Maklumat Asas Sekolah

8
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH Bangunan Sk, Sg. Rusa telah didirikan oleh Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1945. Sekolah ini dibina untuk memenuhi keperluan persekolahan anak-anak di Kg. Sungai Rusa dan kampung-kampung di persekitarannya.Bangunan asal telah dibina sekitar tahun 1930 an dan kemudiannya dibina semula selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1950an. Bangunan sekolah pada masa sekarang ini merupakan tapak baru dengan keluasan tiga ekar .Terdapat dua bangunan besar iaitu Bangunan A dan Bangunan B, kantin, bangunan pra sekolah, bangunan stor sukan dan yang terbaru ialah makmal komputer. Bangunan A dibina sekitar tahun 1940an dan merupakan bangunan papan yang masih belum diganti dankemudiannya telah diubahsuai beberapa kali untuk memenuhi keperluan dan keselesaan murid-murid disebabkan oleh keuzuran. Bangunan A ini menempatkan Bilik Guru, Bilik Kemahiran Hidup, kelas Tahun 1, Kelas Tahun 2, Kelas juga Tahun 3 dan Kelas Pemulihan. Sebelum ini, sistem pendawaian elektrik di bangunan ini sering terganggu dan setelah beberapa kali dibaiki, kini ianya sudah dapat berfungsi dengan sempurna. Bangunan B pula, merupakan bangunan yang agak baru dibina hasil gotong royong penduduk kampung pada sekitar tahun 1970an yang menempatkan pejabat, pusat sumber, Kelas Tahun 4, Kelas Tahun 5, Kelas Tahun 6 dan juga pentas. Kantin dan makmal komputer dan bangunan pra sekolah terletak berhampiran di antara satu dengan yang lain. Oleh kerana keaadaan kelas dan kapasiti murid yang mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran, maka sekolah ini hanya menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja iaitu sekolah sessi pagi yang bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga pukul 1.05 tengah hari. Sk.Sungai Rusa merupakan sebuah sekolah luar bandar. Ia dihubungkan dengan laluan lebuh raya Teluk Intan ke Bandar Sitiawan ataupun Bandar Lumut.Jaraknya dari pekan Teluk Intan ialah sejauh 22 kilometer dan kira-kira 4 kilometer dari jalan utama. Laluan ke Teluk Intan boleh dihubungi dengan menggunakan motosikal dan kereta.Jalanraya yang menuju ke sekolah ini sudah semakin baik berbanding pada masa dahulu yang hanya

description

sksr

Transcript of Maklumat Asas Sekolah

Page 1: Maklumat Asas Sekolah

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Bangunan Sk, Sg. Rusa telah didirikan oleh Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1945. Sekolah ini dibina untuk memenuhi keperluan persekolahan anak-anak di Kg. Sungai Rusa dan kampung-kampung di persekitarannya.Bangunan asal telah dibina sekitar tahun 1930 an dan kemudiannya dibina semula selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1950an. Bangunan sekolah pada masa sekarang ini merupakan tapak baru dengan keluasan tiga ekar .Terdapat dua bangunan besar iaitu Bangunan A dan Bangunan B, kantin, bangunan pra sekolah, bangunan stor sukan dan yang terbaru ialah makmal komputer. Bangunan A dibina sekitar tahun 1940an dan merupakan bangunan papan yang masih belum diganti dankemudiannya telah diubahsuai beberapa kali untuk memenuhi keperluan dan keselesaan murid-murid disebabkan oleh keuzuran.

Bangunan A ini menempatkan Bilik Guru, Bilik Kemahiran Hidup, kelas Tahun 1, Kelas Tahun 2, Kelas juga Tahun 3 dan Kelas Pemulihan. Sebelum ini, sistem pendawaian elektrik di bangunan ini sering terganggu dan setelah beberapa kali dibaiki, kini ianya sudah dapat berfungsi dengan sempurna. Bangunan B pula, merupakan bangunan yang agak baru dibina hasil gotong royong penduduk kampung pada sekitar tahun 1970an yang menempatkan pejabat, pusat sumber, Kelas Tahun 4, Kelas Tahun 5, Kelas Tahun 6 dan juga pentas. Kantin dan makmal komputer dan bangunan pra sekolah terletak berhampiran di antara satu dengan yang lain. Oleh kerana keaadaan kelas dan kapasiti murid yang mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran, maka sekolah ini hanya menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja iaitu sekolah sessi pagi yang bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga pukul 1.05 tengah hari. Sk.Sungai Rusa merupakan sebuah sekolah luar bandar. Ia dihubungkan dengan laluan lebuh raya Teluk Intan ke Bandar Sitiawan ataupun Bandar Lumut.Jaraknya dari pekan Teluk Intan ialah sejauh 22 kilometer dan kira-kira 4 kilometer dari jalan utama. Laluan ke Teluk Intan boleh dihubungi dengan menggunakan motosikal dan kereta.Jalanraya yang menuju ke sekolah ini sudah semakin baik berbanding pada masa dahulu yang hanya boleh dihubungi melalui jalan air dengan menggunakan bot atau pengangkutan air yang lain.

