,000 5,000 5,000 5,000

250 250 1,250 1,250 1,250

750 750 3,750 3,750 3,750

50 4,250 250 -

250 750

5. Pembayaran keuntungan penyertaan akan mengikut skima pembayaran keuntungan yang telah diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Skim Kepentingan. BAKI MODAL SEBAGAI SAHAM KOPERASI ( KUATRAD) 1. 2. 3. 4. Sijil BAKI MODAL boleh dijadikan gantian wang tunai sebagai Saham dalam Koperasi. Transaksi perlu disertakan dengan salinan asal SIJIL BAKI MODAL. Transaksi berlangsung antara Pihak Koperasi dan Pihak pemegang sijil secara terus. Agihan keuntungan adalah berdasarkan agihan yang telah ditetapkan oleh pihak koperasi yang termaktub di bawah undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malysia (SKM)

AHLI YANG MENARIK DIRI Kepada ahli yang membuat penarikan diri sebelum dari tarikh 15 April 2012 adalah TERLIBAT SECARA LANGSUNG dengan pengeluaran SIJIL BAKI MODAL yang dikeluarkan oleh Agro Multy Trading Berhad. Dengan keluarnya penyataan pengeluaran SIJIL BAKI MODAL ini, maka tarikh makluman pembayaran tidak akan dipakai guna dan baki modal akan dikira semula berdasarkan nilai baki sebenar setelah ditolak nilai bayaran yang telah dibuat oleh pihak Agro Multy Trading Berhad sebelum ini. Penyeragaman Nilaian Baki Modal Bersijil ini diselaraskan pemilikannya kepada semua ahli setelah diambil kira beberapa factor:1. Memansuhkan potongan 10% yang dikenakan kepada Ahli yang menarik diri.( dibayar berdasarkan baki modal tanpa sebarang pemotongan 10% )

2. Semakan dan sistemkan semula baki Modal Ahli 3. Menyeragamkan Tarikh Pembayaran Baki Modal

4. Menyelaraskan skim lama dan skim baru 5. Memberi ruang kepada syarikat membuat cairan Aset sediada secara berkala untuk menyediakan modal yang mencukupi untuk tujuan pembayaran semula baki modal dan pusingan modal untuk skim baru.PIHAK AGRO MULTY TRADING BERHAD INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA AHLI YANG MEMBUAT PENARIKAN DIRI ATAS PERUBAHAN YANG BERLAKU DEMI UNTUK MEMASTIKAN KELANCARAN PEMBAYARAN DAPAT DILAKSANAKAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM BARU. DENGAN FENOMENA INI AKAN DAPAT MEMBERI RUANG KEPADA PIHAK SYARIKAT MENCAIRKAN ASET SEDIA ADA UNTUK MEMASTIKAN MODAL UNTUK BAYARAN SEMULA BAKI MODAL DAPAT DILAKSANAKAN. KERJASAMA AHLI YANG TERLIBATAMAT KAMI HARGAI.

AHLI-AHLI LAMA YANG TELAH MENERIMA PULANGAN MODAL Memandangkan Skim Lama tidak dapat dilaksanakan atas tuntutan dan kehendak undangundang,pihak AMTB telah mengambil satu pendekatan untuk tidak mengabaikan ahli-ahli lama dengan menyediakan insentif khas:1. Mengagihkan sejumlah RM 1.8 juta nilai saham berbentuk aset kepada ahli-ahli lama melalui saham Koperasi KUATRAD. 2. Memberi rebet khas berjumlah 25% kepada ahli-ahli lama untuk menyertai Skim Baru .Insentif di atas hanya diberikan kepada ahli-ahli lama yang masih berstatus AHLI dan tidak melibatkan ahli yang dilucutkan status keahlian atau menarik diri.