Kedudukan Sk.Sg.Rusa juga berada di sekitar pecahan anak sungai Perak dari Teluk Intan menyusuri sehingga ke Bagan Datoh. Dengan penempatan persekitarannya berhampiran jalan air iaitu Sungai Perak, rata-rata rumah penduduk kampung terletak berhampiran dengan sungai .Tetapi pada masa sekarang, penduduk telah membina rumah mereka berhampiran dengan jalanraya yang baru dibina. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah pekebun kelapa sawit, pesawah, melibatkan diri di dalam sektor perkilangan dan juga kaki tangan kerajaan. Pada mulanya, penduduk di sini terdiri daripada masyarakat Kedah dan Perak dan kemudiannya generasi seterusnya sudah bercampur dan dimonopoli oleh Melayu Jawa.

Page 2: Maklumat Asas Sekolah

VISI SEKOLAHUNTUK MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA SALAH

SEBUAH SEKOLAH YANG BERILMU DAN CEMERLANG DI NEGERI PERAK

 

 MISI SEKOLAH*WARGA SK SUNGAI RUSA AKAN BERUSAHA

*MEMIMPIN, MENGURUS DAN MENTADBIR SEKOLAH SPESIFIKASI

DALAM  KURIKULUM

* MELAHIRKAN MURID-MURID YANG CEMERLANG DALAM KURIKULUM

* MELAHIRKAN MURID-MURID YANG HEBAT DALAM KURIKULUM

* MELAHIRKAN MURID-MURID YANG MENGAMALKAN SAHSIAH MULIA

* MELAHIRKAN MURID-MURID YANG CELIK DAN MESRA TMK

* MEWUJUDKAN PRASARANA SEKOLAH YANG SELAMAT, KONDUSIF

DAN CERIA

Piagam Pelanggan SK SUNGAI RUSA

Page 3: Maklumat Asas Sekolah

Piagam Pelanggan

Kami warga SK Sungai Rusa dengan penuh amanah dan

tanggungjawab secara berterusan akan;

 

Menyampaikan ilmu dan pendidikan dengan penuh

tanggungjawab

Kami berjanji akan melahirkan insan yang berilmu, beriman,

berakhlak mulia dan berwawasan.

Akan menjadikan insan berbudaya penyayang dan

bertanggungjawab

Insan yang menghargai dan menghormati hak-hak orang lain

Akan melahirkan insan yang berbudaya ilmu dan keterampilan

Sentiasa mengutamakan hak-hak pelanggan.

Berusaha dengan gigih serta berterusan bagi mencapai

kecemerlangan dalam bidang kurikulum, sahsiah,

kokurikulum serta pengurusan dan pentadbiran.

Memastikan semua masalah diambil tindakan mengikut

keperluan dan keutamaan.

Sentiasa menjalin interaksi padu dengan ibu bapa,

masyarakat serta komuniti sosial yang lain ke arah kemajuan

dan perkembangan sekolah.

Memastikan aspek pengurusan dan pentadbiran lebih

responsif dan reaktif.

Misi SK SERI SAUJANA

Page 4: Maklumat Asas Sekolah

Misi

SK SUNGAI RUSA

“ Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi

Memenuhi Aspirasi Negara”

Visi SK SUNGAI RUSA

Page 5: Maklumat Asas Sekolah

Visi

SK SUNGAI RUSA

PENDIDIKAN BERKUALITI

INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

Objektif SK SUNGAI RUSA

Page 6: Maklumat Asas Sekolah

Objektif

SK SUNGAI RUSA

Peranan Dan Halatuju Sekolah Ditubuhkan Adalah Untuk :

Ke arah melahirkan anak didik yang prihatin sebagai bangsa yang berdaulat dan patuh kepada ajaran agama.

Membina potensi anak didik untuk mencapai aspirasi menggalakkan budaya ilmu.

Menyediakan dan menginsafi kepentingan ilmu di kalangan anak didik dan masyarakat.

Membina kelompok anak didik yang bakal menjadi pemikir bangsa yang serius dan sanggup mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Membina anak didik agar mengamalkan sikap toleransi, berdisplin, bertanggungjawab serta sanggup berusaha mencapai kecemerlangan yang berterusan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

LOGO SK SUNGAI RUSA

Page 7: Maklumat Asas Sekolah

CARTA ORGANISASI

Page 8: Maklumat Asas Sekolah

GURU BESAR Puan Siti Zaliha Binti Ahmad

GURU KANAN PENTADBIRAN

En. Khairil Hafizi

GURU KANAN HEM Puan Rosni

GURU KANAN KOKO En.Pangeran Bin Madia