LAIN-LAIN MAKLUMAN1. PENGAMBIL ALIHAN KILANG PROSES OLEH PIHAK KOPERASI ( KUATRAD ) Berita baik kepada ahli-ahli koperasi (KUATRAD), pihak Koperasi (KUATRAD) akan mengambil alih kilang pemerosesan Makanan dari pihak AMTB dan akan menjadi salah satu aset yang amat bernilai kepada pihak Koperasi (KUATRAD). Keputusan ini dibuat berdasarkan hasrat AMTB untuk memastikan Koperasi (KUATRAD) akan lebih berkembang dan mempunyai aset yang mampu dikembangkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 2. PEMBUKAAN KAWASAN OPERASI BARU DI SEBATU, MELAKA. Pihak AMTB akan membuka Kawasan Operasi Baru di Sebatu, Melaka pada 15 APRIL 2012. Kawasan Operasi Sebatu, Melaka akan dijadikan Pusat Pengurusan Melaka, Pusat Penternakan, Pusat Pembenihan, Pusat Latihan Penternakan, Pusat Pengembangan dan R&D pertanian dan Pusat penghasilan Baja Organik. Agenda yang sama akan dikembangkan di semua cawangan AMTB, Ahli yang ingin turut sama terlibat bagi setiap cawangan sila berhubung dengan Encik Rosli Yusof di Ibu Pejabat AMTB. PEMBUKAAN PUSAT PENDAFTARAN & PENGEDARAN DAERAH BAGI SKIM BARU. Ada kemungkinan besar system penajaan sebelum ini akan di hapuskan dan ditukar gantikan dengan system penajaan berpusat yang hanya akan dikelolakan penyertaan melalui Pusat Daftar dan Pengedaran Daerah. Tawaran pembukaan Pusat Pendaftaran dan Pengedaran hanya di buka kepada AHLI LAMA sahaja. Ahli yang berminat sila isi borang permohonan yang akan dikeluarkan oleh Ibupejabat melalui laman WEB AMTB. Penyertaan melalui proses temuduga dan hanya yang layak sahaja yang akan diterima. Ahli yang layak akan menerima Gaji Pokok, elaun dan komisyen yang akan dinyatakan nanti. Satu Pusat sahaja yang akan dibuka bagi satu daerah. Sila hantar boring penyertaan sebelum 15 April 2012.

3.

4.

PEMBUBARAN 001 001 Negeri AMT lama telah dibubarkan. Dengan pembubaran ini, 001 sebelum ini tidak lagi dipertanggungjawabkan atas operasi dan perjalanan skim lama sebelum ini. Perlantikan 001 untuk skim baru akan dibuat sebaik sahaja Skim Baru beroperasi di samping perlantikan Pengarah Zon bagi Negeri Seluruh Malaysia. STATUS PERMOHONAN SKIM KEPENTINGAN Seperti yang telah dimaklumkan dari sumber SSM, kita dah berada diperingkat terakhir iaitu kelulusan skim. Insyaallah akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Prospektus dan tatacara perlaksanaan skim baru akan dimaklumkan kepada semua ahli sebaik sahaja AMTB telah menerima kelulusan permohonan. PENDAFATARAN LOGO AGRO MULTY TRADING BERHAD DAN LOGO KELI 1 MALAYSIA Pihak AMTB telah mendaftarkan logo syarikat Agro Multy Trading Berhad dan logo Keli 1 Malaysia di bawah Pendaftaran Harta Interlek dan layak mengguna pakai lambang TM pada kedua-dua logo tersebut. BERI RUANG KEPADA SYARIKAT Dalam tempoh ini, pihak AMTB amat berharap agar pihak ahli khususnya memahami situasi yang berlaku sekarang dan memberi ruang kepada pihak syarikat untuk menyediakan dan memperbaiki segala kelemahan yang berlaku dari pelbagai sudut. Matlamat syarikat adalah untuk menjalankan operasi dengan telus yang mampu menjamin kepentingan ahli keseluruhannya. Mencetuskan huruhara, hasutan, merosakan minda ahli dengan tohmahan dan menakut-nakutkan ahli yang dilakukan oleh segelintir ahli yang ingin menjatuhkan syarikat boleh mengganggu perjalanan syarikat dan operasinya selain bakal menjurus kepada kehancuran. Lantaran itu, pihak AMTB amat berharap agar diberi kepercayaan untuk terus memperbaiki kelemahan disamping menyediakan syarikat ke arah perlaksanaan Skim Baru tidak berapa lama lagi. Pihak syarikat amat berterimakasih atas ruang yang diberikan dan memohon maaf atas segala kelemahan yang berlaku.

5.

6.

7.